Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, July 31, 2006

update sekali harung ;p

Umang aiii lamanya tak apdet. Oh ya, ekceli aku TAK apdet blog bukan sebab aku bz tapi sebab aku TAK bz. boleh gitu? Kalau bz sure semangat berkobar² nak apdetkan. Time tu kalau dibagi masa 2 minit pun aku leh siap karangan SPM 300 perkataan.. tapi tulah..sejak tokleh aplod gambar haritu, rasa cam tawar hebe je ati nak apdet blog. Gambar byk cecantik (gambar je la yg cantik pon, bukan aku) tapi takleh tunjuk uwaaaaaa! Tensen mek…

******************************************************
Tournament Taekwon-Do Terbuka Dins TKD Academy

Hari tu aku ada kata nak sambung citer pasal tournament kan, tapi pikir² balik cam maleh plak citer, sebab byk sgt benda yg boleh dicerita dan nak aku cerita tapi aku rasa tak sesuai untuk dicerita-ceritakan. Tapi kalau nak ulasan panjang lebar nukilan rasa ajinomoto (yeaa mamat ni mmg dah takde moto) boleh la jenguk blog mamat ni…opsss.. anak encik mamat ni..hehehe..

Overall tournament ok, tapi still ada room for improvement. Ada beberapa peristiwa sentap sepanjang tournament yg membuatkan aku rasa aku perlu lebih berhati² di masa depan. Nak cerita? Tak yah la, nanti ada org saman aku..hehehe!

Hmm apa ko rasa? Oren?

******************************************************
Semangat kejiranan….
Bersatu kita teguh, bercerai kita kawen ngan cT.. – Dato S, Bukit Subang (bekground tinger Dato’ S kena piat ngan Datin S)


Jiran² aku masih aktif cam dulu. Hujung minggu lepak sampai 2 pagi still on till now. Last 3 weeks kitorang buat kenduri durian kat depan umah Wak Jono. Plan asal nak pi pesta durian kat Hotel Armada tu, masuk RM15 boleh makan sampai muncet. Tapi kalau laki bini masuk dah RM30 lom termasuk anak². So adala 4 org jiran mithali tu sanggup turun Muar cari durian² kat dusun². Pegi pagi balik petang. Sorang cuma bayar RM15 jek tapi satu family leh makan…haaa hambik kau.

Malam tu hampir semua residen lorong 13B datang. Ada yg pakai baju kelawar, ada yg pakai baju biasa dan ada juga yg pakai baju raya. Ramai sehh.. Yang rajin, bawak pulut ngan santan (haiyoo mek teringat hatyai la), bubur kacang, pudding, yang tak rajin macam aku bawak makanan ringan ngan koko jeli jek sebab benda tu je yg sentiasa ada kat umah…huhuhu!

Time ni la baru aku pasan, lorong 13B tu 90% org Johor ngan Kelantan. Aiyooh..macam ada komplot nih. Ada sorang jek datin dr kg melayu subang ..ehem..ehem.., even Chinese couple yg aku baru kenal tu pun dua² dr kelantan. Tak koseernye mek..ahakss!

Lps makan durian ada joget lambak..wakakaka! ;p

Habis semua dalam kul 12 gitu tapi aku terstuck ngan sorang aunty ni (mak pada sorang jiran situ lah), dia citer pasal bisnes dia, cam best jek. Tak sedar dah kul 1, asben aku dah 2x buat teh tarik, tak jugak balik². Last² kul 1, mandatory, kena balik kalu idak tido luar. Boleh?


******************************************************
Lagi² Tournament..Tournament the return

Last 2 week plak pi Tournament Taekwon-Do kat Penang anjuran UiTM Permatang Pauh, Penang, aku, abg dins, syamil, Amir & angah (adik beradik), Ven ngan hajar naik bas dr shah alam. Bertolak kul 11.15 mlm. Mula² nak bawah syira sekali, tetiba mak aku tak kasik sebab syira ada exam hari selasa takut dia tak sempat study. So sebagai upah takleh pergi, syira ngan family aku pi zoo Negara hari sabtu tu.. So, burn satu tiket, boleh la abg din tido terlentang ke tertonggeng ke sebab dua² seat tu dia punya. Sampai Penang kul 5 am, pakcik Amir jemput.

Tournament start kul 9 pagi. Abg dins cam biasa bz jadi chief judge. Syamil leka ngan kereta kecik² dia yg penuh satu beg. Pergi memana sure dia susun keta tu jadi cam parking lot. Siap ngan chess kecik² jadi kon jalan. Kreatif budak tu. Anak sapa la agaknya… (bekground: anak sapa kalau bukan anak kitaaaaaaa ;p)

Petang tu check in kat Hotel UiTM. Ok la sebab hotel baru je rasmi. So petang tu lepak kat hotel je, sementara yg lelain still kat tournament dan syamil still ngan keta² dia. Aku kabummmm!

