Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Sunday, May 24, 2009

welkam bek...

Baru balik dr team building Gopeng.

Hari 1
- 2 games
- caving & flying fox (tinggi 30 meter) at Kandu Cave (dekat ngan gua tempurung)
- Drumming circle, combination of more than 10 instruments.

Hari 2
- Rope course at Nomad Mountain school. Benda kedua paling gila aku penah buat.
- White water rafting selama 3 jam sepanjang Sg Kampar, Perak sampai la ke Earth camp Nomad Adventures. Dapat hadiah"The noisiest raft" sebab banyak gelak sepanjang journey. The guide J and G siap kata derang tertekan sebab byk gelak.

Hari 3
- Cancel amajing race sebab semua org kaki dah cramp. Bila big boss suruh vote, sapa nak buat amajing race? cuma sorang je angkat tangan, one of the guide.. :p
- Gua tempurung. Berlumpur and basah satu badan sebab banyak laluan yg kena merangkak and meniarap dalam air..hohoho!

Conclusion!
Hepi giler
Penat giler
Satu badan sakit,
muscle pain.
jalan terkengkang-kengkang dah nih..adeyyyy!
Besok dah amik cuti..yieehhha!

Nanti aku citer. Aku tunggu gambar derang aplod.
*amik panadol muscle pain..and kebambomm!*

Friday, May 15, 2009

Please..save the tree ;p


Ini rumah pokok. Model hensem ini takde kena mengena ngan saya.. sumpah.. ;p



My office will gorgonize a team building next week.

Date: 22 - 24th May 2009
Tempat: Nom*d Adv*ntures, G*peng, Perak.

Aku dah lama tak pi camping ginih. Last pi pun kat Frim ngan budak Taekwondo last year. This is something weird ekceli, dalam tengah2 gawat gini, freeze gaji, cut cost sana-sini tetiba ada plak cost nak mendera fizikal dan mental gini.

There is one thing yg mengeriiiikan aku. We all akan tidor atas pokok sepanjang program. Derang panggil "tree house".
"Handcrafted from wood, our tree houses are cosy dwellings for 2 persons. 4 persons can squeeze in sardine style into the 8 foot x 10 foot house. We have a total of 14 tree houses. Each tree house has a light and two plug points."

Owh Tohan..korang bayangkan aku yg belum kurus ini.. tido di atas umah atas pokok. Tak ke siksa pokok tu. Belum lagi orang2 yg laaaagi besar dr aku kat opis nih. Kalau pokok tu ada pilihan, sure dia rela amik cuti tanpa gaji je dr menapung orang2 kiut seperti aku dan mereka2 itu..hahaha!

Untuk tidak membestkan suasana, "rumah" tu takde kipas, takde ekon, ada tilam jek bersusun. Bilik air very limited. Organizer siap kasi warning, nyamuk2 kat gopeng tu degil2. Pakai repellent pun tak jalan. Adddoiiii...mek terseksa uu..

Aktiviti plak Whitewater rafting, Rock Climbing dan lain2 lagi. Dah la lama tak pi gym. Tetiba kena buat bebenda gini balik. Sempat ke nak fit dalam seminggu nih ek?


Ini tandas u olss..di ulang..tandas...

So, aku menunggu hari mendatang dengan pasrah dan redho. GM dah siap pesan, no eskiussss ya, ada penalti. Owh ya, opis siap sponsor tiset 3 lai ngan kasut getah yg rega RM5.90 dai juk-bok tu. Hampeh tul. pengogornizer kata kasut tu paling bagus utk event2 tu. Cakap je la kasut mahal2 sikit.

Wahai pokok..
aku simpati..
jangan matiii..
Please save the treee!!

p/s: Hepi besday to Syamil (14th May) yg ke-7, semoga sentiasa sihat, bijak dan berjaya di dunia dan akhirat. Mama sayang syamil jugaa :)

...dan bro Z*nar (15th May) yg ke...err tatau..Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki awak sekeluarga dan semoga makin kreatif dalam berkarya.

Sunday, May 10, 2009

Selamat hari ibu..

Mak Daddy tengah berposing jiwang di umah mahsuri

To all Mothers..
A mothers' day message to all d pretty mothers.
A mom is a rose whose petals are soft,
A mom is a lily whose stem is tall and strong,
A mom is a person who is never wrong,
A mom is a person you should love forever..
Trust her, believe her and never doubt her..


Mula2 berita penting...hehehe.. Ekceli sakit ati aku bila nengok ulangan konsert AF7 kat cenel 15 tadi. Kat kanan tu, ada la sorang chatter tu wish "selamat hari ibu kepada semua2 ibu di dunia, termasuk ibu jari, ibu roti, ibu pejabat, ibu negeri dan sewaktu dengannya"


hampeh tul.. kok ye pun nak buat lawak pun, jgn la buat time hari ibu. Tak baik tau. Kecik ati aku..huhuhu..


Hari ni, pagi2 lagi baby Qis dah com aku wish Selamat hari ibu. Walhal abah dia la yg dok sorong dia kat pipi aku. Dia tersengih2 bukan tau apa. Pastu Syira & syamil lak wish. Bestnya. Pastu staff admin (Nanthini) kat opis lak sms wish. So tawon ni 4 wish je la yg aku terima. Ada sorang tu every year without fail akan wish aku cuma kali ni dia dalam mode "perintah berkurung".. aku paham..whatever la u..


Daddy, yang gumuk tengah tu kakak aku (hihihi) dan emak

Pi umah mak tengahari. Wish hepi "mothers day" & peluk com mak. Mak tgh siap2 nak pi sepital ngk Baby Balkish. Owh aku lupa nak citer, baby Balkish ni anak buah terbaru aku, cucu makdaddy yg ke-14, anak adik lelaki (Abu Bakar) aku yg kawen last year tu. Dia ada masalah cleft lips and salur jantung tak berapa normal. Salur jantung yg bawa oksigen masuk, besar sikit dan menyebabkan dia bernapas laju.

