Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Monday, December 31, 2007

Tata 2007.. welkam 2008

Berikut adalah perkara² yg berlaku sepanjang 2007..cek kit aouttt..

PERISTIWA YANG MENGHEPIKAN SAYA

1) Buat Asiawork Advance Course in July and join LP109 Aug-Nov. During the LP, buat the following:-
- Involve ngan keje² Charity. Meet anak² yatim Lovely Nursing kat Sea Park every week during my LP.
- Involved in Wow day LP 109 kat PD on Sept, mini Wow day LP109 kat Teluk Chempedak on Dec, Wow day LP 112 kat Padang Astaka on 29th Dec.
- Dapat enrol cik asben masuk Basic training.
- Turun lagi 4.3 kg sepanjang LP (3 bulan).
- Dah buleh bawak keta. yatttttaaa!
2) Kemping ngan geng Joe Perantau kat Port Dickson on July.
3) Kat opis, masuk balik team buat survey. So bz sepanjang masa. Yaa saya mmg gila keje. Kalau takde keje, saya masuk bilik bos mintak keje. tak leh dok diam. Pastu bila byk keje, tensen la sorang². fadan muka.
4) Syahira dapat anugerah "Anugerah Bakti Kemasyaratakatn" dan masuk paper sebab tlepon 999 time kebakaran blakang umah mak. Mek banggee u olss..
5) Syahira menten dapat nombol 2 tiapkali pikse penggal. Mek bangga jugak u olsss..
6) Dapat maid. yataaaa! kurang sket basuh baju...hikss!

PERKARA MATERIALISTIK YG MENGHEPIKAN SAYA..HAHAHA!

- Dinner gegar ria Joe perantau
1) Dapat kamera digital canon 5mp (sumbangan dr makincik), GRAND PRIZE LUCKY DRAW (Ooppss terkepslok pulak..huhuhu)
2) Dapat thermo pot, lucky draw
3) Dapat apron from Ireland, lucky draw
4) Dapat doorgift yg yaa ampun, byk sungguh isi nye.. ;)

- Kampeni dinner on 15th December.
1) Dapat gold bar pokong 10gm (emas 999.9) sempena 10 tawon keje kat sini.
2) Dapat mp3 player samsung as doorgift.
3) Dapat slow cooker time lucky draw.

- Dapat jam Bonia dari cik asben time besday. Big suprise ooo sebab dah 5 tawon cik asben asik pospon adiah jekk..
- Dapat henpon baru semalam..Sony ericson yayyy! tapi apala ertinya kalau kena bar..iye dak?
- Dapat bonus..hikss! tapi tak ler sehebat orang tu yg lebih 6 bulan bonus tu kan.. huhu..

RELATIONSHIP

- Bertambah rapat ngan family - my cik asben, my kids, my parents, adek beradek.
- Improve relationship with few frens yg aku avoid dedolu di atas sebab² tertentu.
- Got sooooooo many new fren sepanjang² Asiawork training.
- Renggang sikit ngan few old frens disebabkan sibuk buat LP. And i know, ada yg kuciva va va va ngan aku disebabkan itu.. sorry eh.nanti kita "kecap" (catch up) balik :)

PERKARA YANG MENDUKACITAKAN SAYA..

- Ayah mertua pulang ke Rahmatullah pada 23th Dec 2007 sebab sakit macam². Semoga rohnya dicucuri rahmatNya..aminn..
- Rosakkan pintu keta cikgu dengan menghempasnya sekuat ati ala-ala kuasa shrek ketika bergaduh lps balik gym. As a result kena bayor gantirugi RM150, tapi cikgu bagi diskaun kena bayar RM60 je..cess!

Thursday, December 27, 2007

Dari Kota Bharu <-> Kuala Lumpur - di Gua Musang dia bersemadi...

Al-Fatehah buat ayahanda mertua (Tok We) yg disayangi.. Allahyarham Wan Mamat bin Wan Ismail yg pulang ke Rahmatullah pada 23 December 2007, pukul 7.30 malam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang² yg beriman. -AMIN-

*********************************************************************************************************************
Sayu ati aku bila ngk cik asben nangis teresak² gitu disamping jenazah. Memang kami terkilan tak jumpa Tok We before dia balik raya aritu. Mula² mmg semua pakat raya kat KL sebab Tok We ada kat sini. Tapi last minit akak ipar sms kata Tok We beria nak balik Kota Bharu. On the way ke KB, ada tanah runtuh between KB-Gua Musang so dia stranded kat Gua Musang, rumah anak pompuan dia ngan isteri sebelum mek. 4 hari kat situ, To We pulang ke Rahmatullah dalam tidur.

