Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, February 26, 2009

Berat terbaru..

Suda timbang..

yahooo... berat suda turun 1.3kg dalam seminggu. Sekarang berat 75.9kg. Mek hepi u ooolsss..

Tersengih2 cik E dr HL tu, ala-ala protege dia dah nampak hasil. Walaupun long way to go, tapi at least tambahla semangat nak sambung diet.

caiyok! caiyok!

Saturday, February 21, 2009

Masalah BESAAAARRRR..

Aku ada masalah..

Masalah BESAARRRR.. sangat beeeSSAAAR..

Mana tak besarnya kalau sejak bersalin haritu aku makin BESAR dan BESARRRR!

Semalam aku balik naik bas. Kena berdiri. Pastu budak pompuan yg duduk depan aku pandang aku atas pastu pandang perut, pastu terus bagi aku duduk. Boleh? Dulu time peknen mmg la aku hepi kalau org bagi aku duduk. But not now la dey. Aku siap imagine, kalau tetiba budak pompuan tu nak berbahasa bahasi ngan aku borak "dah berapa bulan ni kak?" harus je aku tempeleng budak tu pastu tekan loceng turun. Tapi angah ajar aku cara jawap "dah 2 bulan... " .... lepas bersalin (yg lepas bersalin tu sebut dalam hati je)

Ekceli aku tak mcm ni masa bersalin hari tu.. (ayat kaverina rasa bersalah)

Masa peknen - 84kg
Lps bersalin - 75kg (baby 3.60kg, uri, air ketuban tu semua 9kg)
1 month later - 72kg

masshii passsshiii hepppiiii...

Habis pantang on 29hb Jan. Korang ingat tak aku ada cakap aku ada long list to eat lps pantang? yes! i did it. semuanya aku buat before aku start keje on 16hb Feb. *sigh*

Selasa lepas baby genap 2 bln. Pi klinik utk amik imunisasi baby. Aku timbang. errrkk.. tak caya.. turun timbang balik 2-3 kali, mana la tau kot2 ada ralat 2-3kg ke. Tak pun. Jarum tunjuk ngam2 ke "0". Timbang balik.. OMG.. 77kg!

Cik asben tanya: "berapa berat?"
Aku jwp tanpa pandang mata dia: "naik sikiiiiit"

Sikit apekejadahnya kalau dah 5kg. Aku kena buat something.

Besoknya aku pi ke kiosk HL kat emkop. Selama ni aku dok ngelak2 kalau minah ni bagi flyer suh check kesihatan tapi hari tu aku serah diri utk di check. Aku bagitau cik E tu, "i just deliver my 4th baby 2 mths ago and now i'm obese, what u can do for me".. mengadu cam pasrah gitu..

Dia pandang aku atas-bawah-atas-bawah. "But you don't look like obese la..let me check first" tu ayat kaverina tanak kasik aku kecik ati la tu. Naik timbang ajaib dia yg boleh keluarkan 10 bacaan tu - berat, metabolisme rate, water rate, muscle, BMI, fat etc. Metabolisme aku tinggi 1339. kalau diet senang turun. Air rendah sgt, sebab aku rajin minum kopi. Minuman yg mengandungi kafein cam kopi dan teh mengdehidrate air dalam badan. Kalau minum secawan kopi, kena minum 2 gelas air kosong pastu badan. Tu yg tak rajin tu..

So aku konpim la nak try HL. Complete set. Cik E tu akan monitor progress aku dan tetiap minggu kena timbang. Lagipun cik E tu sentiasa ada kat emkop kalau aku nak refer apa2 kan. Tak pun, kalau berat tak turun2 gak, aku hantar je opet tnb ngan opet keta kebal pi blasah minah tu.. huhuhu..

Aku tak boleh diet sorang2. Dulu masa zaman gi gym dulu, kalau cikgu tak bebel2, tak sarcastic, tak cekak pinggang time train aku, mmg aku tak turun 12kg tu. So mek pasrah dan redho je la kalau kebulur dalam seminggu dua nih.

*ringtone lagu hiasan dr Olan*

Alangz: "Hello poii..

Aku:
"Hello..yaa?"

Alangz:
"Aku la ..Alangz"

Aku:
"Haaa.. Alangz..nombor ko macam nombor bank la, nyaris aku tak angkat tadi muakakaka!

Alangz:
"Laa memang la aku keje bank.. hihihi.. ni aku nak ajak ko pi ayam golks besok kul 6 sempena serindit nak tunjuk bini dia.."

Aku: "Ayam golkss...?......................

Aaarrghhh.. duuuugaaaaaannnn hari pertama!

