Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Sunday, January 31, 2010

Pesta buku & Pc kaput

Semalam pi pesta buku Karangkraf kat Shah Alam ngan cik asben. Plan nak carik buku Ramlee Awang Murshid (RAM) yg aku takde lagi, Igauan maut ngan Anugerah Pertama. Tapi nan ado. Tapi aku ngangkut separuh buku2 RAM yg aku ada..sebab nak amik signature dia. Cam bebudak je ek? siap nak sain buku bagai.

Penulis buku jiwang2 lain sume dah berderet duduk kat meja. Kul 2+ baru RAM muncul. Dulu dah pernah jumpa sekali masa Forum Sai Fai tahun lps. Dia lom sempat duduk, aku dah letak buku bertingkat2 depan dia suh sain, siap ngan cebisan kertas yg tertera nama betul aku. "Tu nama saya, tolong sain ye..bang Ramlee" (huhu macam citer P.Ramlee). Tapi puas hati la ngk dia sain sampai 8 buah buku sekali harung. Buku2 tu siap berbalut ngan plastik, Khai yg balut sempena kerja part time dia, satu buku 50 sen..huhu. Tempahan masih dibuka..hiiks! Sure dalam hati enche RAM tu pikir, "minah ni dalam paranormal ke hapa, siap balut2 buku ni.."

Then sempat bergambor ngan RAM ngan buku "9 nyawa". Then borak2 ngan one of RAMFC, Elle (rasanya gitu lah nama dia) tanya pasal kelab. Tak sabar nunggu buku baru dia "Cinta Sufi"...ye la sesambil nunggu abg Pat kuarkan buku dia yg ke-8..hheheheh

Kira berbaloi gak la pi, diskaun sampai 30%. Beli few buku jiwang yg terlatest dan buku "Kopi O kurang gula" (oleh A.Jalil Ali) untuk mak aku. Pastu amik sain A.Jalil Ali on behalf of emak. Artikel2 dia dalam majalah2 karangkraf mmg lawak gilos. Sampaikan ayah aku pun jeles. "Ntah apo ntah yg best baco buku dio". End up..sampai ke petang, mak aku senyum. Sikit2.."mana buku jalil Ali tadi mak nak baca"..sikit2 "mana mak letak buku Jalil Ali tadi.."..hohoho! Over, macam aku jugek. :p
p/s: terserempak ngan kawan lama, Irwan Zesly. Kawan satu sekolah rendah, sekolah menengah dan kat UTM. Sib bak tak satu tempat keje..hiks!

*************************************************

Last week pc aku kaput. Kena reformat. Hampeh tul. Dari mana ntah datang virus tu. Kalau nak ikutkan tetiap hari aku masuk email yahoo, FB ngan membelokhoping sajork. Cuma (mode bisik) ada la sekaliiii je aku pi masuk jobstreet update cv. Sehari lps tu la pc aku dah start pop up macam2 benda pelik dah. Aku saspek je la dr situ. So sehari suntuk aku tak buat apa. Ngadap si Mimie (nama dia suhaimi..hiks) yg tgh fix pc.

Lepas reformate, baru aku tingat aku lupa transfer cv aku ke "pemacu ibu jari". Argghhhh! baru apdet cv yg 13 tahun punya experience tu pastu lupa nak copy plak. adeiii! Tensi gue.

*************************************************

2 days after pc kaput:

Aku ni lalang kot..tak pun materialistik. Hari tu berkoba2 nak chow dr opis ni. Yerp so far dah 6 org chow dlm 2 bulan. Then unsangkarable, Alhamdulillah..tup2 ada plak increment. Ok plak tu. Aku saspek portion org2 yg chow tu, dia bahagi2 kat org yg tinggal kot. So diskas ngan cik asben and khai.. then, decide: stay lagi la.. Ehmm..ni cam ada harapan nak dapat pokong 15 thn keje nih. Ahaks! So I'm still here. :p

So cv aku ilang haritu macam hint je takyah carik keje lain. huhu!

Thursday, January 14, 2010

Setengah bulan lps tahun baru

Mereka2 yg tersenyum dalam derita...huhuhu

Ni la entry pertama aku tahun ni walaupun dah separuh bulan masuk tahun baru. Tahun ni Tiger year. Yayy!, i was born in tiger year..Aummm! (sambil buat cakar harimau...meooww ;p).

