Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, October 31, 2005

Hepi Eid Mubarak, Minal aidil walfaiizinn..

Cuti Raya dah approve! yahooooooooooooooooooooooooooooooooooooo! erkk..ehem..ehem..ilang sore..

Ekceli jumaat lepas, hati aku tersentap gila sebab bila aku ngk "Leave database" nama aku takde mark apa² cuti for raya. Aku apply cuti 3.5 hari (rabu half day for muslim). Yg lain termasuk sepet² tu siap cuti tak henggat tu sampai minggu lagi satu. Approved pulak tu. So aku bincang ngan Bib, Bib advise aku datang hari senin pastu slow talk ngan bos. Boss aku ni dok kat opis Singapore sebab visa sini tak lepas lps stay sini 2 tahun. So sebulan sekali dia dok seminggu kat opis aku. Hidup-hidup aku ingat dia dah approve cuti aku. Dalam kepala dah pikir macam² nak hamun jek "Lu apa hal? orang len u kasik cuti, sepet² pulak tu..i yg celebrate raya pun tak cuti² laie nih. Jgn buat ini macem laa boss, kalau tarak puas hati, sinih..sinih mari.. kita..kita errr..kita slow taaaalk..(nak blasah tak berani, kasik alasan bulan pose) huhuu" <- ini lps ditranslet ke bahasa aku. Boss aku ni mat salleh Australian. Kang aku cakap cenggini mao ternganga 16 seken. Aku dah setelkan keje aku hari khamis lagik. Hari Jumaat just nak online kan report tu jek. Semua beres kul 3pm. Just imagine, keje yg bese amik masa sebulan setengah aku siapkan tak sampai sebulan. Aku terpaksa keluarkan semua skill kegabanan aku nak speed up the process. Alhamdulllah sempat. Kalau idak aku kena anyam ketupat depan pc la plak..uhukk! (bukan anyam ketupat cam bese kita buat tu tau
srox..huhuhu)

Nanti aku cerita detail rentetan kebizian aku di bulan pose yg mulia ini. Hanya kerana misscommunication antara org² atasan, aku jadi mangsa keadaan. Jadi kambing itam jer dah 2x bulan ni. Derang kasik alasan aku senior leh buat keje pantas dan selamat (macam poslaju gitu). Sedih aku sebab dek terlalu bz aku sampai terlupa dah nak dekat raya. Yg aku ingat aku banyak buka pose kat opis/emkop dari kat umah.

Stop bebel. Citer pasal raya plak.

To PFS, Auroran (geng artakus dot net),
Joe Perantau & taggers Joe Perantau, bloggers kroni setia (Ed & cL), readers dan silent reader (ecewah..macam la ada…ahaks!) ..Sempoii ingin mengucapkan HEPI EID MUBARAK and jua HEPI DEEPAVALI (pd vad). Mohon Maaf Zahir Batin. Ni pantun aku utk tahun ni. Ada banyak version hehehe..

“Dekat” BB Thai berbuka puasa,
Kempunan nak order asparagus belacan..
Sempoii ini insan biasa,
Salah silap harap dimaafkan.


Utk Mokhzani a.k.a. Orange (link umah baru tak berani letak takut kena marah), bebanyak time kasih sebab sudi blanja sempoii n family buka pose kat Seri Melayu kat Jalan Conlay nuuu hari sabtu lps.. Terkedu kejap aku bila aku tau buffet kat situ satu worang RM69, dan RM35 utk budak kecit. Aiyooooh utk family aku jek mao terebang 200+. Lom campur family dia lagik. Dan aku bebetul mintak maaf atas segala respon spontan aku bila ko cakap rega cenggitu (nk tau aku cakap apa ->> “mahalnya..ko gilaa orange??”, sambil terbeliakkan mata). Dah la orang blanja, pastu cakap gila plak.. mmg nak kena blasah aku nih. Sori ek Orange. Sampai kesudah hati aku rasa serba salah. First serba salah sebab org blanja mahal. Seken, rasa bersalah sebab aku tak makan bersungguh², aku cuma “mampu” makan RM38.67, belen makanan tu semua kip the cen. Dan yg third sebab respon spontan aku yg tadi tu lah..uhukk…