Ekceli, Tok we dah lama ada kat KL. Keluar masuk hospital kat KL sejak awal tahun lagi. Sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi..Rumah kat Kota bharu pun dah lama tinggal sejak mek ninggal 2 tahun lps. So, Tok We memang dah biasa tinggal ngan anak² dia yg kat Jerantut (abang nombor 2 cik asben) atau ngan kakak sulung, adik lelaki atau adik pompuan cik asben yg dok KL. Once a while dia akan stay ngan kitorang 2-3 hari memandangkan keje cik asben tak tentu masa dan aku ada² jer aktiviti² tak tentu hala ;p.

Cik asben boleh dikatakan tak berapa rapat ngan family sejak kecik lagi sebab dari kecik lagi dia dah belajar luar Kelantan. Dengan kedegilan dia lagi la yaa ampunn..(ampun bang..kutuk sekali sekala..hihihi) Korang imejin la, dia boleh join lawatan sambil belajar ke KL 3 hari ngk tugu negara and at the same time kakak sulung dia kawen kat kampung. Buleh gitu? Kalau mak aku dah kena libas agaknya. Time belajar kat UTM dia bz ngan aktiviti taekwondo, setahun mmg sekali-sekala je balik kampung sampaikan arwah Mek pernah tanya dulu, "kat UTM denu takdok cuti ko? oghe ngaji unibersiti lain sokmo je kelik kapung, UTM takdok pulok". Yg sebenornye, cuti banyak..dia je yg tak reti nak balik..

Aku pulak, Alhamdulillah memang spesis rapat ngan family sejak kecit sampai la dah tak kecit nih. Kalau boleh, ayah aku nak semua anak² dia yg dah kawen ke blom kawen ke dok sebumbung ngan dia. Sebab tu lah, adik beradik aku yg dah kawen hanya dbenerkan tinggal dgn jarak 40 radius dr umah dia. Sekali dia call, dalam masa 10 minit, semua dah tercongok kat depan mata..huhuhu..

OK sambung balik citer, lepas kawen, aku pulak yg tukang bebel selalu ingatkan cik asben suh call parent dia, atau balik kampung sekali sekala atau kim duit kat kampung. Aku tau, ada yg pandang sinis bila cik asben pilih org luar Kelantan sebagai wife, ada yg ingat sure aku queen kontrol dia tak bagi balik kelantan selalu, tapi derang silap. Ekceli, aku cukup eksited kalau dapat balik Kelantan, selain kat sana makanan dan tempat soping dia heaven ...opppsss..;p tapi yg nyata aku mmg suka ngan culture kat sana..budaya kejiranan dia.. muafakat.. silaturrahim..cost of living rendah ..humang aii.. aku tak jumpa bebenda tu kat KL.

September 2007 is the turning point of everything. Ada la satu event yg buatkan cik asben berubah. Sejak dari itu, bila ada masa lapang, dia sendiri yg beria nak jumpa tok we. Tak payah aku paksa² cam selalu. Dia pulak yg ingatkan aku bila aku dah lama tak jumpa Tok We. And aku peratikan dah banyak body contact antara dia ngan Tok We. Peluk²..usap²belakang Tok we. Walaupun masih banyak lagi ruang kosong yg belum terlaksana utk Tok We, but at least he has created something with Tok We before arwah "pergi"..And i can see that Tok We appreciate that moment..

Al Fatehah...

p/s: *hug* to cik asben, byk² bersabar eh..

Wednesday, December 26, 2007

Jawapannya adalah... jeng! jeng! jeng!!!

teeeeeeettt! masa dah tamated!

Jawapannya adalah..mereka lahir pada bulan doblasss yipppeeee hurraayyy!!!

Hepi besday tuu yuuuuu!
Hepi besday tuu yuuuuu!

Selamat ulangtahun kelahiran kpd mereka² tersebut, yg mana dah dapat hadiah..boleh la dok diam² ;p. Yang mana lom dapat lagi, juga boleh la saya dok diam² buat² tatau pula hahaha! Saya doakan yg baik² untuk u olls semua. Semoga panjang umur, murah rejeki, cepat kawen (mana yg lom kawen la, kalau ayah aku kawen lain, mau kena libas penyapu ngan mak aku kan), dan semoga tercapai segala impian yg diimpikan..
Pergh!! sonang tu..kasik ucapan sekali harung..

