Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, March 28, 2007

Girls gone wild, klas fantasi & kemping kuala kubu...

Feningnya kaparaa!.. banyak la plak keje lately. Tapi kalau tak keje kang tak dapat gaji plak..kalau tak dapat gaji tak leh poya² plak..kan? kan? buat je la ek..Hm..Last weekend bz gilos. Dalam kepala ada 3 plan, siap dah kira²..kalau buat ni, yg ni tak dapat buat..kalau buat yg tu..yg ni dan yg sinun plak terlepas..fening..Last² aku dapat pegi semua plan yg aku nak.. yayy! time management tu penting u olsss..

Pagi

Pegi umah yummy. Delinn amik aku kat erl putrajaya. 2 keta iring keta delinn nyambut aku..wahahaha! perasan. Plan asal pi umah delinn tapi sebab tanah runtuh...err bukan ek? sebab dia tak sanggup nak hulur² laptop kat luar tingkap macam joe salu buat tu (koneksi tak bagus..katanya laa), so derang decide buat kat umah yummy je la, lagipun family dia takde masa tu ;p. "Girls Gone Wild party" katanya sempena angah nak kawen ujung minggu depan. Ala angah..dah kawen pun leh wild party per...hahaha! jahatnya aku ngajor.

Majority bawak laptop memasing, aku cuma bawak donat, perut dan perkakas nak jahit manik jek. Derang kata ada klas jahit manik selain klas menaip sambil up close bersama joe perantau dan zaidee (pak dee) yg jauh nuuun dimata tapi dekat dihati..

Chat kejap ngan Joe and pak dee sementara nunggu yg lain set up laptop and webcam memasing untuk conference-gath antara anak² ayam ngan tuan reban dan pak guard reban. Sambil² tu register masuk kelas menjahit manik, cikgu dia Arc. Owh ya, kehadiramn pelajar amat memberangsangkan, cuma ada 3 org student, Aku, puteri, bilal... Puteri, aku, bilal... Bilal, puteri, aku..wow! ramainya ngeh! ngeh! .. Yg lain lebih berminat ngadap pc dr ngadap manik hehehe..Puteri tak aci siap bawak kain batik lepas pastu pujuk org lain sama² jahit manik kat kain tu. Aku ngan bilal kecek kain dr arc sebab bawak manik je tak bawak kain. Before tu adala org tu beria² offer und*rwa*e biru dia suh jahit letak manik. Last² nan adooo..;p

Disebabkan aku mmg pakar ngular time keje, so bakat tersebut terbawa² dalam klas menjahit. Kejap² pegang manik ngan jarum, kejap² pegang kibod. Orang lain dah berpaten² buat, aku tang pattern tuuu jugak. Tapi aku ingat pesan cikgu Arc "yg penting kita tau buat pattern basic ni dulu, pattern yg lain² sume lebih kurang". Maka aku pun cuma kosentret buat "pattern-basic-ni-je-dulu" sampai la ke sudah ;p.

Opps lupa nak cakap, yg join masa tu ramai seh.. err sapa ek? jap..aku kopipes dr blog delinn jap..hahaha! Yg online DeLinn, Angah, Fara, OB, Yummy, Sempoii, Puteri, Arc, Limah, Zaidee (pak dee), Joe, AN, AF, AM, Applepiebasi, Zura, Xoxo, Elf, Royce, Jijo, Combie dan Kyora. Yg kat dalam bilik tu sebahagian dr nama² tadi. bley?

Masa chat ngan joe tadi, laptop yg aku guna tu takde webcam, so cuma nampak joe dr tepi jek. Dia tak nampak aku. Tu pun nampak joe dr sisi jek. Dia rasa dia lagi ensem dr pandangan sisi kot..huhuhu..Joe tido cepat sgt, so aku cuma sempat webcam ngan Pak dee jek. Comel jek dia. Suka gelak plak tu. Masa aku mintak kain pelikat dia nak jahit manik, dia gelak besar. So kiut..hehehe..

