Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, March 28, 2007

Girls gone wild, klas fantasi & kemping kuala kubu...

Feningnya kaparaa!.. banyak la plak keje lately. Tapi kalau tak keje kang tak dapat gaji plak..kalau tak dapat gaji tak leh poya² plak..kan? kan? buat je la ek..Hm..Last weekend bz gilos. Dalam kepala ada 3 plan, siap dah kira²..kalau buat ni, yg ni tak dapat buat..kalau buat yg tu..yg ni dan yg sinun plak terlepas..fening..Last² aku dapat pegi semua plan yg aku nak.. yayy! time management tu penting u olsss..

Pagi

Pegi umah yummy. Delinn amik aku kat erl putrajaya. 2 keta iring keta delinn nyambut aku..wahahaha! perasan. Plan asal pi umah delinn tapi sebab tanah runtuh...err bukan ek? sebab dia tak sanggup nak hulur² laptop kat luar tingkap macam joe salu buat tu (koneksi tak bagus..katanya laa), so derang decide buat kat umah yummy je la, lagipun family dia takde masa tu ;p. "Girls Gone Wild party" katanya sempena angah nak kawen ujung minggu depan. Ala angah..dah kawen pun leh wild party per...hahaha! jahatnya aku ngajor.

Majority bawak laptop memasing, aku cuma bawak donat, perut dan perkakas nak jahit manik jek. Derang kata ada klas jahit manik selain klas menaip sambil up close bersama joe perantau dan zaidee (pak dee) yg jauh nuuun dimata tapi dekat dihati..

Chat kejap ngan Joe and pak dee sementara nunggu yg lain set up laptop and webcam memasing untuk conference-gath antara anak² ayam ngan tuan reban dan pak guard reban. Sambil² tu register masuk kelas menjahit manik, cikgu dia Arc. Owh ya, kehadiramn pelajar amat memberangsangkan, cuma ada 3 org student, Aku, puteri, bilal... Puteri, aku, bilal... Bilal, puteri, aku..wow! ramainya ngeh! ngeh! .. Yg lain lebih berminat ngadap pc dr ngadap manik hehehe..Puteri tak aci siap bawak kain batik lepas pastu pujuk org lain sama² jahit manik kat kain tu. Aku ngan bilal kecek kain dr arc sebab bawak manik je tak bawak kain. Before tu adala org tu beria² offer und*rwa*e biru dia suh jahit letak manik. Last² nan adooo..;p

Disebabkan aku mmg pakar ngular time keje, so bakat tersebut terbawa² dalam klas menjahit. Kejap² pegang manik ngan jarum, kejap² pegang kibod. Orang lain dah berpaten² buat, aku tang pattern tuuu jugak. Tapi aku ingat pesan cikgu Arc "yg penting kita tau buat pattern basic ni dulu, pattern yg lain² sume lebih kurang". Maka aku pun cuma kosentret buat "pattern-basic-ni-je-dulu" sampai la ke sudah ;p.

Opps lupa nak cakap, yg join masa tu ramai seh.. err sapa ek? jap..aku kopipes dr blog delinn jap..hahaha! Yg online DeLinn, Angah, Fara, OB, Yummy, Sempoii, Puteri, Arc, Limah, Zaidee (pak dee), Joe, AN, AF, AM, Applepiebasi, Zura, Xoxo, Elf, Royce, Jijo, Combie dan Kyora. Yg kat dalam bilik tu sebahagian dr nama² tadi. bley?

Masa chat ngan joe tadi, laptop yg aku guna tu takde webcam, so cuma nampak joe dr tepi jek. Dia tak nampak aku. Tu pun nampak joe dr sisi jek. Dia rasa dia lagi ensem dr pandangan sisi kot..huhuhu..Joe tido cepat sgt, so aku cuma sempat webcam ngan Pak dee jek. Comel jek dia. Suka gelak plak tu. Masa aku mintak kain pelikat dia nak jahit manik, dia gelak besar. So kiut..hehehe..

Dah janji kul 2.15 ngan Jundak, dia nak amik aku kat ERL putrajaya. Tapi budak² lain cam tak reti jek nak balik walaupun Joe ngan Pak Dee dah quit conference. Last² derang conference sesama derang. Dok berlaga bahu tapi borak dalam conference. Mmg gilak...huhuhu..Last² baru lah delinn hantar aku kat ERL kul 2.30. Ok la tu.. drp dia letak aku tepi hiway huhuhu...

Aku mmg respek la kat anak² ayam reban joe nih. Mcm² idea. Bak kata joe, gath je kalau diikutkan selang sehari tapi still happening tiap kali jumpa. Cuma kali ni spesel sikit la sebab Joe ngan Pak Dee ada. Walaupun thru webcam tapi semangat kerebanan tu still kitorang rasakan kat mesia..huhuh..sedih. Wish you both were here beb!..

