Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, June 26, 2008

Kronologi.. baby is coming :)

January 2008

Ada 6 org peknen lat lorong 13B umah aku tu. Memasing sibuk teka "who is the lucky number 7". Ramai gak yg giat² kan cik asben suh jadi yg nombor 7. Cik asben suka je. Aku bukan apa, memandangkan cik asben terlalu bz ngan Taekwondo and aku sure pasti yakinlah..the time very limited kalau nak ada baby baru. Sedangkan ada 2 anak ni pun derang dah pandai komplen² kata abah sibuk tak sempat jalan² ngan derang. Siap tulis surat komplen lagi. Sib baik derang tak sms ke harian metro..huhu..Aku salu bawak derang jalan, tapi derang nak abah derang join sekali.

Tapi ada la sekali tu..time geng² bistro lepak kat bistro ngan family memasing, org pompuan lain sibuk buat makanan, aku tak buat apa dgn alasan "sat gi din master bawak teh yer, so sy tak yah masak huhuuh". Dlm borak² tu ramai la yg dok soh aku peknen.. sebab syamil pun dah 6 tawon. Aku sengih je. Then dr jauh nampak cik asben bawak air teh tong besar. Pastu aku cakap kat geng bistro yg lelaki la "tuuuu..nampak tak? kalau saya peknen, tu..teh tarik ngan din master tak kan ada kat bistro sampai setahun, dia kena jaga saya tetiap malan.. ada ok?" wohooooohoo..siap ugut jiran tu. Pastu derang jawap "iskk..tak yah peknen la gitu..kita suh org lain je la peknen " wahahahah siot...

February & March 2008

Aku bz gilos ngan keje opis. Tgh siapkan survey for China and Thailand. Team aku sorang² resign so byk benda aku kena backup. So kalau lambat dtg bulan ke apa, aku anggap biasa sebab stress.

April 2008

This entry aku kopipes from blog cik asben. I know some of my frens byk tau pasal aku dr blog dia tapi derang pun senyap² je bila dah tau.

26/4-Sabtu

Bangun2 tido pagi tu tetiba Syamil cakap kat org rumah aku …
“mama….mama….dalam perut mama ader baby…”
Orang rumah aku tergamam kejap tapi dia buat2 layan la anak bongsu aku tu.
“siapa yang bagith Amil?…” ..tanya org umah aku..
“abg.Syahmi bgth ….”
Lagi berderau darah orang rumah aku …
“bila dia bgth Amil .?..” ..org umah aku dok layan lagi siSyamil..
“tadi ..Amil jumpa dia kt hotel…”

pastu org umah aku saja la tanya mcmn rupa abg.Syahmi skrg . Syamil cakap mata dia sepet ..dia dah besar dan mcm2 lg la. Hotel tu plak maybe tpt dia jumpa tu cantik kot so Syamil ni kalau tpt2 yg cantik dia akn panggil hotel. So bila org umah aku citer kat aku pasal ni aku pun terfikir gak …mmg Syamil ni ader connection dgn arwah abg Syahmi dia …walaupun dah 9 tahun arwah pegi....dari dulu lagi dia selalu dok citer pasal arwah. In fact dia buleh describe fizikal arwah padahal mana la dia pernah jumpa arwah abg dia tu.Tapi bab ader baby ni yg aku pun terkejut ni coz mmg org umah aku dah lamer x datang. Tp kitaorg nak suspect dah lekat x berani la pulak coz takut berharap sgt.

So mlm tu aku bawak org umah aku pegi check kat Klinik Siti Hajar kt seksy 18. So bila doctor bgth positive …dah 6 minggu…...yg paling seronok aku tengok ialah siSyira dan Syamil ni la. Ye la …sibongsu aku tu dah 6 tahun ….frankly speaking aku pun nk tambah lagi.
So expectation date dlm 23/11 ni ….4 hr sebelum besday aku ….

