Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, September 29, 2006

Kisah "seekor" komuter..

Ingat nak sambung citer Hatyai hari ke-2 and ke-3 tapi cam malas ler pulak. So aku citer dulu pasal sakit jiwa semalam sebab naik komuter le yer.

Semalam, pepagi komuter buat hal LAGI. Before tu meh aku cerita kronologi cemana aku leh terjebak naik² komuter ni. Dulu, tetiap pagi asben aku hantar sampai stesen LRT Kelana Jaya then aku amik LRT sampai Taman Jaya, trus jalan kaki pi opis. Then sejak gi gym ni, dia salu hantar aku sampai stesen komuter Bt 3 (sebab on the way ke opis dia) dgn alasan "berjalan, berlari² anak kejar train dan berdiri dalam komuter adalah satu eksesais yg amat baik". Mana punya mazhab la dia guna ni.

So aku kena amik train dr Bt 3 ke KL Sentral then kat KL Sentral kena amik LRT pi balik gostan ke Taman Jaya. Punya la leceh, sabo jer la. Berbalik pd citer semalam, macam biasa aku tunggu train kul 7.20 and 7.25 am train pun sampai, consider awal la tu. Boleh la sampai opis kul 8.20 gitu. Masa train sampai, aku dah ready beratur kat tempat biasa sebab kat situ ngam² depan pintu train. Sekali pintu tak terbukak, so kitorang pun lari² anak (lari² mak budak) ke pintu sebelah..cessss tak bukak jugak. Pintu rosak jugak. Lari lagi pi gerabak yg hujung. Sib baik pintu terbuka. Aku nyelit² tetengah orgramai (ke sardin?). Lega. So cam biasa layan lagu dr hp sorang². Kuar lagu jiwang, layan jiwang, kuar lagu rock ..hangguk² kepala sesorang..huhuhu

Lebih 5 minit berdiri aku rasa sumthing wrong la ngan ekon. Aku ngk muka sesorang peluh menitik². Awek cun yg baju biru tu pun sikit² lap muka ngan tisu selang 30 saat. Naik rimas aku. Rupanya mmg ekon rosak. Orang ramai dah start membebel, panasssss! Then setiap stesen, train berenti lebih dr masa sepatutnya. Ni sampai petang pun aku tak sampai opis nampak gayanyer nih. Then little did I know that pintu yg aku masuk tadi, pun rosak. Tadi ok jer. So terkejar² la org dari luar pi lari ke pintu yg tak rosak.. So sapa yg nak kuar dr gerabak aku tu, kena lalu gerabak lagi satu utk kuar. Imejin la dah la org ramai, nak kena lepas satu gerabak lak tu baru leh kuar. Kalau tertinggal cemana? Hampeh.

Dah setengah jam, baru sampai Kg Dato’ Haron. Perghhh! then ada announcement train rosak, semua dikehendaki kuar dan tunggu train seterusnya? Hahhhhh? Haiiyooooh…Bayangkan passenger satu train yg sardin tu combine lagi ngan passenger yg mmg nunggu nak train kat stesen Dato’ Haron tu. Punya la ramai umatt..ya ampuuunn!

Dari jauh aku nampak abg Juki (kazen asben aku), dia pergi amik train menghala ke stesen sebelumnya, so nanti takdelah dia kena rebut² ngan ramai orang nak masuk train. Bijak! Bijak! Tapi aku malas nak naik fly over tu, so tunggu jer la train lain. Bila train datang, sardin² tadi semua masuk balik dalam tin. Padaaat yg amat. Sampaikan aku rasa nak patah la tulang kena himpit. Orang lelaki part ni yg paling suka kan? Himpit² org . tak caya tanyala asben aku ngan tuan-alang.. Sib baik la blakang aku pompuan. Dia himpit cemana pun..hmmm not bad.. ada absorber hahahaha! Opppss puasa *sigh*

Then kat stesen mana ntah, lagi ramai yg masuk. Masa tetengah berasak tu earphone aku tercabut dr handphone. So terkial² aku seluk handphone dalam hand bag sambil mulut aku membebel “jangan la tolak weih..sabarr la weihh..sume org nak cepat laaa…”. So, ada 2-3 usha aku sebab ngk aku membebel tak berenti². Then bila tangan aku capai jer handphone, cecepat aku kuarkan tinggi² (sebab org padatkan). Tapi..ya raaabbi malu nyer aku. Aku bukan takat kuarkan hp je tapi kuar skali ngan cokelat choki. Ni mana datang niiiiii..aiyoooh..mana nak letak muka nih. Ni sure keje syamil. Dulu pernah gak kat opis, aku bukak² handbag, ada keta mainan ngan mainan kecik² dalam tu. Orang yg usha² dr tadi tu dah start gelak² sambil buat² pandang luar. Ceikkk! Laju jer aku simpan balik cokelat tu dalam henbeg. Siap la malam kang aku buat post mortem sapa punya keje..huhuhu

