Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, December 22, 2005

Bulan besday dan Cruiser 250

Ni la motor yg tak ensem langsung tu, yg aku dok naik tetiap pagi tu..huh!
Bulan Disember ialah bulan Hepi Besday bagi family dan sorang-dua kawan aku. Orang lahir bulan Disember ni untung, sebab dalam kelas dia paling mudakan.

6 Dis – Yasin_azmi yg ke 34 thn. Dengar citer dia dapat baby baru sama ngan besday dia tahun ni. tahniah Mie!
7 Dis – Vad stappen yg ke pertengahan 30-an rasanya..huhuhu. Puun dapat baby baru 15 Dis lepas. tahniah Vad.
11 Dis – Kakak aku, Fifi yang ke 34 tahun. Tuanya koooo Fi..hehehe!
14 Dis – Ayah aku, yg ke 60 tahun. Jaga kesihatan yer Dy..
15 Dis – Anak Srox, Adam yg ke 4. Takde besday party cam tahun lepas ke Srox? Baby boy baru vad pun lahir hari ni. Dah pi nengok ngan makincik, cuuuunn…putihhh…geboooo…ada iras muka vad masa dia jinjang dulu..diulang, masa jinjang dahulu..heh!
16 Dis – Abang ipar aku, En. Halim (dia x-boss aku masa keje part time kat airport subang dulu, sebab tu sampai sekarang kitorang panggil dia “Encik” instead of “Abang” :p) yg ke berapa ek?
17 Dis – Uncle Mus
18 Dis – My daughter, Syahira yg ke 6. Rupanya masa dia tadika dulu umur dia baru 5 tahun ++. Kalau dengar dia cakap, macam dah style makcik² dah.
21 Dis – Walid yg masih bertapa di dalam gua, yg ke-27. Bila nak menstabakkan diri lagi?

Selamat hari Ulang tahun u olsss. May Allah bless you forevehh..and evehhh!

So macam bese, family aku akan selebret besday sesame. Kali ni kat Chorus Paradise PD, 17 & 18 Dis hari tu. Kitorang stay kat 1 apartment, dapat apartment tingkat paling bawah plak tu. So aktiviti cam bese makan², potong kek, berendam dalam swimming pool sampai tak henggat, mak dan ayah aku jiwang² kat tepi pantai, budak² bebas main pasir depan apartment, bapa² budak cuci² mata tepi pool dan mak² budak sibuk control anak memasing.

Ehh lupa nak citer la, masa on the way ke PD, keta aku pancit. Tayar sebelah co-pilot. Adeh..teruk aku kena kutuk ngan asben aku, dia “tuduh” aku berat sampai tayar pancit. Sib baik ada abang² PLUS ronda tulun tukar tayar. Dah tukar, tayar spare kureng angin la plak. Sib baik sekali lagi abang² PLUS tu ada bawak pam tayar. Tulah..sibuk sangat sampai keta pun dah tak terjaga. Tq abang² PLUS.

Ehh lagi satu lupa nak citer. Keta aku tu kan sejak dua menjak ni memang suka meragam. Sejak asben aku “hangkut” satu motor Cruiser Kawasaki Eliminator 250 (yg handle tinggi tu) bawak balik hari tu, dia macam merajuk ngan tuan dia. Berderet alasan asben aku kasi masa nak amik motor tu - minyak naik la, jem la, rugi jalan dekat² naik keta la. Memula aku tak nak ngk pun motor tu. Sakit ati. Aku bukan apa, aku takut ngan satu “tabiat” asben aku kalu bawak motor. Dia boleh terlelap time bawak motor. Tak ke bahaya tu. Masa dia baru keje kat Sony dulu, salu dia kena sound ngan toll gate girl sebab dia “ter”masuk lane keta “lane motor kat sana bang”. Ada ka patut dia kata dia terlelap sat pastu tetiba dah sampai kat toll, kat lane keta plak tu. Risau aku dengor. Tapi kalu dia sesaja masuk situ nak ngorat awek toll tu pun, mana aku tau kan, hmmm.. *sambil urut² dagu*. So kali ni dia janji tak tido² atas motor lagi. Boleh caya ka ni?

Dah seminggu motor tu kena selubung kat depan umah (dia tanak aku ngk, takut kena marah), minggu ni baru ler sejuk sket ati aku. Dan selasa lepas first time aku naik motor lps kawen..hahaha.. Terasa cam awek mat rempit pun ada, dok menonggek kat blakang tu. Sah² berapa bulan lagik, punggong aku makin tonggek, bahu aku makin bongkok, semput aku makin teruk. Tapi satu yg tak bestnya, kalu naik keta aku ada time tido extra. Tapi naik motor, tak leh tido², sat gi tercicir tengah jalan. Pastu sempat la kaki sesemut 2x, punggung rasa kebas semacam jek. Tapi yg bestnya leh peluk orang kat depan kuat², tu lom termasuk buat emergency break banyak kali tu kan :p

So rutin baru. Pagi², hantar budak naik keta. Pastu balik, amik aku naik motor. Macam nak kena diet jek ni. :p

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home