Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, August 31, 2006

Klate kite..

Wahh citer Kelantan pun lom apdet ek..okeh. Ekceli, tak banyak aktiviti kat Kelantan pun kecuali shopping², makan² dan lepak² ngan family. We all stay kat Homestay Daniel & Danish. RM250 sehari. Rumah 3 bilik. Satu bilik utk mak ayah, satu bilik utk org lelaki, satu lagi utk org pompuan. Budak² kecik sume tido luar..muakakaka! boleh gitu.

Hari pertama, jejalan kat Padang Bas jek..Lps makan², ingat nak pi shopping sat, baru 5 minit kat situ, duuuusshhhhh ujan lebat tetiba maa. Aku, syira ngan mak ayah aku sempat lari gi kat keta, tapi kakak aku, abg ipar, syamil ngan asben aku still merayau kat mana ntah. So 15 minit jugak la nunggu ujan reda. Ayah aku amik payung pi redah ujan carik anak menantu dia. Ayah aku mmg camtu, caring dia kat anak² kekadang macam kitorang budak² darjah 1. Masa opis aku kat KL dulu, tetiap pagi ayah aku hantar kat komuter Seri Setia. Then dia pimpin tangan aku lintas landasan ketapi (jgn buat tau, hanya org yg terer je leh buat..macam saya..hehehe), then dia tunggu sampai ketapi dah gerak, baru dia balik. Masa tu aku dah kawen tapi asben shif malam tak menentu. Kalau org ngk sure kata, “ngk pak aji tu, tua² pun ada bini muda”.. sebab masa tu dia pakai jubah lengkap beserban bagai, pimpin pompuan vogue cam aku..hehehe..

So misi hari pertama. GAGAL.

Hari kedua, pi Pengkalan Kubor. Sudah set dalam kepala, “tak payah la bazir duit, kang balik raya kang datang lagi”. So selamat la duit dalam masa 45 minit pertama. Beli baju budak² jek. Mainan budak² jek..sekali ternampak kedai baru. Impian suri..uwaaaa! kedai gini la yg buat aku kopak masa kat Langkawi dulu. Barang dia cantik² n murah² yewwww!. Tanya asben, macamana nih? Nak masuk ngk ke? Dia kata masuk je la ..ngk² jer..lagipun ada masa lagi 10 minit before berkumpul ngan yg lelain kat parking. Dgn tahap kekonfidenan nyawa² ikan, kitorang masuk gak kedai tu. Ehh pattern ni pattern baru laa..ehh cantiknya bekas tu..ehh..bekas yg ni kat KL tak sampai lagi kan? punya la banyak eh..MAKA eh eh eh..RM339 terbang di situ. Ceeiittt!

Lupa plak aku spesis yg sungguh efficient buat keje² last minit..huhuhu!

Tghari pi makan kat Wisma Buluh Kubu. Umang aii..manyak nyer makanan. Udang besar² lengan. Sekor RM15. wow! nevermind, still ingat pesan cikgu…jaga makaaaann (sambil cekak pinggang).. So aku makan nasik suku, ikan kecit ngan sayur jek. Ok ke cigu? Ok ker? Ker ok? k.o.? Lps makan jejalan kat Pasar Siti Khadijah. Beli kain ela. Emak belanja kain yg ada sulam² tu utk anak² pompuan dia. Mekasih makkkk..Anak² belanja apa utk emak? Nan adoooo…

Before masuk kedai² tu, abg dins pesan, kalau nak beli barang, cakap kat dia, nanti dia tawarkan. Sebab derang leh cam org luar yg cakap kelantan. So aku terberkenan kat satu handbeg ni. Half kulit. Pattern cantik. Letak harga RM130. Aku lupa pesan abg dins, aku tertanya harga, dia leh kasik kurang RM89. Still mahal utk handbag yg takde brand. So senyap² aku kaltim ngan abg dins, masa tu dia tgh belek² kasut kat kedai lain. Aku kasitau detail beg yg aku suka tu, then dia pegi tawar trus dapat RM55. Cisss.. lepas dia bayar, baru aku datang kat abg dins. Tokey kedai tu pun macam terperanjat sebab masa deal ngan aku tadi, beria² rega takleh turun. Rupanya rega org luar tak sama ngan rega org kelantan. Ingat tu korang. Angkut lah memana org kelantan pun time korang shopping situ.

Balik homestay. Lepak jap, petang gi Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi). Main layang²..makan sifud..beli baju kaftan murah² situ. Mula² ayah aku tanak makan sifud kat situ sebab dia kata keras. Bukan tempat tu keras tapi sifudnya derang goreng keras. Sudah…Last² makan kat situ jugak lps pujuk memacam. Sib baik la kali ni sifudnya lembuuut. Auw!

Macam biasa..nenanti sambung ek.. orang bz ni..bzzz....hehehe..

Hepi belated Merdeka buat mereka yg merdeka ajer..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home