Lps makan, ada persembahan tari menari. Cun² penari dia. Yg amat kosentret masa tu aku ngk ialah asben aku, orange, syamil dan anak orange yg lelaki tu, azri. Aku siap ngumpat ngan wife orange lagik “nengok tu..orang lelaki sama jek…”...huhuhu! Sekali lagi terima kasih Orange..really appreciate it. Turn aku ujung bulan depan ok?

Selamat beraya utk semuaa!! Adios! nak balik dah ni..

Wednesday, October 26, 2005

Kena 7 tag la plak...

Lerrr..apa neraka kah ini? Owhh kena tag ngan si Tipah la plak. Amende soklannya Tipah? Hohoho..byk dah aku ngk blog yg dah kena tag ni macam tokin dan makincik elf. Macam² ragam. Ada yg siap letak gambor bagai, ada yg reka soklan sendiri..muahahahahahhah! yg ni aku paling tak larat. Orang dah bagi soklan, dia leh create soklan lain…kan Orange kan…tee hee hee..


Seven Things I Plan To Do Before I Die:

Selain persedian utk akhirat (tak yah citer la yek, semua org plan yg terbaik utk bekalan ke akhiratkan), ni plan aku dr segi duniawi okkey..

1. Settlekan sume utang (utang pose, utang kredit kad, utang kedai mamak, utang srox…oppps!)
2. Kalau aku kaya la kan..kalauuu, aku nak hadiahkan merc mata belalang kat ayah aku. Dah lama dia ngidam keta tu. Aku pernah masuk peraduan poh kong, isi form contest 24 helai ngan 24 slogan (yg berlainan lak tu) semata² nak hadiah grand prize..Merc mata belalang. Last² menang voucher poh kong 40 hengget..cesweges tul. Nak beli cincin pun tak lepas.
3. Nak makan sifud dan ayam puas². Dah 6 tahun aku allergic sifud ngan ayam. Rasa udang pun aku dah lupa..Uhuk! uhuk!
4. Nak wasiatkan SEMUA keje opis aku ke Makcik A. .
5. Nak mintak mahap dr semua worang especially dr musuh² tersayang..hohoho!
6. Taubat nasuha.

Seven Celebrity Crushes:
1. Johnny Depp
2. Simon Yam (dia salu jadi kruk)
3. Michael Wong (salu blakon jadi ketua kruk yg ensem, pandai lawan²)
4. Ken Watanabe (yg jadi Katsumoto dalam Last Samurai tu)
5. Pelakon “Ong bak” tu..apaa namaaa..alaaa…yg tuuuu..pandai lawan² tuuu
6. Mawi
7. Zamarul Hisham (hahaha! Jgn gelak arrr)

Salu asben aku mmg tak tahan ngk tv ngan aku kalu orang² ni berlakon/nyanyi. Sebab nanti aku akan cakap “cunnnn nyaaa..ensem nyerrrrr” selang 2 minit. Menganggu kosenterasi dia.

Seven Often Repeated Words:
1. Lerrr… (diakhiri dgn hantuk kepala ke kibod)
2. Walla…
3. Ahakss!
4. Cessweges!
5. Aiyaaarrrrkkk!!!
6. Sem-sem poii-poii (bila org cakap tengkiu)
7. Makcik A….(biasa perkataan ini akan di sambung dengan umpat²an atau kutuk²an manja)

