Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, February 07, 2006

Cuti² Chinese New Yeahhhh!


Mula² masa nak start cuti Raya Cina hari tu, kitorang mmg blurr tatau nak spend cemana. Memang takde plan nak gi memana pun, tak terpikir pun nak balik kampung ke apa sebab raya hari haji hari tu baru je balik. Nak cat rumah pun cam takde mood. :p

Tapi macam biasa la kan, aku ngan asben ni mmg spesis jarang plan benda² gitu. I mean bebenda short term gitu. Plan² ni rasa cam menyemakkan kepala jek, pastu lagi bengang kalau berbulan² plan pastu end upnya tak jadi. Uwaaaarghhh!

27th January 2006 (Jemaat)
Hari last keje bulan ni. Pindah opis depan sebab opis skang nak renovate, tukar partition, tukar karpet, tukar meja, kusi, tukar segala. Jgn tukar aku sudah. Opis temporary ni mmg tak privacy langsung. Imejin yer cik Ijin (hoho! Ijin plak yg kena), meeting room yg cuma ada satu meja bulat cam donut besar tu, disumbatnya sampai 11 orang. Sib baik la ramai yg cuti so leh la bernapas sket. Takde la sampai dok impit² cuma tak privacy langsung la. Semua nampak each other. Nak korek idung pun kena kaver² blakang monitor. Apa tah lagi nak apdet blog, satu kampung leh nampak. Haiyooooh! manyak seksa woo! :p

28th January 2006 (Sabtu)
Pagi² lagi dah pi baiki keta kat workshop abg ipar kat KL. Masa tu penyanyi 60an Hail Amir pun ada skali baiki keta. Yg tak kossernya, keta dia sama model ngan keta kitorang. Aku kutuk Abg Dins kata taste dia cam “org dolu²”. Derang sronot diskas pasal keta tu. Punyala bosan. Part yg rosak pun leh sama?. Adeh! bila dah bosan tahap cipan, aku ngan bebudak gi shopping kat Alpha Angle, naik cab

Asben tanya ada duit ker nak sopping? Aku jawap “takde”. “Takde” bagi orang pompuan maknanya takleh la nak shopping tak hengat. Tapi time balik, angkut jugak la 3 plastik beg besar, ada baju, groceries dan donat satu kotak. Cuba imejin yer cik Ijin (kena lagi..) kalau aku jawap “ada duit” tadi, mau aku angkut balik satu lori. (kad kredit tak masuk dlm ini cerita yach!)

Petang, Abg Dins hantar gi umah Maya kat Pantai Hill Park. Dia tak join sebab dah ada plan ngan kazen dia. Budak² sronot berendam kat swimming pool. Aku ngan Maya sonot perabihkan donut tepi pool. Maya tanya, “kata nak execise, nak blajar swimming?” “err..takpe laa..kita makan donat jer la, nanti² la summing” hohoho!. Kul 8 baru balik umah.

29th January 2006 (Ahad)
Kul 9 pagi ada klas Taekwon-do depan rumah untuk anak² jiran sekitar umah. Terpaksalah menyibukkan diri melayan mak² budak yg sedang tunggu anak memasing. Biasa la kan, bila mak² budak berkumpul, macam² cerita la yg kuar. Dari citer bebudak sampai la citer perabut rumah.

Malam ngk midnite citer Fearless ngan Abg Dins, Syamil, Syira, dan student Taekwon-do Abg Dins, Amir, Ven ngan angah. Derang kata ni citer Jet Li yang terakhir. Pasni dia tak nak berlakon dah. 10 minit before masuk, aku rasa lapar yg amettss. Abg Dins suh pi makan. Dia dan lelain masuk dulu. Aku pi Sushi King, makan Yee Sang (yaaayy! I’m loving it!) dan 6 ketul sushi. Makan cepat² sib bek tak tercekik. Tak sampai 7 minit dah abis. Sume skali RM25.25. Wahhh! Dalam 7 minit aku leh perabih kan RM25.25 nye makanan. Powahhhh!


30th January 2006 (Senin)
Hari ni gi Bagan Lalang ngan sedara mara Abg Dins. Sampai Bagan Lalang dalam kul 11pagi. Buat BBQ ayam dan ikan. Dalam seminggu dua ni aku dah start makan ayam. Ada org kata “jgn manjakan sgt badan ko tu, nanti kalau ko dah biasa makan ayam, ko takkan allergik kat ayam dah” Ye ker..sebab makin aku makan makin naik rashes kat muka ngan lengan aku. Lengan aku siap berdarah² aku garu time tido. Dah nampak cam lengan lanun plak skang. So aku rasa better aku stop makan ayam dulu la, until further notice heheheh!

