Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, March 25, 2009

My dream watch..

Ini jam Guess idaman dinda..wahai kanda dins..hiks!

Before citer, ni entry cik asben pasal kephobiaan aku selama ni...hahaha.. Sila la baca

Okay citer pasal jam. I'm looking for this watch since 2 years ago. Ni kira chentar pertama bila first time aku ngk jam ni. Terus berkenan. 2 tahun lepas aku plan nak beli benda ni tapi tangguh2 beratus2 kali. Nak nunggu dia murah sikit la konon. Masa tu harga dia around RM479. This year aku konpim la nak beli, round satu KL and selangor punya shoping kompleks, semua kedai jam kata itu pattern lama, sudah takde. Uwaaa!! model 2009 takde bentuk love berbatu kat tepi tu, dia tukar ngan bentuk love senget which is tak berapa cantik bagi aku.
Malam tadi aku tersurf tenet, jumpa kat satu e-shoping. Tapi rega dia mahal sikit USD171.00 (around RM600). Rasa terharu sangat sampai cam nak nanges. Selama ni aku explain kat kengkawan derang tak dapat nak imejin rupa dia caner. So, kalau korang nampak jam ni kat memana, tolong bagitau aku. Tolongggg la... uwaaaaa!

Ehh.. cam tak caya je aku tak citer pasal henbeg dah...aku citer pasal jam plak. Oh yer.. minggu ni pakai beg Al*in D*lon yg keras-gila-baling-ke-anjing-leh-mati tu. Tapi macam tak best lak sebab tak leh letak kat bahu. Macam brief case, kena pegang je. Syahira siap kata "macam beg dokter la mama". Cessweges...

Wednesday, March 11, 2009

Like mother like son - Part 2

Ewah..macam citer Ju-on plak ada part 1 part 2.

Lately aku baru terperasan aku dah banyak membazir duit kat handbag. Bulan lepas je aku dah "terrrr" beli 3 handbag dan satu purse. ;p

1 aku "terr"beli kat Cosway emkop (korang tgk..kat Cosway pun aku leh beli handbag). Asalnya si Khai tunjukkan aku katalog Cosway sebab nak suruh aku beli timbang ajaib yg macam cik E HL tu punya. Dia ada 1RC (redemption coupon) + RM69 utk dapatkan timbang tu. Last2 timbangnyer ke mana, handbag yg aku angkut bawak balik. Rega dia RM169 tapi kalau pakai RC tu sama harga cam timbang tadi. Time sale S*g* haritu rega dia RM169. Alaa..S*g* tu semua benda dia lps diskaun sama ngan rega luar.

1 lagi aku pesan kat Zuri yg baru2 ni gi Bandung & Jakarta. Dia belikan beg Guess, rega RM260. Mmg la cantik. Aku mintak Bonia tapi Bonia yg dia jumpa sume huduh2. So dapat lagi satu handbeg, kaler kofi. *melompat riang-ria*
1 lagi henbeg yang bunga2 Anne Sui tu. Aku cukup pantang nampak benda2 ala2 bunga Vantage ni, pantang nampak, sure aku beli. Walaupun kain alas meja atau kain lap lantai. Macam cantik gitu bunga dia terang2. Yg tu murah gila RM30. Kalau Khai ngan Zuri ada time tu sure aku tak beli sebab derang salu remind aku "Bang din pesan jgn beli handbag lagi, handbag dah berlambak." Tu lah, time tu takde org remind aku so aku alpa sekejap yg membawa padah kpd wang ringgit mek sendiri..huhuhu!

Masa gath Joe Perantau sabtu lepas, aku terbeli purse Liz Claiborne dr NekRock ngan rega RM80. Semua komplen murah. Derang komplen la sebab tak dapat. Nekrok kata murah sebab takde shipping cost. Dia angkut all the way from US. Tadaa! see..takde shipppingg cost..

Ketiga2 hendbeg tu aku letak kat opis sebab tatau cemana cara nak angkut bawak balik umah. Kang cik asben nampak sure kena marah. Yg kat umah pun lom sempat pakai, ni dah beli baru.
So minggu lps, aku nekad bawak balik satu-persatu handbag tu balik umah.
Sampai je umah terus masukkan dlm lemari (baby tinggal dlm keta lagi tu..huhuhu). Tu pun terkantoi gak masa bawak balik handbag ke-3. Tebalkan telinga je ler dengar bebelan cik asben.

Minggu ni dengan azam baru, aku nekad..nekad apa tu? nekad takmo beli handbeg lagi ke? isk isk isk..ilang akal ker? ;p. Aku nekad pakai semua handbag tu. Satu minggu, satu handbag. Aku nak tengok berapa lama leh abis guna.. huhuhu..

Aku dah start ngan hari ni. Pakai handbag Liz Claiborne. Cam hepi je sepanjang naik LRt tadi..

Saturday, March 07, 2009

Like mother like son..

