Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Thursday, November 11, 2004

Umrah - Day 7 - Mekah

27th August (jumaat)

First Jumaat kat Tanah suci. Uiyooo ramainya orang. Tak sama ngan waktu solat² pada hari lain. First time kena sembahyang kat saf belakang. Nampak orang macam semut. Lepas sembahyang, cepat² naik bilik tak lunch dulu coz nak amik gambar pemandangan orang balik mesjid dari tingkap bilik..tak berani terang², nanti kamera kena rampas ooo. Ada sorang akak tu, kamera dia kena rampas masa amik gambar masjid (dari jauh), pastu dia sembahyang hajat dua hari, baru la dapat balik kamera dia.

Pegi semayang jumaat

Balik semayang jumaat

Khalas..hehehe

Shopping “Wida” (term derang bagi kalu shopping last minute) ngan roomates & husband kak Jue (Abg Rahmat). Makcik Yah tunjukkan kat kitorang orang yg cuba rompak dia semalam, dia penjual kat tepi jalan tu rupanya. Aku, kak Jue ngan kak Ani ngan semangat pahlawan semerah sempoii tunjuk² penumbuk kat lelaki tu. Muka punya la nerd abis, tapi jahat. Kalau aku dapat, aku suh unta seret satu mekah..padan muka!

Balik hotel kul 12.15 tgh malam. Rindunya kat syahira ngan syamil (...ngan abah ia.. :P)

Word of the day:
Khalas = habis

Wednesday, November 10, 2004

Umrah - Day 6 - Mekah

26th August 2004 (khamis)

Lawat ladang unta. Harga susu unta kat sini ialah SR 5 sebotol. Derang kata banyak khasiat tapi aku tak beli pun. Bila nengok muka unta² tu tetiba rasa tak sampai hati plak nak minum susu dia “unta”..hehehe..Posing gambar ngan unta. Unta sini pelik sikit, suka kunyah tudung ngan baju orang. Apa saja la ko ni unta..

Miqad di Hudaibiyah, Start ihram, niat ihram utk Mek (dah check ngan bang din nama ayah mek :P). Settle before maghrib.

Time mahgrib, ada sorang akak tu minta tolong temankan mak dia gi masjid dan hantar balik bilik lps selesai sembahyang. Sepanjang kat sini, selalu juga orang suh aku temankan mak derang gi mesjid. Mintak temankan gi makan pun ada. Mula2 terasa macam welfare pun ada (ni hati tanduk cakap), pastu aku buang perasaan tanduk tu jauh², pastu aku cakap kat diri aku, mungkin Tuhan suh aku banyakkan bakti utk org tua2 sikit. Teringat kat mak daddy, cukup ker bakti aku kat derang?. Addeh..sedeyy.. isk isk..

Lepas Isyak gi farmasi lagi temankan kak Roziah, dia kena allergik plak lps balik ladang unta. (tambah sorang lagi member allergik..huhuhu). Farmasi kat sini sentiasa penuh ngan orang. Pharmacist kat sini siap boleh bagi injection, macam dokter.


“Tawaf Kidai” (hahaha..maknanya pusing kedai, shopping ler nih..huhu).Kak Jue minta tolong temankan Makcik Yah shopping coz dia nak buat umrah lagi. Kak Ropziah ikut sekali. Baru singgah satu kedai kak Roziah tak larat coz still demam dan allergik dan terus balik hotel. Makcik Yah sibuk carik minyak wangi yg sedara dia pesan “Kasturi Harmain”. Masa tgh belek² barang tetiba Makcik Yah takde, aku dah risau pastu aku assume dia balik hotel kot² dah penat. Nak call dia, dia takde handphone. So aku sambung shopping sesorang kat kawasan area hotel sampai kul 11.45pm. Ni kalu mak daddy tau mati aku. Berani jejalan sesorang malam². Tempat orang lak tu. Tawakkal.

Bila balik hotel, Makcik Yah lum balik, aku dah start risau. Kak Roziah lak dah tido. 10 minit pastu Makcik Yah balik ngan muka pucat lesi. Terketar² dia bagitau aku dia nyaris kena rompak. Aku yg dengar plak rasa cam nak pengsan. Rupanya masa dia sedang sibuk tanya org pasal minyak wangi tu, ada sorang lelaki arab kata dia tau mana nak carik minyak wangi tu dan bawa dia sampai kat satu terowong kat area Masjidilharam. Pastu lelaki tu tekan kepala dia & pukul² belakang tengkuk dia. Makcik Yah sempat jerit dan gigit tangan lelaki tu then lari. Alhamdulillah dia dapat carik jalan balik. Aku rasa bersalah coz tak jaga Makcik Yah ngan baik. Kak Jue coolkan aku, dia kata bukan salah aku, tapi salah Makcik Yah memandai ikut org yg dia tak kenal. Makcik Yah nangis jer malam tu. Kesian Makcik Yah. Aku minta maaf kat Makcik Yah untuk redakan perasaan rasa bersalah dia. Malam tu aku tido ngan rasa bersyukur yg teramats coz semua selamat. Psstt jangan kasitau mak tau..hahaha!

