Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Sunday, October 29, 2006

Tugeder² b4 raya..oso the power of blogging!

Aku balik dr Kelantan Jumaat lepas, alhamdulillah raya semua ok. Nanti aku citer pasal raya. Ni nak citer pasal b4 raya dulu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
21st October 2006 (Sabtu)...hepi deepavaliiii..

Dek sebab tersilap taip sms, si alangz nyaris² tak muncul petang tu. Mana taknya, Tuan-alang sms sila datang utk makan² pada 30th October 2006. Wahh..ni ajak buka pose Ramadhan ker atau pose enam? huhuhu..Rupanya masa dia sms tu, dia tgh kalut bertekak ngan bos dia pasal miting 30hb..oo al-kisahnya.

Masa tgh carik² restoren "Cozy Corner", terjumpa plak ngan "Cozy restoren". Errr yg ni ker? macam restoren cina jek..huhuhu. Call penganjur..ooopps silap..silap.."Cozy Corner" rupanya. Singgah kedai jap beli hadiah baby pihak penganjur yg baru lahir dan cookies utk jemaah yg hadir.

Jumpa tuan-alang dalam kul 6.15 pm gitu. Macam biasa mamat ni kalau jumpa live, dia maaaanyak pemalu punya worang. Cakap bila orang tanya jek. Yg selebihnya aku yg bercakap..huhuhu..Tapi dalam blog, korang jgn bercakap, biar kasik dia sorang je yg bercakap. Masa tu lah dia try tanya dimanakah koordinat lokasi alangz, sekali alangz jawap "bkn 30hb ker?..aku skang ada kat umah la" dusshhhh~! Kalau ikutkan tuan-alang, dia sume ok jer "takper la...kita jumpa lain kali la gitu.."..sabor jer la, boley dia jawab gitu. tapi aku tak puas hati sebab alang² si tuan-alang ngan alangz (wahh manyaknyer alang) ada misi..yaa misi utk merapatkan siloturrahim sesama keturunan, aku terpaksa jadi hitler kat alangz "alangz, aku terpaksa menggunakan kuasa veto aku utk ko datang jugak skarang dengan apa cara sekali pun"..bunyik cam zalimkan? hahaha! maka zassss! dlm 15 minit pastu alangz pun sampai ngan tercungap². Kesian alangz..sori ek, tapi aku kesian jugak kat tuan-alang yg beria angkut semua maklumat keturunan Pak Kaduk dia tu sebab nak tunjukkan kat ko.

Korang sure fening pasal cite keturunan Pak Kaduk tu ek? Gini..dulu alangz pernah tulis kat blog dia pasal keturunan nenek moyang dia - keturunan Pak Kaduk. Secara kebetulan plak, si Tuan-alang (yg kebetulan jugak keturunan Pak Kaduk, tatau la generasi keberapa) pi baca entry tu thru link blog aku. Yg bestnya, tuan-alang ada simpan semua cerita ngan "family tree" keturunan dia. Saspek sungguh.

Lagi baper minit nak buka baru cikgu feizan sampai ngan kawan dia, Fara. Hohoho..tak yah la pelik cemana cikgu leh terselit dlm ini cerita yach. Ekceli mmg dari awal lagi nak blanja dia buka pose tapi dia bz memanjang (fully book gitu). Ni last call, kalau dia bz gak, kira blanja buka pose tawon depan je la. Ngan fara ni aku takleh cakap lelebih, byk sgt kaverina. Terlebih cakap je, sure kena sound ngan cikgu. Cikgu buat² kuar pastu dia call aku pesan memacam..jgn mention pasal tu, jgn mention pasal ni, jgn tercerita pasal yg tu, jgn terlepas cakap pasal yg nih..mak aii kes kaverina la nih. Terbantut keperamahan aku (you know me rite.. ;p). Sudahnya aku byk sengih jer depan budak ni. Adeh..

Buka time! yahoooo! makan lauk hidang. Ada ikan siakap 3 rasa (rasa sedap, best dan kenyang ;p), asparagus planet zargus belacan, sizzling beancurd, sayur campur dan tomyam campur. Nyum! nyum! aku terpaksarela makan ala kadar jer sebab cikgu salu jeling² pinggan aku. Boleh tahan gak ramai orang kat sini. Lps buka pun ada lagi yg beratur panjang kat luar. Gilos..