May 2008

Aku nak freeze gym for half year. But the procedure sgt² melecehkan. Derang nak surat dokter la..surat freeze la..bayar sebulan la..Bila freeze kena bayar 20% of the fee which is about RM29. Hmm so aku fax kan dulu surat nak freeze, duit dia later². Aku suh that gym staff take note kata aku nak freeze. Sebab aku lom bayo duit lagi.

25/5 Pergi scan baby. Dah nampak bentuk dia. Soooo small. Suppose dah 16 minggu pregnancy (dalam pregnancy period, org guna minggu, bukan bulan), tapi saiz baby kecik 4 weeks, meaning saiz dia baru 12 minggu. Dokter kata possible baby kecit sebab kita tak leh konpim bila dia jadi. Syahira dulu pun, saiz dia kecit 2 minggu dr umur. Tapi mmg sampai sekarang pun dia kecik. Cinonit je..macam mak dia...hahhahahha..mintak nyawa..mintak nyawa..

June 2008

Gym call kata aku due 2 bulan gym fee. Selagi derang tak terima fee for may haritu, derang takleh freeze gym aku. Choiii.. Nobody tell me about that. So kalau nak freeze, kena bayar 3 bulan (may, june, july) baru leh freeze sebab after 15hb dikira bulan lain utk freeze. hangin aku. Bodo² je nak bayar for nothing. Trus aku decide. Terminate gym! full stop! Kalau nak terminate, kena bayar 2 bulan baru leh terminate. So aku bayar sebulan dulu, then this week bayar lagi sebulan, dan terminate. Abis citer. Next year bila dah free sikit, aku join balik. Kalau freeze pun aku tatau sampai bila aku free, and kena lak bayar RM29 tetiap bulan.

Malam tadi pi appoinment checkup baby. Dokter sepraiiss sgt sebab berat aku naik mendadak. Before peknen dalam 66kg gitu, and malam cuba korang teka, 70kg? tutt..salah! 73kg? teettt salah jugak.. berat aku 79kg! gilos. Aku tak pernah cecah berat tu selama nih. Bila time nak bersalin dulu² pun berat impak maksima aku cuma 75. Tu semilan bulan tu. Ni baru 4 bulan dah berat gila. Pastu due bertukar la plak ngikut saiz baby, jadi 12/12/08.. tukar la plak..tak kisah la bila pun, asalkan semua selamat..

Lagi 2 bulan kena jumpa dokter balik, untuk check kalau ada kencing manis. Mintak² takdela. So sementara nunggu 2 minggu ni aku kena disiplin sikit. Malam takleh dinner berat cam selalu. Sekarang ni aku rajin lepak ngan khai (budak opis aku, satu kg) kat satu gerai kat kg subang tu makan char koey teow. Heaven siot. So pasni kena order air laici je la kot sambil nemankan dia makan.. wakakkaka..macam boleh.

Ok..itu saja utk kali ni. Kalau korang jumpa aku tgh jalan dgn berat gini, jgn kutuk ...aku ni sensitip hahahha..Doakan aku sihat pun dah cukup. Aku tanak sakit² time peknen, sian kat baby kicik...

Monday, June 23, 2008

Update baca-sampai-muntah

Addoii terasa bersalah lak bila lama giler tak apdet. Kesian kat feminat² yg dok terkelik² tapi entry barunyer nan adooo jugek. Err..saya ni ada feminat ke bang.. huhuhu..

Ekceli aku ada tulis entry kat word..kat kertas..kat dinding² opis.. (melampau la kan) kat mana² yg aku sempat la cuma tak sempat² nak kopipes masuk blog. Kalau ada henpon canggih cam
makincik kan best, sambil termenung dalam bilik kecit pun leh apdet blog..wohohohoho! acah je..

So sempena rasa bersalah tak bertempat ni..sukalah citanya ingin saya mengopipes balik apa yg saya pernah tulis merata² ittew.. Generally ni entry² sepanjang bulan June ni.. macam beselah..sekali mengkarung gitu..

