Sempoii jer...

Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal, jiwa mesti kental -Ahmad Patria Abdullah-

My Photo
Name:
Location: Bukit Subang, Selangor, Malaysia

Sempoii ladyyyy with a simple life. Srikandi Morrok Legion ke III, empayar Morrok. Long life Morrok!!

Tuesday, April 27, 2010

Baca@lrt - Version 2

Peserta Baca@lrt versi ke-2
Sasterawan Negara A.Samad Said sudi memeriahkan suasana.

Bertukar buku ngan Fadli Al-Akiti. Aku bagi buku Cinta Sufi (Ramlee Awang Murshid). Fadz bagi 2 buku dr DBP..Buku Cinta Sufi tu baru je beli extra copy dr Elle..Dah rezeki Fadz.


bersama Geng RAMFC



Tarikh: 25th April 2010
Tempat: Mana2 lrt dan berakhir di Kinokuniya KLCC
Masa: Bebas
Modus Operandi: Baca di lrt dan berjumpa di Kinokuniya KLCC. Derma sebuah buku ke dalam bekas kaca yang disediakan. Kemudian bertukar buku dengan peserta yang mengambil bahagian.

From RAMFC Group: AttOks, Elle Syella, Eina Noor, Amarul Aman, Akim & Sempoii

Masuk berita Astro Awani kul 9 malam. Tapi aku tak sempat nengok.
Ini bukan lakonan..ini adalah benar cik yah..heheheh
Interview pasal cukai kerajaan terhadap buku-buku import..Actually nak jawap "who cares?" tapi tak baik la kan..so aku taram la apa yg patut.
Tak abis lagi tu menaram..
Derma buku the Da Vinci Code. Tak sanggup lak nak bagi buku Ahmad Patria Abdullah, Ramlee Awang Murshid atau Faisal Tehrani ..huhuhu
Tahniah kpd pihak penganjur PTS Publishing dan Kinokuniya. Ada rejeki , aku join lagi..

Note: Then lepak kat food court ngan geng RAMFC sampai kul 6. Tukar tempat 2 kali. Best gila..

Tuesday, April 20, 2010

Hangen..

Hangen di sebuah jabatan gom*n di bandar canggih itu..


A: "Kalu cik bayar kompaun RM110 cash pg td...ptg ni blh dpt.. tapi cik nak pakai kad kedit dan pg td kad reader offline, so permohonan cik adalah jenis no 2: diterima dan tidak diproses serta merta."


Aku: "Hah?? bukan tadi u kata amik kad dulu baru byr ke? Is that mean dapat duit baru proses jln? u should tell me upfront, then i would prefer pinjam kat sesapa RM110 cash tu and i can get my card today!


A: Minta maaf, saya lupa nak cakap pasal yg itu.. Lagipun saya tengok cik datang sorang je td..


Aku: Sy dtg dgn kwn..(sambil tunjuk khai). Saya boleh pinjam duit dia kalau cik cakap awal2 tadi. Dan kalau husband saya tunggu kat parking pun, ada cik tau? tolong jgn buat andaian. Tanya dulu br tau..


besok kena pegi lagi.. sungguh buang masa..damn!

Monday, April 19, 2010

My free kopi is priceless..

Last week was not my lucky week..

Hari tu hari khamis. Aku belek2 paper, then nampak promotion Stabak, dari kul 10-12pm, black kopi free dengan syarat bawak mug sendiri ATAU beli any beverage dengan diskaun RM2 dgn syarat bawak mug sendiri.. Sebagai hantu kopi tegar, aku pun menghasut budak opis aku turun pi amik kopi free kat stabak Emkop mall.

Walaupun kat mulut kata nak kopi free tapi hati cakap..tengoklah nanti..kot2 teringin nak minum Java Chip ke.. Ice blended Mocha ke..Maka aku pun bawak purse. Aku sorang je.. yg 5 org lagi bawak mug semata.

Org kat Stabak tak ramai, maybe tak ramai tahu. Atau derang tau tapi tak bawa mug. So aku & the geng masuk..amik kopi then kat tempat gula, dgn spontannya aku letak purse aku kat situ, aku edarkan gula kat budak2 opis aku (this is call Teamwork..hahahahah). Pastu aku amik gula utk aku and blah.

Sampai opis, Ann kee tanya "where is ur purse? u bring ur purse just now right?".. "Aaaaaa duiiiii"... tapi aku still kontrol cool. Dalam kepala..mintak2 la takde org amik...sambil mencongak2 barang apa yg ada dalam tu. MyKad, HSBC kad kedit, ATM card, cash RM20 kot...