Tuesday, November 09, 2004

Umrah - Day 5 - Mekah

25th August (rabu)

Ziarah Jabal Thur. Tak dibenarkan panjat bukit tu. Kalau derang bagi pun, aku tak panjat der..hehehe. Jabal Thur ni tempat di mana Rasullullah (s.a.w.) dan saidina Abu Bakar (r.a.) sembunyi dr buruan org Kafir. Lepas Rasulullah masuk gua ni, Allah perintahkan labah² dan burung merpati buat sarang kat depan pintu gua so org kafir tak dapat kesan Rasulullah coz kalu ikut logik, mustahil la Rasulullah leh masuk gua tu tanpa rosakkan sarang² tu. Subhanallah. Maha Suci Allah. Kat sini, ramai org jual gambar² Jabal Thur. Satu paket gambar rega SR 5. Dalam satu peket ada la lebih kurang 15 keping gambar saiz 4R.

The Holy Prophet (Sallallahu 'alaihe wa sallam) and his Companion Hadhrat Abu Bakr Siddique (R.A.) were concealed from their enemies in the Cave of Thaur, 3 miles from Mecca for 3 nights Sahih Al-Bukhari Hadith 5419 Narrated by Hadhrat Aisha (R.A.)

Since photographer aku sakit kaki tak bley jalan jauh, so dia cuma leh amik gambar aku kat kaki bukit jer, dalam bas baru aku terperasan.."oopss besar gambar sempoii dr bukit Thur..huhuhu..", so aku amik gambar Bukit thur dari Internet kasik clear.. (source: http://www.emax.freeserve.co.uk/gharesor.htm )







Ziarah Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah diturunkan ke bumi. Tempat paling sesuai utk doa kebahagian rumahtangga. Tak larat nak naik sampai ke atas, doa pun kat anak tangga pertama :p

sempoii dan unta berbekgroundkan Jabal Rahmah :P

Banyak “unta berhias” (bukan janda berhias) berkeliaran kat sini. Kalau nak bergambar atas unta guna kamera sendiri kena charge SR5, kalu guna kamera tuan unta (kamera Polaroid) kena bayar SR10. Aku guna kamera sendiri suruh budak tu amik, tapi lps tu budak arab tu terus keluarkan kamera polaroid dia, terus amik gambar dan mintak SR15, bengang jugak tapi bagi jugak la takut dia tak bagi aku turun unta, lagi naya..huhu..Bila tuan unta tu sebut “duduk” unta tu terus duduk..terer tul unta kat sini, reti cakap melayu. Kalu la aku tau dia reti cakap melayu, dr tadi aku suh dia duduk. Bila naik bas, akak sorang tu cerita dia dibawa naik unta sampai satu kawasan sunyi belakang bukit dan takde org, pastu budak arab tu amik gambar dia 3 keping (posing sama lak tu) dan minta SR50. Terpaksa bagi takut dia buat apa² tak elok.

Moral of the story, jgn jalan sorang² kat tanah Arab, sentiasa jalan dalam group atau bawa kawan sorang dua.

Miqad di Ja’ranah, Start ihram, mula² nak niat ihram utk Mek (mek sedang sakit kuat dan uzur), tapi tak ingat nama ayah mek. So niat utk diri sendiri utk kali ke-3

Kena allergik teruk coz banyak makan ayam sepanjang kat sini. Muka dan tangan kena rashes.

Lepas Isyak gi farmasi beli ubat allergik & kak Ropziah beli ubat batuk & demam. Kak Jue ajak buat umrah lagi sekali, orang Tabung Haji sediakan bas utk ke Tana’im utk Miqad. Tapi tak larat. Ingat pesan d”b,
buat yg termampu. Dia risau kalau aku semput. Thanks d”b.

Monday, November 08, 2004

Umrah - Day 4 - Mekah

24th August (selasa)

Miqad di Tanaim, Start ihram kedua.

