Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, June 29, 2009

sempoii transform to...



Semalam ngk Transformer! yay!

Jadual sgt pack, terpaksa kejar sana sini semata2 taknak terlepas transformer. (betulkan niat..betulkan niat). Mula2 pi kenduri kazen kat Bukit Kinrara. Dia buat majlis kat dewan. Aku ikut mak ayah, kakak & adik aku ngan family memasing, konvoi sebab takut sesat (macam selalu). Sampai2 je baru kul 12. Mak bapak pengantin pun blom sampai. Wakakaka! punya la bersemangat. 12.15 parent pengantin sampai, 12.30 aku beransur balik selepas makan nasik, tapai dan aiskrim. Diet tak henggat. Pengantin pon tak sempat jumpa.

Yaa..kendian bergegas ke Kem Wadieburn plak, Farhana (bdk opis) kawen. Takyah pikir2 pasal hadiah sebab opis dah tong2 bagi JJ Vocher sebanyak RM1,000. Ahh indahnya donia bila dpt byk JJ vocher. Sampai je, janji ngan cik asben tak makan lagi tapi termakan gak siiikit. Lps salam pengantin, bergegas ke Midveli...hihih..cam katun jek laju.

Berjaya gak sampai awal. Kul 3 dah sampai. Betapa katunnya cik asben bawak keta. Citer tu best tapi aku bukan reti nak review2 cam waiem atau makincik. Kali ni banyak adegan gaduh compare to Transformer 1. Ni adalah serba sikit komen dr cik asben & anak2 den tentang pelem ni.

Cik asben: "Napa la watak awek seksi tu jahat tu cepat sangat abis.. tu je la watak yang sangat mengesankan" (satu komen yg hampeh)

Wan Nur Syahira: "Syira nak jadi Willie! dia comel dan dah taubat jadi baik." (owhh so sweeett la this girl..macam mak dia jugak..hiks)

Wan Syamil Hakimi: "Wan Nur Qistimon menjadi Garu-garumon"*

Wan Nur Qistina: "Qistina tak leh komen sebab Qistina tiada ditempat kejadian. Mama Qistina letak Qistina kat babysitter"

*Syamil tu still dalam dunia digimon dia. Nama asal Wan Nur Qistimon adalah Wan Nur Qistina. Garu-Garumon adalah rakan Digimon. So no komen tentang komen beliau. Hiks!

Aku: "Sempoii transform to Semput-bot!" (sbb makan tapaiiii..adeh~)

Monday, June 22, 2009

Team building - Day 3

Fuiyoo lama gila nak hapdetkan kisah teambuilding yg 3 hari tu. Tu baru 3 hari, kalau seminggu?, mau 3 bulan baru siap semua entry. Just bear with me la, aku tak leh apdet blog dr opis, nanti opis sound. So aku cuma leh apdet dr umah je. Tu pun kalau tak berebut ngan cik asben yg rajin apdet blog. Dia mmg rajin apdet tapi pastu dia save as draft. Ikut suka dia je bila nak post entry tu.

Hari ke-3 mmg tak leh bangun. Berpapah2 masa nak turun tangga. Sebijik cam org tua. Lps mandi, ngan beg toiletries yg gedabak tu, aku naik satu persatu anak tangga pelan2. Pastu aku letak beg tu kat anak tangga ke-2. Pastu langkah ke anak tangga ke-2. Alih beg ke tangga ke-3. Aku tak sedar si KC dok perati, dia sound "pasang safety key ke kak iena?". Hampeh dot com tul la budak nih..

Hari ni sepatutnya ada Amejing race ngan hadiah berjuta2 vocher JJ. Saja nak kasik aku amaroh la tu. Pastu bila GM tanya sapa nak buat Amejing race?, hanya sorang je yg angkat tgn yakni Mr G. Yg lain sume sorok muka taknak buat. Amejing race tu kena lari2 ke Gua tempurung, on the way kena berkayak, then kena masuk gua kuar gua..amik petunjuk tengah2 jalan. Perghh...tak larat den. jalan pun berpapah, aku nak buat benda2 tu lagik? simpang meleikat la..

