Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, August 30, 2007

Seposen..

Haritu kan aku ada citer aku pinjam buku dr library negarakan? buku cik pidah aziz. Due date ngantonya semalam. Aku punya bengap pi letak reminder kat tlepon duedate harini. So aku pun call la derang mintak renew sebab la ni dah blh renew pakai tlepon je.

Librarian: Ni patut hantar semalam ni cik, ni dah lewat.
Aku: A'ah..tu lah terlupa la plak nak renew semalamnya..
Librarian: Cik tak boleh renew skarang sebab dah lewat, cik kena bayar denda dulu pastu baru boleh renew..
Aku: Owh ye ker.. ok ok..baper akak kena bayar ni?
Librarian: 10 sen..
Aku: HAHHHHHHHH????? baper?
Librarian: 10 sen cik. Cik bayar dulu denda ni, pastu baru boleh renew.
Aku: Cemana nak bayar? nak pi sana jer, duit minyak, duit cab lagi mahal..
Librarian: Tu je la cara dia cik..
Aku: Leeerrrrrr... abis boleh mebengtuyu ker? ada cara lain? adik bayarkan dulu ker? (dah naik hangin nih)
Librarian: Tak boleh, mebengtuyu boleh minima 10 hengget je..
Aku: Haa tau pun, ni apa punya peraturan sampai nyusahkan org ni? U guys have to look into this issue yer.. Sampai nyusahkan pelanggan pulak. kalau akak dok kedah ke perlis cemana? nak denda, denda la 10 hengget ke baru puas hati nak pi bayar... (hahahhahah aku gelak dalam hati)
Librarian: Tu je la cara dia cik.. (dah mati kutu tak reti jawap la tu)
Aku: Ok la, denda ni kira ikut hari ek?
Librarian: A'ah cik, sehari 10 sen..
Aku: kalau gitu takpelah, akak tanak renew, akak nak simpan setawon pastu nanti akak bayar denda.. eh?
Librarian: Ikut suka cik la gitu..

Hahahahah! tak sangka la plak dia jawab gitu. So aku plan, nanti kalau aku terlalu depan library tu aku bayor la denda, tapi option lain aku simpan je buku tu sampai abis LP pastu pulangkan.. haiyoo.. menyusahkan btol..

Sunday, August 26, 2007

Yataaa! 5th Dan tuuuu...

Yang paling kecit cinonit tu la cik asben saya..


cik asben with grandmaster Sabree Salleh. Yataaa!


Congrates to cik asben yg baru dapat his 5th Dan blackbelt last week. I'm so proud of yewwwww! muahhhs! (makin bz la yer..huhu)

untuk meriakkan lagi hati cik asben aku (nak pomot sebenarnya), aku list downkan kat sini centre2 dia merata alam.. mana la nak lekat kat umah ginikan...

1) Taman Subang Perdana
2) Taman Nusa Subang
3) Taman Bukit Subang
4) Kolej Multimedia Telekom
5) Politeknik Sultan Azlan Shah
6) Taman Sentosa, Bukit Beruntung
7) Sek Men Teknik Kuala Selangor
8) Permodalan Nasional Berhad
9) Menara Maybank, Bangsar
10) PLUS, Menara Fiber
11) Angkasapuri
12) Sek. Keb Taman Bukit Subang.


Nak join kelas dia, pi tanya dia, ok? Sekian.

Friday, August 24, 2007

My journey..10 weeks to go..yiehaa!

3 weeks of LP (leadership program) has gone..apa aku achieve? hahahaha! ni nak gelak la nih.. ;p
Meh sini dok diam2 dengar "achievement" aku ...hikss!

ok..first goal, nak reduce 10kg?. As at now baru turun 300 gram. Huhuhu.. abis la aku. Kat opis skrg bizi giler, nak gi gym seminggu dua kali pun payah. errr ni excuses namanyer. hikkss! Aku dah start amik PT balik ngan cikgu dengan spesel diskaun...ehemm! Hmm..ekceli risau btol ni. Dapat plak team Transformer yg pushy giler punya style. "I dont buy your bullshit dear". U tak buat, i'll kick your ass. I tak buat, u can kick my ass (or other part if u want ;p). Cam style komunis gitu.

