Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Sunday, April 27, 2008

Hari gaji..

Macam dulu dan dulu jugak..asal gaji je aku cuti..asal cuti je aku gaji.. Kalau ikut perancangannya bila time gaji, aku akan kuar outing sorang2 - beli2 barang yg aku suka, facial2 (errr lama gila tak buat, kulit muka dan tambah seinci kulit mati nih), spa², ngadap dentist @ skin specialist, pi karoke, ngedate ngan kengkawan makan²..dan mcm² lagi benda yg macam sgt berfaedah tapi lite-lite sajork faedahnya.

So semalam saya berjaya mencutikan diri sempena gaji.Yg bebenorya, aku cukup tak paham ngan sorang minah kat opis ni, Minah K (bukan nama sebenar, K stand for Kepoh ok), asal aku cuti je, sure sms aku byk kali tanya macam². Tak cukup tu..siap call² lagi. Aku dah apply cuti hari isnin tapi masa khamis time nak balik tu dia tahan aku..dia tanya aku mcm² pasal update keje. What the Fish la kan..punya la lama aku kat opis tanak tanya, dah nak balik baru tanya.

Pagi jemaat, lps aku siapkan budak² pi sekolah, aku sambung balik tido. Bangun² dah kul 11.30 am. Dapat 2 sms dr opis. Minah K tanya.."ada analysis yg you perlu buat, so u nak datang opis buat hari ni atau besok?". Hangin. Aku rasa muka aku dah ala² pelangi. Hijau ada..biru ada..merah ada..Apa masalah dia aku pun tatau. Aku balas, "i'm not coming today or tomorrow. Appreciate if someone can help me doing the analysis". Hanjj sgt..tak penah nak bg aku idup senang.

Yang aku sangat-sangat terkilan ialah masa ayah mertua aku meninggal bulan Dec last year. Tengah² orang sibuk ngan urusan jenazah arwah, Minah K ni boleh call aku and tanya aku pasal analysis. Dia kata aku pernah buat analysis tu last year, and thats why dia nak tanya aku macamana nak buat benda tu sebab client request benda yg sama tahun. Mengucap aku.. Aku tak paham spesis apa manusia camtu. Sikit pun takde perasaan sense of human dalam diri dia. Berpuluh² org kat opis tu takkan sekor pun dia tak leh refer melainkan aku-aku-aku!

Tengahari tu, spy dr opis aku sms. "Abis la you.. Minah K nak call u plak pasal blah..blah... " Aku gelak je pastu terus off hp..hahhaha.. puas hati. Then aku sambung tido..bangun² tido dah kul 3. On phone kejap ngk ada miss call dr opis. Pedulik. Call few fren ajak kuar makan. Gilos.. Dah tentu semua tgh keje time nih. Hihihi!

Waiem setuju makan lps opis. Cadangnyer nak prektis boling utk BobFC ahad ni and preparation karoke utk next wik huhuuh..itu pun kalau sempat. Masa nak naik bas, ada la sorang indon tu bagi tiket rapid free. Dia dah tak pakai lagi tiket tu so bila dia ngk aku terkial² kuarkan duit syiling, dia terus bagi tiket tu. Aku tatau la plak kalau dia mmg nak jual tiket tu kat aku, sebab lps amik tiket tu aku terus naik bas huhuhu..

Janjinya ngan waiem dalam kul 6.30 gitu kat Summit. Tetiba tingin nak makan stimbot. So turun bas kat jembatan pulau pinang, jalan kaki skit trus tunggu bas nak pi Summit. Bas Rapid penuh, so aku try and error naik metro nombol 12. Tanya konductor pi Summit tak? dia jawap..pegi. So bila bus lalu depan sunway piramid je, dgn konpiden nya aku sms waiem, kata lagi 3 minit sampe, tolong orderkan mi ijo ngan stimbot 2 orang. Ecewah...konpiden seh..

Lps 3 minit, tak sampai². Aku dah cuak. Tetiba dah sampai carrefour. Pastu tetiba sampai Subang Parade. Huk alaa..ni apahal sampai ke Subang Parade lak nih. kalau naik Rapid , lps Sunway Piramid terus pi Submit. NI tak, dia pusing satu dunia dulu. Aku tanya kondutor pompuan indon tu "bas ni lalu Summit ke idak?", Sekali dia jawap "Yaa ampun kak..jauh lagiii summit nyaaaaa". Abis la aku ..dah la jalan jem..jauh lagi summitnya ropenya..

Waiem sms.."dah dekat ke jauh lagi? nak masukkan sayo.." hikks! Aku jawap tunggu dulu, bayang² ke summit pun aku tak nampak nih. Macam nak nangis jek. Kalau aku tau, aku turun depan sunway piramid tadi pastu jalan kaki ke amik cab ke..takde ler seksa ginih..

Lps 30 minit dalam bas tu, akhirnya sampai jua ke Summit tapi. Masa konduktor tu jerit Summit! summit! aku terus jerit kat dia.."mana summit?!!" wahahahha! dia jawap jugak tu "Tuuuuuuu".. laaa...bas tu lalu blakang summit rupanya. Aku kena jalan jauh sikit. Serik aku dah nak memandai² lagi.

Tapi puas hati la sebab dapat catch up byk isu ngan si waiem...biasa la budak² PFS kalau berjumpa..huhuhu!

So next cuti ialah 30 April sampai 2 May. Ada misi yg blom selesai huhuhuhu dan 1hb ikut Cik asben seminar Taekwondo kat Kelantan. Since parent mentua dah takde and rumah pusaka tu pun tak berjaga, kitorang pun cam lost je tatau nak tinggal kat mana nanti. Sedara mara ramai tinggal KL. Ngk ahh camne nanti..

Till then.. do miss me..wahahhaha!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home