Antara azam tahun lepas yg macam susah nak buat tu, cuma ada few je yg berjaya. Dan yg paling berjaya ialah aku dah kansel and settlekan sume utang kad kredit aku yg 3 keping tu. Tepuk! tepuk! tepuk! to diwi sendiri..dan tepuk yg paling besar sekali ialah untuk..aku baru je dapat 1 lagi kad kredit baru dr bank lain plak...huhuhu! plan asal sebab nak bayar insurance qis bulan2 tu..tapi tatau la kalau terguna utk benda lain kan? ;p

Azam yg tak lepas2 dr dulu ialah nak kuruskan badan..aku rasa cam nak buangkan azam tu dr list je.. menyesakkan dada je bila tak kurus. Asalkan sihat sudah..(Escapisme sebab tau takleh kurus). Takpun bila kita tak stress utk jadi kurus, baru lah kita leh kurus? amacam? ok tak teori aku, angah?

Environment kerja sekarang dah tak best cam dulu. Sejak makcik A resign, rasa macam this opis going nowhere. Kalau dulu aku ada plan nak dok at least 15 tawon kat sini (sekarang dah 13 tawon), so aku leh dapat lagi pokong (long service award), tapi tahun ni berat ati aku nak terus keje sini. Tulah ada pepatah english kata..err yer ke pepatah.. lps translate lebih kurang gini la "orang tinggalkan satu kampeni bukan sebab kampeni, tapi orang tinggalkan kampeni sebab bos dekat kampeni itu sendiwi". Ya thats it. Aku pun dah apdet resume and buat apa yg patut. Sedih. Tapi kalau dalam masa 2 bulan je, 6 orang left the company.. apa kejadahnya kan.. Ini tak pernah terjadi pada masa terdahulu.. (tetiba mode ayat skema). Aku tau la..aku kan historian.. Ala2 T-rex kat kampeni. Tau bila masa kegemilangan..masa kejatuhan..

Kalau la kan..eh takleh guna perkataan kalau ek? Err seandainya kan.. aku tukar keje lain, alangkah indahnya kalau..(kalau lagi) sekiranya tempat baru tu dekat ngan shoping kompleks cam sekarang. Bosan petang2, ngular ngan khai kat Mc D ke..kat kedai buku popular ke. Tak pun turun beli kuih..roti kat kedai mamak..tak pun cuci2 mata kat kedai pokong atau bri-bright kat ground floor tu... tak pun jumpa2 kengkawan time lunch hour, atau lepak kopitiam lps opis. Nak ke hulu hilir pun senang ada LRT.

With partner in crime, cik khai..

Nak demand lagi.. alangkah baiknya seandainya kerja baru nanti ada flexible time..takde punch card. Skarang pun takde punch card asalkan keje kita siap ontime. Pastu takde travel2 memandangkan cik asben tetiap malam mmg ngajar taekwondo, kalau aku pun ke hulur kehilir, kesian budak2 3 org tu. Silap2 derang lupa muka aku ngan cik asben. At least sekarang derang kenal muka aku. kan? kan? kan?

Bonus tahun lps pun cuma sebulan. Paling sikit dlm sejarah dgn alasan ekonomi teruk. I just don't understand coz consultant ngan RIS kat opis sebelah (satu kampeni, tp department lain), leh dapat max sampai 7 bulan and dapat jalan ke obersea lagi company belanja. Department aku as a Asia Pacific R*egional pr*ocessing centre (katanya), selalu sangat di anak tiri sejak few years kebelakangan ni. Kalau selama ni top mgmt sibuk dok kata "we are a BIG family" (tanpa merujuk kepada saiz aku), revenue kita kalau terlebih, bagi kat country lain yg tak perform (macam indon or Thai). Tapi tup2 bila time bonus, tak pulak jadi family..jadi anak tiri ada lah.. atau dalam bahasa Avatarnya ialah Neytirri...huhuhu..

Lagi satu yg buat all of us tak puas hati ialah, bonus based on performance, katanya jugek. And performance di evaluate oleh someone yg datang opis cuma 2 kali seminggu dan yg selebihnya working-from-home-tapi-tak-online or MC. What daaa la kan..dan another person (managerial level) who is 24 hours kat opis tak involve langsung dalam evaluation tu. Apa jampi serapah dia guna utk evaluation, takde sapa yg tau. Maka jadilah yg super-perform leh dapat minimum bonus..dan orang yg dia suka-tapi-yg-sebenarnya-tak-perform.. dapat max.

Hmm tatau la cemana. Just wait and see. Aku hope all mimpi ngeri akan berakhir tak lama lagi. Pray hard for it. For all frens "Happy new year my dear fren! have a great year ahead!" muahh!
Nah..ni gambar2 masa Xmas party kat opis haritu.


Hadiah X-mas gift dr budak opis..tiada dalam gambar beg LV berharga RM42,000 ;p


Percobaan bergambar tanpa tunjuk peyut..

Boss nombor 2. Brian (mix Chinese & Indian). Lps "hadiah"kan pen, baru tau dia tak involve dlm bonus evaluation..hampeh..huhuu..