Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Saturday, June 25, 2005

Konsert ke-4 AF3 - Tournament Tae-Kwon Do Terengganu

Image hosted by Photobucket.com

Syahira with abah (instructor) & syamil (supporter)

Image hosted by Photobucket.com

Syahira merenung tajam kat pihak lawan (taktik nak ilangkan takut)

Image hosted by Photobucket.com

Lawan tetap lawan! abah kat tepi gelanggang tgh gigit jari (sambil cakap dalam hati, ni kalu kalah malu ler akuuuu...huhuhu!)

Image hosted by Photobucket.com

Yahuuuuuuu! menang!!!

Image hosted by Photobucket.com
Dapat GOLD ajer...jgn mare..

Image hosted by Photobucket.com

Syahira's first medal in Taekwon-Do

Uwaaarghhh! tensionnya tak dapat nengok konsert malam ni. Bertolak dari Terengganu kul 6pm. Lebih kurang 5 jam baru sampai Kota Bharu, Kelantan. Umah KB takde astro lak tu. Takkan nak menyebok umah sepupu abg din memalam kan. So, sepanjang konsert tu, Lan ngan elya la yg jadi reporter tak rasmi aku, dari awal konsert sampai la abis. Kesian derang kena layan sms aku. hehehe! Thanks frens. Berdebar² nunggu report pasal Mawi. Malam tu Lan kata ada kejutan akhir konsert, aku saspek ada double elimination malam ni. Rupanya announcement pasal next konsert buat kat Putrajaya. wat saspen jer. Time Felix, komen dari pengkritik lawak gila. At last, reporter mereportkan yg Mawi nyer show ..wallaaa..best banget. Mawi nyanyi lagu Nour-el-ain. Ada silat and menari. Tak sabar nak nengok ulangan besok, itupun kalu aku jumpa astro kat KB la. Lepas dpt report pasal mawi barulah senang sikit ati nak tido. Masa tu dah nak kat sampai KB dah..lagi sejam rasanya. Kira lambat jugak la sampai coz bang din rajin singgah stesen minyak beli kopi nak ilangkan ngantuk. Opss lupa nak cakap, malam tu, Idayu yg terkuar. Sama kes macam Rosma, Sahri dan Zarina dulu la. Tak yah bising² la cakap yg tu berbakat kuar, yg tak berbakat kat dalam tu, kalu peminat tak ngundi nak salahkan sapa kan. Ni dah Af3, takkan tak belajar lagi dr AF1 & AF2.

Besoknya, plan nak balik pagi² pastu ingat nak singgah umah Kak Doh kat Gua Musang, umah dia ada astro. Kalau sempat nak nengok ulangan konsert kat situ. So pepagi lagi dah packing barang. Rasanya baru jer sampai, dah nak balik ..hehehe! nak wat camner, besok kitorang keje. Kang balik petang kul baper lak nak sampai. (read: …nak nengok AF…nak nengok AF). Takper, walaupun balik kejap, aku nengok “where” (ayah mertua aku) happy betul. Kesian dia, lps mek meninggal bulan January lps, “where” suka buat hal sendiri. Aku ajak dia dok umah aku, dia taknak coz takde kedai kopi katanya. Tapi Insyallah, pasni we all akan balik la 2 bulan sekali ker..kesian kat dia.

Bertolak balik KL dah tengahari. Sampai kat Gua Musang umah kak Doh dah kul 4.15. Sampai² trus bukak channel 15. Uwaaaaaaaaa!!! Konsert dah abis, tgh Imbasan ropenya. Aznil tgh interview Idayu. Salah timing lagi. Takper ahh nanti hari rabu ngk ulangan kat cenel 15. Sempat lagi ka Doh sediakan lunch..lunch pukul 5 ptg..hehehe! Before balik kak Doh bekalkan buah salak 2 plastik besar..mak aii, bila nak abis nih.