Seven Traits I Look For In The Opposite Sex:
1. Kiut cam cik Sherry. Sepet adalah satu kelebihan.
2. Gaban cam
instructor Taekwon-Do aku masa aku muda² dulu, nama dia sir Dins
3. Caring cam
org umah aku.kalau aku demam kan, nanti dia hantar aku ke umah mak aku, pastu dia pi keje. Caring kan…huhuhu!
4. Sempoi cam
bang dins
5. Penyabar dan leh handle perangai aku yg panas baran dan keras kelapa..errkk kepala ini, macam orang tu la.
6. Suka buat lawak cam
orang tu. Kalau kita merajuk pun, kira kena merajuk dalam gelak ketawa laa..laa laa laa..
7. Open minded cam
Abang Black Currant a.k.a. ABC. (Ni srox yg bagi nama nih)

Seven people this tags goes to...:
1.
Abg Dins
2. Srox
3. Wai em
4. kak aidid

5. Akuro
6. Masy

7.Jundak

Thursday, October 20, 2005

Al-Fatehah...

Datin Seri Endon Mahmood Passes Away
PUTRAJAYA, Oct 20 (Bernama) -- Prime Minister's wife Datin Seri Endon Mahmood passed away at 7.55 am Thursday at the Prime Minister's official residence Seri Perdana Putrajaya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi told Bernama.

Alfatehah utk Allayarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sesungguhnya dr Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Takziah utk PM's famili.
Source: Bernama

Tuesday, October 18, 2005

Buka pose seorang sempoii..uhuk!

Korang buka pose kat mana tetiap hari? Best la kalu tetiap hari leh buka pose kat umah ngan family. Bulan ni aku mmg bz giler sebab report kena siap sebelum raya. Biasanya amik masa sebulan setengah nak siapkan keje² tu tapi memandangkan ramai lak yg cuti tak henggat time raya (yg sepet² pun nak tumpang cuti gak tuu), so boss decide semua keje kena submit sebelum raya. So, padan muka semorang.

Weekday banyak buka kat opis, bosan giler. Buka time weekend yg ok sket, either makan ngan family atau kengkawan. So, kalau boleh lps² ni aku nak buka ngan family. Kesian derang. Itu pun kalu keje aku siap cepat. Uwaaaaaa!


Kronologi “buka pose” seorang sempoii

Puasa 1 (5/10/05)B.Dins kata “jom kita buka “dekat” Restoren BB Thai Subang?” Dah terbayang dah ikan besar..rupa²nya, yaaa mmg sungguh “dekat”, "dekat" parking lot Restoren BB Thai ajer. Makan dalam keta, nasik tapau dr Emkop..cesweges!

Puasa 2 (6/10/05) – Sempat buka kat umah ngan family walaupun terlambat 3 min. B.Dins bawa keta laju va va vrooomm!

Puasa 3 (7/10/05) – Kena balik naik bas sebab B.Dins ada dinner buka pose kat opis. Buka kat umah mak. Nyum! nyum! Dah sampai umah, B.Dins tlepon kata dia tak jadi gi buka pose opis tu sebab ada hal emergency kat opis. Laaa..konspirasi suh balik sendrey ka ni? Huhuhu..

Puasa 4 (8/10/05) – Buka ngan taggers dr blog Joe Perantau kat Restoren Samudera, Kelab Tasik PutraJaya.

Puasa 5 (9/10/05) – Buka ngan family, Tipah dan Walid kat Sampan, Kg Bharu. Tipah belanja. Toche Tipah. Sayang tipah 5 seken..hahaha!

Puasa 6 (10/10/05) – Buka kat Emkop ngan Bib & Maya.

Puasa 7 (11/10/05) – Buka depan kibod kat opis ngan Bib & Maya.

Puasa 8 (12/10/05) – Buka depan kibod kat opis ngan Bib & Maya.

Puasa 9 (13/10/05) – Buka depan kibod kat opis ngan Bib & Maya.

Puasa 10 (14/10/05) – Buka kat Manhattan Fish Market kat Subang Parade. Perabihkan Voucher RM30 yg dapat masa gath Kefli hari tu. Ok la. Beli 2 set buka pose RM19.90/set. Dapat nasik butter, baked fish (leh goreng, grill atau bake), sup tomato (rasanya kot), ice lemon tea ngan kurma. Kena tambah bayo sikit jek.