Malam tu pi umah Pakcik Amir. Singgah pasar malam dulu beli jagung. Balik, ngam² konsert AF. Layan konsert dulu (skang konsert, kalau termiss pun aiman tak kisah). Tetengah konsert baru dinner.

Lps konsert, pakcik Amir dan wife (Kak Su) yg amat baik hati bawak kitorang gi jejalan kat Padang kota. Sib baik la dia ada Unser, boleh la sumbat semuaorg dalam tu. Kat sana order makan pesembur, kerang bakar, char kuey teow ngan laicikang. Of kos aku leh makan pesembur jek, sebab yg lelain tu semua ada alien yg tidak saya ingini. Since pesembur tu aku yg order (tapi pakcik tu yg bayor), so aku pun ikut selera aku la takde sifud, takde benda pelik² hehehe..nasib la korang.

Masa on the way nak gi kereta, aku jalan sebelah kak Tini. Then, Amir pasan ada 2 orang atas motor tengah usha aku ngan kak Tini. Bukan..bukan…bukan usha nak ngorat laa plissss, tapi usha henbeg yg kitorang bawak. Then, Amir trus monitor kitorang sampai la naik keta. Alhamdulillah takde benda buruk terjadi. Lepas tu teruk kena bebel ngan “org tu” sebab sambil lewa time jalan. Alaa tgh syok² borak mana la pasan nak pegang henbeg cemana kan.

Besoknya, hari Ahad sambung tournament. Abg dins sentiasa dalam ring (gelanggang) jadi chip judge. Kali ni events Blackbelt. Since budak WTF pun ada participate, game jadi full contact games. Ganas² derang main sampai itu chip judge yg garang tu kan banyak kali tegur la “u nak main ke, u nak bunuh orang?”. Haiyooo gerun mek…Syamil still ngan keta dia. Aku dah bosan tahap cipan dah ni tatau nak buat, sib baik la ada jumpa kengkawan baru leh la borak². Then, Azhari niterider call tanya “hang ada pi kenduri tahlil ciknana ker arini”.."err err..aku kat penang la beb”. “Lerrrrrrrr…” Dia plak ada kat KL. Elok la tu, time aku kat KL dia kat Penang, time aku kat Penang, dia kat KL..huhuhu!

Then abg dins terjumpa ngan sorang x-UTM sama badge ngan dia dulu. Budak tu alim, dulu jadi Majlis perwakilan pelajar dan selalu la nasihatkan abg dins jgn selalu dating sangat, sebab aku ngan abg dins dulu mmg kapel dr aku tahun 2, then lps diploma trus tunang, then lps degree trus kawen. So kat mana ada abg dins kat situ la ada aku. Cuma tahun akhir² tu la baru jauh sikit sebab aku kat Skudai, abg dins keja KL kerja sony. So masa jumpa jejak kasih hari tu, first soklan dia tanya “ko still ngan awek dulu ker?” Abg Dins iyakan sambil tunjuk arah aku. Then mamat tu kata “apesal dulu kurus” hahahahhahahhaha! kutuk tak hengat tu. Dulu mmg la kurus, 47kg jek, skang? Yaaa ampuuuunn…hehehe!

Petang tu kitorang tumpang bas UiTM shah alam balik KL. Toche to brader Eizam Arbak (4th Dan gak) sebab kasi kitorang tumpang. Kalau tak kasik tumpang mau haus tapak kaki balik jalan kaki…huhuhu..

************************************************
Yang pergi..

Takziah buat keluarga Hani Mohsin yg meninggalkan kita pada 25th July 2006. Semoga ditempatkan disamping orang² yg beriman.

Tiada lagi “Kita pusing Mohseeeeeen” pasni…
kerana kitaran hidupnya didunia sudah terhenti setakat ini
Masa kita je nanti yg belum tentu lagi,
tapi yang nyata Mati itu pasti...
sob! sob! gonna miss him.

Monday, July 17, 2006

Tournament Taekwon-Do Jemputan DTA (Dins Taekwondo Akademi)

Jahat tau blogspot ni. Aku ingat nak letak gambar byk² pastu tulis sikit². Tapi satu gambar pun tokleh nak upload. Ntah pasal apa ntah. Ekceli, aku nak citer pasal tournamen Taekwon-do DTA ni. Aku kasik summarise je la ek.

