Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Friday, September 30, 2005

Siaran tertunda - Gath Kefli (version 2)

Ralat: aku delete entry (version 1) sebelumnya sebab mengandungi unsur² kontroversi yg boleh mengakibatkan taufan Rita. Minta maaf bebanyak kpd yg berkenaan. Saya janji tak buat lagi.. pis pis kacang pis!
Mao war²kan: Gambar saya (versi tak kontroversi) ada terselit kat Majalah Media yg depan cover dia gambar Felix dan Akma. Gi la nengok kat kedai mamak tu, selak² nengok, tak yah beli pun takpe..huhuhu!



Aku memang dah lama janji ngan kak aidid (orang kuat praapp!) nak gi gath Kefli, sebagai moral support sama cam aku ngan wai em gi gath Fitri masa AF2 dulu. Bila telek² balik bintang² peberet kak aidid ni kan, aku perasan memang ada persamaan antara Fitri ngan Kefli. Dua² kiut, sore so-so jer, tapi yg aku puji derang pandai amik hati peminat dan sangat bersopan santun. Orang yg awal² tak suka derang pun bila dah gi gath derang akan mula suka kat derang. Kan? Kan? Kan? Pagi² 17th Sept 2005 (sabtu) lagi aku dah siapkan apa yg patut kat umah. Tammo nanti aku gi gath, bang din bising² plak kat umah. Since semalam dia dah gi main futsal ngan kengkawan, so hari ni time aku lak jalan². Tengahari dia hantar aku gi Sogo. Aku baru jer nak carik restoren Fish Market Manhattan tu tetiba dah ada kat depan mata. Lerr.. kat depan sogo rupanya. Ingatkan kat tingkat mana. AJK still sibuk hulu hilir buat preparation, so malas nak kaco.


Aku orang pertama register yewww, so aku cop meja depan pentas. Aku letak door gift (frame gambar kefli) atas meja tu buat tanda aku dah cop pastu trus pi window soping ngk henbeg ngan kasut kat ground floor. Sogo ni tetiap hari ada sale, rega lps diskaun dia sama ngan rega harga biasa kat tempat lain. So aku mmg elakkan beli barang sini. Last soping sini pun masa beli hantaran kawen dulu, 8 tahun lps. Dah abis beribu² lemon baru tau harga kat situ mmg cekik darah. Tapi takper, kawen hanya sekali. Ingat tu bang din.. :p Kaki dah start lenguh, aiyoo jalan sikit dah lenguh. Aku gi balik ke tmpt gath. Aiseymen..dah ada orang dok meja yg aku booking tu la. 2 lelaki, satu pompuan. Takkan aku nak semeja ngan ntah sesapa tak kenal kan. So aku pindah meja lain dok ngan wai em, ijin, Tokin. Kak Iffa & abg Shalim dan Shay dok meja lain. Malangnya, sampai ke sudah Tokin tak datang sebab tayar keta dia pancit. Sian Tokin. Aku tak ingat sangat detail acara. Masa Kefli bagi ucapan, selamba jer dia cakap, “saya tatau nak cakap apa nih, saya rasa cam nak terkencing jer ni” owhhh so selamba derk la ini budak. Time makan la part aku tunggu. Lapo gila. Haha! sib baik menu Fish n chip. Kalau ayam sure aku kena teguk air jer sepanjang majlis.

Acara Limbo Rock, kefli menang. Saje jer kasik dia menang tu. Cam tak sesuai kalu orang pompuan masuk, takut tersekat tang mana²..ahakss!
Acara nyanyi² plak., kefli nyanyi lagu Ratuku dan berhenti berharap. Lagu berhenti berharap dah jadi lagu wajib dia. Masa nyanyi lagu Berhenti berharap dia amik air dalam gelas sapa ntah letak kat mata, konon cam air mata. Pastu time dia nyanyi lagu Ratuku, tengah org tgh sibuk amik gambar ada la plak sorang “ahkak” ni dok bergambar ngan kefli. Lepas bergambar satu dua klik patutnya paham la kan, pi la dr situ. Ini idak. Dia dok lagi berkepit ngan Kefli kat situ sambil lentuk² kepala kat bahu, feeling sorang². Haiyooo..org nak amik gambar Kefli SAHAJA ok. Lama plak tu sampai lagu abis. Tensi sungguh. Jenuh ejas² kamera nak fokus gambar Kefli sorang jek. Pastu, aku ngan laser tak henggatnya siap cakap “errr…yg tu boleh ketepi sikit tak, nak amik gambar Kefli jer nih” hahahaha! Itupun dia maseh tak paham.. ayooo yoo! Ini macem org pun ada.Lagu duet dia ngan adik dia “Senja nan merah’ pun sedap jugak. Teringat kat spiral ngan wife dia salu nyanyi lagu ni time karaoke. Dengar kabar spiral dah balik Mesia. Brader..bila mao k.a.r.a.o.k.e lagi arrr?