Sampai KL Sentral dah kul 8.40. Abis laa..lambat lagi sampai opis. Sib baik opis aku mmg takde punch card. Kalau tak memanjang je merah. Ingat dah setel la semua masaalh. Tak jugak. Masa amik LRT, aku beratur paling depan. Belakang aku panjang menjela org. Bila train sampai jek, ada sorang “ahkak” baju merah ni, terus pi depan aku and masuk train. Kuang asem btol. Orang cam nak rak beratur, dia potong Q. Aku sempat sound dia “beradab la sikit, org lain beratur, awak pun kena la beratur” (macam la aku pun beradab sgt..hikkss!) Dia trus menonong susup cecelah orang ramai pastu dia siap jelling aku tu. Sib baik aku tak sempat tunjuk penumbuk. Marah tadi lom ilang ni nak tambah lagi darah tinggi aku hah..kurus pose aku hari tu.

Maka akhirnya sampai gak kat opis dalam kul 9 am gitu. Aku sms asben marah² kata aku tanak naik komuter lagi. Komuter lembap, budusss, senang rosak sana sini, bila hujan landasan banjir. Dia reply macam tunjuk simpati la jugak..ker sebab dia malas nak layan aku marah².

Tapi pagi ni dia hantar aku dgn senang hati ke stesen komuter jugak. Kali ni dgn alasan dah lambat, aku bangun lambat. Pulak!..tak makan saman punya worang. Huhuhuhu!

Oppsss..jgn suh aku bawak keta ok..hahahaha!

Tuesday, September 26, 2006

Sempoii n Elf roses :)

Nyorok..nyorok...

Semalam dpt saprais dr makincik elf..dapat 2 dozen roses kaler merah dan champagne kaler di pagi hari. Dia baru balik outstesen Cameron. Cantiiikk seh.. Tq Elf. I love yewwww! muah! muah! err..before aku buat jadi potpori, meh amik gambar dulu ...(uik tuan-alang..hang ingat hang sorang je begambar sakan kat sana...huhuhu)

cakk! arrrrrr...
Ehh tu berat terkini tu u olss. Semalam timbang, sudah turun lagi 2.1kg. So total 7.9kg within 2 months. Ok tak? Cikgu suh buat testimonial utk letak kat website Fitness First. Aiyooooooh..mek tak kisah u olls tapi ngenangkan nak kena letak gambar sebelum & selepas tu yg mek mcm tak sanggup tu u olss...huhuhu..yaa ampuun..

Friday, September 22, 2006

Selamat berpose kawan²..

Hi Kawan-kawan...hikss!,

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa. Sesama lah kita merebut peluang beribadah di bulan yg mulia ini kerana mungkin ini adalah Ramadhan terakhir buat kita. Jgn ponteng terawikh and kalau buleh khatam satu Quran menjelang akhir Ramadhan (insyaallah). Semoga kita semua di rahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Amin!

p/s 1 to jiran²: kalau nak bagi lauk/kuih tapi kitorang takde kat umahkan, leh la letak dalam pos surat atau pun dalam garaj ye. Nanti saya sediakan mangkuk tingkat ;p
p/s 2 to geng PFS: bila nak buka pose kat luar nih? kak aidid ngan orgy masak bleh? hihihihi..
p/s 3 to geng artakus: kak mas, alang² panaskan umah, buat la gath buka pose kat umah baru. Tak kan kat pis and cip jek ..huhuhu
p/s 4 to geng Joe Perantau taggers: we want gath! jgn inpom last minit arr..Delinn..ko ada misi. ingat tu. ahakss! Joe..samat pose, moga sihat sejahtera.
p/s 5 to tuan-alang aka enche mokhzani: selamat berpose di Houston. Jgn makan megi bebanyak nanti peyut ko penuh lilin. rugi la ko tak pose kat sini. sini makan besh...nyum! nyum! huhuhu..
p/s 6 to cikgu feizan: cikgu..saya pi gym seminggu 2x time pose buleh kan? kan? kan?
p/s 7 to kengkawan blogger dan yg takde blog: kalau open table jg lupa ajak yach..
wah!..dah macam ucapan dah-slim-mcm-jeniferlopez ni..ehh takde lah..ucapan dah-slim-cam-jeniferlopez nanti tu lagi panjang yach. Lambat lagi tuuuuuu... :p

Tuesday, September 19, 2006

Hatyai da bomb kenangan terindah..

