Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, March 01, 2007

6 weird things about sempoii! (recycle ;p)

Ekceli entry ni aku tulis masa 12/5/05. Dua tahun lepas, lepas kena tag ngan tipah. Tapi since baru² aku kena tag lagi dgn 2 org berbeza kak Rotikacangmerah dan Epong the rokstarz, so aku recycle je la balik entry lama. Buat korang yang dah penah baca dulu, kira recall balik la ek..wahahahha..cam bagus dan ensem je sempoii tu kan..nak suh org recall² ;p.
p/s: sib baik ada org tag, kalau tak tatau nak letak entry apa ;p. Nak letak entry klas abg pat, nunggu gambor tak sampai² dr istana hijau..
-----------------------------------------------------------------
Kena tag lagi ngan Tipah..

1) Phobia ngan certain benda bulat² yang banyak². Tapi, tak semua benda bulat aku takut. Ada yang aku suka :p. Ok, camner nak citer ek. Bila aku cerita benda ni kat orang, semua pelik yg amats. Ada yg kata aku ntahapahapa, ada yg kata pelik dan yg terbaru, makincik kata aku ada problem “mental” siap promot lagi tu suh aku ngk citer “mentalist”. Hoh! Sadis sungguh. Ekceli tak semestinya benda tu bulat, kalu bentuk bujur ker segi nam blas ker tapi dalam kuantiti banyak dan susunan seragam, pun termasuk dalam list phobia aku. Bila ngk menda cenggini kan, aku tetiba rasa nak nangis dan nak pensan. Tolong la jgn tanya napa. Tapi aku akan start imejin yg bukan², aku imejin benda² tu cam alien, ejek² aku, acah² aku la. Then, masa aku kecik, aku selalu mimpi bebenda camtu kacau aku tido.

Image hosted by Photobucket.com

Kalau nak tau, ni antara benda² yg aku phobiakan.
a) telur katak @ bijik selasih campur ngan air sirap @ yg lebih kurang bentuk cenggitu la.
b) batu refleksologi yg tengah dia ada batu² kecik bentuk bujur tu.
c) batu besar yg penuh ngan teritip kat tepi pantai.
d) tanglung kat Petaling Street masa Chinese New year.
e) lampu kelap kelip depan emkop masa kismes festival. Tak caya meh la datang nengok.
f) smiley kat blog joe perantau , boleh ngingau aku beb! -> ed & cL, ni aku baru tambah...hehehe!
g) pokok kismes KLCC. Aku still ingat lagi, krismas 2 tahun lps, gi KLCC lepak ngan member² PFS. Pokok kismes KLCC tu kan penuh ngan bola pepel, tinggi sampai tingkat 4 kot . Aku tatau pun yg Lan pun sama cam aku. Kitorang tenung pokok kismes tu dr tingkat 3 ngan perasaan ntahapahapantah tu la kan. Pastu kat tengah² pokok tu cam ada ruang kosong bentuk 3 segi yg takde bola pepel. Aku tenung part tu lelama, aku dapat rasa cam alien akan kuar dr part tu dan serang aku. Pastu aku tanya Lan.

Aku: “Lan..ko rasa pelik tak ngan bahagian tu?” *sambil mulut muncung tunjuk part kosong kat pokok tu*
Lan: “A’ah, kat situ jer tadek bola pepel”
Aku: “ko tau tak apa yg aku rasa?”
Lan: “Ntah, tapi aku rasa, cam alien nak kuar jer dr bahagian tu”

Binggo! Bukan aku sorang je la spesis cam tu hahahahaha! (kita ada six-sense ka Lan?..ahakss! )

Benda tu tak berakhir kat situ. Ada la satu hari tu kan, Aku dapat install YM kat umah sedangkan pc opis ngan umah aku sejak azali lagi ada problem ngan YM. So aku PM Lan. Lan tak caya tu aku. Dia kata,
Lan: "kalau betul la ko sempoii, cuba bagitau aku napa kita takut kat pokok kismes KLCC?”
Aku: “sebab nanti alien kuar dari tempat yg takde bola pepel tu.?"
Lan: “ehh betullla…u’re sempoii maa prennnnn.”
Baru dia caya tu aku. Cesweges!

(alamak panjangnya..baru satu :p)

2) Takut ngan clown. Yaa ampunnn!. pernah masa family day opis asben aku kat Sunway Lagoon, si clown tu tetiba muncul depan mata. Otomatik badan rasa seram-sejuk, cam nak meraung² pastu trus menangis. Jenuh jugak la nak kaverina nangis takut member² asben nampak, kang tak pasal² derang ingat gaduh ngan asben plak. Annual dinner tahun lepas pun ada clown. Bodoh tul la sapa yg invite tu. Aku ngan Maya (dia pun takut clown) sanggup tercongok kat luar dewan dinner tu sampai clown tu blah, dekat setengah jam la jugak. Dengar kabar annual dinner hari Jumaat ni pun ada clown gak. Jiwa kacau sungguh.

Napa aku takut clown? leh baca kat entry lama ni.