On the way balik, makan jajan, nyanyi kuat² dan tidooooooooo…(dok ulang benda yg sama sampai KL). Time kat Sg. Buloh kakak aku sms ajak join dinner family sempena dia baru viva PHD. Tahniah..dapat gak title dokter lepas 5 tahun tunggang terbalik buat thesis (aku la yg tukang print thesis dia 7-8 copy kat opis). Kul 9.40 sampai kat restoren derang dah nak dekat abis makan. Syamil nampak ayah aku terus jerit “Atuuukkk weeeeerlll” malunya aku satu restoren pandang. Mana taknya, orang yg dia jerit “werrll” tu elok jer ngan jubah dan serban. Huhuhu!

Balik makan kul 11. Penat + kenyang = ular sawa

Minggu ni banyak program AF aku tak dapat ngk. Hari rabu balik dari opis dah tgh malam coz siapkan keje, tak sempat ngk diari. Khamis ngan Jumaat dah kat Terengganu puuun tak dpt ngk diari. Konsert pun tak dpt ngk. Konsert ulangan puuun tak sempat ngk. Isk isk isk! Apalah Af dah buat kat aku nih..

Sunday, June 19, 2005

Konsert ke-3 AF3 - Sabtu yg biziiiiiii..

PAGI

Pagi² subuh lagi asben aku dah hantar aku dan bebudak ke umah mak. Dia ada perhimpunan Wajadiri Kebangsaan kat KL, jadi wakil GTF Taekwondo. Malas la nak ikut, tengah padang, panas. Dok umah tido lagi best. Sambung tido sampai kul 9.40 pagi. Bangun jer terus purak² marah kat adik aku coz konon² tak kejutkan aku kul 7 pagi. Yg bebenornya, nak kaverina dari kena marah ngan mak aku. Kalu kejut time tu pun aku tak kan bangun punya. (*jelir lidah kat adik aku*)

Siap² nak gi opis, adik lelaki aku hantar gi opis lepas kasik duit upah (dia ni berkira sikit, no money, no talk). Kat opis siapkan keje yg boss bagi, detline dia kasik by end of the week. Sib baik boss tarak, kalu dia ada, keje aku takkan siap, tambah keje lagi ado.

PETANG


Lepas keje settle, trus amik cab gi bangsar. Gi afkaro ngan Spiral & family, Wai em, Kak Aidid dan Vad. Lama dah tak afkaro, last melalak pun, kalau tak salah aku bulan February lepas, time Spiral baru balik dr Australia. Last year, kitorang pernah afkaro sampai 9 jam (kul 12-9 mlm), besoknya aku mc 2 hari coz semput..serik dah. Kali ni kitorang cuma nyanyi lagu² AF yang Mawi dan Felix pernah nyanyi kat konsert macam lagu kekasih awal dan akhir, tiada lagi kidungmu (nyanyi 2x), intifada (nyanyi 2x), dari kekasih untuk kekasih, berjuta batu, gadis melayu (byk kali) dan ada la nyelit lagu² peberet memasing. Part Mawi gagap tu pun (bagai digiring angin….2x) kitorang gagapkan jugak, saja nak kasik feel. Tee hee hee! Pastu time spiral nyanyi lagu kekasih awal dan akhir, baru jer dia sebut “malammmmm…. “, spontan aku ngan wai em jerit²-tepuk²-tangan-kuat² cam sorak ntuk mawi la. Spiral terkedu dan terkebil² 10 seken, pastu dia sambung balik nyanyi..Hahahaha! tengok! Spiral yang kena sorak ngan 2 “peminat” pun dah terkedu lupa lirik, inikan pulak si mawi yang ada beribu peminat. Mana tak gabra..lupa lirik..lupa melodi..lupa diri..Pastu spiral kata “camni la agaknya perasaan mawi time orang sorak ek?” see..experiment berjaya..hahaha!

Seperti biasa, aku tak pernah miss nyanyi lagu peberet aku “saling merindu” (Leon). Time aku nyanyi lagu ni, vad keluar, tatau la napa dia cukup anti ngan lagu ni, sure ada kenangan pahit ngan Leon time dia muda² dulu..ahakss! Spiral & Ida nyanyi lagu wajib derang “senja dan merah”, sedap sehh. Sore Spiral kekadang cam Jamal, m.nasir, awie, amy search. Kira macam² ado lah. Sore ida plak cam Indonesian singer. Lemak bersahri, disukai ramai.