Pastu derang start la nyusun diet aku, kalau dulu cikgu sorang je yg bebel pasal diet, yer sekarang tambah lagi 6 org. Derang suruh aku start makan quaker oat tetiap pagi. Tak sedap gila! Tapi skrg dinner pun aku blasah benda tu. Tadi time dinner benda alah tu, sempat la sms si Jeff.."I'm having my dinner quaker oat..again n again n again" :(. Dia reply: Ooo great! imagine iena minus 10kg, gempak babe.." ceswegessss... Last2 aku sedapkan ati aku caner nak tau, aku kira kalau rega emas tu satu gram 82 hengget, kalau 300 gram dah RM24,600. Owhh.. i feel gooooood. nananananana...hahahaha! matila kalau derang tau aku pikir canni :p.

Seken goal, mau drive. Yaaa saya sudah boleh drive tapi hanya di daerah subang dan sewaktu dengan nya sahaja..dan juga pada taman2 tertentu sahaja... dan juga pada waktu tertentu iaitu pukul 1 pagi sahaja hahahha.. Motif? time tu kalau baring tengah jalan pun, 2 jam baru ada keta malu2 nak lalu. So first time bawak tu, lawak gila. Aku pakai keta cik asben yg gedabak itu. Sib baik la auto. So cik asben dok sebelah pegang torch light besar suluh kaki aku sepanjang aku drive. voleh? dia nak make sure aku tekan pedal btol. Minyak ngan brek. Bangla kat kedai tu pening agaknya ngk aku pusing2 situ berpuluh kali. Ye lah mana berani nak bawak kat jalan lagi. Savarrrrr je la...

Third goal, nak improve relationship ngan cik asben, cik kids, cik family dan cik kawan2 semua. Utk family aku nampak ada improvement. Cik asben skrg ni cam suka nak spend masa ngan family. Skrg ni plak kitorang tgh kemaruk karaoke. Hahaha! selalu la tgh2 malam pi karaoke kat summit (Time balik aku belajar driving plak). Angkut budak2. Takde la asik nak berkepit ngan bangku bistro je. Lagi satu, kalau ikutkan cik asben aku tu mmg pelupa beno la tarikh2 keramat cam besday ke, anniversary ke. Pastu bila tanya hadiah, asik "pospon tawon depan". 7 tawon dah kot pospon. So time besday aku hari tu aku tak expect apa2 dah pun. Kang kalau mengharap, tak dapat...majukkk. !
!
Tapi tetiba tawon ni pepagi lagi dah dapat kad bunyik2. Pastu lat berapa hari pastu, jalan2 kat soping kompleks, tetiba dia masuk kedai jam and suruh aku pilih satu jam for besday present. Hahh? tepanjat beruk btol mek masa tu, tapi tepanjat2 mek pun mek tetap pilih jugak la kan...huhuhu... So terpilih la satu jam bonia kaler gold. Mek terkasima u olls (ehh dah lama tak dengar ayat kak aidid nih). Ekceli bukan hadiah yg penting kan (ni ayat kaverina cam artis ni), tapi ingatan tu yg penting. Tetiba dia ada plan nak buat seprais, that one sooooooooo swit and priceless woo.. tengkiu2..cik asben.. Muahhhxxxx!Cuma utk kawan2 aku regret sikit sebab aku dah tak bnyk masa spent ntuk korang. Once a while ada time lepak, aku janji akan lepak bersungguh2. Errr ada ke lepak sungguh2? ke selama ni aku lepak tak sungguh2 pun dah macam sungguh2...huhuhu.. i promise my dear frens, ada masa terluang, aku join balik korang mengecet, mengetag (joe taggers i lap yewwwww! i miss yewww!), membelog (PFS), mengolai tanon (geng atrkaus & morrokian), menstabak (waliiiiiiiiiidd).. mengkopitiam (makincikkkkk) dan sume2 la.

The fourth goal nak jadi manager score a. yg tu aku diskas ngan cikgu je la ek. Aku citer sini pun korang nggak paham dong huhuhu..!

Gitu lah citernya..Still got 10 weeks to go before 2nd November (3rd weekend). Go 100%. Living in ur contract! Leaders live enrollment! Fly high! If it's to be, it's up to me! 100% is possible, 100% of the time!Apakejadahnya aku jerit sesorang memalam buta nih...huhuhu..Till then, miss yew all my prens. Muahhhzzz!

