Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, April 01, 2008

Kabinet Kerajaan Reban..

Joe Perantau
- Yang diPertuan Bangla Agung. Sentiasa memantau reban ayam dari di cemar anasir luar dan memastikan kabinet ayam mengikut perlembagaan yg sah dan telah ditetapkan. Sah? sah? sahhhhhh....

Delinn
- Perdana Menteri yang amat selalu BEkeRjaSAMA dengan Menteri Sumber Manusia. (angah: read between the line..hihii)

Deo

- Menteri Sumber Manusia yang amat selalu BEkeRjaSAMA dengan Perdana Menteri. (angah: read between the line..hihii) *aik macam kopipes jek? tau takpe... *tu dia gelak pun kopipes**

Angah
- Menteri Luar, Ketua Menteri Melaka dan ada satu lagi Menteri yg Delinn lupa la plak. Menteri yang ketara tamaknya dalam sejarah politik reban. Walaupun masih baru memegang tompok pemerintahan tapi sudah mewar² satu strategi baru dalam dunia politiknya. Kalau Pak Lah ada "Islam Had-hari", beliau pula mempunya motto yg amat efisien yaitu "Read Between the Line" katanya (sambil menunjukkan 3 jari dengan muka garang, pastikan jari ditengah adalah jari hantu)

Limah
- Menteri PerTAHANan. Satu² nya jawatan yang tidak berani direbut oleh sesapa. Sekali beliau berdehem, tag reban akan menjadi tag jarak, tag terkukur. Mempunyai koleksi² pelbagai mutiara dan bakal mengalahkan koleksi mutiara Kak Pidah Ajiz.

Coco
- Menteri Multimedia dan Telekomunikasi. Amat berpengalaman luas dalam bidang ini. Mempunyai saham yang tinggi di dalam bidang Telekomunikasi kerana telah bertukar nombor tlepon beberapa kali (aku saspek dia ni ada stalker la). Owh ya..beliau baru bertukar nombor baru, minggu lepas.. *wink*Coco

Budak (asben si Arc)
- Menteri Alam Sekitar. Amat perihatin dengan alam sekitar reban dan Datin Serinya. Sering menjadi pusat berkumpulnya rakyat jelata ketika festival² raya dan buka puasa. Seorang yang berjiwa rakyat.

Arc (wife si budak)
- Datin Seri, tak lama lagi bolehlah buat teater cam Tiara Jakelin..Tajuk "Rebanku..rebanmu juaa" kerana beliau dan suami merupakan antara anak² ayam yg aktif dipersada reban. Tidak menjadi menteri dengan alasan tidak mahu berebut jawatan katanya, cukupla satu rumah, satu menteri...huhu..


Elya atau makincik atau elf (yee... nama dia pendek, kita panjangkan)
- Menteri Perlancongan. Selalu melancong merangkap outstesen di dalam dan luar negara. Sesekali bila bosan beliau suka melencung ke Midvali dan Emkop bersama rakan sekopitiamnya. Mempunyai kepakaran menghapal dialog² P.Ramlee dan baru² ini berkecimpung dengan drama Korea dan Jupun.

Sempoii
- Menteri Belia dan Sukan??? owh tohann! *pensan*.. beliau pasrah menerima kerana ketika pilihanraya beliau tidak pernah dicalonkan tapi tiba² je dapat jawatan. Kriteria sebab beliau dipilih adalah kerana beliau kononnya selalu pergi gym dan baru² ini beliau telah naik 4 kg dan ini memberi inspirasi (read: pengajaran) kepada rakyat jelata supaya lepas pegi gym, jgn makan roti canai. Motto beliau: "Jangan diet kerana saya, tapi dietlah bersama² saya"..


Anne
- Menteri Wanita. Sesuai dengan keayuan dan kefemininannya, walaupun berada di kota Singa namun terasa beliau sentiasa berada di dalam jiwa rakyat reban ayam. Beliau suka pegi gym dan mempunyai berat badan yg ideal dan boleh menjadi idola kepada wanita² diluar sana..tak macam menteri sorang lagi tu..huhuhu..

Jijo
- Menteri penerangan yang tak berapa terang. Bluurr je selalu. Menurut Perdana Menteri beliau bakal digugurkan tak lama lagi atas alasan dia sorang aja yg tau. Sebarang bantahan melalui tag reban dan ruangan komen tidak akan diterima. Hikss!

Zaidee
- Ketua Menteri Sabah walaupun jarang dok kat Sabah.. Suka mengirimkan cenderahati untuk rakan² di Malaysia seperti coklat yg tidak diterima sampai sekarang...hahahah!

Yam
- Menteri Perumahan. Mempunyai maklumat yang terperinci mengenai bilangan² setinggan di Kuala Lumpur. Beliau juga arif tentang interest perumahan. Setaraf dengan kementerian yg dipegangnya, beliau amat menyenangi untuk berlepak² di rumah rakan² sebaya seperti rumah Delinn..Delinn dan Delinn..

Ima
- Menteri Pelajaran yang suka bergambar dengan gaya pis pis kacang pis.. (jari telunjuk dan jari tengah di letakkan 45 darjah dihujung dagu)

Kongsinama
- Menteri Kerja Raya. Berpengalaman memandu dari Bukit Subang ke Kota Damansara menuju ke Teluk Panglima garang dalam masa tak sampai setengah jam pun. Selain buat Kerja Raya, beliau juga suka buat Kerja Gila seperti memandu dengan laju dan menyabit ditengah panas buta di bulan puasa.

Wakame
- Menteri Pendidikan Tinggiiiii kerana beliau tinggal di negeri Matahari terbit katanya. Suka makan sushi dan mengajar orang buat sushi. Seorang emcee yang berkaliber terutama ketika beliau berbaju melayu. Berkebolehan berpantun dan sesuai untuk menjadi wakil meminang dizaman ini (Perdana Menteri dan Menteri Sumber Manusia, sila take note ya)

Nini
- Menteri Pertanian. Bakal membelanjakan berjuta² lemon untuk mempromosikan kedai Wak Lemon di Klang. Lemon merupakan sejenis buah² yang enak di makan dengan begitu sajaaa atau dibuat jus Lemon...

Aunty Mutiara
- Calon Presiden US. fullstop ;p

Yang tiada nama disini bukan bermakna tidak dicalonkan ye tuan-tuan dan puan-puan. Tapi mereka pasrah dan redho menjadi rakyat jelata...Ehh..tapi kalau ada menteri² yang aku tak sebut, sila bagitau yer. Kang ada lak yg marah kat aku pastu sebarkan gambar superimpose aku kat internet kang..huhuhu...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home