Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Wednesday, February 24, 2010

Baca@Lrt

Date: 20th February 2010
Time: 9.30-11.30am
Venue: KL Sentral LRT station
From Gombak LRT station to Taman Jaya LRT.
Participants: wohooo ramai.. aku join RAMFC (Ramlee Awang Murshid Fan Club)


Antara buku RAM yg di bawa oleh RAMFC haritu..


Sebahagian RAMFC yg hadir..nice meeting u guys.

Pihak penganjur..


Baju awan..kata2 hikmah Laksamana Sunan



Attokz: ko dah janji ngan asben ko nak diet...
Sempoii: mana de..hari ni sabtu..takyah diet..;p


Acara wajib di group mana-mana pun..iaitu MAKAN! ;p. Sailormoon pun nyelit tuu..


Yg kanan tu..org kuat RAMFC Elle..

Program ni mendapat liputan di Astro Awani dan cenel apa lagi ntah. Dalam Astro Awani muka aku enteprem banyak kali...huhuhu. Menurut penganjur program ni akan di adakan lagi pada bulan 4 ke atau 6. camtu lah. Tapi cara perlaksanaannya akan berbeza sikit dgn yg sekarang. Tungguuu..

Tahniah to pihak penganjur.. dan Book Access Amcorp Mall. Thanks for the gift - Book Thong. Comel seh. Thanks to RAMFC for your warm friendship...especially to Elle, akimsensei, Eina, Hani, Attokz, Edi... err dan lain2 lagi.


Looking forward nak pi Kelantan Khamis malam nih with geng Rebana Maya @ Joe Perantau. Shopping! shopping! shopping!

Friday, February 19, 2010

Family Day Hj Osman d Cherating & Terengganu

Tarikh: 13 hingga 16 Feb 2010
Tempat: Sanctuary Resort Cherating & Good Homestay K. Terengganu
Kehadiran: Mak, Daddy, semua adik beradik aku yg 7 org tu with their families. Complete..



Acara telematch - tiup belon. Syira nangis sebab kalah.


Cucu2 mak ayah aku. 12 Orang. Qistina paling junior. Dari kiri Abang Baby, Syamil, Syahira, Qistina, Usamah, baby, Ajit, Firdaus, Iqa, Fafa, Jannah, Kakak baby. Anak kakak aku 3, anak aku 3, anak adik ada 6 org. Dia ada abang baby, kakak baby dan baby sebab tiap tahun ingatkan dah bongsu dah anak nombor 4 dia, tapi adaaa lagi. Sampai la 6.



The sempoii junior. Wan Nur Qistina. 1 tahun 2 bulan. Rambut ikut abah dia. Comel ikut aku. hahahha!


Ni adik aku with her family. Anak 6. Respect sama dia.



Atuk dan pemenang saguhati game tiup belon. Ada 3 game, semua game ada 7 hadiah saguhati...huhu

Thursday, February 11, 2010

Blader pink dan teka teki teka tekuk..

2 minggu lepas, tangan kiri cik asben injured masa main futsal wakil company dia. So berbedung la ngan fiber cam simen tu. sekarang dah tak pakai simen yg leh sain2 ngan marker tu dah, dia ada satu fiber yg dia celup dalam air, pastu dia balut tangan. Pastu kain tu tetiba mengeras cam simen. Sian dia..main sampai injured. First time nengok..cam simpati abis kat dia. Pastu bila ngk fiber yg balut tu..aku dah start tersengih2.. hikss! sebab fiber tu kaler pink tuuuuuuu..

"bang..kalau kita blackbelt 5 Dan pun kan, kalau pakai barang pink..ilang macho kita bang.."

Lepas 2 minggu bawak benda pink tu ke hulu kehilir, maka hari senin lepas dokter bukak balutan tu. Tak sabar sungguh dia nak bukak benda alah yg menjejaskan kemachoan dia tu.

Aku: Sure abang tak sabar nak garu2 tangan tu kan? asik terperap kat dalam tu..
Cik asben: Tak ..tak..tak sabar nak sabun ketiak kanan.. dah 2 minggu tak bersabun..
Aku: uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaartghhhh! tensi...

***********************************************

Ada teka teki, budak opis aku bagi..

Napa nombor "0" suka marah2 kat nombor "8"?
*
*
*
*
*
*
sebab dia sangka nombor 8 nak berlagak dgn dia "ko ingat ko pakai talipinggang ketat tu, aku tak perasan yg ko tu nombor kosong?"

hmm ye tak ye..nombor 8 tu kan macam kena cerut kat tgh2. Lps dia bagi jawapan, terus aku tak lalu makan..cam menggigit2 je ati aku nih... huhuhu..