Dah janji kul 2.15 ngan Jundak, dia nak amik aku kat ERL putrajaya. Tapi budak² lain cam tak reti jek nak balik walaupun Joe ngan Pak Dee dah quit conference. Last² derang conference sesama derang. Dok berlaga bahu tapi borak dalam conference. Mmg gilak...huhuhu..Last² baru lah delinn hantar aku kat ERL kul 2.30. Ok la tu.. drp dia letak aku tepi hiway huhuhu...

Aku mmg respek la kat anak² ayam reban joe nih. Mcm² idea. Bak kata joe, gath je kalau diikutkan selang sehari tapi still happening tiap kali jumpa. Cuma kali ni spesel sikit la sebab Joe ngan Pak Dee ada. Walaupun thru webcam tapi semangat kerebanan tu still kitorang rasakan kat mesia..huhuh..sedih. Wish you both were here beb!..

Looking fowed for the next gath..err kawen angah next week. Tak saborr nyer. Don't veri, aku dah bulatkan kat kelender besar² "Angah kawen". Aku tanak org cop aku "blurrr" lagik..hahaha!

Petang

Klas Penulisan Fantasi pukul 3pm. Jundak amik aku kat ERL pastu heading to Bangi umah Panji Alam. Perghh! logo den... abg Pat lom sampai rupanya. So aku buat² nak beli gula kat projet tapi sebenarnya aku beli mihun and makan dalam keta. Lapar seh. Hati risau gila sebab tak buat homwek. Abg Pat suh huraikan watak² utama dalam cerita memasing. Dah bagi sebulan tapi tak siap jugak, mmg take for granted la. Sampai umah Panji, kak mas pun cakap dia tak buat homwek. Fuhh! ada gak member :p kalau kena ketuk ketampi karang ;p.

Yg datang kali ni Jundak, aku, Kak mas (ngan fruit daughter dia), Silence, Panji Alam, Monasakti ngan Raja Gelap. Then abg Pat call, ajak makan sekali kat restoren Hasan depan Projet. Kitorang on jek. Last² lps makan, abg pat kata buat klas kat sini jek la. So kitorang pun purak² mengeluh sebab konon² homwek tertinggal kat umah kelab (umah panji alam), then abg Pat kata takper.. Fuuhhh! lega especially aku ngan kak mas yg tak buat homwek tu hahahah!

Kali ni citer pasal Gaya penulisan. Abg Pat ulas cerpen Jundak (Tompok kasih berdarah) ngan Raja Gelap (Tangan Dewa). Bila Abg Pat buat contoh ayat dalam 2 baris gitu..bila angin..bla..matahari bla..bla... aku tetiba rasa sayu dan terharu. Bukan aku jek kot, aku rasa most of us. Tetiba terasa macam tgh baca buku Saga Artakusiad. Tu lah aura Abg Pat. Kalau u olss masa time minat Mawi dulukan, sanggup kecut perut time dia nak nyanyi, sama lah macam bila Abg Pat start menulis. Tulisan dia menusuk jiwa. Kak Mas kata muka aku len macam, macam nak nangis jek...huhuhu..Hmm aku pun tatau napa, korang kalau dah get hook ngan sumthing, mmg camtu lah. Tapii opsss kitorang bukan fanatik ok hahahha!

Owh lupa nak cakap, keyword kali ni ialah "Thayyiibbb". Mentang la org tu tgh blajar klas bahasa arab. :p

Kul 6.30 semua beransur. Kitorang balik singgah umah panji alam dulu sebab nak amik barang. tapi terlepak situ plak siap ada demo gulung rokok guna kotak ajaib lagik. Pi kat website artakus kalau nak ngk demo tu. Then Mona hantar aku balik sampai umah. Thanks Mona..sayangg ko byk² :).

