Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, July 03, 2008

3 dalam 1

Komen

U ols..Thank you for the wish. Aku pun mendoakan agar semua berjalan lancar sepanjang preknensi ni. Ada juga komenĀ² kiut sepanjang aku peknen ni..

Syira: "mama jalan comel la macam resakse"..err resakse comel meh? huhuhu..mentang2 la aku jalan terhegeh2 sekarang ni..dia kata cam resakse..

Delinn: "aku tokleh trima la badan ko naik camni..aku kenal ko dulu, ko mmg dah slim".. owh delinn trima la aku seadanya...wahahahha!

Cik asben: "Berat baby baru 300gram, err yg 13 kilo tu berat sapa ek?" sambil melihat aku sedang makan tak hengat..

"Panjang"

Peristiwa terjadi this week. Waktu pagi dalam bas RapidKL. Aku dok sebelah khai. Pastu bas berenti kat Subang Perdana. Pintu depan ngan belakang terbukak so ada la sorang minah indon ni masuk ikut pintu blakang. Sekali drebar suda nampak, dia terus pi blakang and tegur minah tu.

Drebar: "suda ada tiket ka?

Minah indon: "blom, tapi somi saya ada di pintu depan bayar tiket".

Drebar: "yg mana satu somi kamu"

Minah indon:"ituuuuuuu..yg panjangggggggg" *bekground satu bas gelak...paaanjangggg*

Drebar: "Mana saya tau somi ko "panjang"...beratur...beratur beli tiket ikut depan"

Pastu ada la sore2 sumbang yg cakap "panjangggg tuuuuu.." pastu aku sampuk "who cares" pastu blasah gelak..tak padan ngan boyot dia...hahahhha..

Pastu minah tu ngan muka merah padam naik bas ngan somi dia..mmg la laki dia tinggi.. tapi "panjang" tu aku tak sure plak...wakakakkakak...

Adik lelaki kawen

Last week adik lelaki aku kawen ngan tunang dia org sungai Lui. Letih sangat sebab barang hantaran semua aku yg handle. Malam jumaat tu ramai kat umah mak, siap berinai sakan sume org, tapi bila mak aku sebut je "hantaran lom siap, settlekan cepat" pastu sorang2 balik umah. Tinggallah aku terkonteng2 sorang.

Mentang2 la aku suka benda2 kraft ni mak aku pun dgn senang ati je suh aku siapkan sume tu. Aku tingat lagi masa adik ngan kakak aku tunang or kawen dulu2 aku gak yg sibuk siapkan hantaran, sampaikan time aku kawen pun aku jugak yg siapkan sampai 3 pagi. Takde org tulun. Kekadang berbulu gak tapi bila dah siap bangga gak la hasil keje kita. Cuma kali ni adik aku tanak buat roche anggur/nenas lagi sebab dah buat time tunang dulu.. walaupun ati aku meronta2 nak buat tapi nak buat cemana dia dah taknak..*Pergh logo den...;p*

So this week majlis kenduri kat pihak lelaki lak. Korang kalau free jumput la datang umah mak aku Kat Kg Subang ahad ni dr kul 12 hingga 5 ptg. Kalau tanak jumpa pengantin pun takpe..kita lepakĀ² kat kemah kenduri sampai malam...hikss! heaven...Kalau nak datang cakap tau, nanti aku bagi dereksen.

Ok till then... miss me pliss...tadaaaaaa....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home