Yaa..aku tau..Hatyai kena bomb Sabtu lps. Aku pun tersentap. Rata² sms kata sib baik aku pi seminggu awal. Ada gak yg sms "sib baik tak arwahkan" dan "sib baik ko tak mati time ngurut" uwaaaaa! korang kijammmmm...Ye lah..ngam² seminggu lps kitorang pi, dia kena da bomb. Alhamdulillah takde pape yg berlaku masa kitorang kat sana. Bak kata org, ajal maut di tangan Tuhan. Kalau nak mati, atas katil tgh tido sedap² pun leh mati beb. Tapi mebbe ni last trip ke Hatyai la kot. Permit cam tak lepas jer pas nih..huhuhu.. Ni gambar² seminggu sebelum, kat tempat kejadian..Happy jer, tak terpikir ada gak makhluk yg sanggup gugat kedamaian tempat sendiri..isk! isk! wa sedeyyyy...mana kita nak pi soping lagi pasni kak jay? kuciva va va va va! (tampar² muka vad yg takde kena mengena dlm ini cerita)

Orgy (yg dah kurus), sempoii (yg lom kurus²), kak aidid (yg mmg dah kurus) ;p
bekground lagu: kenangan terindah..huhuhu



Maskot Penyu PATA sempena tahun melawat Hatyai 2006. Tahun ni jer dah pi sana 2x tu u olss..Lps ni serik dah.. huhuhu

Depan Odeon yg kena da bomb tu..tata Hatyai..tokmboh date doh pahni.. ;p

Dalam bas..yg kanan sekali tu cip s*t*n (kata kak aidid) huhuhu

Friday, September 15, 2006

1st day in Hatyai - complete version..

Laaaa..dah hari Jumaat balik. Dah seminggu gi Hatyai tapi tak apdet². Ok la, ni entry hari nak bertolak dan hari Pertaman Tour d' Hatyai..

Malam tu appointment ngan cikgu feizan (yayy! cikgu dah ada blog) kul 7. Fahmy janji kul 8.40 amik aku kat gym hantar pi Pudu. So habis appointment kul 8.15 pm, kena sambung buat cardio. Buat stepper 100 kcal. Lps burn 52 kcal, aku berenti jap nak minum air water cooler sebab tak bawak botol air arini. So cikgu tegur and dia kata kalau berenti² tak kira. Kena start dr mula. Apaaaa?? uwaaaaaaaaaaaaaa! mana sempattt cikguuuu! Masa tu dah kul 8.30 pm. Last² dia bagi diskaun ok, buat 75 kcal jek. Sabo jer la, start balik dr 0. Minum air banyak² sebab takmo berenti tgh jalan lagik. Aku buat 76k cal. 1 tu utk penalty sebab minum air. ;p

Siap², mandi wat apa yg patut..ngadap cikgu dulu bagi laporan. Dah ok, boleh balik. Cikgu sempat pesan jgn nakal² kat Hatyai (hmmm!… toinnkkk! *tanduk kuar*)

Fahmy datang ngan gf dia. Hantar sampai Pudu. Kat pudu ngam² kul 9.30. Ini kali kedua grup we all pi Hatyai dalam tahun ni. Dengar tu..dalam tahun ni. tak reti² pi tempat len la korang ni huhuhu.. Yaaa kami kembali sebab ada "misi yg lom terlaksana"..hahaha!. Kali ni yg join kak aidid, waiem, Lan, Kak Jay ngan Abg Shalim. Ada gak few muka sama dlm bas tu yg pi masa bulan 3 hari tu. Apalah yg korang carik kat Hatyai tu? ooopsss..(terasa plak) Dalam bas dok ngan kak aidid. Bertolak kul 10 mlm. Kak aidid sibuk promote kain shawl LV dia. RM50 satu. Kak, kalau pakai shawl buleh buat sempoii ni ayu, saya beli kak.. tee hee hee..