Lepas tu aku, wai em dan kak aidid gi Gathering Mawifc kat Intekma UiTM Shah Alam. Aku tak plan sebenarnya, tetiba jer terpergi. Hehehe! Juandanza orang kuat majlis gath ni. Respek sama Juan! Pastu sesorang kena kenalkan diri dan bagitau apa harapan kat Mawi. Harapan aku kat Mawi supaya dia kurangkan sikit imej mat rempit ngan mat simpang dia tu. Tak World la nengok dia camtu. Lepas amik gambar reramai, wai em hantarkan aku ke Plaza Massalam coz nak tunggu Tipah kat situ. Mula² tipah kata kul 6.15 dia sampai, tetiba kul 6.15 dia kata ada hal plak, lagi 30 minit dia sampai. Memang nak kena blasah dak Tipah ni. Orang dah penat tercongok kat situ dekat sejam dah weeiih. Akhirnya cik Tipah sampai jua ngan keta comelnya kul 6.50. Pecut keta trus balik umah aku.


MALAM

Sampai kat Stadium dah kul 8.05 mlm, amik tiket dari wai em. Errk..pesal aku dapat seat EA plak ni, bukan AA cam member lain? Sms Wai em tanya napa seat lain², Wai em reply dia pun tatau, kena tanya Kak Aidid. Seat EA tu memang paling ujung dunia, sebelah tu dinding. Memang tak nampak Aznil langsung, pastu nampak sipi² je bahu orang nyanyi. Most of the time aku kena nengok skrin besor kat sebelah kanan aku. Hilang mood nak nengok. Nak sorak pun malas. Aku layan nengok skrin besor sampai time Mawi nyanyi, baru aku nengok pentas coz nak jugak ngk Mawi secara live. Sekali sekala pandang skrin, ternampak la jugak Wai em ngan Ijip (bakal pengantin) enteprem kat dalam tv ngan sepanduk jawi..Worldddd! Abis Mawi nyanyi, aku sambung nengok skrin besor balik. Malam tu malam tak bertuah bagi Fuad, gerimis di lautan dia dah jadi gerimis di dewan. Dia orang kedua kena sorong beg Samsonite kuar dari AF3. Fuad sempat pesan “jadilah pengundi yg baik” (aku tambah, jgn malas baca buku…yer Tipah) Lepas konsert, si Tipah nak sambung nengok Imbasan plak. Tipah ni cam tak reti² nak balik pulak, korang caya tak besok dia ada exam kul 9 pagi?. Karang blurr time pikse jgn salahkan orang plak. Terpaksa layan juga Imbasan sampai kul 12 lebih coz nak wat camna kan, orang yang beria nak nengok tu lah yang drive hantar aku balik karang..huhuhu!. Balik umah tak henggat kul baper, tapi memang dah mamai gila dah. Asben aku still layan cenel 15, ulangan konsert ke-2 kalau tak salah aku. Dia memang leh nengok konsert ulangan jer coz time konsert dia main futsal ngan kekawan. Time diari af lak (malam) dia ngajor Taekwon-do. Asben aku ni minat Ekin, sanggup tukar nama jadi Edin tu..uwaaarghh! parah!

Malam ni perasaan bercampur aduk, geram pasal seat tapi happy sebab Mawi nya showmanship ok, tak sama cam masa konsert ke-2 dulu. Lepas konsert ke-2 dulu perut rasa kecut gila mikirkan besok apa la si mawi nak kena ngan pengetua. Kes salah lirik dan melodi. Tak pernah² aku rasa tak senang duduk pasal orang lain..F.A.N.A.T.I.K ker aku? Owh tidak..Cuma terlebih caring jer.. hahahaha!

Besoknya aku sms kak aidid tanya tentang seat, dia kata masa booking ok, tapi time amik tiket orang kaunter tu terkasik salah tiket, pastu bila dia komplen diaorang ngaku tersilap tapi dah tokleh tukar dah..apa punya kaunter daa! Beginikah perkhidmatan yg cekap? (sabar Pak Haji, pak haji kena bayar sebelum 31 hb, Pak Haji tidak akan didenda lagi) Btw, thanks kak Aidid coz bookkan tiket. Next time saya book 2 minggu awal.. :)

Bravoo to Mawi! Bravo to Mawifc!