Puasa 11 (15/10/05) – Buka ngan family kat umah. Yayyyy!

Puasa 12 (16/10/05) – Buka ngan family kat umah. Yayyyy!

Puasa 13 (17/10/05) – Buka kat kedai mamak Emkop ngan B.Dins. Tgh makan terjumpa “something” kat sayur. Terbantut selera. Uwaaaaaaaaaaaaaa! Mencik tul! B.Dins suka la tu, dia kata leh diet sikit..huhuhu!

-sekian-

Monday, October 17, 2005

Thanks Joe :)

Thanks Joe for the lovely gifts. Terharu aku uhuk uhuk! Wat susah-susah jerk :p . Aku dapat parcel tu hari sabtu. So aku orang pertama dapat..yayyy!!! (menurut ko la masa aku call hari tu) Thanks juga sebab jadikan aku seorang “Jutawan” hahaha! Tapi yg best, mak aku siap tanya, sapa “Joe Bangla” tu? (sambil jeling² asben aku)…cuak dia ngan nama bangla..huhuhu!

Nanti aku letak gambar kat sini eh? Err.. tapi boleh ke aku tulis detail barang yg ko bagi kat sini Joe? Boleh ka? ka? boleh? ka boleh?

MEKASIH BEBANYAK JOE (yg baik hati)!!!

Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan diberkatiNya sentiasa. -AMIN-

Monday, October 10, 2005

Gath Joe Perantau



Sorry la..aku baru sempat bernapas ni. Banyak keje so review gath pun tertunda. Ok, ni Gath chatter tagbod Joe on 8th October 2005 kat Kelab Tasik Putrajaya.

First time jumpa bilal, macam dah lama kenal. Peramah dan byk cakap (cam aku). Asar kat surau Emkop. Pastu tunggu Kongsinama. Masa beli scented candle, mat belia kong sampai. Aku ngan bilal tumpang keta dia. Masa kat federal hiway bilal sempat kutuk sorang mamat bawak motor besar ni. Pastu lat berapa lama, jalan jem, ada eksiden kat depan, rupanya mamat ni eksiden kena langgar keta. Tapi dia still idup la, sempat marah² kat org yg langgar dia plak tu. Rasa bersalah plak sebab kutuk mamat tu tadi..hehehe! Kong bawak keta laju. Bilal sempat “brek” kat seat co-pilot..3x kali aku jadi “biru” kat blakang. Leh masuk F1 la beb.

Ingat nak singgah Alamanda beli kad raya Joe, tapi puteri cakap jgn gi sebab derang dah nak sampai. So sempat singgah kedai dobi (mana ntah), belikan kad raya BEEEESARRR utk Joe.

Yg gi masa tu
Puteri, Delinn, Norma, Coco, Bilal, aku, elf, x-men, kongsinama (tq tumpang keta), alangz dan arc. Yg tak dapat datang, Joe, MAWI (thee hee hee), mz_ct, rojak, auntyN dan ramai lagi (tengok..tak datang pun aku tulis nama..hehehe). First time jumpa cam dah kenal lama. Sama jer perangai kat luar ngan dalam tagbod. :p

Makanan bese jer. Makanan melayu, ada la terselit ikan smoke salmon (aku suka!) tengah² lauk melayu tu. Dapat satu jek. Itu pun berebut ngan sorang mamat tu. Dia amik 3, aku dapat 1. Pastu aku siap bagi hint “alaaaa….dah habissss”, sambil buat muka sedih. Mamat tak gentlemen tu pandang aku and senyum. Cess ingatkan nak sedekah 1 kat aku. Adooo. Tapi yg tak best, cepat jek habis makanan pastu punya la lembap nak refill. Aku dapat makan sikit jek (errr sikit ker?), sib baik la banyak berborak so banyak la gak angin yg masuk perut..kenyang..Alhamdulillah..hehehe.

Air minuman dia lagi la haru. Tampal besar² “TEA” tapi dalam nya kopi, tulis “COFFEE” tapi terang² ada uncang teh lipton kat dalam teko tu. Addeh..