Lps makan, si alangz sibuk go thru info Pak Kaduk dan finally berjaya menerace kedudukan dia dlm salasiah tok nenek tersebut. Aku tumpang terharu. Tak sangka dalam 2 team blogger berbeza (alangz dr Joe Perantau taggers, tuan-alang dr blogger), aku leh jumpa gak yg dok dalam "family tree Pak Kaduk" yg sama. Mek terharu u olss..mek terharu (somebody plis hug me ;p). Tu lah org kata "the power of blogging!". Asben aku buat lawak pak pandir, dia kata ntah² dia dr keturunan Johnny Depp. Arghh plissss... ;p

Before balik, bagi kad raya ngan cookies kat derang² yg hadir. Yg saprais nya, cikgu hadiahkan set brooch dr Korea sempena total penurunan 12.2 kg (sila refer nota kaki bangku 1) dan juga sempena brooch² (sila refer nota kaki bangku 2) aku ilang kat changing room gym semalam. caitt! jahat sungguh pencurik ittew!

Btw, thanks Tuan-alang for the belanja buka pose, kalau buat acara tahunan pun ok jugak eh..tempat ko dun veri, ko tanya jer aku, pastu ko kuar duit ;p
Thanks alangz for bersusah-payah-coming-last-minit. Ko mmg sporting dr dulu sampai skang. Penat² ko masak kat umah, orang lain yg bedal ek..;p
and finally thanks cikgu for coming and for the brooch. Tiap kali saya pakai brooch tu sure otomatik saya teringatkan... stepper! treadmill! cross trainer! cardio! lungest! vitamin! wahahahaha!

Lps acara makan², pi beraya umah Jay kat Kuala Selangor ngan Memen & Ven. Jay ni student Taekwon-do asben aku. Mak dia tetiap deeparaya sure masak ketupat, rendang, lontong sebab jiran² dia ramai malay. Tu yg best tu sebab lom raya tapi dah cam raya. Nyum! nyum! lagi..kalori..kalori lagi ;p

Selamat Hari Raya n Selamat Pose enam u olss :)

Nota kaki bangku 1: dah seminggu aku demam and semput sebab jerebu. Tiap kali makan, sure muntah balik. 4 hari takleh pose (lom termasuk takleh pose sebab gitu² tu) sebab kena menten makan ubat ngan amik inhaler/nebuliser. Tup² turun lagi 2.4kg dalam masa seminggu. yg ni mmg turun drastik tapi cikgu kata takpe nanti recover balik time raya..hehehe.

Nota kaki bangku 2: Brooch duit syiling 20 sen + 10 sen ngan brooch gold plated aku yg rega 65 hengget tu lesap kena rembat masa kat changing room semalam. All of the while, almost 3 mths aku letak brooch tu kat sebelah water cooler (time tukar baju) tak penah ilang pun, semalam dia ilang dalam beberapa seken jek. hampeh dot kom dot my btol. Tapi malam tu jugak aku pi beli yg baru..hehehe!

Friday, October 20, 2006

Salam Lebaran dr sempoii utk semuaaaa...

Salam Lebaran Aidil Fitri kpd semua umat yg mengenali diri sempoii. Mohon ampun maaf dr ujung uban u olss ke ujung kuku ibu jari kaki kiri (atau yg mana terpanjang) andai terdapat kesilapan dan tingkah laku sempoii yg tidak menyenangkan disepanjang kita berkawanan...err btol ke ayat tu..huhuhu

Aku balik raya Kelantan hari senin kul 2 pagi sebab tanak bertembung ngan mereka² yg menyambut hari raya pada hari sabtu ..hiks! hiks! So mana yg raya kelantan jumput la datang ke rumah sana, nanti bila dah balik sini nanti jumput la raya kat Bukit Subang plak yer. Jgn malu², buat la macam rumah orang. Balik raya..hmm tak sure bila, kalau cam boring tak banyak agenda, kitorang balik cepat la kot. Kalau banyak lagi nak sopping ooopsss... nak ziarah.. mungkin cuti sampai ujung bulan...ahakss!