Aku pegi balik Stabak. Sampai2..errr tadek? Purse aku tadek? Still cool.. cool poii..cool.. Aku tanya staff stabak, derang kata tak nampak, siap tolong carikkan dlm tong sampah lagi. Lps few mins carik..tadek gak, aku pun balik opis. Sampai opis semua tanya.. "How? jumpa tak?" Aku senyum and kata "Nope"..Derang dah start bising sebab derang ingat aku gurau. Eskusmi, ko expect aku nak nangis ke kalau hilang purse? Lagipun dalam tu CUMA ada MyKad, HSBC kad kedit, ATM card, cash RM20 jer...? Errr wait..wait..sapa kata RM20? BUkan ke tadi masa lps bekfes, aku suh khai naik opis dulu pastu aku draw duit RM250 ke? OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!! Trus rasa nak rebah..pitam2..mual2..tapi perut tada sakit.

Aku termenung kat depan pc. Derang suh aku call Mebeng kansel kad. Aku buat. Pastu KC bagi nombor HSBC suh kansel kad..aku buat. Macam robot..semua yg derang suh buat aku ikut. Masa tu rasa macam melayang2 je..tapi muka menten kool.

Then KC (a nice chinese guy from Gopeng ;p) datang ajak aku pi buat report polis. He said, NOW!. Aku ikut gak. Khai temankan aku. Tunggu tak lama, dlm 10 minit je, turn aku sampai. Polis tu dengar citer aku sambil mengerut2 dahi. Aku tekankan disitu "kopi free ye". Kang dia ingat aku kaya plak dok bekfes stabak tetiap hari. Pastu aku serahkan apa yg aku tulis tadi utntuk mempercepatkan proses buat report. Kat satu kertas, aku letak nama, ic, address, barang2 yg hilang, berapa cash yg ilang. Lengkap. Pastu dengan rasa tak bersalahnya dia tanya "cemana nak eja stabak?". Sabar je la aku. Antara soklan2 dia yg memeningkan aku..

1) Lps ilang purse tu ada tak awak tercari2? - OMG... kalau tak tercari2, takyah la aku dtg balai ni bang...
2) Awak perasan purse tu ilang, sebelum awak amik kopi tu..atau selepas? - selepas laa..kan saya kata tadi.. masa kat opis baru perasan purse tu tadek..paham ke tak ni? aku dah hangin...Khai tadek plak nak menyabarkan aku, sebab dia pi toilet..
3) Lps awak amik kopi tu, awak minum kat situ ke atau tidak? - Saya bawak ke opis sebab pakai mug sendiri. Kalau saya guna mug stabak, saya minumla kat stabak..

Pastu dia terkerut2 muka..aku rasa aku dok ngadap muka dia je nak dekat 40 minit. Ya rabbi..apa yg lambatnya.. template sume dah ada..tinggal taip report je. Then dia bagi aku report suh check..sekali baca je aku leh tunjuk 2 typo error. Pusa = Puas (ayat dia, puas saya mencari dompet tersebut tapi tidak menjumpainya..) dah sah2 ayat skima ini bukan ayat aku. Blasah la..Satu lagi perkataan Kwasan = Kawasan.

Then khai sms. "Apa yg terhegeh2 mamat ni". Aku balas..dia bukan mamat, nama dia XXXXXXX bin XXXXXXX. Bilangan X takde kena mengena ngan bilangan hurup nama mamat tu.
Pastu dia masuk plak dalam bilik, utk urusan bayar RM2. Pun amik masa 10 min. Overall, dalam 1 jam 15 minit baru sume settle.

Then that day, my kopi cost me RM250, mykad, HSBC kad yg baru beberapa kali pakai dan ATM mebeng kad yg ada balance RM419.23 di dalamnya. Ini lah kopi termahal yg penah aku minum...

Terima kasih tak terhingga utk mereka2 yg caring dgn masalah aku, KC, Khai, budak2 opis dan rakan2 yg memahami kesukaran aku dg takde semua benda tu. U all mmg kawan aku masa susah dan senang, You know who u are. Terima kasih di atas segala pertolongan... bukan setakat tolong tengok saje...;p

Sunday, April 11, 2010

Reunion sekolah rendah 1981 - 1986


Darjah 1 M. Kaki semua tergantung tak cecah lantai..huhuhu! Hamirolniza, duduk paling kanan. Aku duduk 4 dr kanan. Irwan sebelah cikgu sebab dia ketua klas.
Pengawas. Time aku darjah 5 rasanya. Aku yg pakai tudung, 5 dr kiri. Rosli ketua pengawas dok sebelah cikgu Disiplin, Pn Normah yg amat garang. Yg dok kat depan dr kanan tu, Sabri. Yg kat blakang sekali kiri tu Manaf. Kena dok atas kerusi sebab tak tinggi...hahahaha! *lariii*

Selepas 24 tahun, berkumpul semula, org yg sama tp saiz yg berlainan..hehehe!
Depan dr kiri: Hamirolniza, sempoii @ normaz, Erda Jaslaine.
Belakang dr kiri: Ramli, Irwan Zesly, Abd Manaf, Nasrul hadi, Rosli, Asnan, Sabri.