Dalam bas teringat, alamak dalam poket ada dalam RM700 gitu. Cukup ker? Last pegi hari tu RM1000+ gak abis. Alaa takper nanti kat boarder nanti draw la mebeng. Mesin mebeng ada situ. Cerah balik harapan. Sampai boarder dalam kul 6 gitu. Urus cop paspot pastu naik balik bas. Singgah kat duty free, ceeeessss atm mebeng “out of order” punahhhh harapaaanngggg! Uwaaaaaaaaa!… kena bajet ngam² ni kalau nak beli barang. Uwaa! tak bestnyaa..

Naik balik bas, turun lagi bas kat boarder siam plak. Ehh kena amik gambar la. Kak aidid siap buat sign “praap” kat kamera..hahaha! kenal² ngan few ahli jemaah yg lain. Sampai Hotel Ambassador kul 8.30 pagi, letak beg then pi bekfes kat Restoren Rocky. Nasik lemak ngan roti canai. Dugaan.. Ada budak jual sokkabar. Laju jer beli, sekali time bayor kena 70 baht (RM7). Ambik ko, satu paper rega RM3.50. Paper import la katakan. Lepak hotel. Dapat sebilik ngan kak aidid dan waiem. Sebelah kanan bilik kak iffa, sebelah kiri bilik Lan. Apa² yg penting tido dulu.

Kali ni kitorang tak ikut Achik pi Songkhla sebab dah pegi dulu kan (eksyen tu..) So kitorang berenam amik tuk² pi shopping complex "Diana". Waiem cam biasa sibuk carik vcd korea. Yg lain cam biasa la..jalan tanpa tujuan..berkenan je beli, berkenan je beli. ahakss! Aku takde plan nak beli apa² pun sebab dah banyak membeli utk satu kampung bulan 3 dulu kan (duit tak cukup sebenarnya huhuhu). So skang nak lepak² jer la sambil ngabihkan duit yg berbelen. Then pi balik kat Restoren Rocky lunch. Adeh..dugaan tul la kat sini. Lauknya sedap². Kalau tak ngenangkan diet, sure aku belasah.

Pastu jalan² carik jersi. Aku bukan reti sgt ngk jersi ni. Lan kata tu grade A, kira grade A la. Nampak jersi tingat kat srox. Try call dia nak tanya dia nak yg mana, sekali pompuan siam jawap daa..so tak jadi la beli..hehehe.. Then singgah Odean Shopping Mall. Cam biasa waiem sibuk carik vcd korea, yg lain plak sibuk nak buang air. Toilet bersih tapi takde paip. Hampeh..kena la guna botol mineral water wat bersuci.

Then sume berpecah. Pergi Central Park. Kak Jay dah tak larat sangat gamaknya tu..Aku ngan waiem proceed pi masuk Central Park. Usha jam tangan punya la cun tapi awatnya mahal dr KL plak ni. Musti tipoooo ni..huh! ;p. Then balik hotel bertiga jek. Mana lah pi kak aidid ngan Lan ni.

Kat bilik timbul lak satu isu. Arah kiblat. Carik kiblat atas shiling tak jumpa, dalam laci tak jumpa, kat karpet tak jumpa. Rasanya masa bilik dulu ada letak dalam laci. So muzakarah pun bermula. Aku cakap bilik yg aku duduk masa bulan 3 dulu, katilnya ngadap cenggini, then semayang ngadap katil. Waiem plak kata bilik dia dulu cenggini..kiblat ngadap gini. So tawakal jek. Semayang ngadap dinding.

Malam, dinner kat Rocky lagi. Yaa ampuunn! lagi sedap lauknya dr tghari tadi. Makan nasik sukuuuu jer..tapi lauk baaaanyak. Buleh gitu?. Then "aktiviti bebas" selama sejam (Waiem tak join diatas sebab² tertentu). . Yaa sungguh bebas.. Dalam tuk² time balik ada sessi terjah dr Lan. Dia tanya memacam, kitorang jawap memacam sekali dah lama baru pasan dia record semua interview. Jahat la lan. See ya in the court!..ahakss! dan jgn lupa, tunggu la vcd "pengakuan bener" tersebut dipasaran ahakss!

Then kak aidid kata ada member nak jumpa dia kat Central Park. Pulaakk sapo plak tu. On the way tersangkut plak kat stall jual jersi tepi jalan. Lan kata cam jersi grade A. Aku kureng minat sikit ngan jersi² ni, kalau baju tido tu lajuu la kan, tul tak kak aidid? kak jay? ;p Abg Shalim siap urut² tokey jersi tu nak mintak diskaun. Yg tak laratnya, tokey tu kata "saya muslim..islam..ada daughter" (konon² tanak kasi diskaun la tu) kitorang pun jawap reramai.."kitorang pun muslim jugaaaaaaa" huhuhu..mmg tak paham bahase.