Besok tuan-alang bermurah ati nak belanja "feminat² blog dia" mcm tahun lps jugak la kan (dia suka buat ujung² pose ngan harapan tak byk sambutan ;p). So kalau korang rerasa korang tu feminat..blog la..bukan feminat dia...muakakkaka, sila la bagi nama kat dia ngan muka malu² kucin. Dia sibuk dok tanya tu..sapa lagi? sapa lagi? Abis la ko, aku dah pomot ni harus ko kena pecah tabung ayam..hehehe..

So..jaga diri di musim perayaan. Yg drive, drive safely. Laju ke lambat ke tak kisah..asal safelyyyy..Bawak terhenjut² pun kalau asik nak tekan brek manjang..pun bleh eksiden gak kan. Time makan time raya nanti berhati² la. Jaga pemakanan, amalkan pemakanan yg sihat. Jgn pegi 10 umah, korang blasah 10 jenis rendang, haruslah balik nanti baju keje korang tak muat nak zip/butang. Lagipun, kolestrol jaga. Memang raya tu setahun sekali, tapi kekadang bila kita silap makan boleh effef sampai ke tua kekdahnya. Btol tak saya cakap ni bedah? Limah? so..ingatlah time raya pun kalori kena kira...stepper kena dok ingat selalu..tuuu mesin² cardio dilupa jgn..huhuhu..

ok..till then papai...ceria selalu. Assalamualaikum.
:-))

yg benerr..
-sempoii-

Friday, October 13, 2006

Konpius tahap dewataraya..

Kalau Watie Elite leh kurus sebab konpius, aku pun rasanya bakal kurus gara² konpius sejak semalam.

Sesungguhnya aku berada di alam mode konpius yg nyata..gini citer dia..

Semalam cam bese ada appointment ngan cikgu Feizan. Kena timbang utk kali ke berapa ntah, aku pun dah loss count. Cam biasa tiap kali timbang sure turun dalam 2 to 3kg gitu. Cuma semalam lari sikit bajet sebab time buka aku terbelasah makan tak hengat..nah kauuu..lps makan baru tingat nak kena timbang sat gi. Tak kisah la kan. Bukan selalu leh makan nasik berlauk, ngan otak², murtabak, ngan kuih 2-3 jenis ngan air honey milk satu gelas besar kan..oopsss.. (pandang kiri kanan takut cikgu nampak). So hasilnya berat aku CUMA turun lagi 1.9kg (berat termasuk makanan buka pose tak hengat tadi). So secara totalnya, aku dah turun 9.8kg dalam masa 2 bulan dan 2 minggu. Alhamdulillahhh..Pastu mulalah sibuk nak sms orang nak bagitau..wahahaha! eksen siot..

Lps timbang, dgn coolnya aku pakai kasut balik...skang dah tak loncat² cam awal² timbang dulu sebab cam leh agak la berat aku menten turun dan turun dan turun tiap kali timbang. Macam kontrol macho gitu, tak tunjuk sgtla kita eksited (terlompat²..terkinja²) dpn cikgu cam dedulu kan. Tapi kat blakang cikgu yes! yes! yes! sambil joget ala crazy frog.. ;p

Pastu masa cikgu key in data berat baru dalam PDA, dia sikit² termenung. Pastu sambung balik taip., pastu termenung balik. Then dia tanya aku soklan tak berapa munasabah aku rasa

Cikgu: napa turun lagi ni?
Aku: hahh?? bukan tiap kali timbang saya mesti kena turun ke?
Cikgu: memangla…… tapii…

then dia sambung diam balik. Ni apa kes nih cikgu..tulun seksplain skit..

Then start buat weight training.Kena buat lungest dulu. Then buat stepper 5 min level 7 kasik warm up. Perghhh! peluh cam hujan beb. Then pi pulak dari satu mesin ke satu mesin utk muscle execise. Cikgu still dalam mode “diam-termenung” dia tu. Biasa time gini dia dah kecoh dah bebel aku memacam “tadi makan apa? banyak mana awak makan? Vitamin ada amik tak? Sahur makan apa? protin makan bila, multivitamin..bla la bla…” . Tapi bila dia senyap aku pun senyap la.

Then masa buat execise bisep baru la dia nak bercakap...