3) Kalau aku suka/selesa satu benda tu kan, aku akan beli-tak-henggat-punya benda tu banyak² tapi kaler lain² la. Sebab apa? sebab malas nak pikir la kot. Kalu dah selesa, malas nak try yg lain. So kalu ngk lemari baju aku, akan kelihatan la 6 helai blouse yg sama pattern, sama brand tapi kaler lain², jua 4 helai skirt labuh (ntah bila la leh pakai balik nih..huhu) with different kaler. Malangnya, akibat peredaran zaman…dan pertambahan saiz badan (uwaaa!), semua baju dan skirt labuh ittew dah tak “berapa” seswaiii utk dipakai. Tapi lom terpikir nak bagi orang lain ker sebab manalah taukan tetiba leh terkurus balik lak satu hari nanti, leh la pakai balik..huhuhu bila tu? kwang..kwang kwang..

Image hosted by Photobucket.com

Siap tulis nama tuuuu :p
Kat opis pulak, pen² aku berbilang kaler, dah macam kedai stationary la pulak. Kasut plak, aku ada 3 pasang kasut yg sama brand, sama pattern tapi kaler berlainan - satu kaler hitam, satu kaler hijau lumut dan satu lagi kaler cekelat. Cincin toksah cakap la, kalu cincin berbatu tu kan, ada la 3-4 bentuk yg sama pattern tapi kaler batu jer yg lain dek non. Begitu lah malasnya ahkak nak pikir² apa yg nak dipakai..

4) Aku tak suka kaler merah tapi aku ada banyak tudung ngan baju merah. Seswai ngan tagline yg member² bagi “sempoii : pengumpul tudung merah terbanyak di Asia tenggara”. Crettt! Tapi kan, aku ingat dah cukup la koleksen tudung merah aku tu. Tapi last year masa gi gath Adam (tema warna merah), Wai em nak pinjam satu tudung merah. Lepas belek² semua tudung merah aku, satu pun tak ngam ngan tone baju merah dia. Maka baru aku sedor, ada lagi kekurangan kat koleksen aku. Saya akan mencuba melengkapkannya cip..hehehe!

Image hosted by Photobucket.com

model sedang menggayakan salah satu koleksen tudung sempoii. ahakss!
Sekarang aku dah start kumpul tudung warna cekelet plak. Dah ada 3 lai. Sekali nampak cam sama, tapi lain version. Ada yg sulam bunga, sulam corak abstrak dan jurai². Kalau ngk aku salu pakai tudung cekelat, jgn ingat aku pakai tudung sama occay!


5) Suka banget makan tomato. Dari kecik sampai la “besar” aku suka makan tomato. Makan mentah² gitu je cicah ngan garam atau kicap. Mak aku memang sentiasa simpan stok tomato dalam peti es. Masa study kat Johor, aku pernah la beli 3 bijik tomato kat pasar malam ngan rega RM3.20. Tersentap sebab mahal sangat tu (kira mahal la kan, selalu amik free jer dr peti es, tetiba kena bayor). Kalu kat pasar malam subang tu sepinggan baru singgit. Nak kata besar sgt, idak ler pulak. Salut ngan labuci emas pun idak. Pastu aku tlepon mak aku siap ngadu nangis² lagi tu bagitau tomato kat Johor mahal, cemana nak makan tomato tetiap hari, nanti bajet lari. Pastu mak cakap, takpe, nanti balik umah makan ler tomato puas²..huhuhu :p

Ehh..tapi kan, mak aku ada cakap la kan, dalam adik beradik aku yg 7 worang tu kan, mata aku paling terang sebab suka makan tomato. Ntah iya ntah idak ler kan sebab adik beradik aku yg lain tu kan, masuk jer sekolah menengah kan, dah kena pakai cermin mata. Tak rawk la kan..kan..kan..kan…

6) Ada lesen keta tapi takut bawak keta. Hahaha! Aku dah peram lesen tu 5 tawoon woooo. Aku dapat lesen mandu dr Metro Driving Academy bulan Oct 2000. Ni bukan lesen terbang occayy!. Maka, percayakah anda, sekiranya saya katakan bahawa sejak dari tarikh itu saya tidak pernah memegang stereng keta utk memandu sehinggalah lesen “P” itu bertukar ke lesen kekal? (ayat soal jawap mahkamah, hasil byk membaca harian metro). Ekceli, aku bukannya tanak bawak keta tau (mintak² asben aku dengar ni), tapi tiap kali rasa cam dah ready nak bawak keta, dan² tu jugak la org yg rapat ngan aku eksiden - akak aku eksiden la..opis met aku eksiden la..sedara mara eksiden la, orang dok forward gambar eksiden putus kepala la. Adeh! yg paling latest, aku baru jer berkira² nak drive keta tahun depan, (iklan orang-silap-anto-sms: bang..ayang rasakan sempoii nak pakai kereta sendiri la tahun depan :p) tetiba sorang kroni aku eksiden sampai keta pepel dia separuh hancur. Alhamdulillah dia selamat. Lunturr balik semangat aku macam kena klorox bleach perasa lemon dengan haruman sebenar. So, kena tunggu lagi la next time kot² aku berani balik. Hehehehe!

Ada lagi sebenarnya, tapi Tipah kata tulis 5 jek cukup, itupun aku dah bagi 6. hehehe..

So this tag goes to:

1) Abg Dins
2) Waiem
3) Makincik
4) Edryna
5) Puteri - ok done!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home