Pastu carik² "kawan" kak aidid. Kak aidid tanya, korang nampak tak kawan akak tu? Huk alaaa..mana la kita nak kenal kawan dia. Sekali jumpa itu orgy daaa.. oooo beriya aku ajak hang tak mai, sekali senyap² ko datang ngan org len aarr.. Lepak kat gerai tepi jalan. Makan leicikang. Orgy dah kurus banyak sebab rajin pi gym.. tapi bila kurus eksen la plak. huhuhu..Aku ajak dia tukar buat membership "passport" leh teman aku kat menara axis, dgn syombong nye dia kata asben dia suh stop sebab dah kurus..ecececcece!

Sempat hantar orgy balik ngan tuk² sebab dia cuma ada 2 bhat jer dalam poket! wakakaka! tulah soping tak hengat duniya. Lps hantar dia balik, kitorang balik hotel. Wai em tido awal sebab tak sihat. Aku ngan kak aidid ngk cenel 24 (ni Lan yg suggest, dia kata chenel tu terbestest ;p). Layan tv sambil meniarap atas katil, last² terbangun dah kul 3 pagi. Terbangun pun sebab dengar orang tidur berdengkur..huhuhu. Ni yg rugi ni. Aku cukup kureng kalau tidur tak proper. At least kena selimut baik², pakai stokin, tido mengiring, peluk bantal peluk (atau apa² yg buleh dipeluk ;p) baru la tido proper. Kalau tertido depan tv ker, atas lantai ker..alamat letih yg amats ler besok.

- so misi hari pertama ..DONE! tepuk! tepuk! tepuk! -

Wednesday, September 13, 2006

Bukan diriku.. - (Samsons)

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas 'tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu

Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku..

Tuesday, September 12, 2006

Doh kelikk dooohhh..

Alhamdulillah dah "selamat" balik dr hatyai malam tadi..
Best! best! best!
Tunggu la review lps dpt gambar ek..Overall, kali ni kitorang banyak buat hal sendiri², tak ikut Acik yg uruskan program tu. Kitorang skip Songkhla sebab ikan duyung situ sama jek cam 6 bulan lps, lain la kalau patung seksi tu bertukar jadi orang, nak gak ngk selalu ;p. So amat banyak la masa utk shopping..tido..makan..dan "lain² lagi". Kitorang banyak gi shopping kompleks - kompleks Central Plaza & Diana. Lebih kurang Sogo la kalu kat sini. Padang besar tak pi sebab tak larat arr dekat separuh hari dalam van kalu nak pi situ. 6 bulan lps pi Padang besar sampai lupa makan, end up peyut masuk angin pastu malam muntah² trus fening tak leh bangun. Kali ni serik dah kot.
Batten bertukar tangan, kalau dulu aku paling banyak spend duit aku rasa kali ni kak iffa la yg pegang tittle "the most kaki shopping d' tour d' Hatyai" kali ni. Aku bukan dah insof (jauh sekali hahaha!), tapi bajet aku tershort last minit sebab tokleh kuar duit dari maybank kat duty free tu. Aku bawak duit ngam² je dr tabung ayam. Memandangkan aku suka wat keje last minit, so aku plan nak topap lagi duit masa kat duty free before masuk Telen tu, sekali itu mesin tarak takbley pakai daa..adehh! so cuma dapat shopping bese² jek..tak dapat la shopping tak henggat cam selalu ;p .
Kak iffa sure suka part ni --> nanti sambung citer yach! hahahaha!
p/s: Tuan alang msg kat msg box. uitt!, mana hang pi no? nanti free contact aku yach.

Friday, September 08, 2006

Telur kita...errk, gath artakus and off to Hatyai :)

I love telur veri much..don't ask me why..ngeh! ngeh!.


Ni antara hadiah besday aku tawon ni..Set telur atas rak tu ngan tulur 4 bijik tu hadiah besday dr diwi sendiwi utk diwi sendiwi jua..ahakss!, tulur besar ostrich dr South Africa yg kat kiri tu dari Linda budak opis, bunga tiga kuntum (dah kering) ngan bear kena ikat dalam beg tu dr mak incik elf, kad besday kat belakang tu dr Mr A. Tq u olss. Tiada dalam gambar ialah jam tangan dr asben yg tak dapat² sampai sekarang ;p (asal remind jer dia trus migrain..huhuhu)

Tulur² of the year..January to December.


