Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, August 10, 2007

Angry is a waste of time..


Sempoii (bkn gambar sebenar) dalam mode marah yang amat sangat la kononnya tu ;p

Angry is a waste of time and energy..learn to forgive and forget. Once you do, you will have so much space in your life for love and enjoyment..

Pernah tak korang rasa "Ammarroh" yang amat sangat sampai ke tahap meroyan? Sepanjang idup aku selama 23 tawon ni (ehemmm!) ada la beberapa kali aku ke tahap tu. Untuk di pendek kan citer la kan, di bawah adalah summary kegilaan aku apabila berada ditahap kritikal.

Aku amik kata2 hikmah seorang tokoh terkenal dalam bidang peroyanan, iaitu Limah CNN dari reban Joe perantau "tu bukan ngamuk dah tu poii, tu meroyan". So apalagi, jom kita zassssssss! layaaannn!

1) Masa kat univ, aku menyewa kat luar. Ada la satu hari tu, sorang senior kat umah sewa aku call mak aku citer bukan² pasal boipren aku (cik asben skrg), aku tau je, terus aku "sapu" barang² atas meja. Semua terbarai. Ni macam drama² tu la bila asben kawen lain tu kan. Tapi dalam drama, semua barang kat meja solek dia kasik "sapu" kecuoli perfume mahal² elok je tak kena sapu..
Moral of the story: ok gak result dia..sebab pastu akak tu dah tak berani call mak aku ngadu macam²...hahahah!

2) Time aku kawen. Time tu kenduri kat umah pihak lelaki kat Kelantan. Cik asben dah kat Kelantan dah time tu. Ntah cemana sepanjang pagi before nak betolak tu mak aku membebel kata aku lembap la, hapa laa. Aku hangin satu badan, masa tu tengah pegang dulang pahar tembaga untuk hantaran yang berat tu kan. Aku campak benda tu dari tingkat dua.. gedegangggggg! sib baik takde orang kat bawah time tu. Kalau idak dah arwah. Mak aku terkejut, terus dia diam sampai la ke kelantan.
Moral of the story: Aku regret btol sebab aku ngk mak aku nangis dalam keta. Taubat tak buat dah.

3) Gado ngan cik asben dalam keta. Marah yang amat sampaikan aku tumbuk windsreen keta. Retak. Sib baik ada satu layer kat bawah cermin tu, so tak la terbarai terus. Since then, tetiap pagi cik asben tandakan tanda retak tu ngan marker itam. Makin lama makin lebar. Pastu hantar bengkel kasik barai. Then, cik asben claim RM700 dari aku. voleh?
Moral of the story: Menyesal... tanak buat lagi sebab memberi efek kepada financial hahaha! ;p


4) Gado ngan cik asben (lagi dan lagi). Ada ke fatut, dia pi letak nama "Osman" kat nombor tlepon sorang budak pompuan. Ni kes macam vad la ni. Semua nombor dalam tlepon dia nama lelaki. Org pompuan ni six sense dia kuat sikit. Dalam banyak2 nama yg aku skroll dalam hp dia (syyhhhh jgn bagitau cik asben) tetiba aku rasa "something fishy" kat satu nombor tlepon ni. Aku tanya dia, dia kata "Osman" tu budak dye department kat kilang. Little did I know budak tu bakal "die" kat tangan aku. Dah la "Osman" tu nama ayah aku. Silap la kan. Aku pasang spy (tengkiu yasin azmi..hahhaha), suh call... skali kantoi daa.. pendek citer pastu hp cik asben terbarai...
Moral of the story: Aaarr yg ni tak menyesal... padan muka dia. Berani tipu, berani bola tanggung haa. Pastu cik asben takut btol kalau aku naik marah.

5) Gado ngan Boss.. (makcik A, mmg sohih bukan nama sebenar). Masa tu dia baru keje. Gado kat bilik dia, aku hempas file 3 inci depan dia, pastu dia balas balik hempas fail tu, pastu balas² hempas..last² aku kuar sambil hempas pintu bilik dia.
Moral of the story: Memberi impak maksima yg amat dalam kerjaya. Masa orang lain jadi boss, increment ngan bonus aku cantiiiikkk je. Tapi bila dia jadi boss 4 tawon kemdian, bonus aku ciput and dia freeze increment aku tanpa sebab yg amat tak logik. Hohoho! Skrg dia still my boss tapi dia dah makin frenly skrg, and aku pun dah tau camana nak tackle dia.. suda ngam ho hahahaha!