Bahan kes: Pen Ben10 glitter (12 pcs)


Syamil darjah satu tahun ni. Tiap hari aku bagi dia RM1 utk sekolah kebangsaan, and RM1 lagi utk sekolah agama petangnya. Masa aku berpantang bulan january dan February aritu, dapatlah aku spot cek apa yg dia beli masa kat sekolah kebangsaan.

Findingnya, tiap2 hari, without fail, dia akan bawak balik 4 pemadam baru (Ben-10 atau Transformer) yg dia beli kat kedai buku. Satu pemadam 0.20 sen, tu bermakna dia tak beli apa-apa makanan time rehat. Ayah aku marah btol ngan perangai budak sorang ni. "Stok pemadam tu dah boleh sampai ke universiti dah, lepas ni kalau atok nampak syamil beli pemadam lagi siap la.." ayah aku bertempik satu hari tu. Ketar urat kentut aku.

Besoknya dengan dada yg berdug dag dug dag.. aku tunggu syamil balik sekolah. Ayah aku yg hantar dan jemput dia dr sekolah. Masuk je rumah, dengan gumbiranya dia kata:-

Syamil: "Maaaa..syamil tak beli pemadam puuunn"
Aku: "Bagusssssnyer dia.. musti atuk tak marah syamil lagi. Bistu syamil beli apa masa rehat? kalsiyam? vitagen? nasik lemak?..."
Syamil: "Tak..Syamil beli niiiiii.."

Sambil menunjukkan pen ben-10 warna hijau yang glitter tu. Owh tohann.. rega benda tu 0.90 sen.. Dan hari tu dia kena marah lagi ngan ayah aku.

Besok dia beli lagi warna oren plak. Kena marah lagi. Aku tak sampai hati dah.. aku belikan pen yg sama, satu set of 12 batang pen kaler glitter Ben-10 kat kedai Hot value. 12 batang baru RM7.90. Kedai buku tu leh jual 0.90 satu. Aku cakap kat Syamil, ni mama dah belikan semua kaler, jangan beli2 lagi kat sekolah.. Lega aku sebab besoknya dia dah start citer pasal makanan yg dia beli, maknanya no eraser..no more pen ben-10..

Ayah aku cakap, Syamil tu bukannya nak sangat eraser ngan pen tu, cuma dia suka sangat bila membeli. Macam terapi gitu. Napsu membeli tu membuak2 dan dia musti beli satu benda utk hepikan hati dia.

Mak aku nyampuk.. "isk..isk.. ikut perangai sapa la agaknya tu.."
cik asben: "sapa lagi..."

Serentak dgn itu cik asben menjeling sambil tersengih sengih kepada aku, macam la aku saspek utama. Semua mata tertumpu pd aku. Eh..eh.. saya tak bersalah..saya tiada kena mengena dalam ini cerita... tolooongggggg....

Thursday, March 05, 2009

Cabaran..

Aku tanya cik asben..

Aku: "Kalau iena kurus, dapat apa?"
Cik asben: "Dapat adik Qistina...muakakakaka!"
Aku: "Wehh..cakap la btol2..kang org blasah makan kang baru tau."
Cik asben: "Ok..ok.. macam dulu la. Kalau turun 10kg dapat jam Guess, kalau 20kg dapat RM1,000"
Aku: "Aik..dulu lps salin syamil dulu kata kalau turun 10kg leh dapat RM5,000?"
Cik asben: "Tuu duluuuuu.. offer dah tak valid"

Jahat la.. takat RM1,000 utk 20kg, tak berbaloi. HL aku je dah berapa utk sampai ke 20kg..kan? kan? kan? (upin jawap: betul! betul! betul!)
Dulu lps salin Syamil dia pernah offer kalau turun 10kg, dapat RM5,000. Tu 10kg tau. Tapi dia bagi limit sampai 6 bulan je. Lps tu offer invalid. So time aku turun 12kg dalam 3 bulan (time buat PT ngan cikgu tahun 2006) dulu tu, aku tuntut balik nak hadiah tu. Tapi dia kata dah tak valid sebab dah 4 tahun. Cett! byk cikadak sungguh.. Tapi aku dapat hadiah lain. Aku dapat baby baru.. pricelesss hehehe..

Aku rasa dulu dia tak konpiden langsung aku leh diet. Ngan org keliling kat opis yg langsung tak supportive time tu.
Apek kat opis: "Lu ingat itu 10kg senang mau turun ka, itu hari i pergi pasar, i tengok itu daging lumbu 10kg, very big oo.. impossible u can diet.. trust me"

Hampeh nyer apek. Kalau tanak sapot, ko dok diam2 tepi main batu seremban tak bleh ke..

Hmm..tu lah aku. Kalau buat benda payah no nak wat ngan hati yg ikhlas. Nampak no materialistiknya tu. Ekceli, 3 benda je yg leh motivate aku.. kids, MONEY and food.. huhuhu..

So cam malas nak sambut cabaran cik asben. Kalau dia up lagi hadiah baru aku buat. Kira derhaka ke kalau bolayan? hikks!