Joe call masa gath. Sempat ckp ngan beberapa org jer sebab dia rush nak pi keje. Masa aku on phone ngan Joe, dia ada bagi direction berjela² pasal hadiah yg dia dah kirim kat pemenang poll. Aku tak sengaja terangguk² ngan muka serius cam burung kakak tua, kosentret la konon, dah la lag sore. Sekali kena gelak tak henggat sama derang daa..”Weii macam la Joe nampak ko hangguk² weih..hahaha!” Cessweges!

Ada satu pelakon Indon tu dok sebelah meja aku. Aku selalu nengok dia kat tv, berlakon drama Indon kat Astro. Yg paling aku ingat dia pernah berlakon ngan Ari Wibowo dan Lulu Tobing dalam satu citer bersiri ni. Dalam citer tu Ari jadi “Bintang” Lulu jadi “Puteri” (ahaksss puteri tuu, puteri camner ko leh tatau citer ni..huhu), pastu mamat indon ensem ni jahat dia amik reta pusaka Bintang. Aku mmg spesis cepat suka kat crook (lagi samseng lagi aku suka), hero payah sikit nak minat la. Especeli kalu hero tu skema tahap cipan. Malangnya dalam ramai² tu, aku sorang jek yg kenal dia, tu pun dah last menet baru Delinn kata dia baru teringat mmg mamat ni salu berlakon. Bilal plak buat² kenal sebab nak kenakan aku. Pastu Coco willing nak amikkan gambar aku ngan dia, dia siap prektis cakap “Makcik tu (hoh??) nak amik gambar ngan you..boleh tak?” hahaha kutuk tak henggat tu. Puteri buat² nak amik gambar aku, tapi mamat tu (kat blkg aku) sempat elak. So sepanjang gath, mata aku asik melilau pandang tingkat atas, tempat derang shooting..huhuhu!

Siap bergambar posing masa nulis kat kad. Rasa cam artis gitu. Tapi Joe tanak kasik address. Camner nak pos? dia pesan suh scan and publish kat blog. uwaaaaaaa! Kalu Joe tanak gak kasik address, nanti kad tu kitorang potong kecik2 bahagi sama rata..boleh joe?

Bila elf nak balik baru la yg lain sibuk tingat nak balik. Biasalah bila dah start jumpa ada jek mende nak borak. Ada gak sorang tu siap cakap “kita nak lepak mana lps nih?” hehe..balik laa weih..Tapi memang best giler..Giler pun tak best camni. Before balik, tetiap sorang dpt scented candle (bentuk rose) kongsi dr bilal dan aku. Bilal cakap "kalau nak panggil kitorang, bakar lilin tu pastu sebut nama aku ngan sempoii, nanti kitorang datang"..uikkk! macam jin daaa..huhuhu!

Gambor muka tokleh tunjuk sebab
Coco sedang buat peraduan teka-teka who's who ngan bebudak yg tak gi (termasuklah Joe)...hehehe! korang mmg best!

Jua..HEPI BESDAY to Puteri on 10th Oct 05..Moga panjang umur, Murah rejeki..muah! muah!

kredit: gambar cilok dr blog coco..
Review gath kat blog
Coco, Delinn dan Puteri.

Thursday, October 06, 2005

Mari karaoke bersama poii

Tuesday, October 04, 2005

Selamat Berpuasa u olss..

"Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga ibadah kita diterima Allah sentiasa.
May Allah bless us!"
p/s1: Hepi besday to Tipah. Berkat Ramadhan, semoga cepat dapat jodoh yer :p
p/s2: utk sahabat kroni, EdRyNa, semoga cepat sembuh dan mewarnai blog ni seperti sediakala..
p/s3: to all, jgn lupa terawikh, kalau boleh katam quran bulan Ramadhan ni lagi berlipat ganda pahalanya. Kalu nak ajak buka pose tu, kasitau awal² yach!
p/s4: to myself..kurangkan berhibur, banyakkan amal :)