Saturday, June 11, 2005

Konsert ke-2 AF3

Image hosted by Photobucket.com

Dari kiri:Bebeh (asben Shay), shay, kak aidid, kak iffa, wai em, sepai, sempoii, tipahvogue. Tiada dlm ini gambar: Lan, Ijin, Badrul, Abg Shalim, Cik Sherry (dia kat umah ler :P), bebudak AF, Hattan, Aznil, Sultan Melaka, Kudsia Kahar (you takde blog eh?) dan ramai lagi yg masih dalam dewan nengok imbasan..hahaha!

Mawi terlupa lirik, lupa melodi. Part lupa lirik "bagai digiringg angiiinnnn", terus aku jadi kecut perut. Rasa cam ada rerama mabuk dalam perut. Tak dapat imejin apa la komen Pengetua besok. Addeehh..mebbe dia gabra ngan sorakan peminat cam nak rak. Kesiannya Mawi..isk isk..

Time Marsha nyanyi, aku nengok Lan tak berkelip mata. Kena cubit pun dia buat tatau. Siap marah lagi tu coz kaco kosentrasi dia..hahaha! Pastu Lan cakap "ada ker logik sempoii nak cakap ngan aku time Marsha nyanyi?" siot jerk Lan. :P

Wai em bawak sepanduk jawi. Aku pegang sepanduk nama MAWI jer (tanda kaler biru). Tak sangka lak masuk paper utusan, sib baik muka tak masuk paper kalu idak sure dah kena ligan ngan mak aku..huhuhu!

Image hosted by Photobucket.com

Tetengah konsert baru perasan rerupanya satu row ngan tipah and frens (sepai, apai n yaabnuar). Tipah majuk ngan aku coz aku tak ajak dia gi konsert. Akupun majuk ngan dia coz dia gi konsert tak ajak aku..hahaha! dua² kantoi. Yelah..yelah..next week kita pi nengok sesama..

Malam tu tidur ngan perasaan berdebak berdebuk..huhuhu! Mawi..Mawi..

Kredit gambor: Lan dan Utusan Malaysia

Wednesday, June 08, 2005

Sepandai-pandai "tupai" melompat..akhirnya ...

Dua hari lepas, lepas nengok Diary AF lebih kurang 9.15 pm, baru la kitorang kuar gi dinner. Since kichen cabinet lom siap, “terpaksa” ler makan kat luar…ahakss! alasan kukuh tuuu... Masa kat simpang jalan keluar tu, tetiba Syahira cakap “Ma, makan dekat sini jer la” sambil tunjuk kat restoren sebelah kanan jalan. Asben aku jawap “alaa, kita pergi restoren yg dekat umah Wan tu la, jauh sikit”, so dia pun terus belok ke kiri. Tengah jalan, tetiba ada road block. Aku selamba jer la, kan selamba tu kerana benar (kan Mawi, kan Felix..kan kan kan). Tetiba asben aku cakap “abissss ler..road tax dah mati last week”. Huh! Terjengil bijik mata aku dengor. Dia bagi alasan tak sempat renew coz busy. Aiyoo abis laaa mek camni. Sure terbang RM300 ni. So masa turn lintas hormat kat depan polis tu, asben aku buat muka konpiden-macam-roadtax-idup abis, aku plak buat muka “seposen-ala-felix-urat pipi-tak-function” coz still terkezut sebenarnya. Dari jauh lagi asben aku dah kasik salam kuat² kat polis yg pegang torchlight tu. Polis tu senyum sambil suluh dalam keta ngan cermin depan keta. Pastu, dia kata, “OK”. Perghhhhh! Legaaaaa.. Dia tak pasan agaknya road tax keta tu dah arwah.

