Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, March 31, 2010

PWTC - 27 March 2010 - Kelab RAMFC


Koleksi buku-buku Ramlee Awang Murshid kat rak buku Alaf21

ngan Abg RAM lps sign buku Pei Pan & Cinta Sufi

Part time1: Tukang chop buku peminat lps abg RAM sign.

Part time2: Amik gambar peminat ngan abg RAM

Ngan anak2 yatim Rumah..err tak sure lak nama..

Orang kuat KelabRAMFC.
Ngan kak Dayang kek lapis
ngan Elle, presiden KelabRAMFC

The Team yg komited dan tersangat la rajin.. Kudoss to u all.

Baiknyer cilok: KelabRAMFC

Tuesday, March 23, 2010

PWTC - 28-March Meh la jom ke pesta buku.. (ngan muka skema)



Tarikh: 28 March 2010

Penulis: Masdalifadzlie M. Saaid @ Odetakhun Jundak
Tempat: Booth PTS
Waktu: 2.00 - 3.00pm
Acara: Perlancaran buku 10 Juta Fulus

Maklumat lanjut, sila cek kat blog http://inderawangsa.blogspot.com






Acara: Perlancaran Buku "Cinta Sufi"

Penulis: Ramlee Awang Murshid (RAM)
Tarikh: 28 March 2010
Waktu: 2.00-3.00 pm
Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, PWTC

Maklumat lanjut sila cek kat sini

Pihak DBP juga telah memaklumkan sedang dalam proses mempublish semula Buku Saga Artakusiad buku 1 hingga 6 atas permintaan ramai. Buku2 tersebut kemungkinan besar akan berada di pesta buku hujung minggu ni. Tungguuu...

Thursday, March 18, 2010

Cuti 3 hari..Mixed feeling

Aku cuti 3 hari sejak Senin haritu. Saja abiskan cuti.

Senin

Pagi2 dah hantar Qis ke umah baby sitter. Plan nak bawak Syira and Syamil pi jalan2 kat KLCC or Midveli. Tetiba derang taknak sebab nak main ngan kazen2 dia kat umah mak. Kalau naik bas RM1 je tapi sebab malas nak tunggu lg sejam, aku amik cab. Mula2 dia pakai meter. Tetiba tengah jalan, meter yg RM6.40 tu bertukar jadi ratus2. Aku tanya drebar teksi, dia kata meter tu dah short ler tu. Aku rasa dia nak kencing aku. Aku trus sms cik asben, nama drebar and plat cab tu.

Then aku suh dia turun kat simpang kecik sebelum umah mak aku. Aku cakap, "takpe, saya jalan sikit..rumah mak saya dalam lagi". So berapa ni? "Errr..RM8 dah la". Dalam geram, aku bayar gak. Kalau ikutkan dari jarak yg meter tu start mengong tu, baru RM6.40..berapa seken je trus lompat jadi RM8? Then, seb baik aku berenti kat lorong..kalau berenti dpn umah mak aku, dia akan charge lain berdasarkan saiz umah. Aku penah naik cab dr Subang Perdana ke umah mak, dengan tambang RM10. Bangsar ke Midveli pun baru RM4. Dan jarak rumah mak aku ke Subang Perdana..half of it. Eeee.. gereem gue.

Selasa


Pi Midveli ngan adik (Teha), Syira dan Syamil. Tengok Jumbo Gajah Biruuuuu...wahahahha! adik aku siap ugut nak tido dalam panggung. Tapi time movie, boleh plak dia terkelip2 mata tahan nangis..poyo! hahaha! Citer dia simple je pasal Jumbo (Akim AF7) yg sanggup tinggalkan family semata2 utk negara. Dan Luna (Mila) merajuk sebab sangkakan asben dia tak sayang dia and the kids. Aku terasa macam citer aku plak.. bukan sebab terasa cik asben salu tinggal2kan aku..tapi sebab aku terasa cam Luna, Gajah comel warna pink...tapi aku kurus sikit la kot...hihihi.. Ehh..pink.. abang Vad..di mana kamuuu!!!... hahahhaha!