So GM ngan senang hati kansel Amejing race. Since kitorang dah bayar utk masuk Gua Tempurung, so nanti program bertukar ke Melawat Gua Tempurung dengan santainya. Dalam ramai2 tu, Annie ngan alamak-tak-ingat-la-sapa takde dlm group masa announcement dibuat. So GM buat dajai kat depa, derang baru datang nak pi makan, so GM kata kita dah lamvbat nak buat Amajing race, so kena makan cepat2. Bagi masa 5 min je. Derang pun makan la beria-ria laju-laju. Then GM suh beratur dan kena ber-pair dua2. So duaorg tu kat depan sekali. GM kata kena berlepas dua2, nanti lps 5 min org yg ke 3 ngan 4 lak berlepas. Aku dah tak tahan gelak dah. Bab dajai kan org nombor satu.

Bila GM cakap, ok "Go!" mencicit la si Annie ngan alamak-tak-ingat-la-sapa berlari bersungguh2 ke arah tasik. Kirorang kat blakang gelak tak hengat punya. Bila dah jauh tu, derang perasan kena tipu sebab semua gelakkan derang. Kesian ... sorry la...but you make my day la dear..er Annie yer. (bkn GM ;p)

Pi Gua Tempurung naik lori. Pergh jauh gak tau kalau nak jalan kaki. Aku sorang je yg bawak beg sebab aku dah pernah pi dulu somewhere 2000 kot, dan aku dahaga cam nak gila. Guide bawak air mineral tapi kongsi ramai2. Aku decide bawak air sendiri. Dalam beg aku ada mineral water, ribena, 100 plus dan nescafe dlm tin..hihihi meriahkan?. Derang bising2 suruh akutinggal kan beg, tapi aku nak jugak bawak. tapi aku dah ready ngan plastik itam, in case aku kena selam air dlm gua, beg aku tak basah.

Yaa..mmg kena masuk2 air. Tapi guide2 tu baik ati bawakkan beg aku..hehehe..Dalam gua tu kena lalu 1000 anak tangga. Lenguh kaki den. Ada sliding, boloskan diri ke dalam lubang kecik (thanks god, aku muat ;p), selam2 dalam air. Kalau time musim hujan, sebahagian kawan gua tu dipenuhi air.

Last sekali, jumpa sungai deras yg membawa ke luar gua. Berendam dalam tu lama (ada yg amik peluang buang air kicik..huhuhu). Then lunch kat depan gua. Ada la org RTM interview Nanthini, KC and Farhana utk program apa tah. Maka berpurak2 la mereka mempromosikan Gua Tempurung dan ngaku ni first time sampai walaupon si KC tu mmg anak jati Gopeng. Hampeh tul..

Balik naik lori dan siap2 packing nak balik...yahooooo! then acara appreciate rerakan..ada ala2 Asiawork la hihihihi..Then isi borang feedback..ok la..so far aku puas hati ngan service Nomad. Best!!!! Insyaallah aku nak datang lagi tapi tak buat la the whole program. Aku nak buat water rafting..ting ..ting jek..

Konklusi: Penat! tapi worth it. Aku tak rasa benda ni leh motivate aku dalam keje, tapi aku dapat persepsi berbeza tentang most of my colleague. Kalau before ni ada yg pendiam, tapi dlm training ni baru aku nampak strength derang. Macam aku jugak. Kalau kat opis aku sangat pendiam (wakakakakakakakakaka!) maybe lps training ni derang nampak, "ok gak kak iena ni, boleh bercakap rupanya.." ;p

Friday, June 12, 2009

Team building - Day 2

Day 2 - 23rd May 2009

6.30 alarm jam dah bunyik. Time nak turun tangga, Khai dah ada kat tangga ajak pi toilet sama2. Satu badan sakit2. Turun tangga pun amik masa terhegeh2. Tak bleh imagine camne nak panjat pokok karang.

Lps bekfes, naik lori pi Nomad Mountain school.

"Located in Nomad Mountain School, the Pinnacle Adventure High Ropes Course is a unique aerial circuit built that is unlike anything in the world. Participants conquer a series of high rope obstacles set amidst limestone pinnacles and lush forest trees.