Ilal Liqaaaa (trenslet: hingga berjumpa lagiii)<- kata panji rebonding :p

Malam

Kelam kalibut packing barang then bertolak ke Kuala Kubu Bharu. Sampai sana dah kul 10.30 malam. Parking tepi jalan pastu kena jalan kaki masuk utan lebih kurang 10 minit. Seram siot. Syamil ngan Syira selamba jek tak reti takut. Aku lagi takut kalau Si Syamil sebut yg bukan² dalam utan tu. Dia tu mmg selalu nampak "bebenda" tu tapi dia tak takut, dia cuma sebut jek "mama..kat situ ada hantu". Cuak aku seh..

Terus join budak kemping camp fire. Budak² tu student taekwon-Do cik asben aku dr Politek Tg Malim then ada campur² sikit ngan budak x-MMU melaka. Dinner nasik ayam BBQ. Klezz btol bebudak tu masak. Malam tu tido dalam kemah ngan sleeping bag bagai. Dah lama tak kemping. Bestnya. Cik asben aku kalau boleh nak syamil ngan syira biasakan diri ngan hutan n kemping. Dulu masa study kitorang mmg rajin kemping time cuti semester. Asal cuti jek, masuk utan. Asal utan jek, sure kitorang cuti. Tapi tu dulu laa...masa kurus² dulu. Skarang nak bawak badan pun mengah, ni nak hangkut beg 10 kg tu kehulu kehilir plak..huhu..

Besoknya ada acara flying fox. Aku mandi sungai je la ngan budak². Tghari baru balik. Letih seh.. Ingatkan nak pi umah Shamsinar, besday anak dia. Address lak takde. Contact sesorang, sume takde address dia @ tak reply sms/call. takde rezeki. So tido je la kat umah sampai malam :(

Bz kan? hehehehe!

Tuesday, March 13, 2007

Mukhsin - 11th March - Midveli

2 budak macho dan 1 budak comel (saya la tu ;p) huhuhu!

Cik Feizan, Cik Fai dan Cik mat poii ;p

Mula² cik fai nak ngk 300, cikgu plak nak nengok Mukhsin, aku cuma tukang beli tiket jek. Lepas lattalilatlailitamplom last² pilih Mukhsin. Lenkali kita ngk 300 plak eh fai.. Cikgu tak suka citer ganaz², dia berjiwa sensitip katanya..:D

Cik Feizan: (ye adik²) Apa pengajaran cerita Mukhsin tadi? <- owh tohan! skemanya ayat.
Cik Fai: entah..camtu je lah..
Cik Sempoii: cinta itu buta?..
Cik Feizan: tau..takper..lagi?
Cik Sempoii: cinta tak kenal sapa. budak² pun leh bercinta
Cik Fai: *buat muka blurr+boring+lapar*
Cik Feizan: pada pendapat saya plak, kekadang peluang tu berlalu bila kita ego.. orked ego tanak jumpa Mukhsin. Lastly sampai kesudah pun dia tak jumpa Mukhsin balik.
Cik Sempoii: Ego ker camtu? *tunjuk muka tak puas hati*
Cik Fai: err..jom makan.. <- yay! penyelamat suasana hehehe!

pernah ke korang ngk sempoii kontrol ayu sesusah ini? ahakss!

Monday, March 12, 2007

sempoii peknen? wahahaha!

Wahahaha! asalnya dari entry yg ni ha dr blog makincik elf..dia citer pasal kawan baik dia peknen, pastu yg lain speku sendiri melarat² sampai citer kata aku peknen. Macam la aku sorang jek kawan baik dia..huhuhu..Ni komen² dari entry tu, aku susun dalam bentuk dialog la eh..