Wednesday, February 10, 2010

Syamil..

Weeekend berlalu seperti yg diplan. Dapat pegi ke semua tempat yg aku plan nak pi. Kejutan pagi sabtu, kan last week aku dapat surat dr sekolah suh datang time penyampaian hadiah kan? then aku tanya syamil..

Aku: "syamil kata dapat no 7, tapi kenapa cikgu suruh dtg amik adiah? Adiah apa ek?
Syamil: "entah..hadiah matapelajaran terbaik kot?"
Aku: *angkat sebelah kening ala2 ziana zeng.

Matapelajaran apa dia leh dapat terbaik nih? kalau ada subjek bidaman ke.. transformer ke..yg tu aku jamin dia leh score.

So pagi sabtu nya, aku hantar dia pi sekolah dulu pastu kitorang pi bekfes. Then tetiba kakak aku call, kata dia dah sampai sekolah. Then aku bagitau dia, syamil dapat no 7 tapi kena datang amik adiah. Adiah apa ek? then akak aku cek ngan buku aturcara, and tetiba "Syamil dapat no 2 laaa..sebab tu dapat adiah". Hoh! biar betik!. Mmg tahun lps, before cuti sekolah, aku ngan cik asben akan gilir2 pi sekolah sign report kad untuk syamil dan syira. Sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Dan aku dok ingat asben yg sign utk dia. Dan cik asben pun ingat aku yg sign utk dia. Pastu si Syamil yg lurus alam tu pulak pi canang ngan uwan dia (mak aku), yg dia dapat no 7. Ntah dtg dr mana ntah nombor tu. So sebagai pemegang nombor 7, atuk tak bagi la hadiah RM20 kat dia. Sepupu2 dia ada 2 org yg dapat, Jannah (anak kakak) dapat no 1 dan Fafah (anak adik aku) dpt no 2. Dan tradisinya adik beradik aku yg lain akan bagi adiah kat budak2 yg dpt no 1,2,3.

Terkilan nya aku. Sedih pun ada. Terasa teruknya aku sampai tatau dia dapat nombor berapa. Mak aku cakap maybe syamil tak perasan bila cikgu suh mak ayah datang, sign report card. Dia mmg ada problem tak fokus dan ada probs sikit dlm terima arahan. Dan aku pulak salah sangka..ingat cik asben dah pi sign. adehh!

Dan hari tu jugak dia tuntut hadiah dr atuk, uwan, makcik dan pokcik dia..hadiah Bidaman...hohoho

Thursday, February 04, 2010

Februari bulan berpoye2..

Bulan Februari ni cam pack sket, penuh ngan memacam agenda berpoye2. Poning palo den nak nyusun supaya dapat poie sumo tompek. Sib baik den bukan Montori bosar. Cuma orang bosar yo.. yg diet tak turun2..huhu

Jumaat (05/02/10)
Cuti haf day. Plan Afkaro ngan cik asben..hikss! bz gak tu.. ;p

Sabtu (06/02/10)

8.00-1.30pm - Penyampaian hadiah sekolah rendah. Syamil dapat hadiah. Boleh pulak dia cakap "Insyaallah, Amil dapat adiah PSP". Boleh? Tersontap den dongar..
3.15pm - amik syira balik sekolah ganti.
3.30pm - besday anak mimie musba kat Kota Damansara. Hadiah lum beli. Kehadiran pun satu hadiah bermakna kan? huhuhu
4.00pm (tajam..kata Attokz Dikulgai) - Hojainan geng Artakus kat Tupai2. Yg ni kemungkinan besar sampai kul 4.00 tumpul.
8.00-10.00pm - MASKARA kat rumah Pena. Pergi ngan geng2 Artakus.

Note: tajam = sharp!

Ahad (07/02/10)
2.30-5.00pm - Besday anak jiran kat KFC kota Damansara. Hadiah lum bel laie.
12.00pm - Majlis Kawen member cik asben yg aku citer dulu tu..yg buli dia masa darjah 6 tu. Wife dia geng Reban. Tempat tatau kat ner. Macam biasa, last minit nanti baru cik asben carik.
Special Note to waiem: Tahniah.. semoga semua urusan berjalan lancar.. Kenangmu dlm doaku.. :p

Sabtu - Selasa (13/02/10-16/02/10)
Family aku..mak ayah & adik beradik pi Cherating. Pastu stay kat Terengganu. Sure jem giler time tu. Gamble je la kan.

Sabtu - Senin (27/02/10-01/03/10)
Pi Kelantan ngan geng Reban atau nama cunnya Rebana Maya. Geng yg lain naik train, aku sefamily Insyaallah naik keta. Thanks to Delinn sebagai Pengorgonizer..