The obstacles include a combination of rock climbing, bouldering, high ropes course and via feratta obstacles set in a multitude of configurations. The high ropes obstacles are designed to address specific personal development themes such as: team building, communication, problem solving skills, risk-taking strategies and stress reduction. With routes of various difficulties, the entire group will will be highly engaged in this exciting activity."

Seluruh program hari ini dipanggil "Samurai Quest". Semua "best achievement" sepanjang hari ni akan dianugerahkan "special belt" (macam belt taekwon-do) menandakan ketereran masing2. Ada bbrp games utk carik seorang "king" sebelum bermulanya high rope course. Finally, ST berjaya jadi King, dan sbg seorang king, dia dapat belt pertama, belt warna putih. Bravoo!

Pastu ada safety briefing. Pakai helmet, harnest & safety key. Kena try lalu jambatan gantung yg rendah dulu. Then guide bagi option nak buat yg tinggi (option 1) atau sederhana tinggi iaitu separuh tinggi dr option 1 (option 2)? Sapa yg pilih option 2 kena ikut guide lain, yg decide buat yg tinggi, stay kat situ. Aku plan nak buat yg rendah dulu pastu kalau berani baru nak buat yg tinggi, So aku ikut option 2. Khai jerit dari jauh, "kak! apa barrang ikut sana kak.. sini la best. tinggi!". Pergh! budak ni kalau tak menaikkan amaroh aku mmg tak sah. Yg lain2 dok usha aku ngan pandangan sarcastik sebab ada hati nak amik option 2. Hantu betul. Ok la.. macam biasa "ok la.. i study dulu, u go first..." ;p
Tapi makin lama gerombolan option 2 sudah ilang dr pandangan. Maknanya aku takde pilihan lain melainkan buat option 1 atau tak buat langsung.

Ada la dalam 10 org yg pilih option 1. Lagi 20 org buat option 2. Aku tatau berapa tinggi high rope course tu, tapi kalau AKU (purposely capslock utk menunjukkan betapa besarnya aku) kat atas tu nampak la sebesar batang mancis je dr bawah. Brian start dulu. Sepjg nunggu yg lain2 buat, Mr G (guide) sedang berusaha bersungguh2 utk TAK galakkan aku naik. Since aku ada tulis dalam participant form yg aku ni ada semput tegar, so derang tak galakkan aku naik. Mr G dok pusing2 kata "kalau tak konpiden, amik option 2 pun ok jugaa", "kalau badan cannot take it, jangan paksa..". That kind of story. Tapi aku yg tak reti bahasa jwb "err new challenge.. can la .. i think"..(yg "i think" tu aku cakap perlahan jek takut derang dgr)

Turn Suhaimi. Mula2 aku nak jadi second last tapi bila pikirkan, karang jem lak kat atas kalau aku tetiba stuck kat mana2. Sian lak kat dia takleh naik. So aku suh Suhaimi buat dulu. Bila dia dah sampai pokok pertama, aku naik.

Ada 5 journey kena lalu.

1) Tangga curam ke pokok pertama. Kaki mengeletar teruk sebab naik je satu anak tangga, kena bukak safety key, sangkut ke tali lain. Amik masa kat situ je. Dr satu tangga ke anak tangga, ada la dalam 2 kaki. Kaki dah terasa lenguh gila.

2) Dari pokok ke-2 ke pokok ke-3, kena lalu 2 kayu yg berselang seli ngan tali. Kiri kanan takde pemegang, cuma leh paut kat tali safety key je, macam gambar kat bawah ni. In between kena bergayut tarzan. Aku dengar Khai jerit dr bawah "1,2,3..lompat!!" Aku ikut je arahan dia. Tak leh pikir byk2. Bila teragak2 tu yg leh jatuh.



3) Lepas buat Tarzan tu, tali aku terbelit. Kena lonjakkan diri utk uraikan tali. Masa tu baru terasa "keberatan" badan aku...hehehe..Kat pokok ke-2, aku terkial2 buka safety key, nak sangkut ke tali lagi satu. Tali tu tinggi dr aku. Ada la dalam 5 minit aku terloncat sorang2 sampai inhaler dr poket suar aku jatuh. (Khai cakap masa inhaler aku jatuh, Mr G ngan Mr J kat bawah dah cuak, sapa nak angkut aku turun kalau aku semput kat atas?). Then aku sambung ke laluan jambatan gantung. (refer gambar bwh). Kat sini berbirat lengan sebab kena berpaut kuat kat tali.