Tawaf dengan roomates. Baru jer niat tawaf, semua ilang kat celah² orang ramai. Last² tawaf sendiri². Alhamdulillah tak panas sangat. Time Saie ada incident lawak sikit. Mula² ikut group Kak Jue pastu tengah Sai'e pusingan ke-3 (lagi sikit nak sampai Bukit Marwah) tetiba terbatal air semayang. Trus aku gi amik air semayang balik kat satu tempat located tgh² antara Safa dan Marwah. Pastu sambung balik mula dr Bukit Safa (so aku lambat satu lap dr derang). Lps Saie Kak Jue tanya “napa awak lambat satu lap tadi?”, aku jawap “terbatal air semayang pastu amik air semayang balik”, pastu dia bantai gelak dia kata time Sai'e takper kalu takde air semayang. Aiyaaarkk! yaa kaa? Aku tepuk dahi 2x.

Moral of the story: kalu tak tau…kena tanya. Jgn memandai²..hahaha!.


Saturday, November 06, 2004

Umrah - Day 3 - Madinah / Mekah

23rd August 2004 (isnin)

Bertolak ke Mekah naik bas express ada ekon :p. Ada 3 bas, setiap bas diketuai oleh 2 orang mutawwif dari Tabung Haji. Jalan kat sini lurus jer. Bosan, so banyak tidur dari jaga. Generally, sepanjang jalan cuma nampak longgokan lalang kering bergolek² ditiup angin (walla ..ayat melankolik), sekali sekala nampak kereta² rosak (real punya rosak, even seat pun dah takde, bkn “kereta rosak” version KL arr) tersadai kat tepi jalan. Kalau kat Malaysia dah sah² jadi rezeki pengumpul besi buruk. Mana taknya, penghadang jalan pun derang kopak buat harta :P

Sepanjang jalan, mutawwif bercerita tentang bumi Madinah dan Mekah. Tentang nature penduduknya. Orang² Madinah agak lemah lembut compare to orang Mekah yang agak kasar sikit. That’s why Rasulullah “ditolak” oleh orang² Mekah sehingga memaksa baginda berpindah dari Mekah ke Madinah utk sebar ajaran Islam. Kat Madinah, Rasulullah diterima dengan hati terbuka oleh orang² Madinah. Lama² pastu, barulah orang Mekah terima baginda dan ajarannya. Aku tak dapat buat comparison lagi coz aku lum jumpa orang Mekah. Tapi masa kat Madinah, orang sana memang ramah², walaupun guna bahasa isyarat (ada yg tak berapa paham bahasa Inggeris) pun leh borak sampai setengah jam..hehehe..

Miqat di masjid Bir’ Ali. Start ihram yg pertama. Ada 13 larangan ketika Ihram. Kalau langgar salah satu, kena bayar Dam. Dam tu denda dalam bentuk wang atau seekor kambing ikut level kesalahan. Rega seekor kambing kat situ lebih kurang SR300 ikut rega market. Since aku tak bawak duit banyak, so aku little bit concious takut² kalau buat salah. Tapi lepas kena nasihat ngan akak² kat sana derang kata jgn macam tu, perasaan was² tu termasuk dalam skop keje setan. So pastu aku buat bese jer..




Sampai jer kat Hotel terus buat umrah diketuai oleh seorang mutawwif (org Indonesia) dari Tabung Haji. Zhulian ada 5 group. Urusan bilik ngan bagasi sume orang Tabung Haji yg settlekan.
1) Tawaf (mengelilingi kaabah 7x)
2) Saie (berjalan ulang alik dr Bukit Safa ke Bukit Marwah 7x)
3) Tahallul (bercukur/potong sikit rambut menandakan tamat ihram)

Lps settle sume lebih kurang kul 6, check in Al Firdous Makkah Hotel. Alhamdulillah dekat ngan Masjid gak. Dari tingkap bilik leh nampak Masjidil Haram. Dapat bilik 207. Sebilik ngan RCM Kak Juryani, Kak Ani (kakak kak Jue), Makcik Yah (makcik kak Jue, nama Yah lagi) dan Kak Roziah. Ada yg sebilik 3 org. Kak Juryani ni Top Distributor bagi tahun 2003. Addey..macam biasa orang² atasan ni mmg murah ngan nasihat :P, macam biasa aku dengar sambil tersengih².

Masjidilharam dari tingkap bilik hotel. Ni waktu malam, around kul 11 malam.










Tidur cepat, letih dan ngantuk yg amatss..

Friday, November 05, 2004

Umrah - Day 2 - Madinah

22nd August 2004 (Ahad)

Hari ni ziarah bumi Madinah. Rasa best btol pagi ni coz dapat tido nyenyak.

Ziarah masjid Quba'.