Masa makan, asben aku dok termenung pikir cemana nak balik lepas ni. Sure road block tu ada lagi kat situ, at least sampai kul 12 malam (3 jam). Maknanya kena balik lepas kul 12 malam gitu? Impossible. Mana kitorang nak lepak sampai 3 jam? Shopping kompleks pun sat lagi nak tutup dah. Aku pun cakap kat asben “mana bleh balik kul 12, karang tak sempat nak nengok Diary AF kul 11.30”. hohoho! Dah saat genting camtu pun still ingat AF lagik (Mawii!! Felix!!). Memang nak kena peng si sempoii ni. Asben aku cadang nak lepak kat umah mak atau kakak atau adik aku dulu (rumah kitorang semua dekat², ayah aku yg suruh), lepas diari AF baru balik. Isk cam tak berkenan lak aku, tak elok lepak umah orang malam² kan? Oleh kerana aku desperate sangat tak nak miss diary punya pasal (nak nengok Mawi ngan Felix), aku perah gak otak sungguh² suh kuarkan idea² bernas sket.

Lepas tu tetiba “Toinkkkk!” , kuar simbol mentol dr kepala. Since aku ni mmg cemerlang kalu bab keje in pressure, tak sampai 5 seken dah kuar idea bernas. “Apa kata kalu kita gi umah mak, pinjam keta Kancil Bakar (adik aku), kita letak keta kita kat situ, besok time hantar budak, baru kita amik balik?” Perghhh! sesungguhnya idea yg sangat bernas tidak memerlukan banyak ulasan. Trus bayor rega makanan dan gi umah mak. Kecoh la mak aku, ingatkan keta rosak ker, engine panas ker, ezos tercabut ker (hepp! Jangan gelak, keta aku yg dulu pernah tanggal ezos tau, bunyik macam motobot..hahaha!) ..Aku sengih jer tanak kasi tau. Kalu bagitau, sure dia ungkit² sampai sebulan.

So time balik, lalu balik jalan yg ada road block tu. Polis yg check tu orang lain, memang strict sikit, banyak kali dia suluh road tax keta tu. Kalau takde road tax memang jangan harap leh lepas cam tadi. So, Alhamdulillah. Lepas satu masalah. Cam lawak jek, pergi tadi pakai kereta lain, balik ngan kereta lain. Kalau polis yang sama yg check, sure dia leh terperasan. Kalau dia leh perasan aku yg pakai tudung merah dalam tu la kan..

Besoknya, asben aku kena outstation kat Bukit Beruntung. Balik dari sana, ada satu lagi road block. Perghhh! Tak abis² nak kasik orang darah tinggi. Dia cuba elak guna jalan lain. Tapi polis perasan, so derang pi kejar sampai dapat. Nak tak nak kena la berenti. Pastu, polis tu kata plat kereta tak ikut standard. Pastu dia nengok road tax plak. Abiss! Asben aku klentong dia kata kereta tu dah sebulan tak gerak. Dia gi outstation. Pastu polis tu membebel la sorang². Last² polis tu kata, “nak selesai kat sini ker kat balai?”. Huh! asben aku dah malas nak pikir, dia pikir abis la terbang RM300. Pastu asben aku jawap “kalu settle sini, berapa?”. “RM50” polis tu jawap. Lepas bayar, asben aku blah. Tak pasal² dapat share rasuah. siot jek.

Hahaha! Mana nak lari. Terlepas satu road block tak semestinya lepas selama² nya cik abang. Tak sampai satu hari, kena gak kat tempat lain. Dan sehingga entry ini ditulis, road tax tersebut belum lagi direnewkan oleh si empunya kereta.
Helloo! Abg Dins, bila mau renew ittew road tax?

Moral of the story:

1) Terlepas satu road block tak semestinya lepas selama² nya.
2) Jangan perlekehkan instinct budak umur 6 tahun.
3) Biar keta kecik asal Road tax idup.
4) Sentiasa “buat muka felix” bila ditimpa masalah.
5) Kekadang idea yg sangat bernas hanya muncul ketika ke"desperate"an melanda diri.
Apa lagi ek moral of the story dia?...hmmmmmm…..Lagi satu, bila la spesis polis rasuah ni leh pupus ek?

Wednesday, June 01, 2005

Misteri Nusantara 1 - Badut

Aku pernah kasik komen kat blog Orange (Orange, nengok! aku dah promote blog ko :P) yg aku takut clown. Masa tu dia tulis entry cerita seram (tajuk Lembaga), yg end upnya buat aku rasa cam nak cucuh² je karan TNB 1000 watt kat jari² dia yg taip entry tu.