Tgh2 jambatan, aku penat sangat2 (maybe sebab byk terloncat2 tadi) dan aku jerit "NAKKKK AIIIRRRR" sekuat2 hati. Guide kat pokok ke-3 jenuh pujuk aku suh terus bergerak dan rest jap dan terus gerak lagi. Aku ulang banyak kali aku nak air.. aku takde daya nak jalan lagi, sebab aku nak air!. Guide kata, dia takleh bagi aku air kat tgh2 nanti aku jatuh, dia suh aku pelan2 gerak, ada lagi 7 kayu nak kena lalu. Aku dah start nangis dah, sampai guide tu pun dah cuak bila nengok aku nangis. Nak tak nak aku jalan gak pelan2, sambil dimotivasikan oleh guide-pokok- 3 tu. Utk habiskan lagi 7 anak kayu tu, aku rasa aku amik masa lebih dr 5 minit. Kat anak kayu terakhir, dia terus tarik aku ke pokok-3. Org kat bawah bagi air guna tali. Aku minum habis satu botol kecik tu. Takde belen. hikks! Rehat jap. Aku dah macam takde perasaan dah time ni, sebab tadi aku penat gila dan aku rasa cam takde hope dah. Bila its over, aku rasa otak aku kosong jek.




4) Then, kena naik pelantar macam konveyor, gerak ke pokok-4, macam gambar kat bawah ni. Pegang tali atas kuat2. Time ni aku sempat buat loyar buruk. Aku jerit "Jaya Jusco 70% here i comeeee!". Boss aku kat bawah sure ngeleng kepala.. Yelah..apa saja la yg blh motivasikan aku selain shoping, makan ngan gold.. hikks! (selain family lah)



5) Lps tu kena buat flying fox. Mek letih u olss. Tak abis2 lagi. Sib baik ni last before semuanya over. Guide pasangkan tali kat harnest aku. Pastu aku duduk kat tepi pelantar. Dia expect aku lonjakkan diri terjun and fly, tapi aku pulak dok ingatkan dia yg patut tolak aku. Dia pun tanya aku ready ke tak sebab dia nak tolak aku. "1, 2, tigaaaaaa". laa tak gerak pun? masa kiraan ke-3 tu ada ke dia cuma jentik je bahu aku? Tolong la jgn compare kan aku ngan semut..huhuhu.. ko ingat aku sekali jentik leh jatuh? Pastu aku jerit la "tolakk laaaa!". Budak2 kat bawah sume ingat aku kerek. Siap suh tolak lagi tu. Sebenarnya aku nak sume berakhir ngan cepat..tak larat dah nih. Tapi budak tu tolak gak and sekali lagi aku terebanggg...yahuuuu..best best.. kali ni sambil terebang aku jerit "i believe i can flyyyy!". Dalam maksudnya tu. kalau i believe i selalu "high..yg tu mmg pun...hahahha..



Lps settle sume, ada satu lagi game, kalau tak settlekan game ni takleh lunch. Arrghhh! tensi gua.. Kena cari "King" yg ilang. Carik2 jumpa la king dalam gua. Dah jumpa king tu, kena angkat plak, so big boss aku (Nidth*a) pikul dia bawak pi tempat flying fox, kat situ kitorang kena naikkan dia ke pelantar flying fox guna tali. Dan dia kena buat flying fox sekali lagi. Masa tu semua orang bersyukur sebab yg "king" tu bukan aku. Kalau aku, mau patah riuk big boss aku. Khai cakap, "kalau akak yg jadi King , kitorang rela skip lunch dr angkat akak". Hampeh tul budak ni. Insuran juta-juta agaknya mulut dia nih.. :D

Then Jamie dapat award utk belt kuning, sebab dia buat high rope course option 1 dua kali, dan option 2 sekali. Respect kat dia. Yg seken time option 1 tu sebab bos suh dia naik sekali lagi, utk selamatkan aku...ahakss! tapi rtak sempat, before dia selamatkan aku, aku dah abis. Big boss dapat belt hijau sebab selamatkan "king". ;p

Note: Gambar high rope course ni, aku amik dr website Nomad Adventures. Sebab takde sapa yg bawak kemera time tu. But this is exactly what we did..