Vad: Hoh? Sempoii peknen? Wahhh produktip sunggoh beliau. Tak sesia jadi kurus hohoho. Bila nak selebret kat Angkel Cilis?
Elf: HAHAHAHA...(Kasik can sempoii jawap)
TheOtherAJ: hang bila lagi?
Srox: Sempoiiiii peknennnnnnnnn??????**owh*** - tahniah poiiii
Elf: Joe, (hang dah ka?) Srox: HAHAHAHA lagi. (Encik Sempoii sila jawap)
Sempoii: woi...woi..woii...Aku kurus pun tak sempat, memandai jek nak suh aku gumuk balik..aku lesing baru tau..huhuhu.. kasik can la kurus lelama sket, kang kalu peknen tak leh gi gym plak..kang kalau tak pi gym, sian kat cikgu takde kawan lak...wahahahhaa! apa kait.... ;p di sini saya ingin membuat press konperen, bahawasanya saya tak peknen.. err buat masa ni la ;p
Elf: Hahahaha..Iya, encik sempoii kita dah buat press conference yach. Yang vad ni pun satu, aku punya clue kan beranak setahun sekali, poii beberapa tahun sekali. Umur anak yang sulung poii mana sebaya dengan anak aku..wahahahaha..Srox pun satu, ikutt jek cakap vadey masalavadei tuh.. Ni member baik aku masa kat U dan masa kat opis ler...
Vad: Oh besa lak sokkabar mesia, berita yg takde kalau selalu cakap ada leh jadi betul tau.Yg srox pun ikut sokkabar mesia gak.. citer sama akan diulang2 sampai 3 bulan cam citer ular sawa gak.
Elf: hahahaha..hampeh!
Sempoii: *owhh terasa glemer macam pompuan yg leh kuarkan berlian poh kong dari mulut plak* ;p

Owh ya..sekian sahaja press konperen saya pada kali ini. Saya tak peknen yer...kalau tawon depan tu insyaallah laaa.. yayy! ;p . Tulah, bila belek² balik album lama, nampak lak gambor anak² aku masa baby..cam tingin lak nak peknen..comel² ek? cam mak dia...*lariiiiiii* :D

Allahyarham Wan Muhammad Syahmi Hakimi (2 bulan)

Wan Nur Syahira (4 bulan), sekarang dah darjah 2.

Wan Syamil Hakimi (5 bulan), sekarang dah 5 tawon.

Friday, March 09, 2007

Ceritera bas & lrt..

Cerita 1

Aku salu kebetulan satu bas ngan sorang mamat ni. "Kitorang" turun kat asia jaya. Hari tu cam bese aku tido, bila terjaga, aku ngk mamat tu ada lagi..so aku tido balik..pastu bangun balik..ada lagi..tido balik. Kali yg keberapa ntah aku tido-jaga, tetiba aku nampak menara rebung dah ada kat depan mata ..sudahhh..cuak dahh. Mata melilau carik mamat tadik, mamat tu still ada gak tapi tgh tido!. Hampeh tul!. Pastu bila mamat tu terjaga, dia pun terpinga2 pandang aku..aku rasa dia pun cam aku gak, selagi aku tak turun, dia pun tak turun. Aku terbabas, dia pun terbabas. belasah! wakakakka! elok sgt la tu. Last2 aku turun kat bangsar, mamat tu still terpinga2 lagi tatau turun mana. wahahahahha! Aku ingat pasni aku kena carik "petanda aras" lain lah. Mamat tu takleh pakai..kuat tido gak tu... macam akuuuu.. ;p

Kat lrt bangsar tu lah, aku terjumpa Delinn. Amboii suka sakan dia bila tau aku terbabas. Untuk mengelakkan rasa malu yg terlampau, aku menten buat muka poyo depan delinn. Harap² dia stop gelak and start kesian kat aku...hahahaha!

Cerita 2

Masa awal² keje dulu masa tahun 1997, aku mmg naik bas sebab baru keje maa, nak save duit katanya. So, aku salu kebetulan naik bas sama time ngan sorang brader ni, dia keje kat Naza aku rasa, sebab dia turun dulu pastu baru aku turun kat asia jaya. Tu citer 10 tahun dulu. Masa tu aku anak dara lagi..pheewwwittt! Selama 10 tahun dah bermacam² publik trenspot aku naik, walaupun aku dah ada lesen keta sejak 2001. You know me rite, lesen tu aku peram buat pekasam jek.. hikkss!