Citer tu kiut giler..ada part yg burung kecik (pakcik chiku) selamatkan Luna dr terjatuh ke gaung kot.. then dia tolak punggung gajah tu and cakap.. "beratnya ko, macam gajah!!"..wahahaha...dah tentu Luna tu gajah ;p...Aku rasa aku poyo gila time tu sebab boleh ternangis ngk movie katun Jumbo Biru..part sedih bila anak2 kembar dia Barron dan Leah kena tangkap utk jadikan korban.. pastu part mak Jumbo mati dalam kebakaran, org jahat (bangsa Hongsa) bakar rumah tu..adehh...sedih siot.

Pastu ada satu part tu bila Jumbo first time jumpa anak2 dia..anak2 dia tak kenal dia dan tak nak panggil dia ayah. Aku citer this part kat cik asben, aku cakap.. "berpada2 lah keje dan bertaekwon-do tu.. Jangan sampai si Qis tu tak kenal abah dia". Sad to say..but it might be happen kalau cik asben aku berterusan sibuk yg amat macam sekarang. Aku kena susun masa betul2 utk make sure si kenit tu ada masa main2 ngan abah dia tetiap hari. Tak tentu..kekadang time budak tu nyusu tengah2 malam pun sempat gak. sabar je la..kontrak ngan Jabatan PPSPA utk ngajar Taekwondo tu cuma setahun. So tinggal lagi 7 bulan aku hidup tak serupa orang hehehe..

Rabu

Just stay kat umah mak. Aku tak hantar Qis ke baby sitter sebab nak bagi dia main2 ngan atuk dia. Ayah aku dah jumpa dokter sabtu lepas, dan dokter pujuk ayah aku buat operation sementara dia leh berjalan lagi. Kalau dah terlantar kat katil, dah takleh operate dah sebab kebarangkalian utk dapat kompilasi time tu tersangat la tinggi. Mmg takde cara lain. Dan ayah aku beria taknak operate. Dia kata operate tu hanya cepatkan mati je. Dia kaitkan ngan cucu dia arwah Balqis. Lps seminggu operate, meninggal. Serba salah aku. Kang aku pujuk, then jadi apa2, aku rasa bersalah lak.. Tak pujuk.. kang jadi apa2 rasa bersalah gak sebab tak usaha. Dokter suh buat keputusan by 12/4/2010. Kalau nak ikutkan, jantung ayah aku cuma 29% je berfungsi. Heart beat mmg slow.. takleh penat.. terkejut..

Dokter kata lagi, saluran jantung dia sempit, so nanti kena operate dan masukkan besi utk regangkan salur tu. Ya Allah, berikan kekuatan utk ayah aku dan kitorang semua hadapi situasi ni. Selamatkan la ayah aku. Aku mmg takut kalu jadi apa2 kat ayah aku. Dia tersangat lah humble dan dekat ngan hati anak2. So time cuti ni, aku banyak lepak ngan dia kat meja makan.. borak2..dia tengok aku makan..dia nak makan takleh, takde selera. Picit2 badan dia. Mak aku cakap, bila kitorang balik umah, ayah aku sedih. Dia takut time dia "pergi" nanti anak2 takde dekat2 dia. Speechless. Aku takleh accept dia cakap merapu camtu. Aku sedih.

Khamis

Start keje. Bencinta nyer nak keja balik. Kepala otak cam ne-no-ne-no. :(

Thursday, March 11, 2010

Trip Cik Wokz ke Klate..

Sorry ler kalau korang masuk sini sebab nak ngk entry pasal trip cik Wokz ke klate baru2 ni. Aku rasa entry Deo ngan Delinn (tapi umah Delinn kena kunci) dah cukup citer ngan detail...kalau tak cukup leh baca entry makincik plak..hahahaha!

Tapi aku sukalah ngan semua ahli rombongan cik Wokz kali ni yang sporting gila. Ajak pi memana, on aje. Aku nak letak gak sikit2 point pasal trip tu sebab aku rasa aku tak setabah mereka yang tulis part 1, part 2, part 3... hehehehe.