****************************

Lupa nak wish.. Hepi besday and belated besday to August baby - delinn, alangz, cL, ima, my LP buddy (Li wei), iswadi, and one of my old fren masa mirc dulu, amrizal @ KLCC sebab dia keje kat KLCC...huhuh.. Wish all ur dreams come truee...

Thursday, August 16, 2007

Keranamu cik Pidah..

Dalam LP, salah satu benda yg kitorang kena buat ialah "Leadership Study" (LS). Kena declare sapa leader kat dunia ni yg memberi inspirasi kat kita. Aku pilih sapa nak tau? RAFIDAH AZIZ. hiks! motif? sebab dia suka pakai baju merah....hahahhahaha...
Idak ler..sebenarnya aku dendiam admire kat dia sebab dia iron lady (perempuan yang suka sterika), dia wanita berkarier yg amat la berjaya and at the same time dia juga ibu dan wife dalam family. Aku penah baca kat majalah wanita, emak dia kata tetiap kali dia balik kampung, dia tak miss basuh toilet kat umah mak dia. Dia tak kisah buat keje gitu walaupun dia menteri. Aku pun ak kisah tetiap kali pi umah mak aku, aku sapu sampah keliling umah. Agaknya aku ni pun bakal menteri agaknya...huhuhu...
Itu citer lain. Ni aku nak citer benda lain pasal cik Pidah. hehehe.. Kitorang kena carik buku tentang leader yg kita pilih. Aku carik kat internet buku dia, laaaaaaaa... ada 2-3 jek? femes camtu ada 2-3 jek? Aku yg tak popular ni apatah lagi kan? Setakat asben masuk kosmo je 2 pages... ;p. Buku bibliografi dia bertajuk "Rafidah Aziz: Sans Malice" by penulis Singaporean. Aku carik kat kedai buku Popular mmg takde la buku tu, check kat MPH, semua branch satu malaysia takde, kat boarders pun tarak.
Aku dah mati akal. Tetiap hari Senior (nama dia Jeff) dok tanya, dah jumpa ke buku. dan setiap hari jugak aku merayu kat dia nak tukar LS. Jeff tanya aku nak tukar ngan apa? Aku kata tak kisah la asalkan banyak buku pasal derang. Dalam kepala aku, kalau aku tau kena carik buku, dah lama aku pilih Dr Mahathir je. Kat kedai byk tul buku pasal dia. Then Jeff kata "kenot!.. go and find it coz she's the one who inspiring you in ur life."
2 hari gak la aku ulang alik pi midveli, kot2 ada kedai g aku tak sempat masuk before. Pastu aku teringat library!! aku pun pasang kaki, suh kakak aku carikkan kat Library UM. Dia ok je tapi sampai la berita ini ditulis, dia sonyappppp yo. Tak cari ler tu..huhuu... Pastu aku call telekom mintak nombor National library. Waduhhh! udah lama nggak berurusan sama library negara. Last sekali aku jadi ahli masa kat UTM KL dulu tawon 1993 kot. Aku call library, derang kata buku tu ada 1 kat rak. Perghhhh! rasa macam heaven tul.. kalau lelaki tu rasa cam dapat kawen 4 la kot.
Time lunch hour aku trus tahan cab, pi Library negara. Tgh² jalan tu nampak la satu keta itam tu, drebar dia cam Alangz. Pastu aku sms alangz kat ner. Dia reply "kat pusat dareee..tengar berdebar nak derme dareee ni poii"..wahahhahaha! aku tau ler ko dah 72 kali dermee dareee. Pastu aku wish dia gud lak..huhu.. Dia reply "derang nak cucuk aku nih...aku pasrahhhhh poii".. wahahhahah! tersengih aku sorang2 dalam cab. Siot tul alangz.
Sampai je library, aku pi cek keahlian aku. Kena denda RM5 sebab kad ilang. Pastu dia update dalam mykad je dah takde kad gantung2 kat leher cam dulu. Pastu aku trus lari pi Wisma Sejarah, bangunan sebelah library. Naik tingkat 3, trus carik buku tu. Jumpaaa!!!! yayyyy! Alhamdulillah.. aku dah lama tak happy camtu. Trus aku call Jeff, cakap pun jerit² kat dia kata dah jumpa buku. Dia kata dia mmg caya kat aku yg aku akan jumpa buku tu. Ewahh...jek aku nampak...huhu.. Pastu call cikgu dengan hepinya.. dia dengar je aku dok jerit² pastu kesudahannnya dia tanya soklan tak relevan.. "lagu Leto, apa yg sedap?" lerrr..potong stim btol la...
Malam tu ada miting kat Asiawork. Aku terpaksa merelakan geng² PFS berkaroke kat Sogo tanpa aku.. uwaaa! penat aku jaga sore seminggu, last2 tak dapat join. Lenkali aku join. Masa miting, Deric (dia dok Johor), salah sorang ahli group Transformer ;p, call Jeff nak mintak tukar buku LS sebab dia tak jumpa buku Jackie Chan. Jeff tanya pedapat ahli group lain. Derang sepakat setuju. Aik? gitu jek? aku tak puas hati sebab aku beria nak tukar dr dulu dia tak bagi, tapi org lain mintak dia trus bagi. Jeff bagi jawapan so simple:
"becoz Rafidah Aziz means a lot to you at the first place ...not Mahathir...not Pak Lah...ok?"
pastu dia sambung
"And Rafidah Aziz never give up as what u did when you were looking for the book".
Wahhh...terkesima mek..lantas terkembang gak hidung depan ahli group lain. Ni kalu cik Pidah tau, mau dia buat aku jadi adik angkat nih...huhuhu..
Apa² pun, aku dah dapat buku tu, and aku kena study buku tu sampai abis. Tapi betulla, dalam dendiam aku respek kat cik Pidah tu. Semoga satu hari nanti aku jadi cam dia, semangat tinggi, kuat keje, hati cekal dan comel...hehehe... ;p. Kudos to you cik Pidah!

