Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, February 22, 2006

Saga Artakusiad


Ada orang tanya aku tentang tagline yg aku guna dalam blog ni.

"Utk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental.." -Ahmad Patria Abdullah-

Ni aku nak citer la ni tentang salah satu minat aku, Saga Artakusiad. Untuk korang yg tak pernah dengar nama "Saga Artakusiad", "Saga Artakusiad" merupakan koleksi siri fantasi karya penulis kreatif Ahmad Patria Abdullah. Aku start baca buku² ni sejak aku form 3, masa tu aku cuma mampu pinjam dari sorang kawan dan masa tu aku berazam nak kumpul buku2 ni buat koleksi masa aku dah keje nanti. Setelah 7 tahun keje (tahun 2004) baru aku dapat semua buku ni..puas hati..malah lebih drp tu beb!..

Buku koleksi Saga Artakusiad ni terdiri dari 7 buah buku, kena baca ikut susunan kalu tak korang blur sotong ditgh jln :) .Abg Pat masih dalam proses melahirkan buku ke-8, yang di jangka siap tak lama lagi (katanya sebulan dua..katanyaaa) ngan tajuk tatau lagi.


Ni gambar koleksi version lama, skang aku ada semua original copy kecuali Permata Aurorius. Buku ke-7 tade dalam ini gambar kerana pergi bercuti :p

1) Permata Aurorius (sapa ada jumpa yg original copy kasitau aku yer)
2) Kota Arialun
3) Kembar Artakus
4) Petua Azkram
5) Puteri Alindalia
6) Pedang Aurora
7) Legenda Numerius

Cerita dlm siri ni ala² "Lord of the Rings", bukan jalan ceritanya tapi konsep fantasi yg wujud dlm setiap helaian mukasuratnya. Korang pun tau kan cemana penangan cerita "Lord of the Rings" kpd dunia? dan korang imagine plak penangan yg lebih krg sama melanda peminat2 Artakus masa aku sekolah dulu.. Bila aku baca buku² ni, terasa macam berada kat dunia lain utk beberapa bulan..hahaha..Kitorang sanggup tukar nick name jadi Artakus, Morrok, Aurora, Arasis, Laira. Cara cakap pun dah macam orang Aurora cakap, ada bahasa tersendiri. Korang carik kamus mana pun sure tak jumpa punya lah :p .

Dalam dunia Auroran, ada 2 golongan. Auroran dan Morrokian. Auroran ialah penduduk Aurora (yg kononnya baik, abis la aku kena ngan kak Mas sat gi) dan Morrok adalah bangsa penjajah (dark side). Aisey, kalu aku yg cerita mustilah bias ek..So kalau berminat, baca la sendrey..hehehe!

Ekceli, aku tanak la jadi Artakus tapi aku tetap ambil semangat Artakus. Jangan risau Jundak & Morrok, aku tetap tentera Morrok ..ahakss!

Kenali lah dunia kami dengan lebih mendalam di Artakus.net.my, pasti anda menemui kespecialan buku ini di situ. (errrk macam direct selling plak...hahaha!).

1 Comments:

Blogger Lanzz said...

Copy Bunga Arianur tu nak beli boleh x?

3:37 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home