Semalam sempat kuar ngan Kak Mas, My warrior panglima Morrok Legion ke III Odetakhun Jundak, kak Lela ngan kak Za. Sejak join gym sebulan lps, aku dah takde masa "berfoye²" ngan kengkawan (plis take note yer..cikgu). So, lepak kat Kopitiam, CM. Hujan lebat sampai terpaksa beli payung kat kedai mamak. Nunggu si Jundak pulak dekat satu jam kat stesen lrt, dekat 30 train lalu lalang baru dia sampai. Sabor jer la, sib baik la ko panglima Jundak. Sampai sana dah kul 7.15 ngam² je utk org buka pose...utk yg pose la ;p. Adehh..byk btol benda yg jadi isu semasa. Dari citer orang bertapa sampai la citer hantu raya yg give up.. Teruk si Jundak kena "brainwash" ngan ahkak². Byk sungguh "ilmu" yg dia dapat malam tadi ;p.

Jundak sempat promot buku terbaru dia (ehh ko ada buku lain ker?) iaitu "Hikayat Lang Surya" yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Dia turut mengambik kesempatan ni utk buat press konperen dan sessi bersoal jawap ngan peminat nombor satu dia tentang buku tersebut ..err maksud aku bukan peminat kipas mati ok tapi peminat dia yg pertama, iaitu kak Lela *saya ada feminat ke bangggg*...huhuhu!

Apaaaaa? Ada kek! yaaa ampuuunn! Kek tu konon²nya sempena konvo kak Lela, besday aku, jundak, kak mas dan kak zah. wakakaka! 5 dalam 1 tu yeww, boleh gitu semua nak share kek. Dah la kat opis tadi dah termakan cis kek budak opis besday. Abis la aku..kena buat 30 minit stepper nih. Tgh syok makan kek tetiba cikgu feizan tlepon "awak kat mana ni? napa tak datang gym". Owhh tohann..pelupa nyer cikgu ni. Dari hari selasa lagi berbuih mulut dok remind aku tak dpt datang gym hari khamis sebab "ada hal" (;p). err..ker dia ada pasang cctv leh nampak aku tgh makan kek hor? cuak dah nih...aiyooohhh...(kesat peluh)

Lps aso kedai tu buat² tutup..bukak lampu byk kali sebab nak kasik hint kedai nak tutup atau pun sebab dia tak puas hati sebab kak Mas tak bagi dia kek ("ini kek mau kasik laki dia, awak kongsi sama itu worang"...zalimnya kak mas huhuhu!), kitorang tukar port kat kedai mamak tepi CM plak. Order air yg kurang kalori, teh o limau suam. Sambung balik gegak-gempita kat situ sampai kul 10.15. Perut dah ketat dah gelak. Kak Lela kalu buat lawak, citer lom abis , orang dah leh gelak dah. Kak Zah plak bila bercerita, cerita lawak pun dia leh explain ngan muka serius. Adehh.. So sebelum urat funny aku putus, baik kitorang balik dulu.

Balik umah kemas² umah, basuh baju, sidai baju tetengah malam, "buat apa yg patut" dan packing barang..nak pi Hatyai besok. Pukul 2 baru leh tido. Adehh letihnya.

Pagi ni ada miting opis dr kul 9-1pm. Then ptg ada appointment ngan cikgu feizan. Mintak² jgn ler timbang ni ari. Ehh aku dah citer ker hari tu lps timbang berat (lps dua minggu dr timbang first tu) aku turun lagi 2.2kg (1/9/06) + 600 gram (5/9/06) = 2.8kg? So overall, selama sebulan berumahtangga kat gym, aku dah turun 5.8kg ngeh..ngeh.. Ehh nak buat ucapan lagi ker? tak payah la ek. Besok² kalu dah kurus cam Jeniper Lopez baru leh buat ucapan lagi.. (bila ler agaknyer yer cikgu? :p )

okay la. Malam ni bertolak kul 10pm kat Pudu. Doakan we all selamat pi, selamat mai. Abg dins, jgn nakal² aarr..don't migrain n drive. Jgn cubit budak². Love yewwww n gonna miss yeeww. The rest..have a nice weekend ahead. Take care, hugs n kisses..to all of u. tadaaaaaa! Muahhsss!

Lagi laporan skema leh ngk kat sini (gambar pun ada, ntah pesal ntah aku takleh upload gegambar yg tu..tensiii)