Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, August 31, 2005

Hepi 48th Malaysiaaaa!

Gambar cilok dr Textamerica Lan

Merdekaaa!! <- biru tanda perpaduan
Merdekaaaaaaa!!
<- merah tanda semangat
Merdekaaaaaaaaaa!! <- kuning tanda diraja

Aku : “sambut merdeka kat mana malam ni?”
Budak tu : “kat umah..semayang”
Aku : “errrrk…hehehe ;p”
Budak tu : “… mesti tengah nengok Mawi kat klcc kan?, saya tengok jugak kat tv”


Uwaaaa! jangan la sebut nama Mawi skang ni. Rasa sayuuu jer. Time orang tengah syok² nengok Mawi kat KLCC aku tgh berhempas pulas siapkan keje opis sampai kul 11.40 pm. Hampeh tul la boss pompuan tu (makcik A, bukan hurup sebenar, hurup sebenar dia K), suh gak hantar benda ni malam ni jugak sebab besok cuti, lusa ngan tulat aku lak cuti, tungging terlentang pulak memang hari cuti (weekend). Lebih kurang kul 11.40 baru ler siap keje…hoyeeehhhhh!! SEMPOII MERDEKAAAAAA!

Balik dr opis ingatkan nak singgah memana nengok bunga api, tapi kansel sebab budak² dah tido, lama sangat nunggu aku kot.

Petang tadi kan, aku sempat la wish “Hepi Merdeka” kat setiap bebudak opis yg nak balik. Pastu ada sorang amoi cun J (huruf depan nama dia yg sebenar) ni kan datang kat tempat aku pastu dia tanya soklan ni…

Aku: Hi J, hepi merdeka!

J : Tq..Hepi merdeka to you too. hmm..you memang dah merdeka kan?

Aku: (kerutkan dahi, buat muka tak paham) what do you mean?.. semua org dah merdeka what

J : Yelah, you kerja sebab nak isi masa lapang..kalu you tak kerja pun your hubby can support you. You kerja utk extra income jer..so kira you dah merdeka dr segi financial laa (sekali dengar cam org ajak masuk direct selling)

Aku: (terkedu) sapa cakap? Hello… I bukan datin occay.. yg buka butik coz nak isi masa lapang. I ngan asben ada tanggungjawap masing²,pada family, our parents, our kids². Jgn pandang luaran aja, you single, mebbe you punya tanggungjawap kurang dr I

J : Oooo really arrr

Aku: of course la my deaaaar

J : *tersengih*

Kuss semangat kalau ada org yg kata aku camtu. Aku bukan kawen ngan Sultan Brunei la.. aku bukan kawen ngan menteri yg nak pencen. Asben aku orang biasa² jer. Keje makan gaji dan part time ngajar Taekwon-do. Ayah aku pernah cakap, orang makan gaji memang payah nak kaya. Buat bisnes baru leh kaya. Sekarang…keje, simpan duit, modal cukup bukak business. Business apa? Tu blakang kira.

So, bila agak²nya aku nak Merdeka dr segi financial yek.. Buat masa ni aku bersyukur dengan apa yg ada...

MERDEKAAAAAA!

Thursday, August 25, 2005

Allah selamatkan kamu....


Terima kasih wai em sebab sudi mengambil otograp dr mawi utk aku..hehehe..wai em cakap, mawi buat² terkejut bila dengar nama sempoii "hah! nama dia sempoii?" ahaksss! apa?? mawi sebut nama akuu?? yaa mawii..nama saya la ittew..(tersipu² malu).

Hari ni, aku nak wish hepi besday kat ramai orang..kasi aku nyanyi dulu..

Allah selamatkan kamuuu..
Allah selamatkan kamuuuuu..
Allah selamatkan kamuuu..kamuuuu..kamuuuu...kamuuuu...
Allah selamatkan kamuuuuuuu..

Selamat hepi besday to Mawi, Reza, Fitri dan cikkkk Longggg (cL) :)
Semoga dikurniakan keberkatan usia, murah rejeki, sentiasa dilindungi Allah sentiasa.

World..world juga , akhirat jangan lupa!

Tuesday, August 23, 2005

Eh ehhh ada blog baru la...

Setelah diugut setiap hari oleh "seseorang", maka dengan ini aku secara officcelinya mewar-warkan ini blog untuk bacaan rerakan dan musuh sekelian. Takde menda sangat pun dalam blog tu, cuma catatan kehidupan seorang yg amat esmem dimata aku, anak² aku dan di mata ketua kampung wakaf che yeh...hehehehe


Jangan tanya aku pasal entry² dalam tu..semua pertanyaan tidak akan disampaikan langsung kepada penulis. Tulis kat ruang komen biar dia sendiri yg jawab. :)

Saturday, August 13, 2005

Plan yang tak jadi..Tak plan yang jadi..

Malasnya nak gi opis time hari sabtu. Tapi terpaksa gak sebab kena siapkan 1 special analysis dan buat amendment China HCR report, submit hari senin. Syamil dan Syahira ikut bang din gi training Taekwon-Do kat PNB. Sebelum ni selalu gak aku bawak budak² ni gi opis tapi sejak Syahira ter”off” suis pc masa aku tgh rush buat report dulu, aku dah jarang bawak derang. Mana tak meroyan, tengah² khusyuk wat keje dia pi off suis bawah meja pastu buat muka tak bersalah. Adeehh..