6) Gado sama upline MLM (yg sebelum nih). Isu tentang prinsip. Dia suh aku tolong top up untuk downline aku yang nak jadi Sales Manager. What the heck! Aku naik takde sapa pun top up. Lagipun aku join MLM utk dapat duit lebih, bukan nak ngabihkan duit. Upline kata aku tak berjiwa besar utk tulun downline. Aku bengang, terus blah and tinggalkan bisness tu 100%.
Moral of the story: Memang la rugi sebab dah jadi manager pun, income pun boleh tahan..tapi prinsip beb..

Ni yang terlatest...berlaku 2 minggu lps..

7) Ngamuk kat luar gym. Memang cam along kutip utang aku time tu. Sebab dia banyak la kici, tapi lama² suda jadi busat. Asalnya gini. Cikgu janji nak bagi "organiser Score A (rega RM100) kat aku dari bulan June lagi, pastu dia nak tulis kata² hikmat la konon before bagi. Pastu janji nak bagi besok la.. lusa la..tulat la..pastu tetinggal dalam keta ayah la, kat umah jiran la, tinggal kat gym la, tinggal dalam keta jiran punya bapak mentua laa....maka sampai la hari percaturan (ecewahh!!) aku ilang sabar. Sebab macam dok main² kan aku puluh² kali. Janji apa gitu, siap sumpah² tapi tak buat.
Before aku balik, aku sms lagi dia tanya, ada bawak brg tu dak? dia jawab "adaaa". Aku pun tunggu la mcm nak rak. Last² dia sms kata brg tu tinggal. Aku tak puas hati, aku kata aku nak jumpa dia, dia tak nak. Dia memerap dalam bilik staff, tanak kuar. Aku trus pi kat parking, aku dok bersila sebelah keta dia pastu aku suh dia turun. Mula² dia ngelak taknak turun sebab dia tau aku tgh gila. Pastu aku sms tanya "turun sekarang atau pilih salah satu. Nak tayar ke atau nak kena calar keta?" huhuhu..sejibik samseng siot. Bila dia turun je, aku bambu dia cukup², org kat gym ngan kat bangunan sebelah tu leh dengar sore aku. Pastu aku tumbuk bahu dia gedebuk sekali sampai dia terhenyak kat seat keta, pastu aku hempas pintu keta dia before aku lari pi balik. Cam citer keling siot. Tapi citer keling salu heroin kena bawak lari, tapi yg ni aku yg melarikan diri...hahahah! pastu aku dengar dia test lock keta dia, bunyi cam dah spoil je, padan muka.

Pastu seminggu tak tegur sapa. Masa aku training LP last week, dia pass barang tu through staff Asiawork. Aku emotional kat situ la jugak, panik bebudak lain ingatkan aku tengah stress ke hapa. Aku emo sebab hanya kerana benda bodoh kecit tu aku leh ngamuk cam org gila. Pastu baik balik dah ngan cikgu. Selang seminggu pastu, dia claim RM150 sebab pintu keta rosak. cettt! Lps nego, dapat diskaun kena bayar RM60 je sebab dia yg buat aku marah ok..
Moral of the story: Menyesal gak... sebab benda kecit gitu aku leh jadi camtu and tak pasal² duit tererbang..cettt!

Aku skrg ni tgh kontrol diri dr ngamuk tak tentu arah cam tu lagi. Aku serik. Banyak hati dah terluka sebab pangai aku tu, tapi derang still maafkan aku...Skrang bila aku macam ada bunga² nak ngamuk, aku dok diam² tanak cakap ngan orang. Istigfar banyak² pastu bila dah cool aku akan cakap kat org tu "tadi saya marah sgt kat awak tapi skrg dah tak marah lagi..." huhuhu...Tapi kalau aku marah kat bos, idak ler aku declare aku marah kat dia..huhuhu...

Tit tot tit tot...

"Saya rasa masa awak hempas pintu tu macam monster..takut saya..."

-malas nak reply-
2 minit kemdian Tit tot tit tot...

"Errr..macam shrek pun ada gak...:p"

Eeeeeee sabo je laaa aku budak ni...weeiiii mau gado ka deyyy???? huhuhu..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home