Hmm camner nak mula ek. Ni aku citer ni, korang caya ker tanak caya ker its up to you la. Masa tu tahun 1998, baru 4 bulan kawen dan tengah pregnant 4 bulan (bunting pelamin gitu). Time tu aku still dok ngan parent coz lum dapat carik umah sewa lagi. Asben aku time tu still keje kat Sony Bangi, keje shift. Seminggu siang, seminggu petang/malam (sob! sob! sob!). Kalau shift malam tu, kekadang balik kul 2 pagi, kekadang kul 6 pagi. Bilik aku kat tingkat bawah, ada satu lagi bilik kat sebelah dapur. 3 bilik lain kat tingkat atas.

So malam tu cam bese aku tido dalam kul 10 gitu. Tak larat nak sengkang mata nunggu asben aku balik kul 2-3 pagi. Karang dia balik tau la dia nak kejut kan aku , kalau dia nak borak² ker.. kalau dia nak borak² ker..ATAU kalau dia nak borak² ker..(*wink*). Time tengah best² tido, tetiba aku tersedar coz dengar bunyi orang buka pintu bilik. Aku sure pasti 100% punya, tu musti asben aku la tu. Dalam hati aku, yahuuuuuu asben aku dah balik. Time tu aku tido mengadap dinding, membelakangkan pintu, so ngan malas (plus ngengada) aku pusingkan badan nak tegur asben aku. Koraaaaang..apa yg aku nampak tak sama ngan apa yg aku expect weh. WEIHHH! APA YG KO NAMPAK? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Nangis dulu kasik release takut…Aku nampak…betul² kat depan muka aku ada “seorang” badut (real punya badut, bukan saiful apek arr) sedang membongkokkan badan, pandang aku dan jarak muka dia ngan muka aku ada dalam lebih kurang 3 inci kot. Hidung dia yg bulat merah tu lagi sikit nak tersentuh hidung aku yg “mancung” ni. Aku terkedu, rasa luluh jantung, semangat pun dah melayang ntah ke mana² (ntah² dah sampai ke kulai, Johor*) Memang tak terpikir langsung la nak baca ayat Kursi ker..ayat Quran ker. Aku blank. Aku terus pusingkan badan balik, tarik selimut sampai tutup kepala, pejam mata rapat² (tapi “air mata takut” kuar gak pelan²) then tawakal supaya “benda” tu blah dari situ. Dalam takut² tak henggat dunia tu, pelan² aku baca ayat kursi, air mata toksah cakap la, makin kuat aku pejam makin laju lak air mata kuar. Dalam nangis² gitu lelama aku terlelap jugak. Lelap dalam ketakutan tahap dewataraya.

Berapa lama aku tertido, aku pun tatau. And for the seken time aku terdengar pintu bilik terkuak, aku dah phobia gila dah. Rasa cam nak meraung jer. Aku tak berani nak tengok, sapa yg masuk. Level menggigil aku dah cecah tahap parah la kot sampai asben aku leh perasan. Dia pelik nengok aku menggigil² dalam selimut, tutup sampai kepala lak tu. Apa kejadahnya tido pesen gitu. Dia tegur aku dulu “Na, napa ni?”, Aku dengar jer sore dia, otomatikeli aku pusing badan terus peluk dia dan meraung. Dia terpinga² tatau ujung pangkal. Aku nak explain pun tak guna. Setakat nak cakap sekerat² pastu tunggang langgang, baik tak yah citer. Pastu dia coolkan aku and suruh tido.

Besok mak aku tanya aku, dia dengar kecoh² malam tadi tapi dia malas nak turun. Aku citer kat dia pasal malam tadi. Mak aku terdiam. Pastu dia cakap, “ko ada tengok citer seram² ker time ngandung?”. Aku jawap “mana der, masa peknen mana ada orang nengok citer seram, citer ngeri ker, kang efek budak”. Aku ingat tu, pasal ayah aku cukup marah kalu adik beradik aku yg pregnant nengok cerita seram, ngeri, ada creature pelik² atau yg sewaktu dengannya. Nengok Mr Bean pun dia tak kasik. Pastu mak aku jawap, masa pregnant memang “makhluk lain” suka ganggu orang lemah semangat,kekadang kita leh ternampak² memacam bebenda seram ker pelik ker. Nak menyakat ker apa, tatau la. Kalu kuat semangat, kira ok la. Aku ketegeri tak kuat semangat la tu. Tak tahan la ngan benda camtu la. Pleaseeeee laaa..