Untuk Uncle Mus, saya mintak maaf banyak² sebab tak wish besday masa besday uncle aritu. Nombor dah ilang bersama hp lama tawon lepas. Minta maaf..minta maaf..minta maaf.. Bukan dah tak ingat, tapi nombol tiada dalam simpanan. Apapun, semoga uncle sentiasa sihat dan berbahagia disamping keluarga.

So, takde sapa yg berjaya dalam pertandingan teka-kata ini. Kalau yg bagi jawapan betul pun, penyertaan mereka tidak diterima..huhuhu.. alaaa lagipun saya pun tak dapat pi makan sushi aritu..so next time saya buat lagi utk mereka² yg lahir bulan januari lak yer..ooopsss.. ;p

Thursday, December 13, 2007

Teka teki : Apakah persamaan mereka² ini?

Pertandingan tidak boleh disertai oleh geng PFS, geng artakus, geng joe perantau, geng jurnal, geng asiaworks dan semua yg ada blog atau takde blog...hahahahah.. zalim seh.. U olss leh teka tapi takde adiah..
Hadiah merupakan makan sushi sampai pensan di midveli pada 18hb beserta ngk wayang citer jupun dan
karaoke sampai pensan.. hikss! (sila abaikan muka² enteprem didalam ini..tak dapek nak nulung)



Duta Gym - Cik Cikgu

Duta Stabak - Cik Walid


Duta Kopitiam Emkop - Cik Azrul


Duta Kopi tongkat Ali - Daddy saya ;p


Duta 999 "Jgn-buat-panggilan-pelsu" - Syahira

Duta Famili ceria - Kakak dan abg ipar saya ;p

Duta Ar-tie-em - Cik vad dan wife
(huk alooo gambar tawon 2003 yg paling latest aku ada nih..huhu)

Duta Tagger tegar Joe Perantau, Edisi Tengah - Cik Deo (yg kiri tu)

Duta "You-can-do-it" - Cik Darrin GLP109

Tuesday, December 11, 2007

Sick Cycle Carousel..





*****************************************
I won't let people hurt my heart again..and again..

I'm not mother theresa, a giver unconditionally..
nor your good fren neither, as what u expected..
I'm just an ordinary woman with heart and feelings
Kalau orang takleh jaga hati saya..
Its ok..
saya boleh jaga hati saya sendiri

Btw, shared moments are never forgotten..
thanks for everything.. my "fren"

signing out
-sempoii-
*****************************************
Sick Cycle Carousel..

If shame had a face
I think it would kind of look like mine
If it had a home
would it be my eyes?
would you believe me
If I said I'm tired of this?
well here we go now one more time

I tried to climb your steps
I tried to chase you down
I tried to see how low
I could get down to the ground
I tried to earn my way
I tried to change this mind
You better believe I tried to beat this

When will this end?
It goes on and on
And over and over and over again
Keep spinning around
I know that it won't stop
Till I step down from this for good


I never thought I'd end up here
I never thought I'd be standing where I am
I guess I kind of thought
It would be easier than this
I guess I was wrong
Now one more time

I tried to climb your steps
I tried to chase you down
I tried to see how low
I could get down to the ground
I tried to earn my way
I tried to change this mind
You better believe that I tried to beat this

Sick cycle carousel
This is a sick cycle, yeah
Sick cycle carousel
This is a sick cycle, yeah





I'm so proud of you - Part 2

Syira dapat nombol 2 kat sekolah kebangsaan. Penggal pertama pun dapat nombol 2. I'm so proud of you... muahhs!!


Saya dengan abah saya. Abah saya nampak garang tapi memang dia garang pun. Hahaha!

Dengan best fren saya Dayang (dpt no. 3), and my cheeky badut..opss brother, syamil


My mama alwitz work smart and play hard.. huhuhu

Tuesday, December 04, 2007

I'm so proud of you - part 1

petikan dari blog makencik...huhuhu..