Ada org kata, berblog ni pun macam buang ayaq jugak..

..kalau apdet tetiap hari macam lawas gitu..
..kalau lama tak apdet..pastu sekali apdet rasa lega gila.. tu sembelit namanya..
..tapi kalau sehari..3-4 kali apdet..tu ceret beret namanya..boleh?

hehehe..so arini ni aku masuk dalam ketegeri ke-3...wahahahha..so u olss..silalah baca sampai muntah..

kalau malas nak skroll..sila klik sini..

Monday, June 16, 2008

I love yeww daddyy!!

Haji Osman bin Chik..ayah saya..
Aku tulis entry ni time fathers day haritu. Tapi tak sempat² nak pos.

Aku panggil ayah aku daddy. Nampak cam tak sesuai je bila Tok siak mesjid, ngan jubah dan serbannya org panggil daddykan. Pernah adik aku yg lelaki tu time dia tadika, cikgu tanya apa nama ayah? Dia jawap Abu bakar bin diddy. Dia pelat tak leh sebut daddy. Hahahha!

Mak ngan ayah aku contrast sesangat. Mak aku jenis kecoh, garang and kalau buat keje laju giler, ayah aku plak jenis cool, sempoi, tak garang langsung dan suka wat keje last minit. Hahahha..so korang tau la aku ni ngikut sapa ye..

Cara ayah aku layan anak² dia sangat la best. Banyak benda yg aku still ingat sampai sekarang and kekadang layanan camtu berterusan sampai kitorang tua bangker nih... Kalua nak list down memory² manis aku ngan ayah aku sure tak cukup.. aku tulis serba sikit je la..

Masa kecik - tadika

- Time tadika, aku la makhluk tuhan paling seksi...oppss bukan..paling liat nak bangun pagi. Dah la montel time tu..tetiap hari ayah aku dukung aku masuk bilik air, mandikan , pastu dukung balik masuk bilik pakai baju. Punyo la poloseh (read: pemalas loghat noghori). Bekground kejadian, mak aku pot pet pot pet kat dapur bebelkan aku sambil siap kan bekfes.

- Pastu pi naik bas skola yg warna kunin tu. Aku skola kat tadika cina subang. So since makanan kat sana diragui, so almost everyday ayah aku akan bekalkan aku apa² kuih utk makan time rehat. Modus operandi dia, dia beli kuih kat kedai (sedangkan boleh je tapau dr umah, tapi nanti mak aku bising) dia akan tahan bas skola tu, pastu naik bas and bagi kuih tu kat aku. Ala² citer hindi tahan bas tgh jalan. boleh?

Masa kecik – sekolah rendah

- Ada la sekali tu time bulan pose. Balik dr sekolah tengahari, aku terus pi belakang umah nengok mak bakar sampah. Bukan nak nolong pun, cuma nak nolong main api. Hikss! Mak bising suh masuk. Aku degil. Aku cucuh api yg kat tengah² tempat bakar sampah tu ngan lidi.. Aku tak pasan kat lutut aku ada api keciiit je. Pelan² itu api suda bakar kain skola aku. Aku panik terus menjerit² cam org gila. Sakit siot. Aku tepuk² tempat terbakar tu ngan tangan sampai padam. Suku kain skola terbakar. Mak aku marah sangat. Tapi marah² dia pun, dia sapukan gak ubat kat lutut aku. Lutut kiri melecur sebesar tapak tangan. Kalau lebih besar dari tapak tangan, tu lutut gajah namanya. Pastu sambil letak ubat dia ugut aku kata taknak repair kain skolah aku tu sebab aku degil sgt. Aku nangis la sebab aku ada 2 lai je kain skola. Malam tu ngadu kat ayah. Senyap² ayah aku amik kain tu pi potong part yg terbakar pastu dia bukak part kipas kat kiri kain tu pastu dia jahit balik. End up, kain tu macam kimono jepun. Jadik kecik. Bila aku pakai kain tu takleh langkah besar². Maka jadilah aku sorang anak dara sunti yg amat sopan santun ketika berjalan.