Lps lunch kat situ, naik lori pi Sungai Kampar plak. Buat water rafting. Masa safety briefing kita diajar cemana kalau kita hanyut, kalau raft tersangkut kat batu, atau cape size (tergolek).


Khusyuk dengar briefing, sebab takut hanyut ;p

Forward - kayuh hala kedepan
Back - kayuh hala kebelakang
Boom-boom - masukkan punggung dalam raft, dan pegang tali kat tepi raft
All Forward - semua kena berhimpit ke raft bhgn depan
All Back - semua kena berhimpit ke raft bhgn blkg
Jump-jump - lompat2 setempat
High 5 - satu kan all paddle kat udara dan hempas ke sisi air raft



Miss boom-boom's raft - depan: Ann Kee dan Nadine, tengah: Khai dan aku. Belakang : Mr J (guide) sedang amik gambar

Mr J yg sedang tarik raft aku tu. Dia kata, jiwa dia tertekan sebab banyak gelak sepanjang 3 jam water rafting...wahahahah! nasib la kan..


eh..eh..dia amik gambar kita laa..Mr J gelarkan aku ngan Khai "miss Boom-boom" sebab takde apa2 rapid kat depan pun, aku ngan khai dah ready buat boom-boom..Pastu tiap kali lalu jeram, aku jerit "Mr J, bila nak buat boom-boom ni? walhal semua dah buat boom-boom dah. Dia jawap "saya tak suruh pun, awak dah buat per"..ahakss! termalu jap.


Rehat 15 min, makan epal ngan minum mineral water jek. Time ni Suhaimi kena sakat teruk sebab paddle dia bengkok part tengah macam huruf "U". Cannot imagine apa dia dah buat kat paddle tu..hahaha! Sempat lak tu, dia kata bigg boss "bengkok". Actually dia nak cakap "tak la...bengkok". Tapi nada tak sesuai, so dia macam panggil big boss bengkok plak. Since then org panggil suhaimi "bengkok". ;p


Saaatuuuu..


Duaaa...

Tiiiiiigaaaa!!

Lps rehat, Mr G "tumpang" raft kitorang sebab raft dia bocor and takleh tampung ramai sgt. So makin teruk la kitorang sakat dia. Tuduh dia makan gaji buta la, biawak idup la..zalim gilos..Gambar atas tu kat salah satu rapid yg boleh tahan gak deras dan dalam. But we had a happiest moment along the journey. Best gila. Ada2 je benda nak buat lawak sepanjang 3 jam dalam raft. makcik2 yg tengah berkemban mandi kat tepi sungai pun kena sakat, brader2 tgh mandi kena sakat ngan khai (bukan saya ye cik din), pastu part abang pakai baju merah jambu dok atas motor jambatan tgh tunggu khai pun kena kacau. Saja nak ilangkan boring.

Tiapkali lalu bawah jambatan je, Mr G tu ugut nak hantar aku balik, suh naik mana2 lori balik KL. sebab dia tak larat nak gelak. hahaha..jahat tul.

Last port, sampai la kat camp pada pukul 6pm. Laa..sungai tepi camp tu tmpt water rafting rupanya. Pastu, time award, Brian (boss) dapat blue belt sebab banyak kali jatuh dalam air but still survive!. Dan unsangkarable aku dapat belt merah sebab memeriahkan suasana sepanjang journey.. yieehha!..owhh mek terharu.... Mek nak buat ucapan gremi award tapi sebab masa pun dah suntuk mek pun pendamkan la dalam hati je..hikks!