Masa game kotak beracun, Ijin kena buat gaya Kefli masa nyanyi lagu “Ahaaa tak tahu”. Dia dok tegak jerk tak buat apa sambil sengih². So MC suruh dia nyanyi lagu tu, siap muzik lagi tu yewwww!. Dia pun ala² mawi tak henggat lirik “la..la..la…la… A.S.A.P!!!! (part ni paling kuat)..rangkap kedua..rangkap kedua!” (ni pun kuat jugak). Bravooo Ijinnnn!! Yg penting sporting. Vast gitu.


Kul 4, ijin ngan wai em balik awal, ready utk gi Anugerah Era kat stadium Bkt Jalil. Aku sambung dok situ sebab dah plan nak gi sana ngan kak aidid n frens naik LRT jer. So sambung main kotak beracun, abg shalim kena..aku tak ingat dia kena buat apa.
Pastu byk lagi game, aku dah tak kosentret sebab rasa letih yg amat. Lepak jer sambil perabihkan makanan (ni mmg feberet aktiviti aku..hahaha!) dan sms, sms, sms, sms…(ni puun mmg feberet aktiviti aku :p). Lupa nak cakap yg baju biru tu Juan Danza supporter Mawi No. 1 dan juga wartawan URS. Aku kagum ngan semangat dia menjalankan tugas sebagai wartawan dan blogger. Bravo Juan!
Sempat jumpa Azlif masa Kefli tgh sibuk kena interview. Sib baik dia tak serba pink hari ni, tapi getah rambut dia pink yeww..trus tingat kat vad yg amat mengagumi orang yg pakai baju pink, especially yg sendat²..muahahaha!

At last, mengena jugak satu hadiah. MC suruh carik kerusi yg ada envelope. Aku jumpa satu dr bawah kerusi ijin (ijin dah balik occay). So dapatlah voucher Fish market Manhattan RM30. Ok la tu utk makan sorang.

Gi Stadium reramai ngan kak Aidid n frens. Ramainya orang. Amik tiket dr Badrul trus beratur. Dapat seat tingkat 2 kot sesama ngan wai em, ijin, tokin, NHK, ckin, orgkampung, kak aidid, cikanos, linbanana dan lelain. Majoriti tunggu Mawi nyanyi jer. Bila Adam nyanyi lagu “Ahaa tatau”, teruk ijin kena sakat. Malas nak cerita sapa buat persembahan...so..so..so..yg aku tau majlis tu happening dan sempoii and frens sangat hepi. Tapi btol la kata Naruto kat blog dia, kalu ada robot Era sure lagi meriah. ngeh! ngeh!

Lps semua selesai, semua bergerak ke R&R Awan Besar, makan. Sempat jugak beli gambar gath Mawi yg Lan cuci. Pastu bang din pun datang ngan budak² jemput aku kat sana. Dalam keta baru teringat “alamak, sapa bayarkan air aku tadi ek?” call kak aidid, dia kata dia bayarkan..hehe Tq kak.

Thursday, September 29, 2005

Result final Poll - Yahoooo!

