Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, February 16, 2006

Ahh..alasan..

Sejak dua menjak ni ada la beberapa kawan termasuk asben aku komplen kata aku makan banyak. Aku bukan sengaja makan banyak u olls. Masalah ni timbul tenggelam sejak aku berkecimpung dalam alam “keallergikan” lagi. Meh sini aku nak citer..adik² , kakok², abe²..apa sebab selera makan aku mencanak² lately.

Last week aku gi klinik panel sebab syamil tak sihat, muntah² dah 2 hari. Lepas dokter cek syamil, asben aku suh dokter “tengok²” allergic aku yg kat tangan dan lengan aku ni. Lps balik piknik kat Kuala Kubu Baru hari tu, rashes kat lengan tak reti² nak surut. Dokter kata dia “teeengok jer” dia dah tau aku kena amik injection hari tu. Aku tanak, bukan sebab aku takut kena inject (dah lali dah pun), tapi aku tak suka ngan side effect lps kena inject. Biasanya lps kena inject, kulit aku memang la jadi ok balik, tapi aku akan lalok 2 hari dan selera makan aku akan melonjak² naik tak hengat, takde ampun punya. Wa cakap lu!

Ekceli, kronologi sejarah keallergikan aku ni “dah lamaaaaaaaa daaaah”..(pinjam ayat mahathir sat).

Aku start allergic “ringan” gitu² dr sekolah rendah. Tapi time tu aku cuma allergik pada tempat kotor dan aku still leh makan semua makanan, termasuk makanan yg gegatal gitu -> sifud dan ayam. Aku hanya allergik to environment kotor. Then, masa sekolah menengah, bila dapat je masalah kulit, sure kena pi inject. Sekali inject boleh tahan 2 tahun. Maknanya dalam 2 tahun tu kalau aku dok berendam dalam longkang pun takde hal punya. Tapi apa kelesss nak berendam dalam longkang kan..hehehe!Pastu makin “berumur” kadar “kekebalan@kegabanan” aku beransur kurang. Lelama aku kena amik injection setahun sekali. Then 4 bulan sekali. Masa tu dok asrama mmg takleh lari la ngan masalah² biasa kat asrama – pijat, tandas kotor, air tangki yg kekadang kuar jejentik (bkn sahabat jentik huhuhu) time gosok gigi..uwaaa!

Masa peknen syahira (tahun 1999), allergik aku tetiba da bomb kebabommm!, paling teruk aku penah kena dalam sejarah keallergikan aku. Rashes teruk especially kat muka ngan lengan. Lipstik, moisturiser pun tokleh pakai. Muka dull jek gi opis. Then, kulit macam kena ciken pok. Dokter kata lps bersalin baru leh amik injection sebab takut effect baby. Sabo jer la menahannya 9 bulan. Tapi yg sedeynya, start time tu lah aku tokleh makan memacam. Tak leh makan sifud, ayam, telur dan yg sewaktu dgnnya. Sedih tapi nak wat cemana , kalau dalam hati ada cintaa?..errrkkss *merepekla kau labu*..nak wat cemanakan utk kebaikan diri sendrey jugak…huhuhu!

Lps bersalin trus amik injection dan amik memacam ubat allergik. Side effectnya, aku “high” dan selera makan mencanak² naik. Yg sedeynya (berapa byk sedeyla kau labuuu), aku tak dapat susukan baby sebab takut ubat tu effect kat baby. Aku menghabiskan masa pantang ngan tido, tido dan tido (diselangselikan dgn nengok tv telenovela Venezuela samonella). “Kalau jago pun “mamai” sepesen yo, baik poie tido” (ni mak aku yg cakap). Mak aku yg tulun jagakan baby. Aku cuma perlu jaga diri sendrey ajer. :p. End up, org lps pantang jadi slim-river. Aku makin berat lagi ada.

Maintenance pun tinggi. Lipstik kena guna brand Clinique jer. Barang² toiletries, losyen dan krim² untuk tempek kat muka semua kena guna yg Skin specialist punya. 2 bulan sekali kena la ngadap dokter cun kat skin specialist tu. Dia bercakap jer terbang RM50 walaupun takat cakap 2-3 patah perkataan. Bila campur ubat dan lelain sure terbang RM150+. Kalau tak jumpa dokter save la RM50.

Panjangkan entry aku. Sekian sahaja alasan “Napa saya makan banyak lately”. Di harap alasan saya ini akan dipertimbangkan oleh asben saya. Abe Din..take note yach! ..huhuhu!

Sekian terima kasey daun keladi,
Kalau ada makan-makan ajak la saya lagi…
:p

Eh..lupa nak cakap

HEPI BESDAY to my beloved mom, Asiah Mansor (15/2)
HEPI BESDAY to my best fren Mr A (16/2)
HEPI BESDAY to my panglima Jundak (14/2)
Moga panjang umur murah rezeki..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home