So banyak zaman aku dah lalu sepanjang 10 tahun tu..
1) zaman naik bas
2) zaman asben antar naik keta sampai depan opis
3) zaman asben antar sampai lrt kelana jaya pastu aku kena amik lrt sampai taman jaya
4) zaman naik motor besar kawasaki eliminator (stop sebab asben eksiden)
5) zaman asben antor aku sampai komuter batu 3 pastu aku kena naik komuter sampai kl sentral pastu dr kl sentral naik lrt gostan balik gi taman jaya
6) zaman naik bas balik.

Aikk... owh ya...aku rasa aku perlu akur bahawasenye doniya itu bulat, balik² aku kena naik bas jugak..hahaha!


Masa baru² aku kena naik bas balik ni kan, lebih kurang 2 bulan lps, aku terkujat beruuu-ang sebab brader yg sesama naik bas tahun 1997 tu kan, still ada lagi and naik bas sama. Macam citer hindustan pun ada, cuma takde nyanyi² atas bumbung bas je la. So sepanjang dok dalam bas tu aku terpikir, selama 10 tahun ni, dia mmg naik bas jugak ke atau dia pun cam aku, naik bas, lrt, komuter, motor, kereta segala, pastu last² naik bas balik..

Alaaa pedulik apa aku, asalkan hati aku senang. Hati senang sebab tiket RM2 leh guna byk kali tapi leh guna pada hari yg sama. Byk save seh..Cuma baru² ni aku cuak balik. Asben aku beli motor baru lagik, kali ni motor elegan (leh kamceng ngan vad nih ;p). Apakah nasib aku jua akan berubah pasni kena naik motor plak aiyyaaa!! yaaa..aku konpim..doniya itu bulat.

Cerita 3

Pernah sekali dulu, time tu aku dalam lrt yg penuh sesak ya rabbi, sampai kembang kempih la idung aku nak amik napas. Sampai kat taman jaya, aku terpaksa menyelit² (masa tu lom kurus, berat lam 76kg..hahahha) cecelah org ramai nak kuar lrt. Korang paham je la kan, lambat sikit jek, pintu lrt tutup dan-dan gak ko kena turun kat stesen lagik satu. So time menyelit nak kuar secara bersungguh² tu, ada gak yg tolak² aku dr belakang. Pastu tetiba aku kena tolak yg amat kuat sampai mulut aku yg berliptit clinique long lasting tu terkena kat bahu sorang mamat ni, and cantikk jer berbekas gincu kat baju kemeja putih dia. Aku rasa nak pensan n rasa serba salah yg amat. Tapi nak cepat punya pasal aku terpaksa blah gitu je tanpa ckp sori kat budak tu.

Aku pikir apa korang nak tau..ntah² pastu brader tu sure gaduh/break ngan awek/bini pasal liptit tu. Aku penah ngk citer sinchan, bapak sinchan kena belasah teruk bila mak sinchan jumpa kemeja ayah dia ada kesan liptit (tu pun sinchan yg bagitau huhuhu). Ataupun, dia terpaksa menahan malu sepanjang hari sebab org ingat dia playboy..Ngeri sehh...tapi kalu dia bijak bistari sikit, dia leh je basuh jek baju tu ngan sabun.. ilang per.. atau beli baju baru jek..hahahaha!..(gelak buragas tak insaf2 lagik tu ;p)

Gambar lps makan yee sang..




with Cik fai..Kata makan yee sang..mana yee sang nyer? huhuhu


as promised..red.. morrokian! :p

Nanti letak gambar yg lain-lain-lain plak... byk sgt weh..

Thursday, March 08, 2007

Natasya1 ke Natasya2?

Tahun lepas kan lepas je balik Hatyai, seminggu lps balik, Hatyai kena bom..ke babomm! kusss semangat den..

Tahun ni kan, lepas kitorang balik Jakarta bulan January tu kan.. 2 minggu pas balik kan, Jakarta banjir besar, ramai terkorban..kusss semangat.. Tak dapat nak imejin kalau kitorang stranded kat sana time tu.

Bulan ni plak kan, mak aku baru je balik dr Padang, Indonesia selasa lepas. 2 hari lepas dia balik kan, mak aku bagitau dengan bersungguh² nya yg istana pagar ruyung tempat dia sibuk no bergambar haritu kena panah petir, pastu tetiba kena gempa bumi few days later. ..kusss semangat lagik sekali.