Time Univ - buat keje part time kat airport subang

- Tiap kali cuti semester, aku akan keje part time kat airport terminal 1, subang. Company tu ada 3 branch – kedai sebenir, groceries / potostet dan cafe.. So every cuti semester aku tukar² jaga kedai² tu. Pegi keje kul 8, balik kul 11 malam. Sebulan dapat la dlm RM1200. Mmg heaven la rasa time tu.. imejin awal² 90-an, dapat rm1200 part time, enjoy sakan la kodok. Dan sepanjang 5 tawon aku keje part time on and off tu, tiap kali aku balik keje, ayah aku akan tunggu aku kat simpang jalan ngan motor kapcai dia. Without fail. Dari bus stop ke rumah mak aku, lebih kurang 10 minit jalan kaki. Masa tu manala ada hp, so kalau aku terlambat sikit ke, memang takde cara nak inform dia. Yg aku tau, kalau aku lambat ke cepat ke..dia still ada kat situ nunggu ngan motor dia. Terharu..


Time Konvo diploma – UTM Skudai

- Sehari sebelum konvo, ayah aku datang bawakkan baju kebaya kaler peach utk acara konvo besoknya. Asalnya aku nak pakai baju kebaya biru, tapi last minit baru aku tau biru tu ialah biru diraja. So tak dibenarkan masuk dewan. Aku call mak, kata tak dapat pakai baju tu. Mebbe aku akan pakai baju kurung yg biasa aku bawak pi kuliah. Nak pos laju pun dah tak sempat dah. Aku tak sangka lak ayah aku sanggup naik bas dr pudu ke skudai semata² nak hantar baju tu. Speechless. Lepas hantar baju, dia terus naik bas balik ke KL. Terkilan sgt sebab dah nyusahkan dia.

Time Prektikal kat Tampoi Johor

- Sempena besday aku yg ke..errr..ntah berapa ntah, ayah aku buat sepraiss tadaaa! Satu family visit aku kat tampoi. Dia hadiahkan earing yg ada batu kat tengah. Mak aku bising sebab aku akan cuti dlm few weeks lagi, so apa la salahnya kalau bagi hadiah time aku balik kat umah. Tapi since ayah aku so sweeettt.. dia nak buat seprais gak. Best woo..dapat earing dan dapat topap stok makanan dengan banyak :p.

Lepas Kawen

- Few months after kawen, everyday ayah aku hantar aku naik komuter kat sri setia. Masa tu cik asben keje shift and opis aku kat menara citibank kat jalan ampang. Kat stesen komuter, dia pimpin tangan aku sambil melintas landasan ketapi (amaran: jangan ikut cara aku. Aksi ini hanya sesuai utk org brutal macam aku je ;p). Bila sampai seberang, dia melintas balik ke seberang landasan pastu tunggu sampai aku naik train. Lps aku naik train, dia lambai² pastu baru dia balik. Aiyooo..yoo..kalau ikutkan time tu umur aku dah 24 tawon woo.. Sure org ingat dia pegang tangan bini muda. Ko tau je lah org sekarang suka gossip².. (macam aku..hihi)

Last 2 weeks..

- Baru² ni aku selalu lepak umah mak aku sebab nak abiskan cuti last year. So ada la sekali tu time kul 3. Mak, ayah aku, dan aku lepak² kat dapur sambil borak. Pastu aku nengok ayah aku ratah tomyam yg mak aku buat. Dia masukkan dalam mangkuk plastik yg boleh masuk microwave tu. Bila nengok dia makan, aku teringin nak makan. Carik mangkuk kaca takde. Tinggal mangkuk plastik. Aku pun amik tomyam amsuk dalam mangkuk. Bila ayah aku nampak, aku makan guna mangkuk plastik macam dia, dia gelak terkekek². Geli no ati dia. Spontan..mak aku jerit “tuuuu..bukan keturunan aku tu makan dalam mangkuk plastik”..selamba je aku jawap “takpe..orang keturunan daddy” hehehhehehehe..bengang je mak aku. Vangga je ayah aku dengor.