Looking fowed for the next gath..err kawen angah next week. Tak saborr nyer. Don't veri, aku dah bulatkan kat kelender besar² "Angah kawen". Aku tanak org cop aku "blurrr" lagik..hahaha!

Petang

Klas Penulisan Fantasi pukul 3pm. Jundak amik aku kat ERL pastu heading to Bangi umah Panji Alam. Perghh! logo den... abg Pat lom sampai rupanya. So aku buat² nak beli gula kat projet tapi sebenarnya aku beli mihun and makan dalam keta. Lapar seh. Hati risau gila sebab tak buat homwek. Abg Pat suh huraikan watak² utama dalam cerita memasing. Dah bagi sebulan tapi tak siap jugak, mmg take for granted la. Sampai umah Panji, kak mas pun cakap dia tak buat homwek. Fuhh! ada gak member :p kalau kena ketuk ketampi karang ;p.

Yg datang kali ni Jundak, aku, Kak mas (ngan fruit daughter dia), Silence, Panji Alam, Monasakti ngan Raja Gelap. Then abg Pat call, ajak makan sekali kat restoren Hasan depan Projet. Kitorang on jek. Last² lps makan, abg pat kata buat klas kat sini jek la. So kitorang pun purak² mengeluh sebab konon² homwek tertinggal kat umah kelab (umah panji alam), then abg Pat kata takper.. Fuuhhh! lega especially aku ngan kak mas yg tak buat homwek tu hahahah!

Kali ni citer pasal Gaya penulisan. Abg Pat ulas cerpen Jundak (Tompok kasih berdarah) ngan Raja Gelap (Tangan Dewa). Bila Abg Pat buat contoh ayat dalam 2 baris gitu..bila angin..bla..matahari bla..bla... aku tetiba rasa sayu dan terharu. Bukan aku jek kot, aku rasa most of us. Tetiba terasa macam tgh baca buku Saga Artakusiad. Tu lah aura Abg Pat. Kalau u olss masa time minat Mawi dulukan, sanggup kecut perut time dia nak nyanyi, sama lah macam bila Abg Pat start menulis. Tulisan dia menusuk jiwa. Kak Mas kata muka aku len macam, macam nak nangis jek...huhuhu..Hmm aku pun tatau napa, korang kalau dah get hook ngan sumthing, mmg camtu lah. Tapii opsss kitorang bukan fanatik ok hahahha!

Owh lupa nak cakap, keyword kali ni ialah "Thayyiibbb". Mentang la org tu tgh blajar klas bahasa arab. :p

Kul 6.30 semua beransur. Kitorang balik singgah umah panji alam dulu sebab nak amik barang. tapi terlepak situ plak siap ada demo gulung rokok guna kotak ajaib lagik. Pi kat website artakus kalau nak ngk demo tu. Then Mona hantar aku balik sampai umah. Thanks Mona..sayangg ko byk² :).

Ilal Liqaaaa (trenslet: hingga berjumpa lagiii)<- kata panji rebonding :p

Malam

Kelam kalibut packing barang then bertolak ke Kuala Kubu Bharu. Sampai sana dah kul 10.30 malam. Parking tepi jalan pastu kena jalan kaki masuk utan lebih kurang 10 minit. Seram siot. Syamil ngan Syira selamba jek tak reti takut. Aku lagi takut kalau Si Syamil sebut yg bukan² dalam utan tu. Dia tu mmg selalu nampak "bebenda" tu tapi dia tak takut, dia cuma sebut jek "mama..kat situ ada hantu". Cuak aku seh..

Terus join budak kemping camp fire. Budak² tu student taekwon-Do cik asben aku dr Politek Tg Malim then ada campur² sikit ngan budak x-MMU melaka. Dinner nasik ayam BBQ. Klezz btol bebudak tu masak. Malam tu tido dalam kemah ngan sleeping bag bagai. Dah lama tak kemping. Bestnya. Cik asben aku kalau boleh nak syamil ngan syira biasakan diri ngan hutan n kemping. Dulu masa study kitorang mmg rajin kemping time cuti semester. Asal cuti jek, masuk utan. Asal utan jek, sure kitorang cuti. Tapi tu dulu laa...masa kurus² dulu. Skarang nak bawak badan pun mengah, ni nak hangkut beg 10 kg tu kehulu kehilir plak..huhu..

Besoknya ada acara flying fox. Aku mandi sungai je la ngan budak². Tghari baru balik. Letih seh.. Ingatkan nak pi umah Shamsinar, besday anak dia. Address lak takde. Contact sesorang, sume takde address dia @ tak reply sms/call. takde rezeki. So tido je la kat umah sampai malam :(

Bz kan? hehehehe!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home