Tournament Taekwon-Do Jemputan DTA (Dins Taekwondo Academy).
Tarikh: 8-9th July 2006
Tempat: Politeknik Shah Alam
Perasmi: Dato' Mokhtar Dahlan
VIP: Dato' Grandmaster Sabree Salleh.

Ni merupakan Tournament "sulung" anjuran kelab Taekwon-do asben aku yg pertama. Banyak benda aku belajar dari tournament ni. Kalau masa blajar dulu aku jarang tau proses sepanjang berlaku nyer tournament sebab salu jadi ajk kecit (sebab dulu pun kecit) yg incharge sepanduk kontigen, bahagian pendaftaran dan lelain, skang bila pengorgonise tu ialah org yg paling rapat ngan kita, dok seumah, sebilik, makan pinggan asing²..ahakss!, tido bantal lain² (mana muat satu bantal woii)..baru la tau betapa seksanya Haziq nyanyi ..ooopsss..err macamana nak gorgonise satu tournament yg besar. Biasanya orang amik masa 6 bulan nak buat satu tournament tapi kali ni cuma ada 2 bulan. Yea.. 2 bulan kalau budak baru lahir tu, tumbuh gigi pun lom sempat.

Ekceli, aku kesian agt kat asben aku. Tetiap malam before tido dia ngadu memacam pasal proses tournament. Sponsor kureng, buku cenderamata, makanan, bekdrop, urusetia, teknikal tu blom lagi ngan karenah ajk penggorgonise yg lain. Kekadang bila pressure, baru la nampak belang hitam putih kat muka kita. Aku tetap ghimau (don't veri ;p). Ada sampai satu masa tu, aku cakap kat asben aku, kansel jer la. kita vadkan* ke tahun depan. Dia jawap, kalau dia perlu merangkak buat tournament ni sorang² dia tetap akan buat. Adehh..sedey aku dengor.
---laa kena sambung la, linda dah ajak makan ;P -----

Monday, July 03, 2006

komunikasi yg ter-break down.

Last week aku ada cakap ngan mak aku, nak join kelas mengaji dan belajar Tajwid kat KL. Kak Aidid penah promot kelas ni kat blog dia dulu dan ada la few budak PFS yg dah join sama. Derang kata best, tak boring. Aku eksited nak pi sebab dah lama tul tak belajar Tajwid cara formal. Aku cakap kat mak, ala² mintak permit jaga anak² aku tetiap pagi sabtu & ahad (9-10 pagi).

Mak aku: "Buat apo ngaji jauh²… tu bini Teroji (sila refer nota kaki ayam belanda) buleh ngajar. Tetiap sabtu ado yo ngajar ngaji kat mesjid. Nanti kalu ko poie, mak ikut skali."
Aku: "leerrr….hmm iyolah…"

malas nak bertekak sebab mak aku ada kuasa veto, dia yg jaga anak² aku tau…huhuhu

********* TUTUP KES, misi tak berjaya..roger and out! **********

Then, Sabtu lps ada “Majlis ulangtahun ke-3 ADN” kat umah Abg Pat (Ahmad Patria Abdullah, penulis buku Saga Artakusiad) kat Seremban. Asben aku plak ada kursus Instructor Taekwon-do kat Politeknik Shah Alam hari Sabtu ngan Ahad. So, malam Jumaat ngan Sabtu kena tido kat umah mak. Kepala aku ligat memikir cemana nak explain kat mak aku pasal majlis ni ek. Dia tak pernah kenal buku Saga Artakusiad atau pasal Abg Pat. So aku pun cakapla:-

“Mak, oghang ado majlis ulangtahun kelab buku kek soghomban sabtu ni oghang kono poie sobab incharge majlis insyaallah balik potang”.

perghhh!!..ngan satu napas macam akad kawen, aku berjaya menyuarakan misi ke-2 aku tanpa semput. Ekceli, aku cuma jadi ajk cenderamata jer, tu pun dah setel awal² hari rabu hari tu, tapi cara cakap tu kena la kasik real ala² macam-majlis-kansel-la-kalu-aku-tak datang…ahakss!

Mak aku cam terkebil² la dengar tapi since dia tak tanya apa, aku assume dia ok la. So start hari Rabu aritu, aku manyak kali dok remind mak aku, yg aku ada “Majlis ulangtahun kelab buku” hari sabtu ni. Walaupun aku berjaya kaltim sama adik pompuan aku suh jaga syira n syamil aku tapi aku tanak la mak aku bising bila aku ilang gitu je nanti kan.