Rosli tetap cam wakil rakyat, skima. Masa sekolah dulu, time sekolah tambahan cikgu suh pakai pakaian biasa. Dia datang pakai baju sekolah. Budak baik kan? :p


My best frens masa sekolah..Ni dah jumpa, hope leh kamceng cam dulu balik..


Nasrul kata Mirol penah kena panggil ngan Guru Besar sebab gaduh ngan sorang budak laki yg selalu kacau dia. Tapi Mirol beria menafikan. Aku pun dok merecall, tak jugak ingat2..Nasrul kata dia jadi saksi di tempat kejadian ;p


Geng sama sekolah. Ngan manap, sama sekolah rendah & menengah. Ngan Irwan, sama sekolah rendah, menengah dan UTM. 16 tahun Irwan "membesar" depan aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabtu lepas, geng2 sekolah rendah aku buat mini gath. Walaupun tak ramai yg join, cuma lebih kurang 10 org, tapi "majlis" berjalan lancar dan havoc..sampai tokey kedai pun tatau cemana nak halau kitorang balik huhuhu!

Start kul 3 tajam katanya tapi memandangkan semua macam was2 je nak datang awal, maka majoriti datang kul 3.30pm. Hanya Rosli ngan Asnan je sampai awal. Aku dah ready dr kul 2.30 tapi ready kat umah je la, sebab aku numpang Irwan yg dtg dr S.Alam. Cik asben ada grading Taekwon-Do kat sek. rendah Bukit Subang.

Yg datang hari tu, Hamirolniza, Erda Jaslaine, Irwan Zesly, Rosli, Nasrul Hadi, Asnan, Ramli, Sabri dan Manaf. Eksited gila jumpa balik Mirol dan Erda. Dengar citer, Rohana dah datang tapi dia tengok takde org, dia pun balik.

Hamirolniza ni best fren aku dari darjah 1 sampai 4. Pastu dia pindah Kedah ikut family dia. Yg aku paling ingat pasal dia ialah rambut panjang bergulung2 tu.. cantik seh. Dia anak tunggal. Aku salu kagum ngan apa yg dia ada..err maksud aku barang2 dia dari pencil box sampai la ke accessori rambut - mcm sepit rambut, reben, cekak semua sure yg canggih2 punya. Permainan yg mak dia beli pun yg canggih2. Aku salu pi umah dia tumpang main masak2. Aku rasa cam bestnya idup dia. Time tu pikir, napa la mak aku beranak ramai...sampai 7 org..huhuhu. Sampaikan air yg mak dia bekal tiap2 hari tu pun aku kagum. Aku bawak ribena, tapi dia bawak air "Tang" yg rasa oren pekat tu. Time tu, air "Tang" tu ala-ala bangsawan je yg minum...huhuhu. Before Mirol pindah, dia bagi aku sikat berlipat yg berukir. Aku dah kata dia ni mmg ala-ala bangsawan...hehehe! Dan jeng..jeng..jeng..aku masih simpan sikat tu sampai sekarang. Dan aku ada bagi dia beg dompet syiling buat kenangan, err tatau la dia simpan lagi ke idak.. :p

Lps Mirol pindah, aku cam mati kutu sikit. Then ada budak baru masuk, lps Penilaian darjah 5 (huhu..nampak tua betul aku ek..bukan zaman UPSR tu) rasanya, nama dia Erda. Aku rapat ngan dia pulak. Masa aku sekolah, wpun aku top student, tapi aku sangat la low profile dan cepat berkawan ngan org. Taktau la napa. Dulu, dalam kepala hotak aku, ingat belajar-belajar-belajar. Dengan Erda, aku rasa dia matured sikit dr kwn2 lain. Maybe sebab dia dr sekolah lain. Time tu, mana ada aku, disitu ada Erda. Semua kelab join sama. Cuma aktiviti lps sekolah tu ada limited sket sebab dia dok RRI kat Sg Buloh. Lps sekolah trus balik.