Karangan 4

"Pada hari minggu yang lepas juga, Cik Sempoii kita menerima (walaupun patutnya anak dia sajork yang menerima) anugerah penduduk contoh. Lihatlah gambar yang terpampang di dada dada majalah mangga, eh, suratkabo Sinar u ols. Oh, mek bangga dapat anak macam tuh. Dan mek juga sangat bangga tengok Cik Sempoii kita yang posing ala-ala nak masuk magazine Mangga.. Wakakakaka... "

***************************

ulasan dr sempoii

Anda teruja? yaaa! saya lagi teruja, jiran² saya jua teruja, especially bila disuruh bergambar diseblah Datuk Moktar Dahlan dan di paksarela berposing manja disebelah syira utk dimasukkan kedalam paper. yayyy! mek sukaaa *tepuk-tepuk-tepuk*

Last 2 weeks ada kebakaran kat blakang umah mak aku. 3 umah abis ranap praaapp! kebabom!. Masa tu aku kat opis and ayah aku takde kat umah. So mak aku kecoh la suh anak² & cucu² dia( anak² aku & anak kakak yg sulung) berkumpul kat luar umah, dia plak sibuk selamatkan barang kemas ngan duit yg dia simpan kat *** tuuuut **** (kang org tau naya lak kan). Masa kecoh² tu (mak aku korang tau je la, kalau menjerit satu kampung dengar), anak aku syira tak panik, dia cuma pelik nengok mak aku naik turun tangga, kuar masuk bilik selamatkan barang. Maka dia pun bagi stetment cepumas yg sekaligus memfofularkan diri dia diseantero subang dan warga PFS hikss!

"Uwan..jangan panik..kita boleh telepon 999"

Mak aku jawap ngan muka comeh "hah! ko je la yg tepon" dan laju je budak kecit 8 tawon tersebut mendail itu nombol. Mula² operator tarak caya. Dia siap sound
operator:
"dikk...jgn main² yer, nanti kena tangkap"
syira: "ni btul2 ni, bukan cobaaaaann..." (acah je..huhuhu!) "betul la ada api kat blakang umah"
operator: "ok kalau btul cuba pass tlepon kat orang tua yg ada kat situ"

syira trus pas kat mak aku.
Lepas mak aku tengking operator tu lebih kurang sebab operator tu macam ngengada tanak caya kan, baru la neno-neno bomba datang berlumba²..

Bila ayah aku balik, dia bawak la syira ngan syamil pi ngk bomba padamkan api. So sibuklah AJKKMS (ayat panjangnya, Ahli Jawatankuasa Kampung Melayu Subang) tanya kat syira and amik gambar bagai. Syira pemalu (macam saya ..hikss), nyorok blakang ayah aku, last² yg kena amik gambarnya - abah aku ngan syamil je.

Sehari pastu dapat invitation dr pihak mesjid, ada majlis berkhatan beramai² utk budak² hujung minggu tu. Syira and family dijemput untuk terima "Anugerah Khidmat Bakti Masyarakat" sekali. Cik asben masa tu camping kat sg siput. So terpaksa la mek enteprem sorang2..huhuhu..Lps dapat anugerah, kena interview. Punya lah jenuh mak aku ngajor syira cara² nak jawap soklan wartawan. Last² masa interview, syira tak cakap sepatah hare pun, dia tayang gigi rabit dia jek. Aku jugak yg kena jawap. Bila aku jawap, mula la kan.. siap suruh wartawan tu eja balik mana² nama yg dia tak sure. Maklum la, mek dah biasa kena interview time AF muda² dulu...huhuhu...skill mejawap tu masih ada la kan.

Saya amat terharu ngan jasa yg telah ditaburkan oleh anak saya itu. Sejukk peyut saya nandungkan dia. Kalau aku pun, sure tak terpikir nak tepon 999, sebab dalam kepala dah set "ala sure dah ada org call punya" last semua org pikir camtu. Last² umah dah jadi arang baru teringat nak call. Lepas ni boleh la jadi tokoh hang tuah pulak yer.. (hint-hint kat pihak sekolah rendah...huhuhu)

Walaubagaimana pun, ada gak ralat kat cerita tu. Ntah tang mana dia salah dengar..

1) "Dia kanak² yang aktif dan menyertai pasukan kompang".. - saya bangkang yang arif..saya cakap Taekwon-do, ni apa plak kuar citer kompang lak nih.. bangkang..bangkang..

2) "saya kemudian mengambil telefon bimbit ibu dan mendail nombor 999... " - saya bangkang sekali lagi yang arif kerena ketika kejadian saya berada di opis bersama² henpon saya, dan kalau tlepon itu berada ditempat kejadian pun anak saya takkan menggunakannya kerena dia tau itu tlepon suda lama kena bar...huhuhu

3) "memaklumkan kebakaran yang dilihat kepada ibunya, Normazlina Osman, 33. " - ada ke dia kata umur aku 33... patut 25 tawon...hahhahah!

-sekian, time kasih-