So Sabtu aku bertolak ke Seremban awal² pagi dalam kul 7.00 gitu, naik komuter sama kak Mas ngan Jundak. Nanti aku cerita detail kat next entry pasal majlis tu. Yg aku nak citer ni pasal ayah aku. Korang sure pelik napa tetiba lompat ke citer ayah aku plak ni…hehehe!..Yg sebenornya, dek sebab sonot sgt dengar Abg Pat bercerita sampai kitorang lupa nak balik. Konon² plan nak balik kul 3 ptg sebab Kak Long (wife Abg pat) kata dia ada buat majlis besday anak dia kul 3 ptg nanti, jemput kengkawan dia jer. Sekali tak pasan, org semua dah balik kitorang still ada kat situ tak reti² nak balik (tau takper ;p). Then, kul 7.30 malam kakak aku call kata ayah aku bising² kata aku tak reti² nak balik. Wahh…terasa macam zaman anak dara sunti dulu plak. Aku dah kecut peyut (peyut dah la baru defrag..hik! hik!). Dah start gelabah tapi still menten kool depan budak² lain. Bila Abg Pat "sambung lagi" bercerita, otak aku dah tak kat situ dah. Pandangan aku leh tembus ke belakang, nampak umah kak Mas blakang bukit, pastu tembus lagi ternampak hiway KL-seremban sampai la ke umah mak. Punya la jauh berangan siap lalu hiway lagi tu, sebab dalam kepala aku dok pikir..nak balik! nak balik! nak balik!! uwaaaaa!

Aku kasik hint nak balik kat kak Mas, Jundak ngan Morrok (yayyy! Morrok ngan tunang (ilia) setuju nak hantar kitorang balik), then Abg Pat plak kata tak elok balik time meghrib, semayang dulu. Lps semayang, Abg Pat kata plak, tak baik balik tanpa dinner. Wahhh…ni macam tak balik² jer kitorang gamaknya. Pastu kitorang agak, kalau kitorang accept dinner sure dia offer bermalam kat umah dia plak kan. Adehhh..

So lepas elak bermacam² offer dr Abg Pat, kitorang berjaya membalikkan diri ngan menumpang kereta Morrok diiringi tunang tersayang pada pukul 8.05 mlm. Abis la akuuu kena marah…

Macam biasa Morrok bawak keta macam genderang mao perang. Laju tak henggat duniya. Tiap kali korner baring, ada la sorang umat tu penyet kena himpit…kesyian dia..muakakaka!

Lps hantar Jundak balik ke Cyberjaya (ada ka dah sampai Cyberjaya, baru dia kata motor dia parking kat Putrajaya, nak kena dak Jundak ni), derang menghala ke umah mak aku plak. Kul 9.30 sampai umah mak. Dari luar umah ngk motor ayah takde, kat masjid lagi la kot. Pergh!!…logo den. Pastu dengar plak gelak-gumbira-gempita dari dalam umah. Owhh tgh ngk konsert AF rupanya. Lega satu kalik lagik.

Masuk umah jingkit²..mintak² takde org pasan..

Mak aku: “hahh! baru balik. daddy ko tanya pesal ko lambat sangat balik ngaji? Dari pagi sampai ko malam tak hengat nak balik”
Aku: "hah? ngaji?"
Mak aku: “Mak dah kato tak yah ngaji jauh², ngaji ngan bini Teroji tu dah cukup. Tetiap minggu ado yo kelas dio kek mesjid tu, kalu balik cenggini tetiap minggu mak tak tahan do”
Aku: "hah? errr…"
Mak aku: “dah ler dia risau kot² ko join memano ajaran sosek (sesat), kalau ngaji patut kojap jo la kan..ni sampai malam, buat ghisau oghang yoo”


*Owh lupa nak cakap, bakat kelaseran aku memang diwarisi dari mak aku.*

Tak nyempat² aku nak jawap, dia kasik sedas demi sedas. Mmg payah nak nyelit time dia dalam mode latih-tubi gitu. Aku terus kuarkan buku Legenda Numerius sama door gift (aku rembat 4 doorgift, frame songket ngan gambar yg Rosh lukis) yg aku dapat masa majlis tadi. Aku tunjuk kat mak.

Aku: “oghang bkn poie ngaji laaa, oghang poie majlis kelab buku ni haa..ulangtahun ke-3, mano ado org cakap nak poie ngaji
Mak aku: “Laaaaaa…..”

Kali ni mak aku plak gelabah sebab dia dah kasik salah info kat ayah aku sampai org tua tu marah² tak tentu pasal. Skang ni turn dia plak yg kecut peyut.

Hik! hik! hik!

p/s: Teroji merupakan salah sorang penduduk oltai dikawasan umah mak aku. Isteri dia mengajar ngaji kat mesjid tetiap sabtu selain menjadi ahli marhaban yg sangat ektip dan berkaliber di kawasan subang dan sewaktu dengannya.