... There is a mosque whose foundation was laid from the first day on piety; it is more worthy of thy standing forth (for prayer) therein. In it are men who love to be purified; and Allah loveth those who make themselves pure. Surah 9, At-Taubah Ayah 109









Ziarah Jabal Uhud. Tempat berlakunya perang Uhud. Ramai sahabat Rasulullah yang gugur dalam perang ni. Al-Fatehah untuk mereka yang berjihad kerana Allah. Kebanyakan sign-board kat sini dalam bahasa Arab, German dan Indonesia. Tak sangka bahasa Indonesia well known kat sini.







Before naik bas sempat rasa aiskrim Madinah. hahaha! Nyum..nyum..best ooo..




Melawat ladang kurma. Borong kurma kat sini coz kat sini tempat paling murah kalu nak beli kurma. Setiap orang dapat satu kotak besar utk pack kurma, utk make sure kurma tak rosak bila sampai Malaysia. Lepas borong lebih kurang 7 kg, baru teringat, "Alamak! sapa plak yg nak tolong aku angkut kotak ni masa nak balik nanti..addeyy!" Tu la dia..soping tak henggat doniya. huhuhu..

Ni la rupa pokok kurma yg dah masak ready utk dipetik.




Ni plak rupa pokok kurma lepas kena petik.




Rambang mata pilih cokelet (sempoii likes cekelet veri much..yewww!) Ada cokelet yg isi dalamnya kurma, kacang, badam atau kismis. Rega coklat ni satu kilo SR25. Tak kosser nak pilih, aku suh tokey tu campur² semua cekelet amik 2 kg. Sekilo utk aku, sekilo utk bagi orang lain..hehehe



Lepas zohor adalah waktu dibenarkan untuk kaum wanita menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah s.a.w. Pergi ngan Kak Roziah. Mula² konpius kat area mana kawasan Raudhah. Sib baik ada sorang kakak tu tulun tunjukkan. Bila sampai sini, tetiba hati rasa tenang dan sayu sangat. Raudhah merupakan salah satu taman di syurga. Kat sini merupakan antara tempat² makbul doa. Teringin sangat nak dok kat sini lama sikit tapi ada Mak guard yang tak bagi dok situ lama², dia suh kasik chance kat orang lain plak coz masa utk kaum wanita ziarah memang pendek yg amats. Cuma mampu semayang sunat kat saf ke-3 dari depan coz ramai sangat orang tolak menolak dari belakang. Yang langkah melangkah orang tengah semayang pun ada. Kekadang terbau bau wangi sangat tatau datang dari mana. Kendian, ziarah makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Ali. Alhamdulillah. selesai.

Malam..Lepas Isyak, time nak balik hotel, singgah minum air zam² yang berderet dalam masjid jap. Mak ada pesan "kat sana minum air zam² banyak², mintak sembuh dari semput dan allergik" Lepas minum, tetiba baru pasan MakYah dah ilang. Aku, kak Nurul ngan kak Aini carik dalam masjid & sekitar luar masjid sampai la depan pagar masjid (jauh ooo), tapi tak jumpa jugak. Selipar dia ada kat kak Nurul, takkan la dah balik kaki ayam jek. Lps tu we all tunggu kat pintu masjid sampai la semua org kuar. Tak jumpa jugak. Kak Nurul nak masuk balik masjid tapi masa solat dah time. tak leh masuk balik. Kak Nurul buat bahasa isyarat ngan Mak Guard masjid nak masuk masjid utk carik MakYah, tapi guard tak bagi. Pastu kak Nurul cakap “my mother…(sambil tunjuk² telekung dia)..inside (tunjuk dlm masjid)..this is her slipper (tunjuk selipar makcik tu)..baru la Mak Guard tu paham dia bagi masuk tapi tak jumpa jugak. Pukul 10 malam ada sorang polis hantar MakYah balik hotel. Polis tu jumpa MakYah sedang nangis area tempat yang kitorang carik tu. Dia kata dia dah lama tunggu kat luar masjid tapi tak jumpa kitorang. Hmm pelik..3 orang carik takkan tak jumpa..wallahuaklam.

Tidur cepat. Letih sangat coz hari ni banyak jalan, kaki lenguh.

Thursday, November 04, 2004

Umrah - Day 1 - Jeddah / Madinah

21st August 2004 (sabtu)

6.50 am (waktu m’sia) / 1.50 am (waktu Arab)
- Tiba di Jeddah dan urusan bagasi. Dah terasa bahang udara kat sini walaupun baru kul 2 pagi. Ngantuk yg amatss.
3.00 am
- Bertolak ke Madinah menaiki bas express ada ekon.
4.30 am
- Singgah solat subuh kat salah satu masjid kat Jeddah (subuh 4.41 am). Kedai² kat sini, otomatik tutup bila azan ke udara. Solat Subuh kat sini takde baca Qunut.
5.15 am
- Singgah breakfast kat salah satu kedai di Jeddah (macam R&R), makan roti nan, kuah kari kambing (punya la cair) dan cili hijau mentah (tapi tak pedas langsung). Teh tarik dia pulak “manis letting” (bahasa klate means maniss yg amaats). Tingat kat “We” (ayah mertua). Dia kalu minum teh secawan, gula musti 3 sudu besar.