Ingatkan dah abis, ada lagi. Ala2 tresure hunt kena carik satu benda berdasarkan hint2 kat belt2 yg kitorang dpt tadi. Kitorang cuma dibekalkan kompas jek. Yg baju putih-biru tu Brian, boss aku a.k.a. ketua treasure hunt ni. Dalam 15 minit baru jumpa benda tu dalam rumpun pokok buluh. Cermin yg tertulis, you have completed the Samurai Quest and all of you become Samurai"..hohoho! takyah bertapa pun leh jadi samurai...setaraf Tom Cruise dah ni..(tingat la ada orang tu nangis ngk citer Last Samurai..ahakss!)



malam: mrasa la big boss massage blakang aku.. ;p

kena buat graf utk menterjemahkan feeling kitorang mula dr kitorang sampai sampai la ke acara water rafting. Kalau hepi, graf naik, kalau tak hepi graf turun. Group aku simple je, cuma guna 2 tali, group lain pakai berelung2 tali..huhuhu. Gambar: aku bagi direction ala2 GPS, Ann Kee buat graf. Nadine ngan Khai tukang gelak. Eh...lupa plak nak riak, raft aku dapat award "the noisiest raft" dan dapat lagi vocher JJ. yayyyy!


Masa time presentation, most of the group buat detail citer dr mula. Dan all sound lebih kurang sama. Since group aku paling simple, kitorang cuma citer part2 ygkitorang rasa interesting je.. yg detail2 tu semua group lain dah buat (ekceli kitorang tak ready sgt sebenarnya..hohoho). Tapi not bad la, bila time present, semua org asik gelak je kan. Last2 big boss cakap ada 2 team yg buat citer menarik. Team aku ngan team ST. Team lain lebih kurang sama. And utk dptkan pemenang, both team kena buat satu jinggle yg menarik on the spot. Fuh...on the spot idea masuk kepala, and aku ajar derang jinggle tu. Siap ada back up singer lagi ;p. And guess what? we are the WINNER!! and dapat lagi vocher jaya Jusco..hehehe!
Ni jinggle kitorang, created within 1 minute ;p. yg dlm bracket tu back up singer..

we are miss boom-boom (we are miss boom-boom)
we are good in water rafting (ting...ting...ting)
forward 3x (forward 3x) - masa ni kena buat gaya paddle ke dpn ngan gaya gediks
back 3x (back 3x) - masa ni kena buat gaya paddle ke belakang ngan gaya gediks
we never scare one
we had Mr J and Mr G at back and front!!

(ni je yg kitorang present, ada sambungan yg lum sempat release lagi ni. Ni sambungan dia)

jump-jump-jump
boom-boom-boom
High fiveeee!! (hala tangan ke atas, pastu satukan tangan) ;p

Sunday, June 07, 2009

Team building - Day 1

Ni entry tertangguh namanya.. citer pasal team building kat Gopeng, Perak.

Day 1 - 22th May 2009

Before bertolak. Look fresh and hepi..huhuhu. siap la ko!..


Aku tumpang Khai & Azrul pi opis sebab cik asben ada meeting pagi tu. Kul 7.30 sampai opis. Semua org sibuk show off tiset, repellant & sunblock terlatest katanya. Aku sempoi je, mana yg ada, aku bawak, yg takde aku pinjam khai je...ahaks!

Dalam bas, big boss buat kuiz. Hadiah dia vocher JJ. yayyy! Since aku malas nak pikir, so aku tk dpt jwb apa2 soklan & cuma dapat satu vocher RM10 ehsan dr khai sebab jadi saporter tegar masa dia jawap soklan..wakakaka..


Antara dua darjat - bas persiaran dan lori bersiar-siar..


Lembu tepi tasik pun konpius.."ni lembu ke worang?" ;p



Sampai Gopeng kul 9.30am. Naik lori pi earth camp. Lembu2 kat tepi tasik pun tercengang2 ngk kitorang. Ni lembu ke orang nih? Dalam lori berangan la jap jadi pasukan gendang Tarian Singa sekolah cina jap. Macam pendatang haram pun ada gak.



Ini rumah pokok. Yg ni 2 roomate satu bilik.


Bilik "suite"..ahaks! 3 roomate satu bilik.


Yg ini toilet. Satu orang dalam satu toilet.


Cabaran telah bermula ketika naik lori lagi. Macam kena salai dok atas lori yg open air tu. Cabaran seterusnya bila sampai earth camp & penyerahan kunci bilik..err rumah pokok. Aku dan few lagi tak dpt kunci pun? rupa2nya bilik "suite" takde kunci sebab pintu dia sliding door dan takleh kunci langsung!. Korang musti ingat sliding door kaca kan? hehehe..salah! sliding door kayu. So kalau nak tutup bilik tu macam oshin, tersekat2 lps 2 minit baru pintu tutup abis.