Friday, August 10, 2007

Angry is a waste of time..


Sempoii (bkn gambar sebenar) dalam mode marah yang amat sangat la kononnya tu ;p

Angry is a waste of time and energy..learn to forgive and forget. Once you do, you will have so much space in your life for love and enjoyment..

Pernah tak korang rasa "Ammarroh" yang amat sangat sampai ke tahap meroyan? Sepanjang idup aku selama 23 tawon ni (ehemmm!) ada la beberapa kali aku ke tahap tu. Untuk di pendek kan citer la kan, di bawah adalah summary kegilaan aku apabila berada ditahap kritikal.

Aku amik kata2 hikmah seorang tokoh terkenal dalam bidang peroyanan, iaitu Limah CNN dari reban Joe perantau "tu bukan ngamuk dah tu poii, tu meroyan". So apalagi, jom kita zassssssss! layaaannn!

1) Masa kat univ, aku menyewa kat luar. Ada la satu hari tu, sorang senior kat umah sewa aku call mak aku citer bukan² pasal boipren aku (cik asben skrg), aku tau je, terus aku "sapu" barang² atas meja. Semua terbarai. Ni macam drama² tu la bila asben kawen lain tu kan. Tapi dalam drama, semua barang kat meja solek dia kasik "sapu" kecuoli perfume mahal² elok je tak kena sapu..
Moral of the story: ok gak result dia..sebab pastu akak tu dah tak berani call mak aku ngadu macam²...hahahah!

2) Time aku kawen. Time tu kenduri kat umah pihak lelaki kat Kelantan. Cik asben dah kat Kelantan dah time tu. Ntah cemana sepanjang pagi before nak betolak tu mak aku membebel kata aku lembap la, hapa laa. Aku hangin satu badan, masa tu tengah pegang dulang pahar tembaga untuk hantaran yang berat tu kan. Aku campak benda tu dari tingkat dua.. gedegangggggg! sib baik takde orang kat bawah time tu. Kalau idak dah arwah. Mak aku terkejut, terus dia diam sampai la ke kelantan.
Moral of the story: Aku regret btol sebab aku ngk mak aku nangis dalam keta. Taubat tak buat dah.