Yahhhoooo! Alhamdulillah dapat no. 3. Pagi Jumaat berdebar² gak nak gi opis sebab EdRyNa cakap semalam Joe ada cakap nak tutup poll dlm masa 24 jam (korang ngk berapa serius nya aku ngan poll ni hahaha!). So, on jer pc , cam bese trus gi blog Joe Perantau . Aiyaarrrkkk! dah ada result.
Alangz (1003 votes)
shj (727 votes)
sempoii (630 votes)
EdRyNa (622 votes)
baby/Puteri (454 votes)
Mutia (28 votes)
Speechless! Tu yg teruja nak bagi ucapan ala Grammy awards nih. Terima kasih bebyk la pd sesapa yg mengevote sempoii especeli to my Kroni² setia, cL dan EdRyna. Tanpa korang sapa la sempoii ini.. uhuk! uhuk! Sejak poll tu wujud kan aku rasa adrenalin aku asik kat paras tertinggi jek, berdebar² sokmo. ntahapehapentah. Selang berapa minit sure masuk blog joe, kalau tak undi diri sendrey, sure sebab nak ngk result org len. Rasa² ada org nak kejar jer, trus pulun vote.
Tapikan, banyak gak kenangan pahit manis sepanjang poll tu berlangsung.. Yg manis aku rasa tagger kat blog joe makin rapat sebab semua nak pancing undi..ok per..hehehe! Dan yg pahit..uwaaaaa! aku berselisih paham ngan salah sorang kroni aku. Mula² masa poll 1, semua ok. Kroni² berhempas pulas mengevote aku tanpa berbelah bagi. Masa tu aku dapat no. 2 lps Alangz. Masa poll 2 pun camtu gak, sebab turn aku dan cL pulak berhempas pulas mengevote EdRyNa. end up dia dapat no. 2 jua lps Puteri.
Masa final poll tu yg leceh sikit sebab dah pecah undi. Kroni yg tak bertanding (cL) dah tatau nak vote sapa. Di sana sayang, di sini whindu (apa ko merepek ni poii). Tapi aku masih mengevote diwi sendrey (tak malu nyer ko ni sempoii..hahaha) dan juga mengevote EdRyNa, cuma tak sebanyak dulu. Pastu satu hari tu aku buat eksperimen camner nak vote byk kali dalam satu hari guna pc yg sama. Berjaya! so bila satu ketika tu ngk vote kroni aku jauuuhhh ke bawah. Aku tak sampai ati. Kalau boleh aku nak la sesama jadi top 5 sebab dah alang² (bukan alangz okkey) masuk kan. So aku bagitau dia tips camner nak naikkan vote. Lat berapa lama pastu aku ngk vote dia mencanak² naik, hampir sgt ngan aku...dan owhh tidak! dah jauh meninggalkan aku..uwaaaa! aku rasa tertekan. Rasa bengang semacam. Tapi mmg dia tak salah. Aku lupa pesan Joe. Joe pesan masa final poll jgn pikir org len, pikir diri sendrey. Lelama aku rasa give up. Sebagai sorang kroni, Ed terasa aku bengang kat dia. Dia pun dah stop suruh kroni dia undi dia. Dia start undi aku balik. Pastu ada sorang "sahabat" nasihat aku "kalau dah rezeki kita, takkan ke mana. Rezeki tu Allah yg bagi". Aku rasa tersentap, rasa engsap jap. Terasa plak aku dah sekat rezeki org. Kalau dah mmg rezeki dia, aku takde hak nak halang. Aku sms Ed suh dia proceed undi balik. kejar si alangz yg vote mencanak² tak henggat tu. Baru aku sedar, aku ni spesis pentingkan diri sendiri rupanya. Takperla biarlah semua yg pahit berakhir di sini.

So dah abis poll ni aku rasa lega yg amatsss....Jiwa tenang balik hahaha! dan yg penting aku dan kroni dah dapat top 5. Nombor 3 dan 4. Aku percaya dia leh beat aku senang² sebab kroni² dia rajin u ollsss..tapi sebab dia still nak amik ati aku, dia ngam² dok bawah vote aku. kejar sikit². Mek terharuu u ollsss..Sebab dia ada kata "aku pentingkan kawan dr poll". Aku jer yg pentingkan diri sendiri. Tapi semua tu dah berlalu. Hepi ending cam citer shrek. Dan Joe akan poskan hadiah dalam masa terdekat..yahoooooooooooo! thanks Joe :)

Friday, September 23, 2005

Dilemma HP number...