Cuak btol la aku nak pi jenjalan lagi pasni. Ada member ajak pi Bangkok ngan Singapore. Tapi cam dah tak berani lak. huhuhu! pastu aku adalah sms sorang sobat ni ha..

Aku: Aku ni keturunan Natasya ke ek..? huhuhu
Sobat: Natasya1 ke Natasya2? huhuhu
Aku: errr... kasik ensem sikit la..yg baru dapat award popular.. err Natasya2..wakakakakka!

Err..tak baik tau caya benda² gitu, tapi cuak tu still ada...hehehhehe.. pis pis kacang pis.. V
------------------------------------------------------------

update: Semalam cik fai bagitau, dia baru kuar dr sepital (dok sepital 3 hari) sebab muscle ligamen dia tertarik spinal cord. So satu badan tak leh gerak. Sedihnya dengar. Sampai ati ek, senyap² je sakit, tanak bagitau. Ekceli, dia tak bagitau sesapa pun except mak dia. How sweet u're.. Take care dearie..jgn keje berat²..get well soon.. (sorry semalam takleh ckp lelama sebab kena jeling ngan Feizan, dengki btol dia tu.. ;p)

Tuesday, March 06, 2007

My hero..masuk paper lagik.. ;p

You're my superman,
You're my spiderman,
You're my batman,
You're my he-man,
You're my jundakman,
You're my ensem-man ;p,
errrkk apa lagi ek..ok you're my cicakman ..hikss!

Thursday, March 01, 2007

6 weird things about sempoii! (recycle ;p)

Ekceli entry ni aku tulis masa 12/5/05. Dua tahun lepas, lepas kena tag ngan tipah. Tapi since baru² aku kena tag lagi dgn 2 org berbeza kak Rotikacangmerah dan Epong the rokstarz, so aku recycle je la balik entry lama. Buat korang yang dah penah baca dulu, kira recall balik la ek..wahahahha..cam bagus dan ensem je sempoii tu kan..nak suh org recall² ;p.
p/s: sib baik ada org tag, kalau tak tatau nak letak entry apa ;p. Nak letak entry klas abg pat, nunggu gambor tak sampai² dr istana hijau..
-----------------------------------------------------------------
Kena tag lagi ngan Tipah..

1) Phobia ngan certain benda bulat² yang banyak². Tapi, tak semua benda bulat aku takut. Ada yang aku suka :p. Ok, camner nak citer ek. Bila aku cerita benda ni kat orang, semua pelik yg amats. Ada yg kata aku ntahapahapa, ada yg kata pelik dan yg terbaru, makincik kata aku ada problem “mental” siap promot lagi tu suh aku ngk citer “mentalist”. Hoh! Sadis sungguh. Ekceli tak semestinya benda tu bulat, kalu bentuk bujur ker segi nam blas ker tapi dalam kuantiti banyak dan susunan seragam, pun termasuk dalam list phobia aku. Bila ngk menda cenggini kan, aku tetiba rasa nak nangis dan nak pensan. Tolong la jgn tanya napa. Tapi aku akan start imejin yg bukan², aku imejin benda² tu cam alien, ejek² aku, acah² aku la. Then, masa aku kecik, aku selalu mimpi bebenda camtu kacau aku tido.

