My Syahira's first day in school ..
Syahira (nama manja dia Syira) darjah satu hari ni. Aku yg eksited terlebih² :)
Pagi...
Aku semput kronik pagi tu, dah ler 1 inhaler dah abis, yg 1 lagik tetiba missing in action. Masa nilah menda tu nak ilang, macam la tak leh ilang hari lain? Nak uruskan Syira pun tersemput². Last² gi klinik 24 hours kat Subang Perdana. Aku tak larat nak kuar, dok dalam keta, Abg Dins kuar gi beli inhaler.
Abg Dins: Inhaler satu
Awek kaunter: sapa yg nak guna? Encik ker?
Abg Dins: tak, wife saya
Awek kaunter: mana dia?
Abg Dins: dalam keta, tgh semput teruk tu. Boleh tak bagi inhaler dulu?
Awek kaunter: suruh la dia masuk, kita bagi nebuliser
Abg Dins: dia jalan pun dah tak larat tu, kasik la inhaler dulu
Awek kaunter: Err..nama dia sapa? pernah datang sini tak sebelum ni?
Abg Dins: Boleh tak bagi inhaler dulu?
Awek kaunter: Dia ada allergik kat apa² ubat tak?
Abg Dins: *tengking* BOLEH TAK BAGI INHALER DULU?, DIA DAH TAK CUKUP NAPAS DALAM KETA TU??
Awek kaunter: *trus bagi inhaler*
Abg Dins: *trus campak RM50, keluar and bagi inhaler kat aku, pastu masuk klinik balik amik balance, marah sangat la tu* (tapi balance ingat lak tu…huhuhu)
Awek kaunter: Errrr…wife encik….
Abg Dins: *trus kuar, serik nak datang lagi*
Camtu la kot perasaan orang yg emergency gi sepital swasta pastu kena bayo deposit mahal² baru leh dpt rawatan. Kalau awek kaunter tu still berbalas “pantun” ngan asben aku, aku rasa by the time asben aku bawak inhaler, aku dah mati kejang dalam keta. Hampeh tul la.
Lepas pakai inhaler, aku trus ok. Cam nyamaaan gitu..hehe! Trus hantar Syira gi sekolah. Assembly. Cikgu bagi command “hands up-hand down-hands up” pastu dia lupa end up ngan sebut hands down. So budak² yg inesen tu pun menten la hands up. Masa nak nyanyi lagu negaraku baru la cikgu terperasan, “Errrr hands down sume murid²”. Adeh..lurus bebenor bebudak nih. Pastu, cikgu mainkan minus one lagu sekolah. Tetiba rasa eksited dan otomatik aku ternyanyi lagu sekolah sesorang ngan penuh bersemangat (err ngan badan yg makin “semangat” :p) . Tak sangka tul, lps berpuluh tahun tinggalkan bangku skolah rendah, aku still ingat lagu tu. Ekceli, lagu tu mula dicipta masa aku darjah 5 dulu, masa tu ada contest cipta lagu sekolah, so kitorang antara badge terawal yg nyanyi lagu tu. Syahduu tuuuu..
Urusan yuran ngan buku skolah aku dah settle kan sebelum skolah mula. Syira tak layak dapat buku teks sebab parent dua² keje. So lepas aku rasa dia ok dok kat kelas, baru la aku ngan asben kuar pi bekfes. Janji ngan Syira, masa rehat nanti datang balik.
So masa rehat, ajar Syira camner nak beratur kalu nak beli kuih. Yg peliknya, Syira taknak duit belanja. Jenuh aku pujuk dia amik duit tu, "kalu tak pakai leh masuk tabung. Bila tabung penuh leh bagi abah beli minyak keta ok?"…huhuhu! Dia kata “tanak, nanti orang curik” Pulakkkk..Tunggu la darjah 2 nanti, silap² nanti dia yg demand nak belanja banyak. Kantin plak punya la penuh ngan mak bapak budak, tu blom termasuk yg-masuk-skolahnya-sorang-yg-ngantarnya-satu kampung lagi tu. Lepas rehat, aku balik umah. Perghh..letihnya, cam aku plak yg masuk skolah. :p
Tengahari…
Kul 12.20 datang sekolah balik jemput Syira. Ingat dah terawal la konon sebab bebudak kuar kul 12.40. Sekali jem daa sepanjang jalan nak ke sekolah. Puncanya sebab mak ayah sesuka hati jek bawak masuk keta dalam kawasan sekolah. Jaga skolah nyer ntah ke mana. So jem tak henggat la start dr pintu pagar skolah sampai la ke jalan besar nu. Kalau semua dok parking luar kan senang, tak la sampai bahaya kan budak² jalan kaki. duuhh!