Apa perasaan ko kalau ko dapat tau member ko beria² tak nak simpan nombor hp ko dalam hp dia dengan alasan dia dah hapal. Memang la nombor aku tu senang nak hapal sebab ada banyak nombor double.Tapi dengan teknologi canggih memacam, ngan voice dial la.. speed dial la..still ada yg sanggup tekan punat button tu 9 kali tiapkali nak contact ko. Bukan ker dengan save dlm hp tu menyenangkan keje korang, alasan dah hapal tu tak logic la. Apa salah hapal dan save?. Aku rasa kecik ati. Aku ada beberapa member yang camtu. Antara alasan² mereka:-

1) “Alaa takper.. simpan dalam hp ke tak ker sama jer…”
(komen aku: dosa ker kalu save nombor aku dalam hp keramat ko tu?)

2) “Ko patut berbangga, sebab aku hapal nombor ko. Nombor opis ko pun aku hapal, 3 line plak tu. Ko pun tau kan, hp aku 2 bulan sekali musti ilang, takpun kena campak ngan awek, ngan nombor² dalam tu sekali ilang, tapi aku still dapat contact ko. Ko patut bangga tau”
(komen aku: hahahaha! Iyoolah tu…Memang pun, selang berapa bulan dia sure call aku, Tanya nombor kengkawan..tukar hp cam tukar kasut. ahakss!. Tapi last² dia save gak nombor aku dlm hp dia lps ugut tammo kawan dia lagi)

3) “Alahai..lupa la nak save..”
(komen aku: walllaaa…dah berzaman kawan, takkan lupa nak save. Logik la sikit)

4) “Tak bleh …nanti ada orang check”
(komen aku: itu macam kalu, jangan contact aku lagi. Jgn tambah masalah kalau ada org tak suka)

Ada sorang member aku satu lagi, lagi best. Memang tak wujud la nama iras² pompuan dalam hp dia. Semua dia tukar jadi nama lelaki. Azlin jadi Azlan. Mazlina jadi Mazlee. Gelak guling² kalu nengok nama² yg dia letak. Ikut suka bapak jiran dia jer..Tapi aku respek dia sebab dia ada alasan dia sendiri, takmo bertekak ngan org tersayang dia. However dia ada inisiatif nak simpan nombor kengkawan. Takpelahh..kitorang paham…You know who you are…hahaha!

So what say you?

Wednesday, September 21, 2005

Final Poll - Undilah SEMPOII

FINAL POLL !!
UNDILAH
SEMPOII
DI BLOG JOE PERANTAU
(jalan² sambil mengevote dan sambil menderma)


Hehehe..tak abis² ngan poll eh..Takper ni yg the final one. Tarikh tutup mungkin end of Sept atau 1st week of October atau ikut-suka-joe-la-bila-mao-tutup. So tulun la undi aku yeak, korang leh undi banyak kali atau kat pc lain². Sempoii sayang kamu..ahaksss!
A'ah laa lupa nak cerita (tq Joe sebab remind aku), Joe juga sedang menjalankan "Projek Tabung Ayam" kat blog dia. Setiap kali visitor datang ke blog dia, counter tabung ayam akan bergerak. Setiap unique hit (bkn page view count) disama nilaikan dengan 1 sen Malaysia. Aku tak reti nak cerita detail sangat so baik korang nengok sendiri modus operandi Tabung ayam dia ni. So setiap kali anda jejak jer kaki ke blog dia, maka satu sen akan terhasil. Setiap akhir bulan, atau setelah jumlah hits/sen terkumpul, duit tersebut akan dibelanjakan, didermakan, dihadiahkan etc.
Tadaaa! Marilah ke blog Joe Perantau dan mengevote sambil mendermaaaaaaa!!!!!
p.s: Joe, aku taip satu² takut silap tulis lagik. Dah ler blog ko tokleh kopipes...huhuhu

Tuesday, September 20, 2005

Gambo bersanding...


Ahakss.. ni gambar masa "Seribu kenangan bersama Mawi". Mawi posing cam nak bersanding jer yeww!
Belakang dr kiri: Abg Shalim, wai em, kak aidid, Leo, Lan comel, Ina Taman Dahlia, Ckin (brunei mari)
Depan senget mengghala ke Mawi dr kiri: Ijip, Baby Ijin, Mawi,
sempoii a.k.a. Ina Kulai oppsss! Ina Subang, kak Iffa (awat jauh no ngan abg shalim nih)

Gambar² lain dah cuci masuk album. Kredit gambor to Juandanza.