Cikgu: ekceli…saya target awak turun cuma 2kg je sebulan.
Aku : abis kalau turun lebih, sir nak buat apa?.
Cikgu: Takde la..boleh tu mmg boleh taaaapi…….. ,
<- panjang je tapi dia
Then dia diam balik. aiyooohh tertekan jiwa mek ginih. Then sambung mesin lain plak. Utk trisep. Lps diam yg panjang, macam tgh berpikir gitu, cikgu sambung lagi..

Cikgu: tapi dulu masa saya belajarkan wak, berat turun yg ideal ialah 1-2kg dalam sebulan je wak”. (laa tak abis lagi topic berat aku nih)
Aku : abis nak wat cemana, dah mmg target saya nak kurus sebelum raya, saya usaha bebanyak la”.
Cikgu: ye lahh saya kata ideal…awak ni drastik …tak digalakkan sgt sebenarnya.
Aku: apa pulak..saya bukan turun drastik sebab makan ubat diet ke apa, tapi saya menten workout..saya jaga makan..cara yg betul. pe salahnya” <- waaahhh aku mana penah kalahkan.

dalam hati *kang tak drastik cemana nak pakai kebaya kaler peach time pagi raya kat kelantan kan?*

pastu dia sambung balik diam..sambung lagi pi mesin² lain. Then tanya lagi..

Cikgu: dulu mula² berat awak baper?
Aku: *tuuuuuuuuuttt* kg (berat tidak dapat didisclosed atas sebab² keselamatan, kang ada plak yg imejin kang..huhuhu.)
Cikgu: tu lah ..banyak tu..9.8kg dah turun. Dalam 2 bulan setengah ek?
Aku: Tak..2 bulan 2 minggu
Cikgu: sama la tu..
Aku: tak sama..minggu dpn baru setengah bulan. (wahh aku bab² nombor ni mmg berkira..analyst la katakan)


*Hmm..patut la dia salu kata aku degil*

Pastu sambung lagik training memacam..dumbel..bridge..Then finally..dia kata

Cikgu: nanti jgn lupa bagi gambar sebelum & selepas tau. Saya nak letak kat website Fitness First
Aku: ahh tanak..tak koser saya..
Cikgu: isk..dia nih..


So sepanjang malam tadi aku dok pikir..ok ke idak aku diet camni ek? Aku cuma menten workout burn 600 kalori kat gym every day (Cuma time pose permit limited 3 kali seminggu jek, asben kasik), then buat weight training ngan cikgu 2x seminggu (nak kasik fit), pastu aku jaga makan dan makan supplement & vitamin yg cikgu suruh. Tu jek. Pastu as usual berat turun average, 2 kg dalam 2 minggu. Ok la kan.

So, aku tak paham napa cikgu cam teragak² nak cakap pasal result tadi, apa yg bermain² lam pikiran dia..atau mmg kebetulan jer dia tanak cakap banyak haritu? (bekgroud dipersembahkan lagu “Salahkah” dari the muffins)

Salahkah ku..kerana dietku begitu..
Salahkaaaah ku..kerana nak kurus begitu..
Salahkaaaaaah ku..ku tak bisa..ku tak bisa gumuk cam duluuuu..


Kalau selama ni bila aku rasa down tanak pi gym..cikgu akan cakap “kata nak pakai saiz s?”
Kalau selama ni bila aku rasa cam was² nak spent byk masa kat gym..cikgu akan kata “raya dah dekat, lom kurus²..caner nih?”
Kalau selama ni bila aku tak larat nak workout..cikgu akan cakap “don’t give up..k”
So, now bila aku rasa cikgu pun dah macam was² ngan result aku (drastic katanya)..dan bagitau reason tak clear gitu..aku rasa down n konpius sesangat.

Apa aku patut buat ek?
- Aku kena slow down workout ker?
- Aku dah leh start ponteng gym ker?
- Aku dah boleh start makan tak hengat balik ker?
- Aku dah boleh start makan aiskrim choc top mekdonel ker?
- Aku dah tak payah burn 600 kalori sehari cam selalu ker?

Tapi aku nak kurus!!!! ..uwaaaaaa!

Monday, October 09, 2006

Hojainan buka pose geng artakus dot net dot mai

kredit to Rosh

Date: 6th Oct 2006 (Jumaat)
Time: Time buka pose
Venue: Tupai² (next time boleh tukar jadi Tikus²)
Yg hadir tugeder²: Abg Pat n family, kak Elaira, Zulela, Silence n family, sempoii bw sorang² diri, Rosh, kawan Rosh (Hafiz), Kirromatagrak, Asri, Raja Gelap, Nieza Hunkrakar dan bf Nieza Hunkrakar.