Pastu kakak aku plak bukak citer, dia kata dulu lps kawen pun dia tinggal kat bilik tu dia salu dengar benda² pelik kat luar tingkap bilik. Bunyi cam “benda” makan tulang. Weih! it was not kucing ok. Tak caya tanya dia. Pastu mak aku cakap “jin kan makan tulang”. Haiyooh! mek rasa cam nak pensan dengar u olss. Pastu dia kata kalu dia sesorang kat bilik tu dia rasa seram sepesen jek. Tapi memang pun, kalu skang pun kan, kalu aku tido sesorang kat bilik tu, pagi ker..petang ker..sure aku mimpi seram jek. Kalu tak seram, mimpi ngeri. Mimpi orang kejar nak bunuh aku ker, orang hiris mata aku ngan pisau ker, jatuh dalam gaung ker. Kalu tido kat umah tadek plak. Mak aku saspek bilik tu "keras". Keras inverted coma tuuu..

Ada sorang member aku plak kasik komen cam ahli fizik. Hmm..macam masuk dek akal..dan macam tak masuk dek akal…hehehe! dia kata benda² gitu memang wujud pada frekuensi tertentu. Situasi normal kita tak sama ngan frekuensi benda² ni TAPI bila tiba keadaan kita berada pada frekuensi yang sama ngan derang, kita leh nampak benda gitu. Keadaan² yang membolehkan kita bleh dapat frekuensi yang sama ialah bila kita demam, sakit, pregnant (yg ni tak sure), tgh berpantang bersalin dan sewaktu dengannya. Lepas dia komen panjang lebar, dan aku pun cam nak rak mendengar, baru lah kawan aku tu sebut “…aku agak ler” . Rupanya teori ni lom ada sapa yg sahkan pun. Semua idea dia. Hahaha hampeh!

Start dari hari tu, aku tokleh nengok clown. Kalau gi Mc Donalds, aku buat² tak nampak jer mascot dia tu. Kekadang kalu ada besday party anak member aku, kalau dia kata “majlis mula kul 3 pm, datang cepat yer ada clown”, Hoh! Jangan harap ler aku nak datang on time..sure aku buat² sesat barat (buat² jer, bukan real sesat barat cam kak iffa pun..ahaks!!), sampai sana kul 5 ptg nak kasik chance clown tu balik dulu. Last year, masa opis annual dinner, mangkuk mana ntah pi invite clown, buat game for kids. Sepanjang clown tu dok atas pentas (20 minit ada la kot), aku ngan sorang collegue lagi (Maya, dia pun phobia ngan clown), lepak kat luar dewan, konon² nak menghirup udara luar. Kesian anak² aku main game aku tak nengok. Kalu gi karoke kat bangsar lak, ada ker patot (cam waheeda iklan pantene cakap) bila skrin tu idle, tetiba kuar gambar clown. Sib baik member aku paham, agak² menda tu nak kuar, cepat² derang pilih lagu lain. Asalkan skrin tu tak idle.

Tapi kekadang tu terserempak gak la kat shopping² kompleks tu, tokleh nak lari mana dah. Time tu pulak la budak² ngengada nak belon yg clown tu buat. Haiyooo! Time tu rasa cam nak meraung jek. Mata pun start la berkaca² dah ready nak nangis.
Hmm..ntah bila la aku leh stop phobia ngan clown ni. Rasa menyesal plak tak tumbuk jer clown yg kaco aku malam tu. Kalu betul dia tu clown sure dia menjerit, kalu bayangan aku jek sure dia tetiba ilang. Tapi kalu dia bebetul ilang, takper la, kalu dia bertukar rupa jadi muka yg lagik seram, lagi huduhh, tak mati kejang aku? So takperlah, biorlah aku pendam takut sorang² dari aku mati kejang..kan? kan? kan?