Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, August 16, 2007

Keranamu cik Pidah..

Dalam LP, salah satu benda yg kitorang kena buat ialah "Leadership Study" (LS). Kena declare sapa leader kat dunia ni yg memberi inspirasi kat kita. Aku pilih sapa nak tau? RAFIDAH AZIZ. hiks! motif? sebab dia suka pakai baju merah....hahahhahaha...
Idak ler..sebenarnya aku dendiam admire kat dia sebab dia iron lady (perempuan yang suka sterika), dia wanita berkarier yg amat la berjaya and at the same time dia juga ibu dan wife dalam family. Aku penah baca kat majalah wanita, emak dia kata tetiap kali dia balik kampung, dia tak miss basuh toilet kat umah mak dia. Dia tak kisah buat keje gitu walaupun dia menteri. Aku pun ak kisah tetiap kali pi umah mak aku, aku sapu sampah keliling umah. Agaknya aku ni pun bakal menteri agaknya...huhuhu...
Itu citer lain. Ni aku nak citer benda lain pasal cik Pidah. hehehe.. Kitorang kena carik buku tentang leader yg kita pilih. Aku carik kat internet buku dia, laaaaaaaa... ada 2-3 jek? femes camtu ada 2-3 jek? Aku yg tak popular ni apatah lagi kan? Setakat asben masuk kosmo je 2 pages... ;p. Buku bibliografi dia bertajuk "Rafidah Aziz: Sans Malice" by penulis Singaporean. Aku carik kat kedai buku Popular mmg takde la buku tu, check kat MPH, semua branch satu malaysia takde, kat boarders pun tarak.
Aku dah mati akal. Tetiap hari Senior (nama dia Jeff) dok tanya, dah jumpa ke buku. dan setiap hari jugak aku merayu kat dia nak tukar LS. Jeff tanya aku nak tukar ngan apa? Aku kata tak kisah la asalkan banyak buku pasal derang. Dalam kepala aku, kalau aku tau kena carik buku, dah lama aku pilih Dr Mahathir je. Kat kedai byk tul buku pasal dia. Then Jeff kata "kenot!.. go and find it coz she's the one who inspiring you in ur life."
2 hari gak la aku ulang alik pi midveli, kot2 ada kedai g aku tak sempat masuk before. Pastu aku teringat library!! aku pun pasang kaki, suh kakak aku carikkan kat Library UM. Dia ok je tapi sampai la berita ini ditulis, dia sonyappppp yo. Tak cari ler tu..huhuu... Pastu aku call telekom mintak nombor National library. Waduhhh! udah lama nggak berurusan sama library negara. Last sekali aku jadi ahli masa kat UTM KL dulu tawon 1993 kot. Aku call library, derang kata buku tu ada 1 kat rak. Perghhhh! rasa macam heaven tul.. kalau lelaki tu rasa cam dapat kawen 4 la kot.
Time lunch hour aku trus tahan cab, pi Library negara. Tgh² jalan tu nampak la satu keta itam tu, drebar dia cam Alangz. Pastu aku sms alangz kat ner. Dia reply "kat pusat dareee..tengar berdebar nak derme dareee ni poii"..wahahhahaha! aku tau ler ko dah 72 kali dermee dareee. Pastu aku wish dia gud lak..huhu.. Dia reply "derang nak cucuk aku nih...aku pasrahhhhh poii".. wahahhahah! tersengih aku sorang2 dalam cab. Siot tul alangz.
Sampai je library, aku pi cek keahlian aku. Kena denda RM5 sebab kad ilang. Pastu dia update dalam mykad je dah takde kad gantung2 kat leher cam dulu. Pastu aku trus lari pi Wisma Sejarah, bangunan sebelah library. Naik tingkat 3, trus carik buku tu. Jumpaaa!!!! yayyyy! Alhamdulillah.. aku dah lama tak happy camtu. Trus aku call Jeff, cakap pun jerit² kat dia kata dah jumpa buku. Dia kata dia mmg caya kat aku yg aku akan jumpa buku tu. Ewahh...jek aku nampak...huhu.. Pastu call cikgu dengan hepinya.. dia dengar je aku dok jerit² pastu kesudahannnya dia tanya soklan tak relevan.. "lagu Leto, apa yg sedap?" lerrr..potong stim btol la...
Malam tu ada miting kat Asiawork. Aku terpaksa merelakan geng² PFS berkaroke kat Sogo tanpa aku.. uwaaa! penat aku jaga sore seminggu, last2 tak dapat join. Lenkali aku join. Masa miting, Deric (dia dok Johor), salah sorang ahli group Transformer ;p, call Jeff nak mintak tukar buku LS sebab dia tak jumpa buku Jackie Chan. Jeff tanya pedapat ahli group lain. Derang sepakat setuju. Aik? gitu jek? aku tak puas hati sebab aku beria nak tukar dr dulu dia tak bagi, tapi org lain mintak dia trus bagi. Jeff bagi jawapan so simple:
"becoz Rafidah Aziz means a lot to you at the first place ...not Mahathir...not Pak Lah...ok?"
pastu dia sambung
"And Rafidah Aziz never give up as what u did when you were looking for the book".
Wahhh...terkesima mek..lantas terkembang gak hidung depan ahli group lain. Ni kalu cik Pidah tau, mau dia buat aku jadi adik angkat nih...huhuhu..
Apa² pun, aku dah dapat buku tu, and aku kena study buku tu sampai abis. Tapi betulla, dalam dendiam aku respek kat cik Pidah tu. Semoga satu hari nanti aku jadi cam dia, semangat tinggi, kuat keje, hati cekal dan comel...hehehe... ;p. Kudos to you cik Pidah!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home