Friday, September 16, 2005

Undilah EDRYNA pula


UNDI LAH
EDRYNA
DI BLOG
JOE PERANTAU



Sebagai kroni yg berhemah aku nak promot sorang lagi kroni..Since dia dah berhempas pulas vote aku minggu lps (dengar cerita dia guna banyak pc nak vote aku) sampai aku dapat no. 2 hehehehe...

Undi sekarang juga..jangan tunggu sampai Joe bangun tido pastu tetiba nak close poll. Masa itu undian anda tidaklah berguna lagi dan boleh disimpan ntuk AF4 dua tahun lagi.. tee hee hee..

Segala terma dan syarat sama cam poll 1 di entry sebelumnya...jeng..jeng..jeng...

Monday, September 12, 2005

Undilah SEMPOII

Pesanan penaja : LAGI TINGGAL 1 HARI NI TUK NGUNDI...UNDI LA CEPAT WEIHHHH!
UNDI LAH
SEMPOII
DI BLOG JOE PERANTAU
DI BLOG JOE PERANTAU
Asal usul: Kempen ini datangnya dr blog Joe Perantau yg baik hati..(hahaha kempen dah start daah.. huhuhu).
Intro sket: Fyi, satu party tupperware blog
Joe Perantau (yang baik hati) akan diadakan pada hujung bulan ini, sempena meraikan hepi besday blog dia yg pertama. Joe (yg baik hati) dengan hepinya telah mencreate satu poll sekadar suka-suka jer, yg akan menentukan..sapa yg menang dapat hadiah, yg kalah tak dapat hadiah. Ini merupakan poll yg pertama yg terdiri drp readers blog Joe yg register tagbod. Pada minggu hadapan poll ke-2 adalah terdiri drp readers blog Joe yg tak register tagbod. Pemenang dr poll 1 dan 2 (tatau berapa orang satu poll) ini akan berentap pada minggu ke-3. Oh ya, Sempoii merupakan salah seorang calon di dalam poll pertama ini. (owwhh tohan...saya terharu dengan pencalonan innew yewww). Ahaksss! Menang kalah adalah berdasarkan jumlah undian sahaja. Tiada undian sms dan juri..semua adalah free melainkan kena bayar bill letrik dan bill internet memasing.

Start kempen guling²: So kpd kawan², sobat², musuh² (yg baik hati..auww), mokcik², feminat² (gelak guling²), "kalau anda menghargai bakat yg saya ada (ooo bukan bakat yg itu yaa..no! no! no!), maka undilah saya"..huk aloooo itu kempen mawi da. Senang cerita, korang klik jer undi nama aku. abis cerita.

Tatau camne nak ngundi eh:-

1) korang klik blog Joe Perantau (yg baik hati).
2) pergi ke poll "Aku nak hadiah wei, undilah aku" yang kat bawah tagbod tu
3) klik nama "sempoii'. Segala klik tersebut di dahului dengan ucapan time kacih.. :)
4) Anda boleh ngundi setiap hari, dan dalam satu hari ekceli leh ngundi lebih dr sekali tau, tapi kena jarakkan masa. Berapa jam tu aku tak sure lak, nak kena tanya alangz ni trik² dia..hehehe

Tak berapa paham la sempoii, cerita la lagi: Arrr kalu nak paham lebih lanjut, apa nerakakah kempen ini, apa kata korang rujuk ke blog tersebut...

Tengkiu u olssss..(tepuk3x)


Saturday, September 10, 2005

Jiwang karatsss!

Masih Ada Rindu
(The Unwanted)
(The Unwanted)
Sepasang matamu yg sayu
Merenung lembut ke wajahku
Membuat hatiku hancur lebur
Tak mampu ku tahan air mata yg gugur

Sesudah terputus ikatan
Dan tertutup pintu harapan
Mengapa harus berjumpa lagi
Sekadar melepaskan rindu tak bererti

Tidak perlu kau bercerita
Tentang dirimu yg sudah berpunya
Ku tahu kau bahgia bersamanya
Tidak perlu kau bercerita
Tentang dirimu yg sudah berpunya
Ku tahu kau bahgia bersamanya
Hapuskan sahaja kenangan cinta kita

Meski antara kau dan aku
Masih ada kasih dan rindu
Tapi apa guna itu semua
Hanyalah menambah derita dalam dada
-TAMATED-
p/s: Srox, carikkan lagu ni kat stor. Tq...utang lagi setengah dulang mihun..ahakss!