Kul 5.30pm aku dah tercegat depan Tupai² setelah berjaya menumpangkan diri naik keta Bib (ekceli bf dia yg drive). Dia pun ada tugeder² kat situ gak ngan member camping dia. So bagitau kak Mas sesiap takut dia tunggu aku kat KL Sentral. Lepas setengah jam, Kirro pun sampai. Lama gak borak ngan Kirro, baru Silence sampai ngan family. Tomeynyer Bazliiii..Balkish pun makin chubby la ;)

Dah nak time buka dah ni. Mana yg lain tak sampai²? Check² lokasi kooridat derang..Kak mas still kat KL Sentral sebab nunggu sorang lagi kawan. Abg Pat kat Tol Sg. Besi. Kesiannya..Semeja ngan Silence, Kirro, Rosh n Hafiz. Then Raja Gelap datang ngan Nieza Hunkrakar n bf dia. Derang dok meja sebelah. Kitorang makan dulu ekkk...bismillah...

Banyak sungguh lauk pauk. Ada menu melayu ngan omputeh. Tapi memandangkan tgh diet, aku rasa malam tu aku cuma makan makanan rega RM12.70 drp rega buffet RM42.00. Tapi takpe lah asalkan dapat tugeder² ngan yg lain. Priceless wooo!

Tetengah khusyuk makan, baru la Abg Pat datang ngan family. Tu pun kak long sampai dulu ngan anak beranak. Abg Pat plak pi parking punya la lama. Dekat 15 minit baru dia muncul ngan stroller baby hiksss! Then tak lama pastu kak Mas sampai ngan Zulela ngan muka lapor tak hengat. Yg baru datang join meja sebelah.

Time makan, Rosh banyak buat lawak. Boleh tahan lawak mamat sorang ni. Mementang la dia skarang dah peramah..huhuhu! Yg tak laratnya, kitorang tanya anak² bujang Abg pat yg tiga orang tu, "haritu sapa yg jatuh?", otomatik tiga² tu noleh belakang nak ngk sapa yg jatuh..muakakakaka! kitorang maksudkan hari tu punya cerita, sampai kena jahit² sebab jatuh.

Kak Mas ajak dok semeja ngan dia. Nanti dulu la kak. Citer astro tu karang² dia ulang balik..huhuhu..Pastu edarkan sebenier dr Hatyai. Chopstik ngan coin beg. Roah amik chopstik kaler pink sebab nak bagi awek (owhh Roah dah ada awek?...owh tohannn) pastu dia nak claim kata dia baru balik dr Hatyai. boleh gitu? Kak Mas plak bagi sebenier dr Kelantan utk aku sorang, brooch ngan getah rambut yg cam kristal tu. Wakakaka! kak, rambut saya cam Kirro cemana nak guna getah ni? hohoho..takper..leh wat gelang. Tq kak..muah! muah!

Majlis penyampaian buku "Hikayat Lang Surya" dr kak Mas kpd sempoii pun sempat dilakukan walaupun penulis nyer tak dapat datang sebab kena baca doa kat kenduri tahlil kat Sekinchan..;p. Wah, ceria la hidup aku minggu ni dapat baca buku tu (harus Jundak bangga dengar nih)

Borak² kali ni mmg byk tersasar dr topik kebiasaan hojainan auroran yg dolu². Kalau dulu banyak cerita pasal buku saga artakusiad, buku ke-8 atau komik kamawizra, tapi kali ni banyak kpd cerita² politik, dgn topik khusus -> Demokrasi. Wahh..sekali dengar cam serius jer, tapi don't veri la, cam biasa manyak melencong ke timur barat sudahnya topik tu. Takde sesapa yg berani tanya pasal buku ke-8, Saga Reload atau komik karmawizra. Ada dua reason napa soklan tu tak kuar 1) sebab kitorang dah tau jawapan standard dr abg Pat, "akan muncul jua tapi tatau bila" 2) kitorang tanak abg pat pressure. Nengok..kitorang pun ada hati dan perasaan jugak tanak kasik Abg pat stress. ;p

Acara borak² dan gelak² di selang seli jua ngan ketereran waiter Tupai² yg berjaya angkat gelas yg ditindih² jadi sama tinggi ngan waiter tersebut. Tepuk! tepuk! tepuk! wahh..sungguh teruja we ooolsss.