Penduduk bilik "suite". Bilik asing2, tapi we are sharing the same pokok & tangga.


Bilik "suite" (banyak la hang punya suite) ada 2 je. Bilik2 tu bersambung-bertentangan pintu dan share satu pokok. So satu bilik tu utk aku, Evette & Roumayne, derang tu budak baik2 dan sangat pendiam. The purpose big boss susun mcm tu, samada supaya lps program tu aku akan jadi pendiam mcm derang atau derang jadi bising macam aku. Bilik lagi satu utk brian (boss), suhaimi (budak IT) dan KC (analyst).

Acara warming up ialah game tambah power..jzjzjjzjzjzjjzjz!, game strategy nombor dan amik bola guna batang paip. Team kitorang menang dua2 game. Sapa menang boleh lunch dulu..huhuhu..


Game tambah power!


Dah macam king kong pulak rupanya..(sebelah aku tu boss)


Amik bola ngan batang paip..dapat 29 bijik bola. Team lagi satu dpt 16 jek.. ;D



Then lps zohor, naik lori semula pi Gua Kandu (sebelah Gua Tempurung). Bukan kendo yer nyah (wink kat ahdik waiem) ..Kandu. Kisahnya ada sorang budak nama Kandu sesat dalam gua dan tak dijumpai sampai sekarang. Ok la tu dia sesat dlm tu, at least dia tak jadi mat rempit kat luar sana kan..kan kan? Perjalanan tak sesenang disangka. Banyak naik-turun guna tali, disupervise oleh guide2 dr Nomad. Iya..sungguh mengerikan. Lesson learn. Kita akan buat sesuatu benda yg mustahil apabila kita desperado. Guide cakap, "sapa takut naik/turun boleh patah balik sorang2 guna jalan tadi". Gilo po.. so nak tak nak kena lalu semua "jalan sengsara" tu. Bekground lagu: "mama aku ingin pulang" isk..isk..isk..


Dengar safety briefing before masuk gua

Salimah meneruskan perjalanan yg berliku-liku (kata nabil)

Salah satu curam yg amat sukar nak turun..Aku macam biasa ler, "it's ok, i study dulu, u go first"..hikss!

Amboi seriusnya cik yah.. meeting ke tu?


Menuju puncak.. impian dihatii...time nak naik, kemain beria bergayut kat tali, nampak je kamera, siap boleh wat peace lagi...hik hik!

Dua dari depan - minah2 rempit kg subang in the posing mode :)

Lama pastu, nampak jalan kuar, hati sume jadi hepi. Nampak la highway ngan billborad besar "zhulian" tepi hiway. Ingatkan dah boleh balik. Rupa2nya ada satu lagi "benda" kena buat. Flying fox 30 meter dari gua ke seberang sana. Damnn! Bawah penuh batu-batan. Aku rasa muka aku kalau toreh takde darah time tu. Semua senyap cam bertafakur jap sebab konpius nak buat ke tanak. Aku macam biasa aku kata "i study dulu, u go first". wahahaha.. Flying fox tu ada 2, so sekali jalan, 2 orang. Sorang2 buat. Macam2 gaya ada. Ada yg kasut tertanggal time flying, ada yg jerit cam mati laki, ada yg jerit "i love u kak ienaaaaaa", ala-ala confess before nak kawen la nih. yang tak laratnya, ada yg tak lepas2 walaupun kena tolak dek guide. Kaki dia tersangkut kat tebing..lama gak tu..buat kecut perut aku jek..huhuhu..


Aku tak decide lagi. Ada 5-6 orang yg konpim tanak buat, dgn alasan masing2. Zuri yg semput tu pun dah buat..Zuri ni best, sume benda dia buat ngan tersenyum simpul. Tak takut langsung. khai budak rempit dah buat. Nanthini pun dah buat! aisey.. aku salu termotivasi ngan Nanthini coz saiz dia lebih besar dr aku tapi semangat dia sangat kuat. Most of the time dia nak buat dulu..kudos to u..