Monday, February 16, 2009

Start keje..

Isnin 16th Feb 2009

Hari ni dah start keje. Byk sungguh benda nak kena catch up. Ada 350 email kena baca.. ada byk data nak kena clean... rasa blur.. aku cuma go through survey schedule 2009 yg China request dan ngk apakebenda yg derang nak dalam setiap survey. Yg lainnya, just tanya2 kabar orang2 kat China dan nganyam ketupat ngan partner2 in crime dlm opis..huhuhu.

Aku ada boss besar (boss 1) baru rupanya. Seorang Indian guy yg happy go lucky. Before aku maternity leave haritu, kitorang dpt sorang boss kecik (boss 2) baru gak, dia report to boss 1, mixed chinese and indian dan muka dia macam malay. Dia seorang yg cool dan kitorang mmg suka melihat ke"cool"an dia dan psikologi skill dia mmg kelezzz. Boss aku dulu dah jadi boss 3 yg report to boss 1. So boss 1 dan 2 sama level. Hehehe..pening korang..

Byk "perubahan" yg boss 1 dah buat walaupun dia baru join January lps. yg paling "ketara" lampu opis ditukar kpd lampu putih "terang". Dah macam sepital plak bila masuk opis. setiap bijik wrinkle dan jerawat kat muka leh nampak jelas di bawah sinaran lembayung putih itu. Baru sehari keje aku dah rasa nak muntah. Pening.

Pastu dia buat satu contest. Sungguh membina. Contest terbuka kpd semua team. Team yg boleh deliver survey dalam masa 3 minggu (for each survey) selama 6 bulan berturut2, akan dapat RM5,000. Satu team lebih kurang 5 org so tiap team member akan dpt RM1,000. Berbaloi ke? Nampak cam best tapi meh sini aku citer work nature kitorang.

*tarik napas panjang2.. betulkan mic*

Biasanya satu survey amik masa lps kurang sebulan lebih (about 6-7 weeks) utk settle dr A sampai Z melainkan ada isu2 berbangkit macam data lambat masuk, kena redo analysis etc.. Dia suh kitorang pikirkan cara eficient utk buat dlm masa 3 weeks. Aku kalau bab duit mmg terbeliak bijik mata la.. so aku dgn aktifnya bagi few cadangan and cadangan ditolak! chezzz! salah satunya aku ckp "stayback". Dia takmo, inefficent katanya. Semua keje kena buat dlm opis hour and dia tak benarkan keje over weekend. Aku kata "data submission jgn lambat", dia kata "that one kita educate them later" katanya. Haiyaaa..takat educate je, apa barrang..dr dulu lagi camtu tapi blakang musti delay juga. Pastu ada sorang budak tu cakap setiap survey tak sama, dr segi workload, number of organization yg participate. Dia kata "nevermind, can be done one". Dan bila aku pikir2 realitinya.. aku givap. Teori tak sama ngan realiti. Salah satu sebab, system utk load data tu tak blh digunakan oleh ramai user dlm satu masa, thats why kitorang salu stayback atau keje over weekend time org tak ramai. Process tu tak susah tapi tidious. Renyah. Time consuming. Dan benda2 mcm server down kat UK la..data lambat la.. beyond our control. Dia tak study sume tu.

No wonder la time meeting, masa dia war2 kan lagi pasal 5K tu aku sorang je eksited. Rupanya yg lain2 tu dah diskas sesama derang dr dulu lagi. Semua buat muka toya sebab dah tau tak bleh buat.

Fun! dia nak semua org keje ngan fun. Err.. nak fun macamana?. Dah lumrah alam sejak azali analyst kat situ sume ala2 nerd (except aku ngan partner in crime) yg ngadap pc ngan sopan dr mula keje sampai la kul 5.30pm. Dah ler opis senyap macam kubur. Bila dia pass by meja analyst2, sempat plak dia komplen "haiyaa..smile la yew..don't be too serious" .Loorr.. cemana la member tu nak senyum kalau dia tgh clean beratus2 data..huhuhu..

Satu je aku suka. Dia galakkan bukak muzik kuat2 time keje. Huh! tapi tak semua org leh keje camtu. Macam aku mmg 24 jam earphone kat telinga time keje. No hal sebab tu salah satu cara nak ilangkan ngantuk (selain makan dan chatting). Hangguk2 kapla sorang2 mmg tak sempat ngantukla. So kalau ada cd/mp3 hangguk2 yg baru leh la sent kat aku.. *wink kat srox*. Aku menghitung minit nak balik je nih..

Pasal baby nanti aku apdet lain kali..sabar ye wakame..;p