Abg Pat terpaksa undur diri cepat sebab kesian kat baby dia. Yg lain stay, selain lom tutup kedai..lepak! lepak! lepak! Maka kul 9.30pm baru lah kitorang terpaksa balik sebab acara buffet abis kul 9.30pm. Kalau takde had masa mebbe derang plan nak sahur situ rasanya.

Apapun, kami amat berbesar hati di atas kehadiran para auroran yg sudi menghadirkan diri ke Hojainan pd kali nih. Segala cadangan dan komen² (bkn kritikan yer..wahahahaha!) dr anda amat la di alu² kan. Sekian time kasih.

tukang tulis report tak rasmi
-sempoii tentera morrok legion ke-III-

Thursday, October 05, 2006

Tuan-alang's new Junior boy

Pepagi aku dpt email dr tuan-alang a.k.a mohkzani "Weih aku baru dapat baby boy kul 1 pagi tadi. Berat dalam 3kg. Muka sebijik cam Azri... Hehehe"

Waaahh..bestnyaaaaaa ko..Rezeki di bulan Ramadhan tu. Baru semalam ko citer wife ko peknen, hari ni dah bersalin..huhuhu.

Tahniah Mokhzani, di atas kelahiran baby ke-5. Kelima yeww..bukan ke-2..ke-3..produktif budak sorang ni... Pernah la last year time buka pose ngan family dia (dia belanja ;p), aku borak ngan wife dia. Aku tanya ada plan nak tambah baby ke? dia cakap nanti la dulu..tunggu yg kecik tu besar dulu. Masa tu yg kecik baru 4 bulan kalu tak salah aku. So kiranya baby dia dah besar la tu sebab dah dapat baby baru..huhuhu...dan sehingga entry ni ditulis, "bapa budak" tu lom sempat lagi ngk wife n baby baru dia diatas sebab² kena jaga anak² yg lain kat umah..sabo je la aku..hikss!)

So..
Selamat bangun malam buat susu baby..
Selamat bangun malam salin pampers baby..
Selamat balik cepat tetiap hari..

Aku tingat time aku dalam pantang dulu. Kalau time hari lain, aku tak kisah pun asben nak balik umah kul brapa, tapi time pantang aku jadi berkira sgt. Kalau lambat balik 10 minit je, otomatik aku leh jadi baran, membebel tak abis². Masa time pantang kita jadi terlebih sensitip. Mak aku cakap sebab perubahan hormon. So jaga la wife bebaik time pantang yer, selalu tolong dia..bagi semangat utk dia slim balik, macam asben aku sampai skang dia bagi semangat ntuk slim walaupun dah lebih 4 tahun aku bersalin anak yg bongsu..huhuhu..

again..tahniah..tahniah..enche Mokhzani n wife, nampaknya dah boleh bukak akaun bank baru utk duit raya tahun ni ahakss.. :)

Wednesday, October 04, 2006

Joe taggers-gath buka pose-dirumah Arc kite...

Lady Arc n Lord Budak..You’re the lucky number one…;p

Sure korang dah baca review dr cik siti Delinn yg kapochi tu ngan review si angah yg kapochi jugak tu. So kalau terasa macam dengar astro kat sini, cerita berulang², jgn la marah aku. Aku tulis review ni hari senin tapi tak sempat aplod sebab MC hari senin. Alaaa kalu citer pilipines kat astro dok ulang² korang tak kisah pun ngk...takkan pasal review gath nak berkira sgt kot kan Joyah..kan Limah? Ok lets stret to the ampang point.

Yaa kali ni umah Lady Arc & Lord Budak telah dijadikan “mangsa” port gath buka pose PERTAMA tahun ni (dua, tiga, empat..lima akan menyusul kemdian ;p). Motif kali ni adalah, bila dah terlajak borak nanti takde la memana tokey kedai yg nak menghalaunya. Maka modus operandinya nanti, buat² tak hengat nak balik, pastu kuar toto, khemah ngan selimut senyap² dr keta trus lepak sampai ke sahur. Sib baik la modus operandi tersebut dapat dihidu oleh Joe yg jauh dan juga oleh tuan rumah, so dia kasik tapau sesiap trus balik..hahahaha!