Kul 12.40 still dalam keta, keta tak bergerak dr tadi nih. Sekolah still jauh lagi. Aku dah gabra, tak dapat imejin Syira kuar klas tergagau-gagau carik aku. Silap² dia meraung. Ngan belen² semput, aku turun keta and jalan kaki gi sekolah sebab aku ngk budak² dah ramai balik, sure Syira pun dah kuar. Mata melilau jer kot² la ada Syira terselit antara bebudak yg cecomel tu. Tetiba dengar sore Syira jerit “Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa” dan trus terkam aku. Aduhhh sedihnya. Dia terus meraung. Kesiannya dia. Dia kata, dia carik atuk jemput dia, walhal aku dah pesan, hari ni aku yg jemput dia. Sure time aku pesan, dia merewang ke tempat lain.. Syira..Syira..
Petang…
Kul 2.30 hantar Syira gi sekolah agama. Kat klas tu, ramai plak kengkawan tadika dia so terlari sana..terlari sini. Aku yg nengok pun leh semput. Yuran ngan buku teks semua aku dah mintak tulun adik aku yg ngajar situ settlekan. Guru klas syira ustazah, kiut jek. Mak ayah sibuk beratur nak jumpa ustazah. Uruskan yuran, buku teks, ada yg sekadar “simbolik” nak serahkan anak kat ustazah. Haa part ni yg aku tak larat sehh.. Ada la sorang bapak budak ni, macam orang² dulu nak serahkan anak kat guru ngaji.
Bapak budak tu: ustazah, tulun la nengok² kan anak saya sorang tu (owhh anak sorang). Kalau nakal tulun rotankan. (iyaa…lepas rotan, saman pun sampai..huhu)
Ustazah: anak encik yg mana satu?
Bapak budak tu: Tuuuuuu yg hujung tu…*sambil ibu jari menunjuk sopan ke arah row paling blakang tempat kitorang beratur.*
Ustazah: errr…yg mana?
Tak nampak la tu sebab kitorang yg beratur dah blocking anak dia. So otometik parents yg beratur tu beraleh sikit ke kanan nak kasik chance bapak budak tu tunjuk anak dia..
Bapak budak tu: Tuuuuu…
Kabambommm!!…
anak yg dia beria nak kenalkan kat tu sedang syok tido duduk kat bangku ngan mulut ternganga..Kitorang yg sedang beratur tak larat nak tahan gelak..huhuhu! sian bapak budak tu, tersipu² malu.
Malam
Mak aku suh Syira tido kat umah dia sebab takut Syira tak cukup tido kalu dok umah aku. Aku kuar umah pepagi kul 6.30 am, so kena bangun kul 6 am. Kalau kat umah mak aku at least dia leh tido sampai kul 7 before gi skolah. Lagipun kalau kat umah, Syira tido lewat cam kitorang. Kul 12 atau kul 1 pagi baru la nak tido. Berat ati aku sebenarnya. Tapi betol gak cakap mak aku. Mak aku cakap, hari Jumaat bawak la Syira balik. Aku tanya Syira, "ok ker kalu dia tidur umah wan?" Dia jawab "Ok, bilik mak teh ada air-cond". Umang aii, mentang² la aircond bilik aku dah setengah tahun rosak, demand nya diaaaa..So now, lepas keje, amik Syamil sorang je bawak balik. Yg si Syamil tu, bila kakak dia dah takde kat umah, selang 5 minit musti dia sebut "siaaaaann kakak...". tengah main keta pun, "siannnnnn kakak", nak tido pun.. "siaaaann kakak"..huhuhu!
Baru tingat, petang tadi aku ada basuh baju, lom sempat sidai. Maklum ler, bz sangat la konon kat skolah. So masa kuarkan baju dr mesin basuh, aku ternampak “something” yg aku carik sejak malam semalam. Yaa..inhaler. Inhaler aku dalam mesin basuh. Macamana benda yg aku selalu letak dalam handbag leh ada dalam mesin basuh? Nak kena buat CSI nih, ngan saspek utamanya –> SYAMIL. adehhhh!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home