Sejak dia lahir 7th May dulu, baru 2 hari dia dok kat umah mak aku, selebihnya tempat dia ialah kat ICU (1 minggu pertama), Tropicana Medical Centre, kota Damansara dan wad pediatrik (GH KL). Sampai sekarang adik & adik ipar aku, ulang alik jenguk baby. Aku visit dia last week. Baby dah besar, putih dan sangat comel. Umur nak dekat sebulan. Patutnya dah boleh buat operation mulut, tapi disebabkan jantung dia tak berapa ok, so maybe lambat sikit operate. Kitorang dpt ngk dari luar tingkap je. Ada satu lorong khas, utk lihat pesakit dr luar. Hanya parent je yg leh masuk. And satu2 nya yg buat hati aku terusik, bila aku ngk ketabahan adik & adik ipar aku dalam menempuh dugaan ni. Derang tak tunjukkan muka sedih, tapi dalam hati Allah je yg tahu.

Aku cuma pinjamkan semangat kat derang, dengan cuba tak menangis bila berada di depan baby. Balik je dr sepital mesti aku nangis tak hengat.

Hari ni, merupakan "Mothers day" yg pertama utk adik ipar aku, Yuzi. Selamat hari ibu, Yuzi. Semoga tabah dengan dugaan yg Allah beri. Kita sama2 berusaha yang terbaik dan berdoa agar Baby Balkish cepat sembuh dan dapat main dengan kakak Qistina dan sepupu2 yg lain. We love u sooo much.. Tabah ye dik..

Untuk emak..Asiah Mansor. Emak adalah insan yg senantiasa berada di sisi iena sepanjang iena berada dalam susah, senang, pahit, payau. Walaupun mak garang dan suka cubit2 (dan sebab mak la , orang jadi garang ..hihihi), tapi iena tau hati mak sangatla baik dan sentiasa buat yg terbaeeekkkk utk anak2 mak. Appreciate of what u have done to us. Sayang mak banyak2. Semoga emak, panjang umur, murah rezeki, cun selalu, sentiasa sihat dan diberkati usia. Aminn..Muahhhh!

Untuk arwah ibu mertua..Alfatehah. semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yg beriman. Amin.

To all mothers in d world! Hepi mothers day! u been loved forever!

p/s: Syira adiahkan aku frame yg tulis "Selamat Hari Ibu" yg guna sticker huruf2 tu. Dia buat sendiri. Syamil lak kata dia nak beli bunga hari isnin utk mama. Dia siap tanya aku camna nak eja "sayang". hahaha! aku rasa dia nak tulis kat kad nanti kot. Cik asben lak janji nak bayar jam guess aku sebagai hadiah. Tapi nak bayar 4 kali..uwaaaaaaaa! Btw, appreciate it very much. Muahhh!

Wednesday, May 06, 2009

Waiting for u my dear......G..

"Ingat lagi tak kat saya?"
tak..tak.. ni bukan citer orang dewasa..

Ingat tak haritu kita berkenan gila kat jam Guess yg model 2007 tu? yaaaa... nak tau? kita dah beli dah jam tu dan sekarang kita tgh tunggu brg tu sampai jek..

Kronologinya sangat pendek dan efisien sekali kerana ia berlaku di luar negara..kalau kat mesia, tatau la, ada kebarangkalian benda tu kena campak kat kubur atau umah kosong.. (ni kes posmen malas nak hantar barang dulu tu)

1st May 2009
- YM ngan Jai (junior masa kat UTM skudai tahun 1996 dulu), dia keje kat US sambil teman wife dia sambung PhD. Dia tanya, nak kirim apa2 dr US? hohoho! pucuk ubi dicita, sambal belacan yg sampai. Of kozz laaa..kita pun bagi la gambar jam guess yg kita nak tu. Dia surf2, dpt rega paling murah dr Bonton.com. Lebih kurang separuh harga dr harga sini sebab no shipping cost..ya diulang.. no shipping cost (sbb harga lebih USD50). Alhamdulillah rezeki murah, asik no shipping cost jek (*wink* to Angah dan Nekrok), dan lagi satu dia guna voucher diskaun yg mmg popular di US. Yg bestnya, kita bayar pakai maybank2u jek ke dia. Takde paypal2 segala.

5th May 2009
- Dapat email kata barang udah di shipkan ke umah Jai di US. Yayayayaya! sangat hepi sambil menari inang 5 round.

6th May 2009
- Dapat offline message dr Jai, barang suda sampai rumahhhhh..yieehaaaa.. kita lagi la terujaa..gelek2 360 darjah depan pc.

Tentativenya, barang tu akan di paskan ke student yg balik bercuti ke Malaysia dalam seminggu dua nih. Semoga semuanya berjalan lancar..

Ekceli, jam ni sebagai hadiah Mothers day nanti. Utk sapa? laaa utk kita la.. hmmm...ntah la, org tanak bagi kita hadiah, kita belilah utk diwi sendiri ye tak? tak yah majuk2..kita tau cik asben n the kids sangat sayang kat kita walaupun tak belikan hadiah jam guess model 2007 atau cincin/gelang mas pokong atau henbeg bonia yg warna hitam tu ataupun pakej spa worth RM450. Takpe, kita tak kecik ati punya.. TAKKKPEEEEEE...

p/s: Tawon lepas syira belikan telur perhiasan utk aku sempena mothers day. Dia siap bagitau harga telur tu RM3 dan dia kumpul belanja sekolah 3 hari utk beli hadiah tu. I'm touched :(