Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, November 22, 2010

Hepi 13th anniversary to me and my cik asben

Alhamdulillah..baru 13 tahun kawen.. :)

Rasa macam baru semalam kena tackle ngan cik asben kat kelas Taekwon-do UTM
Rasa macam baru semalam cik asben call mak daddy dr Johor inform nak kawen..sekali mak sound, "kita ada adat..hantar mak ayah ye minang" ;p
Rasa macam baru semalam sibuk2 prepare nak kawen.. semua hantaran aku buat sendiri..
Rasa macam baru semalam nengok cik asben goncang tangan Tok Kadi..so happy :)
Rasa macam baru semalam struggle hidup baru, rumah kecik, keta kecik, badan kecik ;p
Rasa macam baru semalam excited gila dpt tanda nak dapat baby sulung..
Rasa macam baru semalam bersalin anak sulung - Wan Muhammad Syahmi Hakimi
Rasa macam baru semalam Allah ambil semula anak aku lps 7 bulan lahir ke dunia
Rasa macam baru semalam suffer kehilangan anak tercinta
Rasa macam baru semalam gado2-baik-gado2-baik-gado2-baik-gado2-baik
Rasa macam baru semalam bersalin anak no. 2 - Wan Nur Syahira
Rasa macam baru semalam bersalin anak no. 3 - Wan Syamil Hakimi
Rasa macam baru semalam bersalin anak no. 4 - Wan Nur Qistina
Rasa macam baru semalam cik asben kena mild stroke TIA..make me felt that i really-really can't live without him..sob! sob!
Rasa macam baru semalam ....
Rasa macam baru semalam ....
Rasa macam baru semalam .....

We have gone though long journey with happiness, sadness, up and down.. but my love to you will be never end..

Ya Allah jauhkan kami dr segala malapetaka.. panjangkan umur kami dan berkati kehidupan kami dunia dan akhirat. Amin.

Hepi anniversary to us..my beloved asben Sharifudin mamat.

Monday, November 01, 2010

Qistina - almost 2 years old..

Hi, saya Wan Nur Qistina. Ingat sapa saya? saya yang duduk songsang dlm peyut mama saya dulu..hehehe..Sekarang saya suda besar. Suda 1 tahun 11 bulan. Mama saya kata bukan saya aje yg besar,rambut saya juga membesar dgn sihat (mengerbang).
Hobi saya ialah membebel dan berlatih Chi-qong bersama abah saya di dalam kereta. Apabila abah boring semasa memandu, dia akan mengepal2 kan tangannya dan memukul2 lengan kirinya. Saya akan buat benda yang sama. Saya amat menyukai hobi abah saya kerana ia amat sihat, berbanding dengan hobi mama saya. Hobi mama saya ialah tidur apabila berada di dalam kereta (mama! macam mana nak buat gambar senyum ni?).


Mama saya kata gambar ini sangat sama dengan gambar ayah saya masa dia kecik-kecik dahulu. Masa tu dia merajuk kerana tok we tak belikan helikopter. Oh ya, ramai yang bertanya mengenai rambut saya yang unik ini. Dalam adik beradik saya , saya seorang sahaja yang kerinting bersama ayah saya. Apabila saya mandi, rambut itu akan panjang ke bahu, apa bila rambut itu kering ia akan naik semula ke atas. Mak saya kata ia berlaku kerana udara panas akan naik ke atas. Begitu juga dengan rambut saya.
Bila saya besar nanti saya nak sekolah di "Mat derr kit" (smart reader kid).