Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Saturday, January 31, 2009

44 days is over!

ehem..ehem..testing..testing wan tu tri.. (sambil betul2 kan tudung)

Dengan ini.. saya sempoii binti tok siak kg subang, sukacitanya ingin memaklumkan bahawa saya telah tamat mengharungi tempoh berpantang 44 hari dengan jayanya... atau separuh jayanya (kalau berdasarkan berat badan yg tak berapa byk yg kurang ;p)

Walaupun setelah 44 hari, berat saya tidak ler turun dgn banyaknya, namun saya amat gumbira kerana saya bakal makan makanan kesukaan saya tanpa ada org yg menjeling tajam (digiring angin...opss silap.. diiringi bebelan manja selama setengan jam oleh ibu kesayangan saya)

Saya juga ingin mengucapkan selamat tinggal kepada barut, air rebusan herba (ada halia, manjakani, lada hitam.. and the taste? SUCK!), minyak panas, stokin pink, jamu, tempel perut, pati ikan haruan dan yg sewaktu dengan. Kalau ada jodoh ngandung lagi, kita ketemuk lagi ya.. (sambil jeling cik asben)

Saya juga ingin berterima kasih banyak kpd ibu saya yg menjaga saya selama berpantang ini, tidak jemu2 membebel kalau saya salah laku, dan menyediakan makanan best2 ketika berpantang (Kira best la tu utk org pantang). Juga time kasih pada bidan yati yg mengurut, cik asben yg sanggup bangun malam utk buat susu dan sahabat handai yg mendoakan saya selama ini.

Wa suda abis pantang dan sekalang wa pantang nampak makanan, wa musti blasah ..wakakakaka! Wa mempunyai list yg amat panjang untuk di lakukan sepanjang tenpoh 45-60 hari ini kerana pada hari ke 62 (16th February) wa akan start bekerja semula.. bosan gilos. Maka, sekiranya anda tiada kawan utk menyongket atau berpoya2, sila la ajak saya dalam tempoh tersebut. Pastikan keta anda muat untuk disumbat kan stroller budak...hihihi..

Lihat la doniaa!!! stabak here i kam.. oppsss.. kene boikot eh? ok la..owhh kopitiam.. here i kam kam kam..... hehehhehe...

Thursday, January 22, 2009

Majlis Aqiqah - cukur remos qistina - 17th Jan 2009

with Aunty makincik elya, aunty mimie musba (kwn lama mama masa sekolah mngh). Mama kata peyut mama nampak muncit sket sebab pakai barut..huhuu.. ada disclaimer tu.. ;p

posing khas utk uncle wakame..



Qada' tido sebab malamnya sibuk qiamullail..

posing seksi majalah "mempelam"

..lobang idung mu tatap menjadi pojaan hatiku..
gambar baiknyer cilok from mimie musbaAdd Video

Sunday, January 11, 2009

Qistina_bukan_sepakiu

Ni gambar masa umur 12 hari. Sekarang dah 26 hari.

"Nama saya Wan Nur Qistina, bukan Qistina sepakiu citer drama yg uwan dan makcik dan mama saya suka tu yer.. ;p"


"Umang aii.. apa ni lip lap lip lap amik gambar sy banyak2. Saya bukan artis atau org tertuduh. Saya hanya seorang budak comel yg biasa sahaja.. hihihi.."

"Dah besar nanti nak jadi apa eh? Mama kata nak jadi apa (yg baik2lah)pun boleh asalkan jgn jadi artis dan sewaktu dgnnya. Mama kata biar dia sorang je yg glemer cam artis.."uhuk! uhuk! (tu batuk mama sy)

Friday, January 09, 2009

Hepi belated New Year..

Tahun baru..2009
Azam Baru..
Baby Baru..
Saiz badan yg baru..huhuhu..

Selamat Belated Tahun baru ye kawan2..Semoga tahun ini membawa sinar kebahagian yg lebih dr tahun2 sebelumnya. Walaupun dijangkakan tahun 2009 ni ekonomi dan segala2nya meleset, namun tabahkan hati melaluinya. Ada duit, jimat. Ada kerja, kerja rajin2 (read: jgn ngular), kang kena buang susah. Ada napesu soping di pokong, pendamkan dulu wat sementara waktu..huhuhu..

Azam aku tahun lps mmg tak sampai 50% achieve nya. Mana taknya, 50% dr azam tu je, nak kuruskan badan. Tapi naik mencanak2 sampai 84kg sebab peknen. So masa start peknen tu, aku pospon azam yg satu tu, pi ke tawon dpn. Adil la kan. Tak baik aniaya baby.. ;p

Yg lain2, kira Alhamdulillah. Family..kerja.. Kesihatan..walaupun ada la hiccup kat mana2..tapi dpt diselesaikan dgn jayanya. Syukur Alhamdulillah (tingat lak aku kat Nabil masa dia jadi drakula pastu sebut "syukur alhamdulillah")

Azam tahun ni, sambung je dr azam tawon lps yg nak kurus tu. Pastu nak spend banyak masa ngan budak2. Byk benda yg aku abaikan selama ni. Byk perkara yg aku serahkan bulat2 kat mak ayah aku je. Masa time pantang ni, aku (satu family) stay kat umah mak ayah aku. So dapatla uruskan budak2 tu 70%. Yg 30% tu mak teh (adik aku Fateha) derang yg garang tu yg uruskan macam time makan, mandi. Rasa cam fulltime housewife pun ada gak..huhu..

Itu je la kot. Nanti rajin update pasal baby lak.. Good luck pada semua yg berazam..tata!