Image hosted by Photobucket.com

Kalau nak tau, ni antara benda² yg aku phobiakan.
a) telur katak @ bijik selasih campur ngan air sirap @ yg lebih kurang bentuk cenggitu la.
b) batu refleksologi yg tengah dia ada batu² kecik bentuk bujur tu.
c) batu besar yg penuh ngan teritip kat tepi pantai.
d) tanglung kat Petaling Street masa Chinese New year.
e) lampu kelap kelip depan emkop masa kismes festival. Tak caya meh la datang nengok.
f) smiley kat blog joe perantau , boleh ngingau aku beb! -> ed & cL, ni aku baru tambah...hehehe!
g) pokok kismes KLCC. Aku still ingat lagi, krismas 2 tahun lps, gi KLCC lepak ngan member² PFS. Pokok kismes KLCC tu kan penuh ngan bola pepel, tinggi sampai tingkat 4 kot . Aku tatau pun yg Lan pun sama cam aku. Kitorang tenung pokok kismes tu dr tingkat 3 ngan perasaan ntahapahapantah tu la kan. Pastu kat tengah² pokok tu cam ada ruang kosong bentuk 3 segi yg takde bola pepel. Aku tenung part tu lelama, aku dapat rasa cam alien akan kuar dr part tu dan serang aku. Pastu aku tanya Lan.

Aku: “Lan..ko rasa pelik tak ngan bahagian tu?” *sambil mulut muncung tunjuk part kosong kat pokok tu*
Lan: “A’ah, kat situ jer tadek bola pepel”
Aku: “ko tau tak apa yg aku rasa?”
Lan: “Ntah, tapi aku rasa, cam alien nak kuar jer dr bahagian tu”

Binggo! Bukan aku sorang je la spesis cam tu hahahahaha! (kita ada six-sense ka Lan?..ahakss! )

Benda tu tak berakhir kat situ. Ada la satu hari tu kan, Aku dapat install YM kat umah sedangkan pc opis ngan umah aku sejak azali lagi ada problem ngan YM. So aku PM Lan. Lan tak caya tu aku. Dia kata,
Lan: "kalau betul la ko sempoii, cuba bagitau aku napa kita takut kat pokok kismes KLCC?”
Aku: “sebab nanti alien kuar dari tempat yg takde bola pepel tu.?"
Lan: “ehh betullla…u’re sempoii maa prennnnn.”
Baru dia caya tu aku. Cesweges!

(alamak panjangnya..baru satu :p)

2) Takut ngan clown. Yaa ampunnn!. pernah masa family day opis asben aku kat Sunway Lagoon, si clown tu tetiba muncul depan mata. Otomatik badan rasa seram-sejuk, cam nak meraung² pastu trus menangis. Jenuh jugak la nak kaverina nangis takut member² asben nampak, kang tak pasal² derang ingat gaduh ngan asben plak. Annual dinner tahun lepas pun ada clown. Bodoh tul la sapa yg invite tu. Aku ngan Maya (dia pun takut clown) sanggup tercongok kat luar dewan dinner tu sampai clown tu blah, dekat setengah jam la jugak. Dengar kabar annual dinner hari Jumaat ni pun ada clown gak. Jiwa kacau sungguh.

Napa aku takut clown? leh baca kat entry lama ni.

3) Kalau aku suka/selesa satu benda tu kan, aku akan beli-tak-henggat-punya benda tu banyak² tapi kaler lain² la. Sebab apa? sebab malas nak pikir la kot. Kalu dah selesa, malas nak try yg lain. So kalu ngk lemari baju aku, akan kelihatan la 6 helai blouse yg sama pattern, sama brand tapi kaler lain², jua 4 helai skirt labuh (ntah bila la leh pakai balik nih..huhu) with different kaler. Malangnya, akibat peredaran zaman…dan pertambahan saiz badan (uwaaa!), semua baju dan skirt labuh ittew dah tak “berapa” seswaiii utk dipakai. Tapi lom terpikir nak bagi orang lain ker sebab manalah taukan tetiba leh terkurus balik lak satu hari nanti, leh la pakai balik..huhuhu bila tu? kwang..kwang kwang..

Image hosted by Photobucket.com

Siap tulis nama tuuuu :p
Kat opis pulak, pen² aku berbilang kaler, dah macam kedai stationary la pulak. Kasut plak, aku ada 3 pasang kasut yg sama brand, sama pattern tapi kaler berlainan - satu kaler hitam, satu kaler hijau lumut dan satu lagi kaler cekelat. Cincin toksah cakap la, kalu cincin berbatu tu kan, ada la 3-4 bentuk yg sama pattern tapi kaler batu jer yg lain dek non. Begitu lah malasnya ahkak nak pikir² apa yg nak dipakai..