Buat julung² kalinya, sempoii menempa sejarah dlm kroni Joe taggers bilamana sempoii manusia lemah yg salu lupa date, salu salah hari ni (joe kata aku blurr..sabo jek la) tlh jadi org pertama datang ke “tempat kejadian”. Then alangz pun sampai bawak makanan yg dia masak sendiri. Mmg saspek la ngan ko alangz. Aku kalau anak pompuan aku darjah enam, nak jer aku pinang ko wat menantu…huhuhu..tempe ikan bilis ko superb, aku tapau sikit ek buat lauk sahur 2-3 hari ;p

Pastu sorang² sampai..aku pun dah tak ingat turutan sebab masa tu aku sibuk usha makanan mana aku nak rembat dulu. Yg datang Bilal n family, kong n family (baru la mrasa jumpa org umah kong..pandai menjahit rupanya), alangz, aunty Yan, Delinn, Coco, angah, serindit, royce, zura, ima dan X-men. Coco sampai lewat skit sebab ada hal lain, tapi takper la kan at least dia bawak kek batik yewww! Dan yg amat terharu, Aunty Yan sudi mencemar duli join kitorang gath kali ni. Tq Aunty Yan yg vogue. Sempat la gossip segossip dua ngan AY..*sigh*

Yang hadir serta juadah yg dibawa :- 1. Delinn - Fruit cocktail 2. Angah - Sambal tumis udang, masak lemak pucuk paku 3. Sempoii - Puding caramel 4. Arc - Masak lemak ikan masin, sayur campur 5. Royce - Sate 6. Bilal - daging masak mentega, sayur tempe 7. Coco - kek batik 8. Alangz - bawal sweet sour, sambal goreng ikan bilis & tempe, kuih bulan 9. Yummy - chicken lemon 10. Zure - acar buah 11. Fara - ayam percik, murtabak 12. Kong - bubur pulut hitam 13. Serindit - rendang ayam 14. Ima - pecal --> ni semua aku kopipes dr delinn..huhuhu
Cam biasa aku yg observer ni (kapochi jugak ler macam Siti Delin dan Siti Angah tu ;p) suka tulis point² jek utk elakkan aku merapu dgn lebih bersungguh².. ;p