1) Yea, aku beli kuali/kawah 30 inci tapi harus diingat tu baby sitter anak aku la yg pesan. Diaorg tu buat catering so derang kata kat KL nyer kuali tak elok (nipis), tapi mahal. So aku beli kat pengkalan kubur, rega RM75 je, kat KL berapa? RM190.. gilo tak banyak punya save tu.. aku rasa 1 hari setengah gak la Jijo dok jaga kuali tu kat seat belakang. Ada sekali tu kitorang lalu kat Unit Penyeludupan, kena check kot2 ada seludup brg2 bahaya atau barang kawalan. Pastu sapa ntah wat lawak kata "tu kat blakang tu satelit, tapi nanti sampai KL baru kitorang install software.." wakakakk! ngeng tul..So dgn ini, takyah la korang harapkan aku buat gulai kawah pastu jamu kat korang ye. Kuali kecit kat dapur aku tu pun jarang aku guna.. ;p

2) Rasa macam jauh gila nak pi umah Zure untuk dinner pd hari pertama tu.. Malam tu mmgkitorang lapar gila sebab tghari tu kitorang termiss makan sebab tershoping kat P.Kubur, pastu petang lak cik Din bawak makan Cholek kat Stadium sebab "nanti sat gi kita makan kat umah mertua alangz". Wah@ wah! macam dekatt je bunyiknya kan. Tapi pegi balik adala dlm 60KM. Antara lawak2 antarabangsa yg timbul time on d way tu.
- Ni kita datang dr jauh2 ni entah2 dia kuarkan cholek je cam petang tadi..trauma huhuhu
- Bila nak sampai je, aku cakap "tengok batu tepi jalan tu..apa dia tulis? makan malam, 2 kilometer" hihihi.
- Tempat tu Alangz kata Bayu sumthing..sumthing laa..rupanya Panglima Bayu..apo la Alangz..umah mak mertua pun tak hengat.

3) Since jalan nya gelap, once a while cik Din pasang la "lampu tinggi" sebab tak nampak jalan. Tetiba kat satu jalan tu, cik din pasang lampu tinggi, tetiba kitorang serentak "menjerit kecil"...Whoaaaaa! sebab ternampak satu objek cam melayang gitu ngan kelajuan yg sama atas jalan. Rupa2nya tu makcik bonceng motor asben dia kot. Since saiz dia besar dr asben dia , dan dia letak tangan dia kat bahu cik asben dia, so nampak la macam dia tengah nak terpa orang. Pastu baju dia lak, cerah ngan belang rimau. Tak cukup udara kitorang gelak.. tak sangka lak time tu kitorang sume tgh kosentret pandang depan.

4) Mak ayah Zure merangkap mertua alangz sangat la peramah.. Kagum kitorang. Mak Zure contohnya, sudi duduk ngan kitorang walaupun isu2 yang kitorang cakap semua pasal FB la.. blog la.. twitter la..Bila kitorang gelak, dia turut gelak. Pastu aku cakap ngan Aishah.. "sian lak kat makcik ni.. rasa macam nak tanya je.. "makcik ni diam je dr tadi..makcik ada facebook? kalau free nanti add la saya". Idea tadi di balas oleh kutukan2 kecil dr yg lain.. "jahat la ko poii"

5) Since makan bersimpuh, so konon2 kita tak mampu makan banyak la sebab perut cepat penuh ;p. So Delinn pun amik pinggan dia, keluarkan separuh nasik dr pinggan dia ke pinggan lain (nasik tambah, pinggan tu ada nasik penuh), pastu dia amik yg separuh tu. Aku? aku buat macam Delinn jugak, tapi pastu aku amik yg pinggan tambah tu (yg ada 1.5 pinggan nasik). Pastu yg lelain kutuk aku. Salah ke? salah ke? hehehe..

6) Boleh tahan gak nengok Deo shopping. Walaupun dia buat selamba je-macam-takde-benda-berkenan-nak-beli tapi dia musti beli sumthing kat tiap pit stop.

7) Hari kedua, aku ngan cik asben terlajak bangun kul 11.15am. Cik Din punya la mamai, dia kata rasanya malam tadi balik bilik kul 3.30am (sebab balik wakaf che yeh, aku ngan cik din dating kat McD), takkan jam ni gostan kot? macam biasa kita kena blame org lain kan..so kitorang blame bilik tu takde tingkap so gelap sangat..so forever rasa cam malam.. Pastu blame jugak kat alarm hp yg tak bunyik2 or maybe dah bunyik tapi kitorang tido mati.

8) Nanti aku sambung lagi hehe..

Thursday, March 04, 2010

Menyonteng di rumah horang

YAYYYYY!
----------------------------------++++++++++++++++---------------------------------------- ...........................................0............................ 0........................
............................................................0......................................
........................................................---------................................

Hoyeyyy...*Lareeeeeyyyyyy!

Ekekekekekeke..