Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, September 15, 2006

1st day in Hatyai - complete version..

Laaaa..dah hari Jumaat balik. Dah seminggu gi Hatyai tapi tak apdet². Ok la, ni entry hari nak bertolak dan hari Pertaman Tour d' Hatyai..

Malam tu appointment ngan cikgu feizan (yayy! cikgu dah ada blog) kul 7. Fahmy janji kul 8.40 amik aku kat gym hantar pi Pudu. So habis appointment kul 8.15 pm, kena sambung buat cardio. Buat stepper 100 kcal. Lps burn 52 kcal, aku berenti jap nak minum air water cooler sebab tak bawak botol air arini. So cikgu tegur and dia kata kalau berenti² tak kira. Kena start dr mula. Apaaaa?? uwaaaaaaaaaaaaaa! mana sempattt cikguuuu! Masa tu dah kul 8.30 pm. Last² dia bagi diskaun ok, buat 75 kcal jek. Sabo jer la, start balik dr 0. Minum air banyak² sebab takmo berenti tgh jalan lagik. Aku buat 76k cal. 1 tu utk penalty sebab minum air. ;p

Siap², mandi wat apa yg patut..ngadap cikgu dulu bagi laporan. Dah ok, boleh balik. Cikgu sempat pesan jgn nakal² kat Hatyai (hmmm!… toinnkkk! *tanduk kuar*)

Fahmy datang ngan gf dia. Hantar sampai Pudu. Kat pudu ngam² kul 9.30. Ini kali kedua grup we all pi Hatyai dalam tahun ni. Dengar tu..dalam tahun ni. tak reti² pi tempat len la korang ni huhuhu.. Yaaa kami kembali sebab ada "misi yg lom terlaksana"..hahaha!. Kali ni yg join kak aidid, waiem, Lan, Kak Jay ngan Abg Shalim. Ada gak few muka sama dlm bas tu yg pi masa bulan 3 hari tu. Apalah yg korang carik kat Hatyai tu? ooopsss..(terasa plak) Dalam bas dok ngan kak aidid. Bertolak kul 10 mlm. Kak aidid sibuk promote kain shawl LV dia. RM50 satu. Kak, kalau pakai shawl buleh buat sempoii ni ayu, saya beli kak.. tee hee hee..

Dalam bas teringat, alamak dalam poket ada dalam RM700 gitu. Cukup ker? Last pegi hari tu RM1000+ gak abis. Alaa takper nanti kat boarder nanti draw la mebeng. Mesin mebeng ada situ. Cerah balik harapan. Sampai boarder dalam kul 6 gitu. Urus cop paspot pastu naik balik bas. Singgah kat duty free, ceeeessss atm mebeng “out of order” punahhhh harapaaanngggg! Uwaaaaaaaaa!… kena bajet ngam² ni kalau nak beli barang. Uwaa! tak bestnyaa..

Naik balik bas, turun lagi bas kat boarder siam plak. Ehh kena amik gambar la. Kak aidid siap buat sign “praap” kat kamera..hahaha! kenal² ngan few ahli jemaah yg lain. Sampai Hotel Ambassador kul 8.30 pagi, letak beg then pi bekfes kat Restoren Rocky. Nasik lemak ngan roti canai. Dugaan.. Ada budak jual sokkabar. Laju jer beli, sekali time bayor kena 70 baht (RM7). Ambik ko, satu paper rega RM3.50. Paper import la katakan. Lepak hotel. Dapat sebilik ngan kak aidid dan waiem. Sebelah kanan bilik kak iffa, sebelah kiri bilik Lan. Apa² yg penting tido dulu.

Kali ni kitorang tak ikut Achik pi Songkhla sebab dah pegi dulu kan (eksyen tu..) So kitorang berenam amik tuk² pi shopping complex "Diana". Waiem cam biasa sibuk carik vcd korea. Yg lain cam biasa la..jalan tanpa tujuan..berkenan je beli, berkenan je beli. ahakss! Aku takde plan nak beli apa² pun sebab dah banyak membeli utk satu kampung bulan 3 dulu kan (duit tak cukup sebenarnya huhuhu). So skang nak lepak² jer la sambil ngabihkan duit yg berbelen. Then pi balik kat Restoren Rocky lunch. Adeh..dugaan tul la kat sini. Lauknya sedap². Kalau tak ngenangkan diet, sure aku belasah.