Balik kul 4 petang. Sempat singgah Nilai 3 sopping ala² “takde duit” :)

Time nak sampai umah, dalam kul 10 mlm, aku dah terbayang katil dah. Tolong la jgn singgah memana lagi, aku dah letih dah ni. Tetiba kena tahan ngan jiran selang 5 umah ajak join “miting” depan umah dia. Ada lebih kurang 10 “org” jiran “miting” kat situ. Ada team pompuan dan team lelaki. Siap ada air ngan limau mandarin lagi tu. Isk! isk! Dasat derang nih. Derang ajak join piknik rabu ni tapi tatau lagi kat ne. Abg Dins on jer. So malam tu jugak diskas pasal menu, brg mentah, sapa kena bawak apa. Derang plan nak gi tempat yg derang lom penah pegi. So Abg Dins sajes gi Peretak, uala Kubu Baru, on d way naik Fraser Hill tu. Dia pun dgr cakap² org kata situ cantik. Kul 1 malam baru sampai umah.

31th January 2006 (Selasa)
Takmo gi memana. Letih semalam pun tak abis lagi. Petang tu patutnya kena gi Tesco ngan Kak Jamie (nama asal sure Jamilah kan? tak pun Jamiatun Adawiah) beli bahan mentah ntuk piknik besok. Tapi kak Jimie takde umah pon. Aku dah siap masak sume, tunggu dia panggil jer. Last² bos mat saleh aku call mintak kunci server room. Adehhhhh! Kunci tu selalu aku tinggalkan kat atas meja aku jer, tapi bila pindah opis tempereri haritu aku tak konpiden nak tinggalkan kat atas meja sebab staff keje kontrak tu berlegar² kat bilik tu set up memacam. So aku bawak balik. Bos suh datang opis hantar kunci petang ni jugak. So terpaksa gi, sabo jer ler.

Malam gotong royong (dlm 5 org pompuan gitu) masak kat umah kak Jamie. Masak sambal nasik lemak, rebus telur, buat sandwich dan prepare bahan mihun ntuk masak pagi besok. Org lelaki prepare ayam BBQ. Kul 1 pagi baru balik umah. Adeehhhh!

1st February 2006 (Rabu)
Selamat Hari Wilayah kampungkuuuuuu..hehehe! aku lahir kat sepital KL, so kampung aku kat KL la kan :p

Pagi kul 8 bertolak dr Taman Bukit Subang. Konvoi 7 kereta. Abg Dins lead kat depan. isk! cam tak caya jer kan. Dia bukan tau tempat tu pun, tapi derang suh dia lead sebab dia bawak peta. Sampai kat Peretak, jalan tutup. So terpaksa tanya jalan kat sorang India mabuk kat situ. Dia tunjuk jalan berbelit², last² datang sorang lagi India kasitau, lalu alternative “sebenar” nak naik ke Fraser Hill. Senang jer. Yg India tadi kasi belit² apa hal. Sorang jiran aku kata “mmg India tu mabuk la, bau semacam”. Lerrrr…yg tanya tu mabuk keta, pi tanya lak kat org mabuk todi.

Kat jambatan, nampak banyak keta parking. Agak² kat situ la kot tmpt piknik. Tapi keta depan aku sajes carik kat atas lagi. Mana lah tau kot² makin cantik tempatnya. Naik punya naik dah nak dekat sampai Fraser Hill, dia suh turun balik carik balik jambatan tadi. Takleh mare la kan sebab try and error. Sampai kul 10 pagi, recce tempat, dapat la satu kawasan tu cantik seh tapi kena jalan kaki sikit nak gi situ. Air sungai situ deras sikit sebab tu kawasan water rafting. Sepanjang piknik kat situ, ada la 5 bot (bot ek?) lalu situ, silap² derang ingat kitorang orang asli situ, terkinja² mandi..huhuhu!

Best tul tempat tu. Air sejuk gila, mandi tak hengat nak naik. Lenkali kalu nak pi piknik aku sajes korang pi situ lah. Mmg kitorang je konker tempat tu. Kul 5 baru balik. Tu pun derang plan nak buat kenduri malam tu nak perabihkan makanan yg berbelen. Tapi masa derang ketuk pintu blakang nak ajak piknik kat “wakaf bibik” blakang tu, aku dah kabuuummmm!


2nd February 2006 (Khomis)
Dah start keje uwaaaaaaaaaaaaaa! Kaki lenguh² sebab semalam redah utan, si Fahmy lenguh satu badan sebab main pinball, si Bib plak baru balik water rafting kat Kelantan. Kira hari ni “Hari lenguh seopis” ler..hehehe!

Ok la. Selamat bekerja utk semua. Aku bz nih, banyak lagi blog nak baca :p

Note: Gambar baiknya cilok dr Bib (tak kasik letak link nanti boipren dia marah ;p)

1 Comments:

Blogger travistaft2147711384 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. My blog is just about my day to day life, as a park ranger. So please Click Here To Read My Blog

http://www.juicyfruiter.blogspot.com

5:39 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home