Sampai sekarang aku rasa ayah aku still layan kitorang cam kitorang masa kecik. Kalau sebut je nak makan apa, gerenti dia carik satu kampung, walaupun memasing ada laki..

Ni pesanan² peberet ayah aku utk anak² dia..

1) Jangan tinggal semayang
2) Baca yasin tetiap hari.
3) Jangan suka berhutang.
4) Jangan main saham.
5) Jangan pakai kad kredit.


Nota tambahan:
- Kalau hutang kereta dan rumah tu diharuskan. Gilo po nak bayar umah cash..
- Dia ada reason dia sendiri napa tak bagi main saham..tapi aku tak penah tanya detail.
- Tapi aku degil gak pakai kad kredit, so perit gak la nak bayar bulan². Azam aku, hujung tawon ni bebas dr utang kad kredit. Doakan.aaaminn..

Utk ayah aku. I love u forever and ever. Dan aku sangat bangga bila ramai kata aku anak daddy… fizikal dan perangai..yayy! Daddy sempoiii!

Thursday, June 05, 2008

Naik minyak..

Iye...iye... minyak dah naik jadi 2.70..aku tau.

Memang la aku tak sepatutnya nak bising² pasal benda ni, sebab tetiap hari aku naik bas ngan lrt, tapi kat umah, cik asben punyala bising walaupun dia cuma guna keta bila nak hantar budak² pi umah mak pagi² je, pastu dia pi opis naik motor. So aku rasa tak bebankan sgtla kalau nak ulang alik sekangkang kera tu, lain la kalau selalu jejalan weekend atau balik kelantan, haa yg tu kena bajet tight² la before pegi. No rantau panjang..no pengkalan kubur...no padang bas..aiyooo sgt perit..

Tapi yg buatkan aku terkedu jap sebab aku dalam proses beli keta myvi kaler itam nombor plat dot dot dot... (punya la detail). Tgh proses loan. Semalam jugak cik asben kata put on hold dulu..jgn proceed. Dan pagi ni dia kata kansel la plak.. kang lebih bajet, takde saving. Dah terbayang² kaki mek makin panjang dan panjang bila ada keta nanti...dan sekarang mek terasa kaki tersebut suda menjadi kontot sekontotnya... naik bas ngan lrt sampai ke tua la aku gamaknyanya..Uwaaa!... Mek kucivaa! va! va! va! (dada sapa aku nak pukul nih..)

Pagi ni plak, kat paper tulis keta up to 2000cc akan dapat cash RM625 setahun subsidi minyak. Aku dah terlompat² dah terus call cik asben. Boleh la kaver sikit² bajet katanya. Sekali cik asben diam je.. aku heran, aku tanya napa tak hepi? dia jawap "keta kita 2200cc la..derang ingat, org ada keta 2200cc ni org kaya ke?" Owwhh tohann...baru tingat.. aiyooo..tu lah..dulu lagi aku suh beli keta 1.6 je, buat pe laju², dah la makan minyak, pastu takat pi umah mak je, naik motor ramai² pun ok.. dia degil. Bagi alasan kalau balik kelantan cepat sampai. Tapi apa la relevennya kalau takat balik kelantan dua tahun sekali, kan? kan? kan? Nak tukar keta baru sayang lak sebab loan tinggal lagi setahun setengah. Nak gak merasa hidup tanpa bayar loan keta. Kang beli keta baru, kena start balik byr utang..seksa...Nak soping kat The Garden pun pikiaq 800 kali.

So tulah kesimpulan yg tak memberangsangkan. Tak jadi beli keta. So jgn ada yg ngada² tanya aku nanti eh? "...eh ko takbeli keta ke poii?". Kalau korang tanya jugak..aku sure akan jawap "TAK...AKU NAK BELI LRT!!!.."