4) Aku tak suka kaler merah tapi aku ada banyak tudung ngan baju merah. Seswai ngan tagline yg member² bagi “sempoii : pengumpul tudung merah terbanyak di Asia tenggara”. Crettt! Tapi kan, aku ingat dah cukup la koleksen tudung merah aku tu. Tapi last year masa gi gath Adam (tema warna merah), Wai em nak pinjam satu tudung merah. Lepas belek² semua tudung merah aku, satu pun tak ngam ngan tone baju merah dia. Maka baru aku sedor, ada lagi kekurangan kat koleksen aku. Saya akan mencuba melengkapkannya cip..hehehe!

Image hosted by Photobucket.com

model sedang menggayakan salah satu koleksen tudung sempoii. ahakss!
Sekarang aku dah start kumpul tudung warna cekelet plak. Dah ada 3 lai. Sekali nampak cam sama, tapi lain version. Ada yg sulam bunga, sulam corak abstrak dan jurai². Kalau ngk aku salu pakai tudung cekelat, jgn ingat aku pakai tudung sama occay!


5) Suka banget makan tomato. Dari kecik sampai la “besar” aku suka makan tomato. Makan mentah² gitu je cicah ngan garam atau kicap. Mak aku memang sentiasa simpan stok tomato dalam peti es. Masa study kat Johor, aku pernah la beli 3 bijik tomato kat pasar malam ngan rega RM3.20. Tersentap sebab mahal sangat tu (kira mahal la kan, selalu amik free jer dr peti es, tetiba kena bayor). Kalu kat pasar malam subang tu sepinggan baru singgit. Nak kata besar sgt, idak ler pulak. Salut ngan labuci emas pun idak. Pastu aku tlepon mak aku siap ngadu nangis² lagi tu bagitau tomato kat Johor mahal, cemana nak makan tomato tetiap hari, nanti bajet lari. Pastu mak cakap, takpe, nanti balik umah makan ler tomato puas²..huhuhu :p

Ehh..tapi kan, mak aku ada cakap la kan, dalam adik beradik aku yg 7 worang tu kan, mata aku paling terang sebab suka makan tomato. Ntah iya ntah idak ler kan sebab adik beradik aku yg lain tu kan, masuk jer sekolah menengah kan, dah kena pakai cermin mata. Tak rawk la kan..kan..kan..kan…

6) Ada lesen keta tapi takut bawak keta. Hahaha! Aku dah peram lesen tu 5 tawoon woooo. Aku dapat lesen mandu dr Metro Driving Academy bulan Oct 2000. Ni bukan lesen terbang occayy!. Maka, percayakah anda, sekiranya saya katakan bahawa sejak dari tarikh itu saya tidak pernah memegang stereng keta utk memandu sehinggalah lesen “P” itu bertukar ke lesen kekal? (ayat soal jawap mahkamah, hasil byk membaca harian metro). Ekceli, aku bukannya tanak bawak keta tau (mintak² asben aku dengar ni), tapi tiap kali rasa cam dah ready nak bawak keta, dan² tu jugak la org yg rapat ngan aku eksiden - akak aku eksiden la..opis met aku eksiden la..sedara mara eksiden la, orang dok forward gambar eksiden putus kepala la. Adeh! yg paling latest, aku baru jer berkira² nak drive keta tahun depan, (iklan orang-silap-anto-sms: bang..ayang rasakan sempoii nak pakai kereta sendiri la tahun depan :p) tetiba sorang kroni aku eksiden sampai keta pepel dia separuh hancur. Alhamdulillah dia selamat. Lunturr balik semangat aku macam kena klorox bleach perasa lemon dengan haruman sebenar. So, kena tunggu lagi la next time kot² aku berani balik. Hehehehe!

Ada lagi sebenarnya, tapi Tipah kata tulis 5 jek cukup, itupun aku dah bagi 6. hehehe..

So this tag goes to:

1) Abg Dins
2) Waiem
3) Makincik
4) Edryna
5) Puteri - ok done!