3) Gado ngan cik asben dalam keta. Marah yang amat sampaikan aku tumbuk windsreen keta. Retak. Sib baik ada satu layer kat bawah cermin tu, so tak la terbarai terus. Since then, tetiap pagi cik asben tandakan tanda retak tu ngan marker itam. Makin lama makin lebar. Pastu hantar bengkel kasik barai. Then, cik asben claim RM700 dari aku. voleh?
Moral of the story: Menyesal... tanak buat lagi sebab memberi efek kepada financial hahaha! ;p


4) Gado ngan cik asben (lagi dan lagi). Ada ke fatut, dia pi letak nama "Osman" kat nombor tlepon sorang budak pompuan. Ni kes macam vad la ni. Semua nombor dalam tlepon dia nama lelaki. Org pompuan ni six sense dia kuat sikit. Dalam banyak2 nama yg aku skroll dalam hp dia (syyhhhh jgn bagitau cik asben) tetiba aku rasa "something fishy" kat satu nombor tlepon ni. Aku tanya dia, dia kata "Osman" tu budak dye department kat kilang. Little did I know budak tu bakal "die" kat tangan aku. Dah la "Osman" tu nama ayah aku. Silap la kan. Aku pasang spy (tengkiu yasin azmi..hahhaha), suh call... skali kantoi daa.. pendek citer pastu hp cik asben terbarai...
Moral of the story: Aaarr yg ni tak menyesal... padan muka dia. Berani tipu, berani bola tanggung haa. Pastu cik asben takut btol kalau aku naik marah.

5) Gado ngan Boss.. (makcik A, mmg sohih bukan nama sebenar). Masa tu dia baru keje. Gado kat bilik dia, aku hempas file 3 inci depan dia, pastu dia balas balik hempas fail tu, pastu balas² hempas..last² aku kuar sambil hempas pintu bilik dia.
Moral of the story: Memberi impak maksima yg amat dalam kerjaya. Masa orang lain jadi boss, increment ngan bonus aku cantiiiikkk je. Tapi bila dia jadi boss 4 tawon kemdian, bonus aku ciput and dia freeze increment aku tanpa sebab yg amat tak logik. Hohoho! Skrg dia still my boss tapi dia dah makin frenly skrg, and aku pun dah tau camana nak tackle dia.. suda ngam ho hahahaha!

6) Gado sama upline MLM (yg sebelum nih). Isu tentang prinsip. Dia suh aku tolong top up untuk downline aku yang nak jadi Sales Manager. What the heck! Aku naik takde sapa pun top up. Lagipun aku join MLM utk dapat duit lebih, bukan nak ngabihkan duit. Upline kata aku tak berjiwa besar utk tulun downline. Aku bengang, terus blah and tinggalkan bisness tu 100%.
Moral of the story: Memang la rugi sebab dah jadi manager pun, income pun boleh tahan..tapi prinsip beb..

Ni yang terlatest...berlaku 2 minggu lps..

7) Ngamuk kat luar gym. Memang cam along kutip utang aku time tu. Sebab dia banyak la kici, tapi lama² suda jadi busat. Asalnya gini. Cikgu janji nak bagi "organiser Score A (rega RM100) kat aku dari bulan June lagi, pastu dia nak tulis kata² hikmat la konon before bagi. Pastu janji nak bagi besok la.. lusa la..tulat la..pastu tetinggal dalam keta ayah la, kat umah jiran la, tinggal kat gym la, tinggal dalam keta jiran punya bapak mentua laa....maka sampai la hari percaturan (ecewahh!!) aku ilang sabar. Sebab macam dok main² kan aku puluh² kali. Janji apa gitu, siap sumpah² tapi tak buat.
Before aku balik, aku sms lagi dia tanya, ada bawak brg tu dak? dia jawab "adaaa". Aku pun tunggu la mcm nak rak. Last² dia sms kata brg tu tinggal. Aku tak puas hati, aku kata aku nak jumpa dia, dia tak nak. Dia memerap dalam bilik staff, tanak kuar. Aku trus pi kat parking, aku dok bersila sebelah keta dia pastu aku suh dia turun. Mula² dia ngelak taknak turun sebab dia tau aku tgh gila. Pastu aku sms tanya "turun sekarang atau pilih salah satu. Nak tayar ke atau nak kena calar keta?" huhuhu..sejibik samseng siot. Bila dia turun je, aku bambu dia cukup², org kat gym ngan kat bangunan sebelah tu leh dengar sore aku. Pastu aku tumbuk bahu dia gedebuk sekali sampai dia terhenyak kat seat keta, pastu aku hempas pintu keta dia before aku lari pi balik. Cam citer keling siot. Tapi citer keling salu heroin kena bawak lari, tapi yg ni aku yg melarikan diri...hahahah! pastu aku dengar dia test lock keta dia, bunyi cam dah spoil je, padan muka.

