Mayfirst..lambang sejatttiiii..
Sebelum saya bercerita, ijinkan saya menyanyi barang serangkap dua lagu yg agak populer di kalangan peminat AF ini..
Mayfirst... lambang sejaaatiii
Mayfirst... na na (tak ingat lirik) dinikmatttiiiii
berjaya cara mayfirst!!
the mayfirst wayyyyyyyyy!
Selamat hari pekerjeee u olsss...hiks!
ok berbalik pada citer asal..
30th April 2008
Hari ni hari berpoya² sedunia bagi saya. Tapi dalam poya² tu sempat gak datang opis jap siapkan keje yg detlinenya 2 hari lps…huhu.. Jampi serapah sikit² supaya org tak nampak saya tgh keje (walaupun saiz badan ya ampun!) kalau idak ada je yg menambah² keje walaupn derang tau saya bercuti pd haritu. Siap je keje, off pc terus lari kuar. Hahahaha! Punya la phobia kalau kena tahan tgh jalan suh wat itu ini kan. Di depan emkop member berpoyaan telah menunggu dengan mobil itamnya. Yayyy! Member berpoyaan saya pada kali ini adalah makincik dan watashiwa waiem..
Mula² pegi One utama. Semua acara poya² pd hari itu dijadualkan berlangsung di One Utama later did we baru tingat “laaa apasal kita tak pi sunway pyramid je ek? Wayang ada, kotak merah ada, tmpt makan heaven..” Ye tak ya..tapi takpe tu next plan.
Makan dulu kat kopitiam sementara tunggu sorang lagi jamaah lom hadir. 2 set roti toast aku belasah sorang. Makincik sempat kene “tembak” ngan sorang budak kecik pakai baju spiderman. Tukar baju dulu sebab tadi pakai baju kurung untuk mengaburi mata anak² dirumah. Derang pantang nampak saya pakai suar ngan blouse sure derang tau saya nak jalan. Walaupun penah masuk red box ngan baju kurung, pakaian tidak menjadi hal utk saya berpoya²...wahahaha!
Pusing² carik tempat nak melalak. Last² jumpa kat tingkat atas nuuun hujung kat parking. Kena melintas parking dulu baru sampai situ. Karoke Neway. Banyak lagu cina. Lau melayu berapa kerat jek. Belasah je apa yg ada. Mknn dia..hmm sedap sikit dari getah tayar yang direbus dan dihiasi dengan sayur dan crab meat.Saya makan sayur dan crab meat jek. Nyanyi lagu² rok kapak. Namun kuciwa bila lagu Leon tiada dalam senarai.. Sapa suka Leon angkat tangannnnnn! Aik? Taderk? Huhuhu...
Ada rahsia kenapa saya suka nyanyi lagu rok kapak (penyanyi lelaki aje). Sebab orang takleh nak compare sore saya ngan penyanyi dia. Kalau kita nyanyi lagu siti ke misha omar ke, kalau sore kita takde iras² derang, maka kebarangkalian lagu dendangan anda akan menjadi lagu “sumbangsih”. Kalau kita lelaki, nyanyi lagu perempuan. So dengan cara selamat tersebut anda tidak akan dikutuk dengan mengatakan sore anda tak sedap walaupun anda memang la “pekak nada” atau nyanyi tak sampai pun 4 barr.
Lps melalak, singgah jap pi riki centre abseiling…err betul ke eja nih. Ala yg orang panjat² dinding batu tu. Waiem berhajat utk mendalami ilmu tersebut selepas berjaya menghabiskan study dalam bidang renang bebas dan kuak lentang. Saya amat teruja dengan beliau yg rajin menimba ilmu dalam pelbagai bidang. Insyaallah saya akan menjadi seperti beliau apabila mempunya kereta nanti. Sekarang takde keta pun kaki sudah panjang woooo…huhuhu…
Ngk wayang “forbidden kingdom”. Kiut citer ni sebab ada Jet Li. Ada beberapa dialog yg hanya 2 jamaah tu je yg tau. Owh ya dalam acara berpoyaan kali ini saya banyak kali blurr apabila mereka bercerita tentang citer Jupun dan Korea. Adakala saya blurr juga apabila mereka menceritakan tentang Nabil. So hari itu adalah hari blurr saya ye twan twan dan pwan-pwan sekelian…
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home