Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, June 04, 2010

Jumaat - 28 May 2010 - Kuantan - K.Terengganu

Pagi yg nyaman. Terbangun kul 8.15am. Delinn kata kena berkumpul kul 8.30am. Wallau wehh.. sompek ke ni?

Bergerak ke Kuala Terengganu. Otw, singgah bekfes makan nasik kerabu ngan ayam percik dan neskape ais. Marvellous woo.. sedap hingga menggigit kuku. Mula2 nak try neskape tarik je..tapi dah cam addicted ngan neskape ais. Aku ignore semput yg makin teruk tu.

Otw, singgah plak kat Kuala Abang. Cantik tempatnya. Para potographer tegar dah amik port memasing nak amik gambar, termasuk la Delinn yg tak penah ada masalah setting kamera otometik dia. Dia siap pelik, napa la si Razi ngan Angah beria nak setting memacam kat kemera memasing. Kamera dia ok je.. Kalau membelakangkan cahaya tu sebabkan gambar dr kemera Angah ngan Razi nampak gelap, tapi kamera Delinn menten je terang. Wahaha! canggih tul kemera delinn.. ;p

Aku sempat bergambar kat tepi pantai ngan dalam "kebun bunga seri pagi". I just love the bunga. Kalau Deo obses ngan bunga Levender "kelopak ke 3 dia", aku plak terminat ngan kaler bunga seri pagi yg ada time tu. Ceria woo.. hepi betul aku.

Then lepak minum kat kedai area situ. Time carik selipar jepun, sempat borak ngan mokcik tokey kedai tu. Dia kata napa candat time musim gini..sekarang musim ribut..tak sesuai pegi. Sentap jap mek. Tapi aku hope tu andaian dia je..takde bukti yg katakan sekarang tak sesuai mencandat. Sebab baru je derang buat karnival mencandat KT baru2 nih.

Then Delinn cakap "Deo ilang selipar Croc ori dia masa semayang jemaat!!". Memasing terdiam tanda bersimpati dan terbayang2 kasut Croc ori yg penuh accessori ittew. Last kitorang tengok pun masa time PINKnik haritu. Itulah kali terkahir kami melihat "mangsa".

Akhirnya sampai gak ke homestay, betul2 depan Airport KT. Rumah teres warna oren, 4 bilik, 3 bilik air. Selesa tul. Par ngan Aishah sambut kitorang. Deo still kat mesjid lagi gamaknya. Then Po balik ngan Deo. Kontrol macho si Po tu. Tak macam kat blog atau kat tag..kecoh. Deo plak pulang ngan selipar baru, kaler purple ngan pink. Sungguh ayu. Aku ngan Delinnn pun berkenan ngan selipar tu, nanti nak beli gak. Then all the guys (except Wan) buat preparation nak pi mencandat. Yg surirumah cam frust tak dpt join, Po tak bagi approval. Jenuh si Angah melobi dari day 1 plan ke KT sampai la hari nak pegi.

Then aku tanya Po dgn muka sedih dan syahdu. "Po...konpim ke tak leh.....?" Laju je Po jawap "KONPIM!!!". Luruh jantung den. Berkecai imej sutun depan mata. Takpe la..takde rejeki tangkap sutun..tangkap anak ikan pun jadi ler...uik! lain bunyi nyer...huhuhu!

Lps Asar, kitorang menghantar wira2 mencandat ke jeti bawah jembatan. Gaya derang dalam bot dah macam PATI balik negeri plak. Aku siap pesan kat Deo, "Mas..jangan lupa tulis surat bila sampe yaa.." ..wakakaka!. Deo kata dia dah ada exprerience mencandat before, tapi LB ngan Par baru first time.

Then Angah dan Wan bergegas mencandat batik di Wakaf Che Yeh, KB. Dan the surirumah "bergegas" ke kedai beli selipar "Deo". Sempat racun Aisyah ngan Arc beli sama. Macam selipar rasmi KT-rebana maya lak. Otw balik, aku rasa payah nak bernapas. Then carik memana klinik yg bukak time tu. Cuma Klinik 1Malaysia KT je yg bukak. Byr RM1 je. Aku dok pehe sepatah hare pung apo dokter tu cakap. Macam woody wood pecker ngan Tom Jerry bercakap. Amik sedoz nebuliser. Lega sikit.

******sambung***********

Thursday, June 03, 2010

Khamis - 27 May 2010

Hari ni half day. Aku dah pack semua barang nak ke KT ptg nanti. Plan nak cuti full day tapi my team kena incharge besday party opis for CK and Farhana (May's babies). So kitorang beli KFC ngan kek resepi rahsia dan CK belanja stabak for the whole staff.. Yay!

Aku rasa badan aku tak berapa ok la ni. Asthma aku makin teruk tapi still can survive. Penat ke hulu ke hilir pastu minum stabak plak, ais. Lps lunch, aku ikut Khai pi Metrojaya Midveli. Ada sale :p. Aku plan nak beli slingbag cam aku pakai skrg. Sayang plak nak lenjan beg Guess tu. Kalau tukar2 lambat sket rosak.

Mula2 steady, lama2 aku surrender. Time Khai menyopping, aku byk spend masa kat sofa menunggu. Sampai terlelap beb. Letih sgt, ngan oksigen yg tak cukup masuk badan. Janji ngan Delinn kat KLCC kul 5.30pm. Kul 5pm amik komuter..Ya Raabbi padatnyaa..sampaikan Khai terpaksa baling beg aku masuk ke komuter sebab dia tak muat masuk dan dia takut aku tertinggal beg. Aku sempat tangkap beg aku yg landing kat kepala sapa ntah. Sib baik takde sapa yg marah. Semua cam pasrah je ngan keadaan sesak camtu.. huhuhu!

Sampai ke KLCC aku terus ke Nando, tempat Delinn lepak. Tak sempat salam dia, aku dah blah pi carik farmasi nak carik ubat ventolin. Pharmacist bg aku 2mg 1 biji, makan 3 kali sehari. Aku dah lama tak amik pil ventolin so aku tak ingat sukatan yg biasa aku amik.

Malam..bertolak ke Kuantan, tumpang keta Arc & Razi. Transit kat Duta Village, Kuantan. Actually aku penah pi sini dulu around tahun 2000 kot, opis trip. Masa tu nama dia Le' Village. Masa sampai tu, since aku nyenyak tido, so derang tinggal kan aku sorang2 dlm keta, sementara nak register hotel.

Masa time sorang tu lah, aku rasa ada tangan yg belai2 muka aku. Best gila..lama gak dlm 5 minit. Aku tak terpikir pun sapa yg belai aku, aku cuma rasa best jek..then tiba2 Delinn panggil aku..sentap seh. Terus aku kuar keta..and bila ingatkan apa yg aku "kena" tadi, aku terus cakap "shitt!!". Setan mana yg ganggu aku ni. Delinn perasan aku lain macam je marah. Dia tanya napa..aku jawap la ada benda kacau aku..then dia plak takut, dia tak leh tido. Pulak..Aku nyenyak je heheheh...

Before tido, aku makan ubat lagi. Oksigen semakin berharga..