Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, June 28, 2006

Sambutan Ulangtahun ke-3 Artakus Dot Net

Assalamualaikum,

Pejam celik, tahun ini masuklah tahun ketiga ADN online dan menjadi markas bagi Aurorans dan Morroks adanya. Maka sehubungan dengan itu pihak ADN dengan kembang hidung ingin meraikan ikatan yang amat istimewa di alam maya ini, dengan aktiviti yang paling digemari semua iaitu potluck. Berikut adalah butir2 sambutan serta aktiviti yang bakal diadakan kelak.

SAMBUTAN ULANGTAHUN KETIGA ARTAKUS DOT NET

Tarikh: 1hb Julai, 2006 (Sabtu pertama)
Tempat: NO 946, JALAN LAVENDER HEIGHT 27/1, TAMAN LAVENDER HEIGHT, SEREMBAN.
Masa: 10 pagi – 5 petang

Agenda:

9.00 – 10.00pagi : Ketibaan Morroks/Aurorans
10.00 – 10.10pagi : Ucapan MC dan bacaan Doa
10.10 – 10.20pagi : Ucapan Presiden ADN
10.20 – 10.30pagi : Ucapan Abang Pat
10.30 – 10.40pagi : Pembentangan Agenda Sehari
10.40 – 11.10pagi : Bacaan Puisi Aurora (2 orang, 2 puisi)
11.10 – 12.30tgh : Slot tersampuk puisi: Penyertaan semua, sambung-sambung puisi secara spontan.
12.30 – 2.30ptg : Sambutan Majlis Harijadi Khalil (anak Abg Pat), Makan-makan potluck, Rehat dan Solat
2.30 – 3.00ptg : Win Lose or Draw (Aurora vs Morrok)
3.00 – 3.30ptg : Pengumuman Pemenang Pertandingan Cerpen dan Penyampaian Hadiah (syarat dan terma)
3.30 – 5.00ptg : Bersama Ahmad Patria, Soal jawab dan borak-borak, Minum petang dan bersurai

Maka kami berbesar hati menjemput anda semua menyertai dan memeriahkan aktiviti ini.

-------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE WERL KAP..

Hancur hatikuuuu...
mengenang dikauuu (vocer metrojaya)
menjadi keping²
pabila dikau pergi... (ninggalkan padang)
owhh mexico..
owh trinidad & tobago..

dah takdo rozoki, nak buek cemano. Sapo yg dapek bonus *ehem²* bulan tu kalau nak bolanjo den vocer metrojaya pun bulehh...huhuhu!

Thursday, June 15, 2006

Trinidad vs Englangg..kejar yop kejar!

Ehh..ada sorang taste dok kat kiri tu...huhuhu..

Sungguhla hatiiikuu
jadi tak tentu...ah! ah!
pabila Trinidadku jumpa seteruuu..ah! ah!
Namun ku tak dpt nengok
menengok kaaaamu..
kerana malam jemaat
nak basuh baaaaaju..
hik! hik!

p/s: nyanyi ikut lagu amelina
p/s2: waiem nanti sms result ya :p

Tuesday, June 13, 2006

Werlkap..kapkungkrap ya kutikurapp..

2 minggu lps..

Boss aku (*sila refer nota kaki ayam) cam biskut kat opis ni, kejap-ada-kejap-takde. Dalam sebulan 2-3 kali dia jenguk opis dok dalam seminggu gitu. Last 2 weeks dia balik kejap, 3 hari jer. Nampak bz bebenor dok dalam bilik tutup pintu bagai. Petang before dia nak balik baru la nampak batang idung. Dia jerit meeting-meeting-meeting. Dia kuar sampul surat ngan daun terup. Ooo ni la keje dia dr tadi eh. Dok memerap buat keje tak paedah. Potong gaji kang..wooopss!

Boss kata tak lama lagi World cup nak start. So, tahun ni dia nak semua involve dalam World cup. Pulak dahh..apa kene ngan mamat ni, dah banyak keje lagi mau tambah keje. Opis aku (tak termasuk opis konsultan la) majoriti pompuan. Ada 4 org lelaki jer termasuk bos. Budak pompuan so-so jer la ngan bola. Ada sorang dua la yg minat macam ahkak waiem kita..hik! hik! Kalau citer pasal sale, lain la citer kan. So bos kata, tak aci la nanti dia layan Worlcup ngan 3-4 org budak opis jer. Tak meriah gitu.

Pastu dia tampal Schedule Werlkap kat noticebod. Siap pesan jgn lupa apdet result everyday. Tak sangka sungguh boss aku leh buat keje tak pekdah gitu.

Then start “meeting”. Dia buat undian, sorang kena undi 2 team. Satu team best satu lagi team tak berapa best. Team yg menang (no. 1, 2,3) time final nanti dapat Vocher shopping² kat Metrojaya (ehh! Ada lagi ek Metrojaya kat Mesia nih?..huhuhu!). Cong-cong kad pastu distribute sorang 2 kad. Then amik envelope yg tulis nama kad (e.g. 2 diamond, 3 spade). Kalau dapat Joker, kena pilih satu nombor yg mewakili negeri yg dah ada org cop. So dia akan kongsi negeri tu ngan org lain. Kalau team tu menang, hadiah pun kena share. Eee tak bestnya hehehe!

Dalam envelope (dia pakai envelope opis tuuuuu), ada gambar team yg kita dapat. Aku dapat Mexico utk team best dan Trinidad & Tobago utk team tak berapa best. Nengok gambar..ala takde yg taste la. Trinidad tu player dia kelam² jer. Mexico boleh la tahan ada cam melayu sket. Paling taste pun macam Kieran Era. Huhuhu! Belasahla. Macam nak kena titik jer team² tu. Macam takde harapang..huhuhu!. Tapi tak leh cakap jugak, manalah tau kan, tetiba yg “bawah anjing” (underdog) pulak yg menang. Masa tu boleh la open table kat Uncle Chilis..ngeh! ngeh!

Minggu ni..

Trinidad 0 – Sweden 0
Mexico 3 – Iran 1

Owhh! mek terharu u olls..mek suka! mek suka! :p

p/s: Aiyooohh! Bila la werlkap nak abis nih. Tak larat nak mengapdet result game kat notice bod tetiap pagi. Huhuhu!
p/s2: Boss aku org ostrolia, seken opis dia kat Singapore so dia ulang alik S'pore-KL-Melbourne tu dah macam pi KL-PJ-kg kerinci jek.

Wednesday, June 07, 2006

060606 - Hepi Besday Waiem...

Nyum..nyum..nyum..kek sampai lambat sehari, jgn marahkan saya, marahkan "resepi rahsia"..:p

Mintak mahap ler pd PFS yg tak sempat masuk dalam kad ni. Jgn meroyan kat tag ya...huhuhu!..Pis pis! Luv u olss :D (lambai ala ratu)

Hepi besday Waiem..

Semoga dikurniakan keberkatan usia
Dimurahkan rezeki,
dilimpahi RahmatNya selalu,
dilindungiNya senantiasa,
Penghijrahan bukanlah suatu kesalahan,
Tapi satu tangga untuk menjadi lebih baik,
Dari semalam..
Moga istiqamah itu milikmu.
..All the best.

Muah! muah! muah!

p/s: err.. mode apakah ini?.. :p