Kat opis sib baik ada Fahmy, dia tengah rush buat special analysis for Malaysia. Kena “redo” analysis rasanya. Aku pasang cd Metallica Reload kuat² kasik ilang bosan. Sesekali budak tu terjerit² nyanyi, mebbe tahap ketepuan otak dia dah sampai tahap maksima ler kot. Poor little Fahmy. :p. Sesambil buat keje, sempat lagi chat kat tagbod Joe Perantau borak² ngan Kongsinama, Joe, Anne, Princess dan ety.

Sorang member sms, kata derang tak jadi datang umah aku petang ni. Aku terdiam. Memang aku lom buat apa² preparation sebab aku kena gi opis, tapi aku dah pesan kat bang din jangan ada apa² aktiviti Taekwon-do atau keje petang ni sebab ada orang nak datang sebab last time masa derang datang umah, bang din ngan bebudak takde, gi training Taekwon-Do, so kali ni aku ingat biarlah derang ada kat umah sama. Aku nak inform bang din yg derang tak dpt datang pun tak leh sebab dia training kat tingkat 40 PNB nu, memang line tepon hampeh. SMS pun tak lepas. Kalu nak call dia pun dalam kul 12.30pm lps dia abis class. Hmm..frust juga bila apa yg kita plan tak jadi. Give up!

Tengahari lepas bang din abis klas, dia datang lepak opis aku ngan bebudak sekali. Tahan je la telinga kena perli lepas aku bagitau “derang tak jadi datang petang ni”. Class Taekwon-Do means everything to him. Dia sure mati kutu tatau nak buat per petang tu sebab hari sabtu, bese schedule dia pack ngan aktiviti Taekwon-Do. Hari Ahad, masa ntuk family. So, untuk menyejukkan hati dia, aku createkan satu blog utk dia sebab dia memang dah banyak kali suruh aku buat tapi aku malas. Lepas ajar dia lebih kurang, aku sambung buat keje aku.

Pastu tetiba dpt sms dr “adik stabak” (bukan perkataan sebenar).

Adik Stabak : “ Akak kat ner?
Aku : “kat opis wat keje. Napa? Awak katner?
Adik Stabak : “saya kat umah la. Kak, jom lepak stabak..hehehe!”
Aku : (trus tanya bang din, bang din jawap okeh) “Okeh, tapi akak bawak asben ngan budak² sekali tau”
Adik Stabak : “ok, no hal, saya pi lepas semayang”
Aku : “Okeh”

Uik… tetiba tak tersengaja tertambah satu lagi plan petang ni. Memang senang ngan adik sorang ni, sms² trus lepak kat stabak. sms² trus gi lunch… sms² trus do whatever …Kitorang memang tak pernah plan pun kalau nak buat apa². sms jer trus on. Aku rasa mmg cara gitu seswai ngan aku kot. Kalu plan lelama memang tak pernah jadi.. Kan Vad? kann…apa citer Nuang ngan Bagan Lalang brader?

Masa lepak kat Stabak bang din tak banyak borak sebab asik belek paper nengok iklan keje kosong jer..ahakss! Yang “adik stabak” tu, macam bese suka bercakap. Dengar jer ler.. heheheh! Lepas tu balik umah, semua tertido sampai kul 8.30 malam..perghhh!

Moral of the story: Tak yah plan² dah..kalu plan sure tak jadi, tak plan sure jadi..

Sunday, August 07, 2005

Mawi Juara AF3 !!

TAHNIAH MAWI! WORLDDDDD!!

Image hosted by Photobucket.com
Tahniah Mawi..
Tahniah Cikgu-cikgi..
Tahniah Mawi-fc..
Tahniah Fanatik Mawi..

Image hosted by Photobucket.com
Semua adalah pemenang..tiada pengalah...


"Belia Benci Dadah"

kredit photo: berita harian

Saturday, August 06, 2005

HEPI BESDAY SEMPOII !!

6 Ogos 19xx

Alllah selamat kan kamuuuu...
Alllah selamat kan kamuuuuuuuu...
Alllah selamat kan seeeeeeeempoiiii...
Alllah selamat kan kamuuuuuuuuuuuu...


My wishlist:
1) Murah rezeki - utk buat kebaikan dan kebajikan
2) Panjang umur - puun utk buat kebaikan dan kebajikan
3) Naik pangkat - atau carik keje lain
4) tambah baby - err tambah lagi 2 eh? eh? boleh ker?
5) driving kereta - tanak la keta besar², takut nak bawak(tak mampu sebenornya)
6) Mawi juara..uhuk uhuk! - ni kalu kalah mmg kena bakar la si A (bkn nama sebenar), fanatik ler tuuu..

7) Cincin berlian - <- ni idea joe, baru tambah..hik hik hik! (encik "S" sila amik perhatian..ok..)

Hari ini dalam sejarah:-
6 Ogos 1945 - Hiroshima kena bom..kababooommm!