Irwan ngan Manap toksah cakap la. Lps sekolah subang, aku sambung sekolah mngh kat Sek Hisamuddin Klang ngan Irwan dan Manap. Sampai la tingkatan 5. Masa sek rendah, aku ngan Irwan salu jadi Top student, tapi masa sek mengh, manap satu top 5. Dia baru nak matured kot...hiks! Ekceli, ayah aku kamceng ngan ayah derang. Bukan Geng Bas skolah, tapi Geng mesejid..huhuhu!. Ayah Manap, Bilal masjid. Rumah Irwan lak dekat ngan mesjid. Kagum aku ngan org2 tua ni. Kalau terjumpa tgh jalan pun, boleh borak pasal anak2 punya pelajaran. Tak macam kat dalam filem2 tu..jumpa je terus citer nak tunangkan anak ngan anak kawan.. Sib bek, ayah kitorang tak camtu.. Owh ya, ngan Irwan lak, bukan takat sama sekolah menengah, tapi sama study kat UTM. Course yg sama..major yg sama (Komputer Industri) ..satu klas lak tu. Korang imejin, 16 tahun aku satu klas ngan mamat sorang ni. Bak kata Irwan, sib baik la tak seroomate kan? Cet!

Rosli bagi aku mamat skema. Maklum ler ketua pengawas. Antara competitor aku dlm belajar. Skema ke tak dia tu, korang leh ngk masa kelas tambahan. Cikgu suh datang pakai baju biasa sebab klas tambahan tu hari sabtu. Dia tetap datang ngan baju sekolah. Time gath tu pun, kalau yg lain perasan la, dia macam wakil rakyat melawat kawasan, ngan baju kemeja.. butang penuh. Kagummmmm aku! jangan mare...
Nasrul Hadi.. mamat nakal masa sekolah. Salu jadi carta ter-hot dalam nama-budak-buat-bising-time-cikgu-takde. Asal cikgu takde je , dia buat bising. Asal dia buat havoc je, sure cikgu takde. Cikgu denda apa pun. dia selamba je buat. Kalau satu nama tu leh tukar ngan duit RM1, aku rasa dia dah kaya raya dah time tu..Aku penah slow talk ngan dia, baik2 ngan dia..tapi dia buat muka selambederk je..Tak jalan..so aku yg jalan..Cuma ada satu insiden tu, aku tulis nama dia, pastu dia kena denda teruk..pastu aku rasa bersalah tak sudah. Aku hope dia tak dendam ngan aku.. Tapi sib baik budak2 dulu baik2. Kalau budak sekarang, sure aku dah kena belasah lps sekolah..kan? kan? kan?
Asnan, Sabri dan Ramli.. derang dok RRI Sg Buloh kalau tak salah aku. Datang-balik sekolah berjemput ngan van sekolah. Aku jarang bercakap ngan derang. Tapi tu budak2 cool masa dulu sebab tak banyak buat hal.
Aku hope..next gath kita buat lagi proper. Ajak ramai lagi macam Amyza Adnan yg glemer tu, siti salwani (adik ziana & anuar zain tu), Rohana, Sharda Fariza, Duna, Rafidah, Saniah, Junainah, Siti Azni, Rosnah, Tontisah, Sofia Hayati, Zabidee, Ismadi, Azizul, Badrul Hisyam dan ramai lagi yg aku tak ingat. All the best to all of u and May our frenship remains forever. I looove u olsss!

Thursday, April 01, 2010

PWTC - 28 March 2010 - Launch buku "10 Juta Pulus"


Jundak sedang menceritakan tentang buku 10 Juta Pulus. Mamat Khalid merasmikan buku 10 Juta Pulus" (by Jundak), Karipap2 Cinta (by Vovin), Stingarden (by Si Naganaga)


Jundak bersama Serikandi2 Aurora & Morrok. Liana, sempoii, MonaSakti dan Puteri Elaira. Frame tu adalah ucapan2 tahniah dr geng Artakus.my. Macam biasa, buat last minit.


Fadli Al-Akiti membaca fragmen dari "10 Juta Pulus". Jundak suh aku baca, tapi aku tak sempat khatam buku tu lagi.


Dari kiri: org PTS, Jundak, Vovin, Mamat Khalid, SiNaganaga, org PTS lagi.
Dari kanan plak: org PTS lagi, SiNaganaga, Mamat Khalid, Vovin, Jundak, org PTS.
Dar sudut sisi 45% plak...bla bla bla bla....

Vampira muslimah...wakakaka.. Hampeh Jundak. Kemain aku gelakkan 2 org budak sebelum aku, yg Jundak tarik ke depan utk jadi vampira sebagai gimmik. Tiba2 aku kena tarik gak jadi vampira.. nak nangis aku.. Owh ya, tapi yg penting jam Guess enteprem tu..wahahahaha!

Gambar baiknya cilok dr blog Jundak