1) Fara “hangus” kena kutuk sebab konon beria nak bawak mee bandung, last² mee bandung ke mana..ayam percik dr PaRam yg muncul.
2) Oleh kerana alangz sentiasa mempaparazikan para tetamu, maka setiap org amat kamera-concious, nak mintak tambah lauk pun sempat posing letak jari kat dagu kot² la alangz tersnap gambor dia..huhuhu
3) Walaubagaimana pun, alangz berjaya membuat semua org tak puashati bila gambar² yg dia amik majoritinya gambor mulut tengah ternganga suap nasik, ada yg terjegil bijik mata ala² “itu ayam aku punya, ko jgn nak ngengada amik!” dan jugak silap posing hingga menampakkan “besarnya peha koooo”…;p
4) Jangan korang tatau plak, orang lain datang bawak makanan, x-men datang bawak bertenang AJER. Kitorang yg dengar pun trus bawak mengucap..sabor je la.
5) Ramai la yg nak pinang alangz lps tau alangz pandai masak n pernah bukak café sebelum ni. Aku tingin gak nak pinang tapi ntuk wat menantu la, adik angkat tokleh dah sebab kuota dah penuh huhuhu…(haruslah asben aku buat edisi siasat pas ni)
6) Delin tanya aku, “ko dah turun brapa kilo skang?” Aku jawap dgn hati yg ikhlas “ 8 kg dalam 2 bulan”. Dia tanya lagi “exact kilo berapa?” Aku jawap tanpa syak wasangka, “7.9kg.” Dia jawap plak “oooooo baru 7.9kg..blom 8 kg laaa”…wakakakak! dengki tul ko ek Delinn..;p
7) Bilal mengayukan diri memakai baju kurung kali ni dengan aksesori mutiara. Menurut pengakuan benar beliau “pasni bila laki aku ngk aku sopan santun, lenkali dia bagila aku pegi gath sesorang”. Bilal mmg sentiasa ada agenda tersendiri bak kata pepatah “ada ayam percik di pasar ramadhan”
8) Aku tak pasti sindrom apa yg melanda si ima nih, tiap kali bergambar dia sempat buat “peace” kat muka. Tak caya korang pi cek gegambar dia..
9) Serindit tu lelaki rupanya. Ada gak sore sumbang yg cakap “dah nama pun burung”..huhuhuhu..
10) Royce kelihatan amat peramah berbanding hari biasa. Apa rahsia anda? Malangnya dia kena balik cepat sebab ada sedara dating umah la plak.
11) Joe call dr US tapi tak cakap ngan aku pung. Aku nak majuk ngan Joe 33 hari.
12) X’dee call dr US pun tak cakap ngan aku..tapi ngan Pak dee aku kasik diskaun, aku nak majuk 23 hari je ;p
13) Asben aku beria pakai tshirt yg Joe hadiahkan tu bagi memeriahkan suasana katanya.. Tiap kali bersalam ngan peserta lelaki sure derang kata “sib baik aku tak pakai tshirt ni”..ye lah kan, kalau idak jadi boria pinang sebatang ler..
14) Anak Fara, si Lydia cukup comel, disyaki bakal disambar oleh alangz 20 tahun lagik..Dato’ A dan Datin L..seswai ker u olss? huhuhu
15) Betul ker ima ngan serindit tu ada apa² u olls? betul ker? ke betul? Meh kita buat terjah sikit ;p
16) Ada la 2-3 orang tu kan, dok usha sebenier Hatyai dr awal sampai akhir. Pantang plastik tu lepa merata² ada jer yg ready bukak henbeg nak rembat lagi satu. ;p
17) Baju coco seswatuh u olss. Amat menepati iklan fair n lovely “tiap hari sayangggg” yg ada hero buat gitu² kat muka heroin, cuma kali ni yg gitu² tu dilakukan di bahagian dadanya..huhuhu..
18) Tuan rumah bersungguh² menapau di sepanjang majlis sampai tak sempat la nak hu ha hu ha ngan tetamu. Sure serik derang nak offer tempat len kali hehehe..
19) Aku dok pelik pesal la ramai yg dok belek idung alangz, rupanya dia baru buang tahi lalat besar kat idung dia. Alangz kata tahi lalat kat idung maknanya rezeki susah nak masuk. ye lerr tu..kalau idung licin takde jerawat nasik pun tak semestinya rezeki senang masuk dek non..
20) Peserta lelaki dr dalam umah, berpindah borak kat luar rumah plak, then pindah tempat lagi ke pintu pagar umah. Agaknya derang pelik, tak reti² nak balik ke org pompuan nih..
21) Ada orang bawak kuih bulan dan ada jugak orang yg angkut balik kotak kuih bulan dgn alasan, “kotak dia ada magnet la weih” ..hehehehe!

Yg aku tak sempat observe n tak tulis nama sini jgn kecik ati yer. Tapi korang tetap beshh da bomb (sambil tangan buat aksi "tiap hari sayaaaaang"). Tq kpd tuan rumah, lady arc (& lord budak) yg sudi sponsor lokasi dan rajin menapau sampai aku naik senak perabihkan lauk time sahur ;p, juga kpd para hadirin yg sudi meluangkan masa..para hakim yg adil lagi bijaksana..guru²..oopss..err dan tak lupa juga kpd Joe Perantau yg jauh di mata, tapi dekat dihati kami. Tanpa ko Joe, siapa lah kami semua yg vogue² dan hensem² ini…huhuhu! Luv u olss..

Jumpa lagi di gath akan datang. Apa?? Buat kat umah Arc lagi…heheheh cuak dah Arc ngan Budak. Takper laa..lenkali kita buat kat umah org lain plak..contoh macam errr umah Arc ker atau umah Budak ker? hahahaha!

Monday, October 02, 2006

MC hammer..

Hasil titik peluh saya makan tak henggat dunia tempohari, maka ini saya berjaya mengemceekan diri dengan jayanya.
Dua dalam satu..
Yea..aku semput dan allergik sejak semalam..seksanya. Padan muka aku.
So pd kekorang yg sibuk mencari review pasal Gath buka pose Joe taggers..besok je la ek..huhuhu