2.15 pm
- First time sembahyang kat Masjid Nabawi. Rasa terharu sangat. Ukiran kat luar dan dalam masjid penuh kesenian. Tapi sayang tak leh amik gambar. Before masuk masjid kena check ngan mak guard dulu, tak boleh bawak masuk kamera. Mak guard tu kata “La’ camera..haram..” sambil belek² handphone aku macam nak rak, pastu aku jawab “old handphone, La' camera” hehehe..

3.30 pm
- Check in Anwar Madinah Hotel (Oppss Anwar?) Dekat jer ngan masjid Nabawi lbh kurang 100m. Bilik 742. Sebilik ngan RCM kak Nurul Syafiqah, SSM Aini Salleh (biras kak Nurul) dgn mak mertua diorang, Makyah. Segannya sebilik ngan RCM dan SSM. Bila time free, kak Nurul salu bagi macam2 nasihatkan kat aku, jgn putus asa dlm bisnes ni, buat sungguh2..bla..bla..blaa... Aku dengar sambil sengeh² coz dia tau aku downline yg rajin ponteng klas and suka buat hal sendiri hehehe..


Malam tu, sempat call Abg Din. Dia kata syahira nangis malam aku bertolak tu. Pastu dia tatau nak pujuk camana, dia bawak syahira gi ngk midnite citer “Garfield”. Alahai bang din…
syian dia..

Wednesday, November 03, 2004

Umrah - Bertolak ke Tanah suci

20th August 2004

4.00 pm
- Berkumpul di KLIA kaunter G31
5.30 pm
- Penyerahan passport, pembahagian Mahram. Dapat mahram “tumpang” saudara Zulkefli Mishat (asben kak Hasidah). Ahli mahram 4 orang (Abg Zul, kak Hasidah, kak Roziah & aku). Kena sentiasa bergerak dgn kumpulan Mahram (bukan Mohram wai em) ketika kat Tanah Arab.
6.30 pm
- Urus bagasi
7.00 pm
- Taklimat “Selamat berangkat” dr pengurus besar Syarikat Zhulian marketing, Mr Teoh Beng Seng. Dia siap mention, "Insyaallah selamat pergi selamat balik" aik..dia reti cakap arab daaa.

7.50 pm
- Boarding & bertolak ke Jeddah dgn pesawat Saudi Arabia Airlines SV 8831. Sedihnya nak tinggal Abg Din ngan Syahira. Tepon syahira jap, terus nangis uwaaaa! (syahira cool jer, bertuah nyer budak)
Sepanjang perjalanan (dok sebelah kak Sidah)
- Makan, tidur, makan, tidur, ngk video citer “Pay check” dan “Day after tomorrow”, …tup tup Abg Zul tegur wife dia "baca kitab kan kan bagus dr tgk tv" errrk..(aku plak terasa), trus tutup tv dan tido..makan, tidur, makan, tidur..



Umrah - Kembara Mata Hati

Alhamdulillah, dua bulan lepas aku dpt peluang jejakkan kaki ke Tanah suci Mekah buat umrah bawah pakej insentif Syarikat Zhulian (cwgn Kota Damansara) - Kembara Mata Hati.

Masa top upline (Pn Ramlah Abu Bakar) tetapkan target (Personal Group Sale sbyk RM20,000 dlm masa sebulan), aku rasa alahai.. jgn harapler aku nak dpt. dah ler selama ni PGS aku tak pernah lepas RM10,000, salu kat area2 RM8,000 jer. Lps tu aku share citer ngan sorang uncle yg kebetulan dia kat mekah (aku pun tatau dia kat sana time tu). Dia kata "Don't worry, your name is already in my lambaian kaabah list. insyaallah dapat, provided you usaha betul2". Lps dia cakap gitu aku rasa perjalanan nak dapat RM20,000 tu macam senang jer. Mungkin berkat doa dia..Thanks pada insan yg sudi mendoakan aku.

Apa yg aku citer ni sikit sebyk pengalaman sepanjang kat sana. Takde la cite detail pasal ibadat, tu antara Tuhan dan hambaNya.

Insyaallah pasni kita kumpul duit gi haji eh? jom!