Friday, September 02, 2005

Konsert Reunion AF3

Hari Khamis ngan Jumaat aku cuti. Konon-konon nak balik Kelantan tapi sebab bang din tetiba kena kerja hari Khamis, semua plan hancus. Aku dok sorang² kat umah sebab budak² kat umah mak. Mak aku mmg dah pesan kalu cuti jgn dok umah dia nanti anak aku extra ngengada.

On tv, mmg blurr tatau nak buat apa nih. Buka la cenel 15 kot² ada ulangan konsert. Tgk chat kat sebelah tu. Hmmm dah 2 tahun aku tak chat kat situ, last chat masa wish besday cL 2 tahun lps, itupun lps setengah jam baru kuar tv. Pastu kat tepi chat tu tertulis “dapatkan 2 tiket Konsert Reunion dengan hanya menjawap soklan yang bakal diberikan. Taip Chat Jomchat dan jawapan dan sent ke 32999”. Hoh? Bila konsert reunion ek? Mcm best ni, trus aku capai hp trus taip Chat Jomchat. Pastu si Pesal (buaya ijau, staff cenel 15) pun kasik klue, soklan akan kuar dlm masa 3 saat dr sekarang. Hoh..tetiba berdebar. Soklannya “Apakah tajuk lagu Mawi berduet ngan Siti di Danga Bay haritu?” Cecepat aku taip Seroja dan sent. Yahuuu! no. 1 kuar kat tv. Maka si Pesal tu pun mengenounce aku yg dapat tiket. Ada la sorang chatter (aabr77) tu frust abis sebab tak dapat. Relex la..byk soklan lagi.

Tghari Bang Din balik, makan luar. Lps makan tgk hp ada miss call dr astro..Alaa ni musti org cenel 15 tepon suh amik tiket ni. Dah la aku tak kenal sesapa kat situ. Gamble jer aku call balik, derang cakap nak ckp ngan sapa, aku jawap “Pesal” (blasah jer..hahah). At last dapat pun..dia suh amik besok. Mamat tu gelak sebab aku cakap nama dia Pesal. Abis nak sebuut apa? Buaya ijau?

Besok pagi, gi amik tiket kat astro. Macam biasa sure nak show off kat srox kan, so aku sms dia kata aku nak gi astro amik tiket. Nak bagi dia jeles, last2 dia cakap, “okay nanti singgah opis aku, kita minum² teh, ala 10 min jer”. Lerrr..ajak minum plak. Aisey dia tak jeles la. Salu dia jeles hahaha! Aku bagitau bang din dia cakap ok, tapi amik tiket dulu. Gi astro amik tiket dr Pesal (Buaya ijo, sebab letak gambar buaya ijo pegang bendera). Nama dia Faisal rupanya…budak lagi..hehehe.

Lps amik tiket, trus gi opis srox yg memang dekat ngan Astro, lepak ngan srox kat kantin lebih kurang 40 minit. Bang Din banyak borak pasal website dia. Mintak macam² tapi duit liat nak bayor..hohoho! Time kasih srox sebab blanja banyak kuih haritu. Yerr kuih tu namanya “kole kacang” ..ingat tu. Pastu Syamil tayang²kan tiket depan dia, baru lah dia jeles..hahaha!

Konsert Reunion malam tu happening btol. Aku dapat seat bahagian “South”. Punya la pusing satu stadium ngan Ann baru jumpa South entrance. Free seating. Bahagian Arena untuk penonton yg berdiri. Generally, persembahan derang best² belaka. Mebbe lps abis AF, derang nyanyi tanpa tekanan, dah takde sapa yg nak kena usung beg kuar, so dapat lah bagi yg terbaik utk penonton.

Mawi tak yah citer arr..memang best aja. Sempat jugak buat lintas langsung hp ngan sorang member yg tak dapat pegi, suh dia dengar live Lagu mimpi laila dan Aduh Saleha thru phone.

Alaaa Makcik A panggil plak..jap eh..karang sambungg!