Pastu seminggu tak tegur sapa. Masa aku training LP last week, dia pass barang tu through staff Asiawork. Aku emotional kat situ la jugak, panik bebudak lain ingatkan aku tengah stress ke hapa. Aku emo sebab hanya kerana benda bodoh kecit tu aku leh ngamuk cam org gila. Pastu baik balik dah ngan cikgu. Selang seminggu pastu, dia claim RM150 sebab pintu keta rosak. cettt! Lps nego, dapat diskaun kena bayar RM60 je sebab dia yg buat aku marah ok..
Moral of the story: Menyesal gak... sebab benda kecit gitu aku leh jadi camtu and tak pasal² duit tererbang..cettt!

Aku skrg ni tgh kontrol diri dr ngamuk tak tentu arah cam tu lagi. Aku serik. Banyak hati dah terluka sebab pangai aku tu, tapi derang still maafkan aku...Skrang bila aku macam ada bunga² nak ngamuk, aku dok diam² tanak cakap ngan orang. Istigfar banyak² pastu bila dah cool aku akan cakap kat org tu "tadi saya marah sgt kat awak tapi skrg dah tak marah lagi..." huhuhu...Tapi kalau aku marah kat bos, idak ler aku declare aku marah kat dia..huhuhu...

Tit tot tit tot...

"Saya rasa masa awak hempas pintu tu macam monster..takut saya..."

-malas nak reply-
2 minit kemdian Tit tot tit tot...

"Errr..macam shrek pun ada gak...:p"

Eeeeeee sabo je laaa aku budak ni...weeiiii mau gado ka deyyy???? huhuhu..

Thursday, August 09, 2007

Sambutan besday - geng perse"KUTU"an

1) Tq u ollsss...tapi terkilan ni gambor ngan makincik lak takde. Tulah sibuk no jadi kameramen. Btw, tq makincik diatas usaha anda membuat komik2 sinchan nih...hehehehe

2) Aar? napa cikgu takde?...ooo time tu cikgu pi workshop repair keta bapak dia. Oh ya, bercakap pasal keta (skema giler ayat, macam skrip gitu), nanti aku nak citer sumthing yg ada kena mengena ngan keta cikgu juga. Aku telah bersalah kepada keta dia. Later2 aku citer...hehehhe...


sumpah sir.. mmg la derang beli kek besar tapi nanti saya makan siikiiiiiiiiiiitt je.. (nyum! nyum! nyum!) ;p

Ok..konpim cikgu tak dapat datang..so jom kita belasah kek..ahakss!

Walid sanggup cuti sehari sebab nak sambut besday sempoii.. terharuuuuu...uhukss!! ;p

Monday, August 06, 2007

Hepi besday to me...

Nostalgia..my besday 14 years ago.. with my cik-asben-to-be.. ehem.. :p


Hepi besday to me...
Hepi besday to me...
Hepi besday to sempoiiiiiii...
Hepi besday to meeeeeeeeeeeeeeeeeee...

hikss!

My revised goals for these 3 months are (boleh revise2 la plak..huhu):-

1) reduce 10kg
2) become score A manager
3) driving a car
4) improve relationship with cik asben, my kids and my frenssss..

Dateline 2nd November 2007.

Guyss... plis sapot me ...Muahhhhhsss!

Thursday, August 02, 2007

Anyway...

miss them..


People are often unreasonable
Illogical and self-centered
Forgive them anyway..

If you are kind
People may accuse you
of selfish, ulterior motives
Be kind anyway..

If you are successful
You will win some false friends and
Some true enemies
Succeed anyway..

If you are honest and frank
People may cheat you
Be honest and frank anyway..

What you spend years building
Someone could destroy overnight
Build anyway..

If you find serenity and happiness
They may be jealous
Be happy anyway..

Give the world the best you have
And it may never be enough
Give the world the best
You've got anyway..

..so much..