Ni satu2nya gambar flying fox aku jumpa kat website derang. Takde sapa yg amik gambar time tu... :(

Last2..tinggal aku ngan Brian (boss aku). Brian tanya aku.."so, iena, how?". "Hmm"...aku muncungkan mulut, serius aku takut gila nak buat. Pastu dia cakap, "Itu h*ygroup China u boleh handle, takkan ini benda tara boleh.." Boss aku ni mix China & India, tp muka dia cam melayu..so bila dia cakap, slang dia caca marba sket. Bila dia cakap gitu, aku pun apa lagi, tetiba rasa tercabar.. jenis darah serikandi cam aku nih, pantang tercabar sikit je, terus ego mencanak! Aku jawap. "Ok! you go with me, if i die, u die ok?" wahahaha.. Nak gak seret org lain susah sama.. ;p. So pakai "harnest" ngan helmet, aku kosongkan pikiran, banyakkan doa, Just do it! Boss kat tali 1, aku kat tali 2. Flying reverse, dr belakang. So the guide kena tolak aku dr tebing. Aku sangkutkan kaki aku sikit kat tebing, then guide kata "dah boleh tolak ke?". Bukan bertolak yer, dia nak tolak aku. Tak sempat dia tolak, aku dah angkat kaki aku...dan zzzzoooooooommm! I'm flying without winggss.. Sepanjang2 tu, aku cuma jerit "wooohooooooooo". Hepi gilaaa...rasa nyaman je. Rasa takut bertukar gumbiraa. Aku fly serentak ngan boss. we did it!! yahoooo!


Then, yg dah buat flying fox, kena turun curam and balik ke tempat yg mula2 tadi. Ada satu batu tu, aku tak leh panjat sebab lekuk utk panjat tu tinggi sangat, tinggi dr kepala aku, kaki aku tak sampai. Pastu guide yg nama Far*z tu siap nyanyi "kak boleh kak..Jika kau katakan kau boleh, kau pasti boleh melakukan". Lawak gila babas punya budak ni. Aku sergah balik "weiihh boleh tak jgn nyanyi kat sini? org tgh tension nih.. eh eh..". pastu aik..tetiba leh panjat plak... rasa bersalah lak kat guide tadi, trus aku cakap "thanks dik for the song!", pastu semua tepuk tangan...hahahhaha. Lesson learn. Kadang2 lagu pun memainkan peranan penting dlm memotivasikan diri dan jgn marah org membabi buta. hiks!


Yayy! we did it! wohooooo!

Balik. Dah plan ngan Khai nak mandi sungai sebelah camp. Tapi guide cakap air tgh tinggi, bahaya. Maka kuciva-va-va la minah2 rempit tersebut. Takpe ..lain kali kita mandi..


Yg gelap tu, bilik aku. Aku tutup semua tingkap sebab nak tido jap. Yg terang tu bilik boss.


Malam. Badan sakit gila. Kepala dah start pening. Sempat gak tido time maghrib. Kul 8pm, ada laughing yoga (utk kurangkan stress) & drumming circle game. Memang gelak cam gila. Bukan hilangkan stress dah, nambah pening pala aku jek.. Then setiap sorang diberi alat muzik yg berlainan. Masing2 main ikut suka je but after few minutes, terhasillah satu nada yg best didengar. It called "Rexpro rhythm".


Habis je, aku trus balik bilik sorang2, makan uphamol, masuk dalam sleeping beg. Kaboom!. Sayup2 dengar la derang still lepak dan memekak kat khemah (termasuk roomates)..minum2. Aku tak larat dah. Bukak semua tingkap sebab panas. Aku cuma tutup "sliding door" je sebab pintu tu setentang ngan pintu bilik boss. Yg bestnya, nyamuk takde start kul 9pm onwards. Educated gak nyamuk2 gopeng nih..huhuuh.. tgh malam tu dalam kul 4am, aku terjaga, dan aku tepanjat beghuk bila pintu bilik aku ternganga luas... uwaaa!!! tatau sapa yg tak tutup pintu before tido. Sib baik aku tido ngan sopan dalam sleeping bag. Kalau la aku tido lasak cam biasa, mana aku nak letak muka aku nih...ya aampunn...huhuhu!

- tamated day 1-