Pastu jalan² carik jersi. Aku bukan reti sgt ngk jersi ni. Lan kata tu grade A, kira grade A la. Nampak jersi tingat kat srox. Try call dia nak tanya dia nak yg mana, sekali pompuan siam jawap daa..so tak jadi la beli..hehehe.. Then singgah Odean Shopping Mall. Cam biasa waiem sibuk carik vcd korea, yg lain plak sibuk nak buang air. Toilet bersih tapi takde paip. Hampeh..kena la guna botol mineral water wat bersuci.

Then sume berpecah. Pergi Central Park. Kak Jay dah tak larat sangat gamaknya tu..Aku ngan waiem proceed pi masuk Central Park. Usha jam tangan punya la cun tapi awatnya mahal dr KL plak ni. Musti tipoooo ni..huh! ;p. Then balik hotel bertiga jek. Mana lah pi kak aidid ngan Lan ni.

Kat bilik timbul lak satu isu. Arah kiblat. Carik kiblat atas shiling tak jumpa, dalam laci tak jumpa, kat karpet tak jumpa. Rasanya masa bilik dulu ada letak dalam laci. So muzakarah pun bermula. Aku cakap bilik yg aku duduk masa bulan 3 dulu, katilnya ngadap cenggini, then semayang ngadap katil. Waiem plak kata bilik dia dulu cenggini..kiblat ngadap gini. So tawakal jek. Semayang ngadap dinding.

Malam, dinner kat Rocky lagi. Yaa ampuunn! lagi sedap lauknya dr tghari tadi. Makan nasik sukuuuu jer..tapi lauk baaaanyak. Buleh gitu?. Then "aktiviti bebas" selama sejam (Waiem tak join diatas sebab² tertentu). . Yaa sungguh bebas.. Dalam tuk² time balik ada sessi terjah dr Lan. Dia tanya memacam, kitorang jawap memacam sekali dah lama baru pasan dia record semua interview. Jahat la lan. See ya in the court!..ahakss! dan jgn lupa, tunggu la vcd "pengakuan bener" tersebut dipasaran ahakss!

Then kak aidid kata ada member nak jumpa dia kat Central Park. Pulaakk sapo plak tu. On the way tersangkut plak kat stall jual jersi tepi jalan. Lan kata cam jersi grade A. Aku kureng minat sikit ngan jersi² ni, kalau baju tido tu lajuu la kan, tul tak kak aidid? kak jay? ;p Abg Shalim siap urut² tokey jersi tu nak mintak diskaun. Yg tak laratnya, tokey tu kata "saya muslim..islam..ada daughter" (konon² tanak kasi diskaun la tu) kitorang pun jawap reramai.."kitorang pun muslim jugaaaaaaa" huhuhu..mmg tak paham bahase.

Pastu carik² "kawan" kak aidid. Kak aidid tanya, korang nampak tak kawan akak tu? Huk alaaa..mana la kita nak kenal kawan dia. Sekali jumpa itu orgy daaa.. oooo beriya aku ajak hang tak mai, sekali senyap² ko datang ngan org len aarr.. Lepak kat gerai tepi jalan. Makan leicikang. Orgy dah kurus banyak sebab rajin pi gym.. tapi bila kurus eksen la plak. huhuhu..Aku ajak dia tukar buat membership "passport" leh teman aku kat menara axis, dgn syombong nye dia kata asben dia suh stop sebab dah kurus..ecececcece!

Sempat hantar orgy balik ngan tuk² sebab dia cuma ada 2 bhat jer dalam poket! wakakaka! tulah soping tak hengat duniya. Lps hantar dia balik, kitorang balik hotel. Wai em tido awal sebab tak sihat. Aku ngan kak aidid ngk cenel 24 (ni Lan yg suggest, dia kata chenel tu terbestest ;p). Layan tv sambil meniarap atas katil, last² terbangun dah kul 3 pagi. Terbangun pun sebab dengar orang tidur berdengkur..huhuhu. Ni yg rugi ni. Aku cukup kureng kalau tidur tak proper. At least kena selimut baik², pakai stokin, tido mengiring, peluk bantal peluk (atau apa² yg buleh dipeluk ;p) baru la tido proper. Kalau tertido depan tv ker, atas lantai ker..alamat letih yg amats ler besok.

- so misi hari pertama ..DONE! tepuk! tepuk! tepuk! -

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home